Saturday, March 31, 2007

Al-Qurtubee, adh-Dhahabee and al-Albaanee on al-Istiwaa and al'Uluww

Source: Al-Uluww of adh-Dhahabee (Checking of al-Albaanee, Eng. Trans. by Abu 'Iyad as-Salafi)

Imaam adh-Dhahabee said in the final lines of his most excellent work, ‘al-Uluww lil-‘Aliyyil-Ghaffaar’ (pp.286-287):

"Al-Qurtubee said concerning the saying of Allaah, the Most High, "Then he ascended (istawaa) the Throne",

"We have explained the sayings of the Scholars regarding this issue in the book ‘al-Asnaa fee Sharh al-Asmaa al-Husnaa’ and we mentioned fourteen different sayings therein"

up until he said,

"And the Salaf of the very first times - may Allaah be pleased with them all - never used to negate direction (al-jihah) for Allaah and nor did they used to express this (negation). Rather, they, and all of the others, used to speak with its affirmation for Allaah, the Most High just as His Book has spoken about it and just as His Messengers informed of it. And not a single one of the Salaf denied that his ascending (istawaa) the Throne was real and true (haqeeqah) (as opposed to metaphorical, majaaz). And Allaah specified the Throne with istawaa because that is the greatest of all His creation. However they assumed ignorance only of the exact nature (kaifiyyah) of istiwaa, for the true nature of that is not known. Imaam Maalik said, ‘Istiwaa is known…’, meaning in the language, ‘…its true nature is unknown and asking about it is an innovation."

And al-Qurtubee also said in ‘al-Asnaa’,

"Many of the past and contemporary philosophers said, ‘When it is necessary to purify the Creator (al-Baaree) - whose Magnificence is great - from having direction (jihah) and demarcation (tamayyuz), then from the requirements and necessary consequences of this, in the view of most of the past scholars and their leading contemporaries, is the purify the Creator (al-Baaree) from having direction (jihah). In their view, direction does not have the aspect of ‘above’ to it. This is because to them, when Allaah is designated with direction, this would necessitate that He is restricted to a place (makaan) and a confine (hayyiz). (Subsequently), a place and a confine necessitate (for Him) (such) movement and stillness that is related to distinction (tamayyuz), transformation (taghayyur) and new occurrences (hudooth) . This is the saying of the philosophers.

I (adh-Dhahabee) say, "Yes, this is what the deniers of the ‘uluww (highness) of the Lord, Mighty and Majestic, have depended upon. And they turned away from the requirement of the Book, the Sunnah, the sayings of the Salaf and the innate dispositions of the whole of creation. What they claim to be necessitated (from affirming Allaah’s highness) is only applicable to created bodies. Yet there is nothing like Allaah and the necessities arising from the clear and evident texts (of the Book and the Sunnah) are also true. However, we do not make use of any explanation except one that comes through a narration. In addition to this we say, ‘We do not accept that the Creator’s being upon His Throne and above the heavens, necessitates that He is confined and in spatial direction, since whatever is below the Throne is said to be confined and in spatial direction. However, what is above the Throne is not like that. And Allaah is above the Throne as the very first generation are unanimously agreed upon and as the imaams after them have quoted from them. They said this in refutation of the Jahmiyyah, those who said that He is in every place seeking as a proof His saying, ‘And He is with you…’. So these two sayings were the very two sayings which were present in the time of the Taabi’een and their successors who came after them. And they are the two sayings that can be understood in this statement (i.e. of the philosophers). As for the third saying which came around after this which is that’ Allaah the Most High is not in any place, nor is His Holy Essence (Dhaat) confined, nor is He separate and distinct from His creation, nor is he in any spatial direction, nor is outside of any spatial directions, and nor this and nor that…’ then this is something that cannot be comprehended nor understood [1], along with the fact that within it is opposition to the verses (of the Book) and the narrations (from the Salaf). Therefore flee with your religion and beware of the opinions of the philosophers. Believe in Allaah and what has come from Him upon the desired intent of Allaah, then submit your affair to Him and there is no power nor movement except by Allaah."

The book is completed and all praise is to Allaah alone…" End of quote from adh-Dhahabee.

[1] The Shaikh, Muhaddith and Imaam of the era, Naasir ud-Deen al-Albaabee - may Allaah guard him - said, commenting upon the words of adh-Dhahabee, "I say: Yes, only those who speak with Wahdatul-Wujood (the Unity of Existence) understand this, and that the Creator and the created are one and the same thing, rather, nothing exists which is called ‘creator’ or ‘creation’, everything you see with your eye is Allaah! Exalted is Allaah from what the oppressors say. And perhaps Jahm (ibn Safwaan) and his likes from the very first callers (to this misguidance) used to intend to implant the aqeedah of the Wahdatul-Wujood, that which necessitates the denial of the existence of the Creator, the Blessed and Exalted, by their saying Allaah is in every place and that He is not upon the Throne. However, (they would do this) in a hidden and repugnant way. This is why the Salaf’s rejection of him and his followers was very severe and some of them made it very clear - as has preceded in the biography of the Imaam Ibn al-Mubaarak and others - that the Jahmiyyah claim that Allaah is not an entity (i.e. not in existence). So what then would the righteous Salaf say if they were to hear on this day, the excessive Soofees saying while upon the pulpits (of the mosques), ‘Allaah is not above, nor below, nor to the right, nor to the left, nor in front, nor behind, nor inside the creation, nor outside of it’!".

Islam Agama Kenang Jasa dan Hak Ibu Bapa


Isu Bin.................


Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN


APABILA isu nama bapa wajib dikekalkan dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama sepi pun muncul membuat kenyataan di dada media. Emosi dan sentimen dengan aktif menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu.

Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada 12 anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang pelbagai dan ramai yang memiliki Ph.D yang tersendiri. Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai. Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian. Cuma keputusan itu belum disahkan lagi oleh mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis.

Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkan ia istimewa, ialah penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Melayu kita. Saya kurang pasti bagaimana di Brunei tetapi hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggota, maka kesemua mereka pasti ber’bin’ yang sama, iaitu Abdullah. Jika ada 10 yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka ‘Ahmad bin Abdullah’. Maka – barangkali – terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nombor kad pengenalan mereka. Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukarlah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.

Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber’bin’kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al- Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin Affan, sebaliknya Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam.

Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadis pertama yang beliau sebut daripada Umar bin al-Khattab. al- Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al- Mukminin, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…. ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika dilihat nama datuk nabi ‘bin Kilab’. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.

Ada yang cuba mengaitkan isu ini akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam. Alangkah lemah cara berfikir seperti itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bukan sahaja bernama dengan nama yang syirik, bahkan pengamal kesyirikan. Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yang menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kepada Marwan umpamanya, maka Subramaniam yang tidak meredai Islam ini juga hendak ditukar? Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?

Kesyirikan tiada kaitan dengan semua itu! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan akidah Marwan rosak, apakah jika Subramaniam ke kuil, anaknya yang masuk Islam menjadi kufur? Tidakkah itu lambang pemikiran yang langsung tidak faham konsep akidah!

Ada yang bertanya kenapa hendak ditimbulkan isu ini? Dah lama kita amalkan. Kita beritahu bahawa sesuatu perkara yang dibawa ke perbincangan fatwa negeri tentu ada sebab, sama ada kerana pertanyaan atau kekeliruan orang ramai mengenai hukum syarak. Maka ia dibahaskan.

Di sini saya sebutkan secara ringkas dua alasan utama keputusan tersebut dibuat. Pertama; Nas al-Quran dan al-sunah yang melarang hal tersebut. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): Panggillah mereka itu (dengan ber’bin’kan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai ‘maula-maula’ kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani. (al-Ahzab: 5).

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadis-hadis juga begitu keras menegahnya.”

Dalam hadis-hadis Nabi, hal ini banyak disebut. Antaranya: “Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya.” (Riwayat al-Bukhari). Juga sabda baginda: “Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya.” (Riwayat al-Bukhari).

Kenapa Islam melarang hal ini? Sebabnya kerana Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya. Selepas itu adanya hukum berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta. Menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan.

Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu: “Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan. Sesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar.” (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989).

Inilah agama yang lurus. Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut: “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.”

Justeru itu, baginda Nabi hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna buruk, tetapi tidak mengubah bapanya. Umpamanya baginda mengubah nama sahabat Abd. al-Syams bin Sokhr kepada Abd. alRahman bin Sokhr. Ini kerana Abd. al- Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr, bermaksud batu dikekalkan. Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Abd. al-Asad. Bapanya bernama Abd. al- Asad yang bermaksud hamba singa.

Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah. Sesiapa yang mahu penjelasan lanjut boleh bertanya kepada ahli-ahli hadis yang menguasai Kutub al-Tarajim atau sendiri boleh merujuk buku-buku al-Tarajim yang membincangkan biodata tokoh-tokoh yang disebut dalam sejarah Islam. Ini seperti kitab al- Isobah fi Tamyiz al-Sahabah karangan al- Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, atau Siyar A’lam al-Nubala, karangan al-Hafiz al-Zahabi dan puluhan yang lain.

Jika demikian tindakan Nabi dan para sahabat, apakah kita lebih faham Islam dibandingkan baginda dan para sahabatnya? Apakah kita ingin katakan baginda tidak menjaga akidah sehingga membiarkan sahabatnya kekal berbinkan ‘hamba singa’? Aduhai para pengulas isu ini! Luaskan bacaan kita dan janganlah terlebih lajak dari lajunya.

Kedua; isu ini timbul kerana kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini, Islam diserang dengan pelbagai tuduhan. Sering disalah anggap kononnya Islam tidak menghormati hak. Di negara kita ramai bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa. Ada bapa yang sebut kepada anaknya yang baru masuk Islam: “awak masuk Islam, saya yang berjasa pada awak pun awak buang. Nama saya pun sudah tidak ada lagi. Siapa itu Abdullah bapa baru awak?” Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parahlah jika nama keluarganya disuruh buang!

Islam sebenarnya menyuruh anak melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam. Bahkan sekalipun keduanya berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah Allah agar seorang anak berbuat baik kepada ibu bapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat. Lihat firman Allah dalam surah Luqman ayat 16: (maksudnya) Dan jika kedua ibu bapa mendesakmu supaya engkau mensyirikkan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran warasmu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada kedua; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

Soalan yang wajar diajukan; apakah termasuk dalam bergaul dengan ibu bapa secara baik dalam urusan dunia ini – seperti yang diperintahkan – jika kita menanggalkan berbinkan mereka. Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan ‘bin’ yang baru itu sebagai nama mereka. Tidakkah tindakan itu mengguris hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun keduanya bukan muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.

Lebih dari itu, tidakkah tindakan itu boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka buruk terhadap Islam? Bukankah menjadi kewajipan kita mempertahankan imej Islam? Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu bagi saya mempunyai kemunasabahan yang kuat. Sekalipun amalan itu sudah lama, bukan bererti ia mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah.

Kata tokoh Melayu yang disanjung, Pendita Za’aba, dalam bukunya yang hebat Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri yang ditulis pada tahun 30-an: Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir- hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulukala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-

mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulukala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulukala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

- Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Waktu-waktu doa yang mustajab


Oleh

Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya". (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujana

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=101&bagian=0

Di edit dan diterjemah oleh Abu Usamah

Fatwa Bin Baz: Hukum Menyambut Birthday Nabi SAW


Fatwa Fadhilatu al-Syeikh Bin Baz

Hukum menyambut Maulid Nabi s.a.w.

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلـه وصحبه ومن اهتدى بهداه. أما بعد.

لا يجوز الاحتفال بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم ولا غيره ؛ لأن ذلك من البدع المحدثة في الدين؛ لأن الرسول صلى الله عليه وسلم لم يفعله، ولا خلفاؤه الراشدون، ولا غيرهم من الصحابة رضوان الله عليهم، ولا التابعون لهم بإحسان في القرون المفضلة، وهم أعلم الناس بالسنة، وأكمل حبا لرسول الله صلى الله عليه وسلم ومتابعة لشرعه ممن بعدهم،

Tidak boleh menyambut Maulid Rasul s.a.w dan selainnya. Ini kerana ianya merupakan bid’ah yang muhdasah (perkara baru diada-adakan) di dalam Agama Islam. Rasulullah s.a.w. tidak penah melakukannya, juga tidak dilakukan oleh Khulafa’ al-Rasyidun serta sahabat-shabat yang lain. Ianya juga tidak dilakukan oleh golongan Tabiin yang mengikut manhaj mereka (sahabat) pada kurun yang terbaik. Mereka orang yang paling mengetahui sunnah Nabi s.a.w dan yang paling sempurna kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w dan mengikut syariatnya jika dibandingkan dengan generasi yang datang selepas mereka.

وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد، أي: مردود عليه، وقال في حديث آخر: عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة. ففي هذين الحديثين تحذير شديد من إحداث البدع، والعمل بها،

Telah thabit daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru di dalam urusan kami yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.” Bermaksud tidak diterima. Nabi s.a.w. bersabda di dalam hadis yang lain: “Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham (dengan sungguh-sungguh). Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.” Di dalam kedua-dua hadis ini terkandung amaran yang keras dari melakukan perkara bid’ah serta melakukannya.

وإحداث مثل هذه الموالد يفهم منه أن الله سبحانه لم يكمل الدين لهذه الأمة، وأن الرسول عليه الصلاة والسلام لم يبلغ ما ينبغي للأمة أن تعمل به، حتى جاء هؤلاء المتأخرون فأحدثوا في شرع الله ما لم يأذن به، زاعمين أن ذلك مما يقربهم إلى الله، وهذا بلا شك فيه خطر عظيم، واعتراض على الله سبحانه وعلى رسوله صلى الله عليه وسلم ، والله سبحانه قد أكمل لعباده الدين، وأتم عليهم النعمة.
والرسول صلى الله عليه وسلم قد بلغ البلاغ المبين، ولم يترك طريقا يوصل إلى الجنة، ويباعد من النار إلا بينه للأمة،

Dan difahami dari mengadakan perkara seperti Maulid ini bahawa Allah s.w.t. tidak menyempurnakan Agama Islam untuk umat ini, dan difahami juga dari melakukan Maulid ini bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menyampaikan apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat yang menyebabkan mereka yang datang kemudiannya mengada-adakan perkara baru di dalam syariat yang tidak diizinkan oleh Syarak serta mendakwa perbuatan itu mendekatkan diri kepada Allah. Tidak syak lagi bahawa perkara ini sangat merbahaya kerana menyanggahi Allah dan Rasul-Nya. Allah s.w.t. telah menyempurnakan Agama kepada hamba-Nya dan telah mencukupkan nikmat-Nya. Dan Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan agama dengan jelas, tidak ada jalan menuju ke Syurga dan menjauhkan diri dari neraka kecuali kesemuanya telah dijelaskan kepada Umat.

Fatwa penuh fadhilatu al-Syeikh Bin Baz boleh dirujuk melalui:

- http://www.binbaz.org.sa/index.php?pg=mat&type=article&id=160

Fatwa Syeikh Muhammad ibn Soleh Utsaimin rujuk:

-http://www.ibnothaimeen.com/all/khotab/article_423.shtml

Rumah Tangga Yang Ideal

Oleh


Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas



Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah tangga yang diliputi sakinah (ketenangan jiwa), mawaddah (perasaan cinta) dan rahmah (kasih sayang). Allah Ta’ala berfirman.

"Ertinya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21).

Di dalam rumah tangga yang Islami, seorang suami atau isteri harus saling memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing, serta harus tahu pula hak dan kewajipan serta memahami tugas dan fungsi masing-masing, serta melaksanakan tugas-tugas itu dengan penuh tanggung jawab, ikhlas serta mengharapkan ganjaran dan ridha daripada Allah Ta’ala.

Ia perlu dilakukan sehinggalah usaha untuk mewujudkan pernikahan dan rumah tangga yang mendapat keridhaan Allah ‘Azza wa Jalla menjadi kenyataan. Akan tetapi, mengingatkan keadaan manusia yang tidak mampu lepas daripada kelemahan dan kekurangan, sedangkan ujian dan cubaan selalu mengiringi kehidupan manusia. Oleh kerana itu, tidak jarang pasangan yang sedang hidup tenang, tenteram dan bahagia mendadak dilanda kemelut perselisihan dan pergolakan.

Apabila terjadi perselisihan di dalam rumah tangga, maka seharusnya ada usaha ishlah (mendamaikan). Pertamanya, yang harus dilakukan kali oleh suami dan isteri adalah lebih dahulu saling menyedari kesalahan masing-masing, dan saling memaafkan, serta memohon kepada Allah agar disatukan hati, dimudahkan urusan di dalam ketaatan kepadaNya, dan diberikan kedamaian di dalam rumah tangganya. Jika cara tersebut gagal, maka harus ada pendamai daripada pihak keluarga suami mahupun isteri untuk mendamaikan keduanya. Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada pasangan suami isteri tersebut.

Apabila sudah diusahakan untuk berdamai sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, surat An-Nisaa' ayat 34-35, tetapi masih juga gagal, maka Islam memberikan jalan terakhir, iaitu “perceraian”.

Syaikh Musthafa Al-‘Adawi berkata, “Apabila masalah antara suami isteri semakin memanas, hendaklah keduanya saling memperbaiki urusan keduanya, berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk, dan meredakan perselisihan antara keduanya, serta menguncikan rapat-rapat setiap pintu perselisihan dan jangan menceritakannya kepada orang lain.

Apabila suami marah sementara isteri ikut beremosi, hendaklah keduanya berlindung kepada Allah, berwudhu' dan bershalat dua raka’at. Apabila keduanya sedang berdiri, hendaklah duduk; apabila keduanya sedang duduk, hendaklah berbaring, atau hendaklah salah seorang daripada keduanya mencium, merangkul, dan menyatakan alasan kepada yang lainnya. Apabila salah seorang berbuat salah, hendaknya yang lainnya segera memaafkannya kerana mengharapkan wajah Allah semata.”[1]

Di tempat lain beliau berkata, “Sedangkan berdamai adalah lebih baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala. Berdamai lebih baik bagi keduanya daripada berpisah dan bercerai. Berdamai lebih baik bagi anak daripada mereka terbengkalai (tidak terurus). Berdamai lebih baik daripada bercerai. Perceraian adalah rayuan iblis dan termasuk perbuatan Harut dan Marut.

Allah Ta’ala berfirman.
"Ertinya : “Maka mereka mempelajari daripada keduanya (Harut dan Marut) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka tidak dapat menimpakan kecelakaan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah.” (Al-Baqarah : 102).

Di dalam Shahih Muslim dari Shahabat Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallaahu ‘anhuma, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan bala tenteranya. Tentera yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa.’’ Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, ‘Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku telah berhasil memisahkan dia (suami) dan isterinya.’’ Beliau melanjutkan, ‘Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata, ‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan.”[2]

Ini menunjukkan bahwa penceraian adalah perbuatan yang dicintai syaitan.

Apabila dikhuatiri akan terjadinya perpecahan antara suami dan isteri, hendaklah hakim atau pemimpin mengirim dua orang jurudamai. Satu daripada pihak suami dan satu lagi daripada pihak isteri untuk mewujudkan perdamaian di antara keduanya. Apabila keduanya berdamai, maka alhamdulillaah. Namun apabila permasalahan terus berlanjutan antara keduanya kepada jalan yang telah digariskan dan keduanya tidak mampu menegakkan batasan-batasan Allah di antara keduanya; iaitu isteri tidak lagi mampu menunaikan hak suami yang disyari’atkan dan suami tidak mampu menunaikan hak isterinya, serta batas-batas Allah menjadi terabai di antara keduanya dan keduanya tidak mampu menegakkan ketaatan kepada Allah, maka ketika itu urusannya seperti yang Allah firmankan:

"Ertinya : Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), Maha Bijaksana.” (An-Nisaa' : 130).[3]

Allah Ta’ala berfirman:

"Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz[4], hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah daripada ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. Dan jika kamu khuatiri terjadi persengketaan di antara keduanya, maka kirimlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki dan seorang pendamai daripada keluarga perempuan. Jika keduanya (pendamai itu) bermaksud mengadakan kebaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (An-Nisaa' : 34-35).

Pada hakikatnya, perceraian dibolehkan menurut syari’at Islam, dan ini merupakan hak suami. Hukum thalaq (cerai) dalam syari’at Islam adalah dibolehkan.

Adapun hadits yang mengatakan bahawa “perkara halal yang dibenci Allah adalah thalaq (cerai),” iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2178), Ibnu Majah (no. 2018) dan al-Hakim (II/196) adalah hadits lemah. Hadits ini dilemahkan oleh Ibnu Abi Hatim rahimahullaah di dalam kitabnya, al-‘Ilal, dilemahkan juga oleh Syaikh Al-Albani rahimahullaah di dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2040).

Meskipun thalaq (cerai) dibolehkan di dalam ajaran Islam, akan tetapi seorang suami tidak boleh terlalu memudahkan masalah ini. Ketika seorang suami ingin menjatuhkan thalaq (cerai), dia harus berfikir tentang maslahat (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang mungkin timbul akibat perceraian agar jangan sampai membawa kepada penyesalan yang panjang. Dia harus berfikir tentang dirinya, isterinya dan anak-anaknya, serta tanggungjawabnya di hadapan Allah ‘Azza wa Jalla pada hari Kiamat.

Kemudian bagi isteri pula, walau bagaimana pun kemarahannya kepada suami, hendaklah dia tetap sabar dan janganlah sekali-kali dia menuntut cerai kepada suaminya (tanpa sebab yang munasabah). Kadangkala ada isteri meminta cerai disebabkan masalah kecil atau kerana suaminya menikah lagi (berpoligami) atau menyuruh suaminya menceraikan madunya. Hal ini tidak dibenarkan di dalam agama Islam. Jika si isteri masih terus menuntut cerai, maka haram ke atasnya bau syurga, berdasarkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

"Ertinya : Siapa sahaja wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang benar, maka haram ke atasnya bau syurga.
[5]

Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu berkata,

"Ertinya : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang: ... dan janganlah seorang isteri meminta (suaminya) untuk menceraikan saudara (madu)nya agar memperoleh nafkahnya.”[6]

Marilah kita berupaya untuk melaksanakan pernikahan secara Islami dan membina rumah tangga yang Islami, serta berusaha meninggalkan aturan, tata cara, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam. Ajaran Islamlah satu-satunya ajaran yang benar dan diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla sebagaimana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

"Ertinya : Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali ‘Imran : 19)

“...Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqaan : 74).

Setiap keluarga selalu mendambakan terwujudnya rumah tangga yang bahagia, diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah. Oleh kerana itu, setiap suami dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajipan masing-masing sesuai dengan syari’at Islam dan bergaul dengan cara yang baik


(Disalin daripada buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Desember 2006)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=2079&bagian=0

diterjemah dan diedit oleh Abu Usamah



.





[1] Fiqhut Ta’amul bainaz Zaijaini (hal. 37).

[2]Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2813 (67)).

[3] Dinukil daripada kitab Fiqh Ta’amul bainaz Zaujaini (hal. 87-92) secara ringkas

[4] Nusyuz iaitu meninggalkan kewajipannya selaku isteri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2226), at-Tir-midzi (no. 1187), Ibnu Majah (no. 2055), ad-Darimi (II/162), Ibnul Jarud (no. 748), Ibnu Hibban (no. 1320), ath-Thabari dalam Tafsiir-nya (no. 4843-4844), al-Hakim (II/200), al-Baihaqi (VII/316), dari Tsauban radhiyallaahu ‘anhu.

[6] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2140), Muslim (no. 1515 (12)) dan an-Nasa-i (VII/258).

Friday, March 30, 2007

Birthday Rasulullah SAW!

Ada apa dengan Birthday Nabi…............?


Oleh: Abu-Syu’aib

Birthday Nabi? Kamu ni giler ke? Itulah agaknya kalau sekiranya kita menggantikan istilah Maulid Nabi kepada birthday Nabi. Memang pelik dan kadang-kadang melucukan. Itulah hakikatnya menyambut Maulid Nabi.

Sekali lagi tanggal 12 Rabi’ul Awwal menjelma kembali, tarikh yang ditunggu-tunggu untuk menyambut ulang tahun birthday Nabi s.a.w. Pelbagai acara dirancang oleh masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah, kerajaan negeri sehinggalah kepada kerajaan Malaysia. Walaupun telah dikatakan kepada mereka bahawa penetapan tarikh 12 Rabi’ul Awwal itu bukanlah tarikh yang muktamad bahkan ianya tidak tepat. Tetapi apakan daya kerana itulah tarikh turun temurun yang tak boleh ditukar.

Acara dan program yang diadakan pula semuanya sudah diketahui, bermula dengan berarak ke sana ke mari keliling kota sambil memegang sepanduk yang beranika ragam dan warna. Tak lupa sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian selepas itu diisi dengan nyanyian nasyid, bacaan sajak, puisi dan lakonan pentomin. Kemungkinan nanti ada pula diwujudkan Tokoh Birthday Nabi

Itulah pengisian hari sambutan birthday Nabi yang diadakan saban tahun di Negara kita. Tahun demi tahun ianya disambut dengan alasan untuk mewujudkan rasa kecintaan kepada Nabi s.a.w. Tetapi hakikatnya adakah perasaan cinta itu dapat ditanam dengan cara sedemikian rupa berarak keliling kota, bernasyid, berpentomin, yang kadang-kadangnya dinyanyikan dan dilakonkan oleh artis-artis tempatan.

Janganlah sampai pula sambutan birthday Nabi ini saling tak tumpah seperti menyambut birthday kebanyakan masyarakat kita, mengadakan parti jamuan makan-makan, dinyanyikan Nasyid “Happy birthday to you..Happy birthday to you..happy birthday to ….Happy birthday to you..” kemudian meniup lilin sambil berhamburan air liur ke sana ke mari. Nasib baiklah setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang menyediakan kek untuk Nabi s.a.w. Tapi kalau diadakan pun apa salahnya? Ianya sesuatu benda yang baik, kalau tak menjadi masalah kita labelkan dia sebagai bid’ah hasanah kan ok je….atau nanti ada yang kata nanti kita belikan hadiah untuk Nabi, boleh tak…

Kesemua di atas pasti akal kita tidak dapat menerimanya. Sekiranya direnung kembali apa bezanya sambutan birthday Nabi dengan birthday yang lainnya? Bezaannya sambutan birthday Nabi diserikan dengan selawat-selawat yang sebahagiannya juga selawat yang direka. Juga diserikan dengan bacaan berzanji. Puak-puak sufi dan tare-qat pun menyambut ulangtahun birthday tok syeikh-tok syeikh mereka, dengan diadakan jamuan makan, serta menyanyi konon-kononnya nasyid islami, tambah lagi majlis zikirnya disertai dengan acara tari-tarian dengan percampuran laki-laki dan wanita.

Itulah hakikat yang perlu diterima, maka tidak hairanlah kita rasa kecintaan yang diharapkan untuk disemai ke dalam sanubari masyarakat kita hanyalah impian tinggal impian. Nabi s.a.w. diutuskan oleh Allah bukanlah untuk diadakan majlis menyambut birthdaynya, tetapi untuk diikuti petunjuknya. Itulah yang terkandung di dalam ucapan 2 kalimah Syahadah yang diucapkan oleh setiap muslim.

لا إله إلا الله، محمد رسول الله

Tiada Ilah yang layak disembah dengan haq kecuali Allah, dan Muhammad Rasulullah bermaksud tidak ada ikutan yang berhak diikut kecuali Rasulullah s.a.w.

Itulah tuntutan Tauhid yang perlu ditanam dan diajar serta difahamkan kepada masyarakat kita terutamanya generasi muda yang bakal memimpin masa depan. Ketidak fahaman kepada tuntutan Tauhid ini akan menyebabkan kecelaruan di dalam agamanya. Fikirkanlah adakah dengan berarak membawa sepandok ke sana dan ke mari, bernasyid dan sebagainya pada hari birthday Nabi dapat memahamkan generasi kita kepada Tauhid dan seterusnya kepada perasaan cinta kepada Nabi s.a.w.

Seterusnya setakat perasaan cinta tanpa diikuti dengan Ittiba’ iaitu mengikut petunjuk Nabi dalam segenap segi tidak membawa ke mana. Kerana al-Hub dan al-Ittiba’ rasa cinta dan ikut Nabi s.a.w. 2 elemen yang tidak boleh dipisahkan.

Beberapa persoalan yang perlu difikirkan kepada mereka yang menyibukkan diri untuk menyambut birthday Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah yang cuba sedaya upayanya mempelajari serta beramal dengan sunnah Nabi s.a.w. dan menghidupkannya

ü Berapa ramaikah yang memikirkan serta bertanya adakah amalan yang dilakukan bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah pula yang menentang mereka yang mengajak supaya mendaulatkan sunnah Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah yang mendakwa mereka mengikut sunnah tetapi bercanggah pengamalannya dengan sunnah.

Dikala kita memikirkan persoalan-persoalan ini kita merasakan bahawasanya benarlah Sabda junjungan besar kita ini Rasulullah s.a.w.

جاء الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فتوبى للغرباء

Islam dating dalam keadaan asing dan pelik dan akan kembali asing dan pelik sepertimana mulanya, Tuba (sejenis pohon di syurga) (beruntunglah) bagi mereka yang dalam keadaan asing.

Berpeganglah dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita:

وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كَثِيراً، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham (dengan sungguh-sungguh). Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”

Dr. Abdul Karim Zaidan berkata:

“Amalan yang soleh ialah selagi mana ia sahih (betul) dan ikhlas kepada Allah. Pengertian sahih (betul) ialah apa yang selari dengan tuntutan syarak. Oleh itu, tidak boleh sama sekali mengada-adakan bid’ah dalam agama serta menokok tambah atau menguranginya. Ini kerana, tidak ada pahala bagi pembuatnya walaupun dengan niat beribadah kepada Allah. Wallahu a’lam

-Sebagai renung-renungan-

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku. Tidaklah aku beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah jualah aku berserah diri dan Kepada-Nya lah aku kembali.”– Surah Hud: 88

Thursday, March 29, 2007

Sifat Salam Rasulullah SAW

SHIFAT SALAM RASULULLAH

Oleh : Abdul Malik al-Qosim

Alih Bahasa : Abu Salma al-Atsary

S

egala puji bagi Allah semata dan shalawat serta salam semoga sentiasa dicurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang tiada Nabi setelahnya.

Sesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam ‘alaihi salam sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan “Apakah anda mengenali saya?”.

Sedangkan yang sedemikian itu merupakan penyelisihan terhadap perintah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga menyebabkan semakin menjauhnya hati-hati mereka, semakin merebaknya perangai-perangai kasar dan semakin bertambahnya perpecahan. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Tidaklah kalian akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya nescaya kalian akan saling mencintai, iaitu tebarkan salam di antara kalian.” (HR Muslim).

Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Islam bagaimanakah yang baik?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).

Maka yang demikian ini merupakan suatu anjuran untuk menyebarkan salam di tengah-tengah kaum muslimin, dan bahawasanya salam itu tidaklah terbatas kepada orang yang engkau kenali dan sahabat-sahabatmu sahaja, namun untuk keseluruhan kaum muslimin.

Adalah Abdullah Ibnu 'Umar Radhiallahu ‘anhu pergi ke pasar pada pagi hari dan berkata : “Sesungguhnya kami pergi bertolak pada pagi hari adalah untuk menyebarkan salam, maka kami mengucapkan salam kepada siapa saja yang kami jumpai.

Salam itu menunjukkan ketawadhu’an seorang muslim, ia juga menunjukkan kecintaan kepada saudaranya yang lain. Salam menggambarkan akan kebersihan hatinya daripada dengki, dendam, kebencian, kesombongan dan rasa memandang rendah kepada orang lain. Salam merupakan hak kaum muslimin antara satu dengan lainnya, ia merupakan sebab tercapainya rasa saling mengenali, bertautnya hati dan bertambahnya rasa kasih sayang serta kecintaan. Ia juga merupakan sebab diperolehnya kebaikan dan sebab untuk seseorang masuk syurga. Menyebarkan salam adalah salah satu bentuk menghidupkan sunnah Mustofa Shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Lima perkara yang wajib bagi seorang muslim ke atas saudaranya, menjawab salam, mendo’akan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantarkan jenazah.” (HR Muslim).

Wajib bagi sesiapa yang diberi salam menjawab dengan jawapan yang serupa sebagai bentuk ittiba’ terhadap perintah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam. Dari Abi Sa'id Al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jauhilah oleh duduk-duduk di pinggir jalan!” mereka berkata, “Ya Rasulallah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap di dalamnya.” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Jika engkau enggan meninggalkannya, maka berilah haknya jalan.” Mereka berkata, “Apakah haknya jalan itu wahai Rasulullah?” menjawab Rasulullah, “Mennundukkan pandangan, menyingkirkan gangguan, menjawab salam serta amar ma’ruf nahi munkar.” (Muttafaq ‘alaihi).

Imam Nawawi Rahimahullah berkata : “Ketahuilah, sesungguhnya memulai salam itu adalah sunnah, dan membalasnya adalah wajib. Jika si pemberi salam itu jumlahnya ramai, maka yang demikian ini merupakan sunnah kifayah ke atas mereka, maksudnya jika sebahagian telah mengucapkan salam bererti mereka telah melaksanakan sunnah salam atas hak keseluruhan mereka. Jika yang diberi salam seorang diri, maka wajib ke atasnya menjawabnya. Jika yang diberi salam ramai, maka menjawabnya adalah fardhu kifayah atas hak mereka, maksudnya jika salah seorang daripada mereka telah menjawabnya maka gugurlah kewajipan bagi yang lainnya. Namun, yang lebih utama adalah memulai memberi salam secara bersama-sama dan menjawabnya dengan bersamaan pula.”

SIFAT SALAM

Berkata Imam Nawawi, “Ucapan salam minima dengan perkataan ‘assalamu’alaikum’, jika yang diberi salam seorang diri, maka minima dia mengucapkan ‘assalamu’alaika’, namun adalah lebih utama jika dia mengucapkannya dengan ‘assalamu’alaikum’, kerana kalimat ini mencakupi do’a bagi dirinya dan yang bersamanya (malaikat, pent.). Dan alangkah sempurna lagi dia menambahkan ‘warohmatullahi’ dan ‘wabarokatuh’, walaupun sebenarnya kalimat ‘assalamu’alaikum’ telah mencukupi.”

MENJAWAB SALAM

Imam Nawawi berkata, “Adapun cara membalas salam, lebih utama dan lebih sempurna jika mengucapkan ‘wa’alaikum as-Salam wa rohmatullahi wa barokatuh’, dengan menambahkan huruf ‘waw’ (yang mendahului kata ‘alaikum) ataupun tidak menggunakannya (membuangnya), hal ini diperbolehkan namun meninggalkan keutamaan. Adapun meringkaskannya menjadi ‘wa’alaikumus salam’ atau ‘alaikumus salam’ sahaja sudah mencukupi. Sedangkan meringkaskannya menjadi ‘alaikum’ sahaja, menurut kesepakatan ulama’ tidaklah mencukupi, demikian pula dengan ‘wa’alaikum’ sahaja yang diawali dengan huruf ‘waw’.

TINGKATAN SALAM

Salam memiliki 3 tingkatan, tingkatan yang paling tinggi, paling sempurna dan paling utama adalah ‘Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh’, kemudian yang lebih rendah daripadanya ucapan ‘assalamu’alaikum warohmatullah’ dan terakhir yang paling rendah adalah ‘assalamu’alaikum’. Seseorang yang mengucapkan salam (Musallim), boleh jadi mendapatkan ganjaran yang sempurna dan boleh jadi mendapatkan ganjaran di bawahnya, sesuai dengan salam yang dia ucapkan.” Hal ini sesuai dengan kisah tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan saat itu Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk, berkata lelaki tadi, “Assalamu’alaikum”, maka Nabi menjawab, “wa’alaikumus salam, sepuluh atasmu”, kemudian masuk lelaki lain dan berkata, “Assalamu’alaikum warohmatullah”, Rasulullah menjawab, “Wa’alaikumus Salam warohmatullah, dua puluh atasmu”. Tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki sambil mengucapkan “Assalamu’alaikum warohmaatullahi wabarokatuh”, maka jawab Rasulullah, “Wa’alaikumus Salam warohmatullahi wabarokatuh, tiga puluh atasmu”. (HR Abu Dawud dan Turmudzi), yang dimaksudkan adalah sepuluh, dua puluh dan tiga puluh kebaikan.

ADAB-ADAB SALAM

1. Disunnahkan tatkala bertemu dua jenis orang di jalan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).

2. Sayogiyanya orang yang hendak memberikan salam kepada kaum muslimin dengan mengucapkan salam dan bukan dengan ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat datang’ ataupun ‘hello’, hendak dia memulainya dengan salam kemudian baru dia boleh menyambutnya dengan sapaan yang diperbolehkan di dalam Islam.

3. Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkah akan turun kepadamu dan keluargamu.” (HR Turmudzi). “Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya, maka ucapkan, Assalamu’alainaa ‘ibaadillahish shaalihin.” (HR Muslim).

4. Sayogiyanya mengucapkan salam itu dengan suara yang dapat didengar namun tidak mengganggu orang yang mendengar dan membangunkan orang yang tidur. Dari Miqdad Radhiallahu ‘anhu berkata : “Kami mengangkat untuk Nabi bahagiannya daripada susu, dan beliau tiba saat malam, mengucapkan salam dengan suara yang tidak membangunkan orang yang tidur dan dapat didengar oleh orang yang jaga.(HR Muslim).

5. Dianjurkan untuk memberikan salam dan mengulanginya lagi jika terpisah daripada saudaranya, walaupun hanya dipisahkan oleh tembok. Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, “Jika seseorang di antara kalian bertemu dengan saudaranya, hendaklah dia memberinya salam, dan jika terpisah antara keduanya oleh pohon, tembok ataupun batu besar lalu bertemu kembali, hendakla kalian mengucapkan salam lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud).

6. Ramai ulama’ memperbolehkan seorang lelaki mengucapkan salam kepada seorang wanita, dan sebaliknya, selama aman daripada fitnah, sebagaimana seorang wanita mengucapkan salam kepada mahramnya, maka wajib juga atasnya untuk menjawab salam daripada mereka. Demikian halnya seorang laki-laki kepada mahramnya wajib atasnya menjawab salam dari mereka. Jika dia seorang ajnabiyah (wanita bukan mahram), maka tidaklah mengapa mengucapkan salam kepadanya ataupun membalas salamnya jika wanita tersebut yang mengucapkan salam, selama aman daripada fitnah, dengan syarat tanpa bersentuhan tangan/jabat tangan dan mendayu-dayukan suara.

7. Daripada hal-hal yang tersebar di kalangan manusia adalah menjadikan salam itu berbentuk isyarat atau memberi tanda dengan tangan. Jika seseorang yang mengucapkan salam itu jauh, maka mengucapkan salam sambil memberikan isyarat tidaklah mengapa, selama dia tidak dapat mendengarmu, kerana isyarat ketika itu menjadi penunjuk salam dan tidak ada pengganti selainnya, juga demikian dalam membalasnya.

8. Dianjurkan bagi orang yang duduk mengucapkan salam ketika dia hendak berdiri di dalam majlisnya. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kalian mendatangi suatu majlis hendaklah memberi salam, dan jika hendak berdiri seyogiyanya juga memberi salam, dan tidaklah yang pertama itu lebih berhak daripada yang terakhir”. (HR. Abu Dawud)

9. Disunnahkan berjabat tangan ketika memberi salam dan memberikan tangannya kepada saudaranya. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan Turmudzi).

10. Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan tersenyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Senyummu kepada saudaramu itu sedekah”, dan sabdanya pula “Janganlah engkau remehkan suatu kebajikan sedikitpun, walaupun hanya bermanis muka terhadap saudaramu”. (HR. Muslim)

11. Disunnahkan memberi salam kepada anak-anak sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya, dan yang demikian ini adalah suatu hal yang menggembirakan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan menumbuhkan semangat menuntut ilmu di dalam hati mereka.

12. Tidak diperbolehkan memulai salam kepada orang kafir sebagaimana di dalam sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim) dan bersabda pula Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan wa’alaikum” (mutafaq alaihi).

Maka hidupkanlah, wahai hamba Allah sunnah yang agung ini di tengah-tengah kaum muslimin agar lebih mempereratkan hati-hati kalian dan menyatukan jiwa-jiwa kalian serta untuk meraih ganjaran dan pahala di sisi Allah. Semoga salam dan shalawat senantiasa tercurahkan atas Nabi, keluarga baginda dan shahabat-shahabat baginda seluruhnya. Amin..

http://geocities.com/abu_amman/SHIFATSALAM.htm

(di edit dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Abu Usamah)

Tuesday, March 27, 2007

Kenapa kita gagal membina semula tamadun?


Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

DALAM sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta diberikan penglihatan dalam beberapa minit. Ketika celik, dia hanya berpeluang melihat seekor keldai yang ada di hadapannya. Kemudian penglihatannya dibutakan kembali. Selepas itu apabila disifatkan sesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti keldai?” Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengan keldai?”

Cerita itu mungkin dongengan. Namun ia menggambarkan keadaan insan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan yang tertentu sahaja. Maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu atau terkait dengan apa yang pernah dilihat.

Sekali lagi saya ingin memperkatakan soal membina ketamadunan. Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi umat yang maju dan kembali membina tamadun kegemilangan.

Malangnya kekadang pihak yang dikempen atau mungkin yang berkempen tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan terus sahaja tergambar oleh mereka kemajuan atau tamadun yang sedang mereka saksi di zaman ini iaitu tamadun Barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka selain dari kehidupan Barat. Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran bangsa-bangsa yang menganut Islam hari ini.

Justeru, bagi mereka seakan jika kita ingin maju dan bertamadun, kita mesti memiliki apa yang dimiliki Barat, berbudaya ala Barat, bergaya ala Barat, berbahasa dengan bahasa Barat, berhiburan dengan hiburan Barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau hanyalah catatan sejarah yang boleh dibaca. Sama seperti cerita orang buta dan keldai. Dia hanya dapat membayangkan apa yang pernah dilihat.

Maka lebih tergambar di fikirannya keldai dibandingkan binatang lain yang hanya diceritakan kepadanya, sedangkan dia tidak pernah melihatnya.

Pendek kata, untuk menjadi maju pada hari ini, ramai umat Islam menyangka mereka kena ceduk apa yang ada di Barat. Untuk menceduk teknologi Barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan mudah untuk Barat mengajar kesemua ilmu tersebut, kerana itu tidak membuahkan keuntungan jangka panjang untuk mereka. Perkara yang paling pantas diceduk oleh masyarakat Islam ialah gaya hidup Barat.

Maka kita mengimport fesyen Barat dalam berpakaian dan berbudaya. Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat sahaja perkembangan hiburan. Segala format hiburan Barat dibawa dan didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yang melariskannya.

Hiburan-hiburan dalam media kita, bukan sahaja tidak kreatif terpaksa menceduk gaya Barat, bahkan nama program pun tidak mampu diubah. Maka anak-anak kita yang tercicir dalam banyak urusan kehidupan, berasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan secara Barat.

Itulah hakikat sebahagian artis kita. Maka yang berjaya diceduk dan dibawa dengan ‘ranggi’nya ke sini hanyalah nilai negatif. Sementara yang positif, kita masih meminta sedekah daripada Barat. Sama seperti orang Arab yang bangga dengan kereta mewah Barat tetapi negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sekalipun basikal. Bahkan setiap detik hasil minyak mereka dirompak oleh Barat.

Permasalahan kita – mungkin termasuk pihak yang diamanahkan untuk menguruskan kemajuan umat Islam – gagal memahami apakah asas atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yang kerananya umat Islam dahulu menjadi umat contoh dan pemimpin muka bumi ini.

Dalam banyak program televisyen yang ditaja oleh pihak tertentu, apabila cuba menggambarkan kemajuan maka disiarkan gambar orang memakai ‘lebai’ atau songkok atau jubah beraksi di hadapan komputer. Atau gambar tokoh agama bertali leher yang saiznya kecil sedikit daripada kain sejadah atau seumpamanya.

Padahal, bukan setiap yang menggunakan komputer otaknya bertamadun. Entah berapa ramai ustaz di televisyen yang beraksi berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya hanya menggambarkan kemunduran cara fikirnya. Bukan semua yang pakai tali leher, otaknya kelas pertama. Juga bukan semua yang menggunakan Internet menunjukkan dia menjadi insan yang bertamadun.

Itu semua hanyalah hasil yang dinikmati dari kemajuan dan keluasan ilmu. Bukan asas kepada ketamadunan insan menurut al-Quran dan al-sunah.

Tamadun Islam tertegak atas prinsip akidahnya dan cara fikir atau minda yang berdisiplin berdasar prinsip-prinsip syariat. Seorang tua yang berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat, menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh yang bertali leher kemas tetapi mengambil rasuah.

Pak cik yang berkain pelekat yang membuang sampah ke dalam tongnya, lebih bertamadun daripada yang memakai pakaian menawan tetapi mencampakkan puntung rokoknya di sana sini.

Lebih besar dari itu, menurut Islam, seorang yang kurang berharta tetapi memelihara akidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah lebih bertamadun dari yang berkereta mewah tapi bertangkal, atau berulang-alik ke rumah bomoh. Tamadun itu bermula dari akidah yang sejahtera dan cara fikir yang betul yang berteraskan roh al-Quran dan al-sunah.

Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yang betul maka hilanglah tamadun yang kita bina. Kita akan gagal membinanya semula selagi kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip- prinsip ketamadunan dalam Islam ini.

Sekalipun kita ada badan, pertubuhan, institut, jabatan yang dikaitkan dengan kemajuan Islam, nampak kita belum mampu maju. Sebabnya persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala gagal difahami oleh pelaksananya pun.

Sebenarnya, menghayati Islam yang tulen bererti menghayati tamadun keagungan. Namun pentafsiran Islam yang sempit dan pengamalnya yang bersifat konservatif telah menggagalkan usaha membawa kembali Islam yang asal lagi tulen. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-sunah dengan berteraskan tafsiran generasi awal (salaf) yang terbukti berjaya memimpin alam ini dahulunya.

Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati tamadun yang agung. Kemunduran umat ialah kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung ini. Atau salah dalam mentafsirkan kedua sumber tersebut.

Perlu diingat, kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-sunah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan ketamadunan dalam erti kata yang tidak difahami oleh Islam, tamadun Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya.

Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara roh dan kebendaaan. Menyeimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al- Sunah masdaran li al-Ma'rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir.)

Amat baik apabila kita mengadakan pameran ketamadunan umat yang lampau. Namun, tidak memadai jika pengunjung sekadar mengetahui hasil tanpa memahami di atas tapak apa mereka membina tamadun. Barangan-barangan itu datang dari jiwa bermaruah untuk mempertahankan umat dan minda yang segar kerana disiplin hidup dan harga diri.

Justeru kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya. Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh mereka. Islam itu mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka pasak. Mereka membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman.

Tokoh sejarawan Islam, Mahmud Syakir pernah membuat suatu perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya:

“Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain. Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya, makanan, minuman dan lain-lain. Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh dari kefahaman sebenar.” (Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-IslamI, m.s. 3-4, cetakan: Dar al-Maktab al-Islamiy, Lebanon).

Atas nama dan prinsip Islam, tamadun Islam berjaya dibina. Itulah yang menjadikan umat dahulu gemilang dan dihormati di mata dunia. Tanpa prinsip Islam tidak mungkin dapat dibina tamadun yang berteraskan Islam. Seperti mana – barangkali – di atas semangat ‘kehantuan’ tercetusnya pameran hantu. Tanpa semangat ‘kehantuan’ itu pameran hantu tidak mungkin dapat diteruskan. Namun insan yang ingin membina tamadun, juga mungkin hantu sendiri barangkali kehairanan melihat pameran yang seperti itu.