Monday, May 16, 2005

Seminar manhaj ahl sunnah wal jamaah Posted by Hello

1 comment:

  1. Anonymous10:53 PM

    KATAKAN TIDAK KEPADA WAHABI
    Kebanyakan, ataupun sebahagian, ataupun segelintir daripada mereka yang berfahaman Wahabi @ Salafi Tua mengatakan…


    Pahala bacaan orang hidup tidak ada manfaat kepada orang yang mati.
    TIDAK!
    Sudah terbukti orang yang mati mendapat manfaat daripada bacaan orang yang hidup.
    Jemaah-jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin, Tabligh, Naqsyabandiah, Hizbut Tahrir, Qadiriah dan lain-lain sesat, ataupun tidak Islamik, ataupun bertentangan dengan sunnah dan seumpamanya serta terkeluar daripada 1 golongan yang terselamat berbanding 72 golongan lain..
    TIDAK!
    Mereka semua tetap benar dan tetap berada dalam 1 golongan yang terselamat berbanding 72 golongan lain.
    Dr. Yusuf Qardhawi adalah dari golongan kami.
    TIDAK!
    Dr. Yusuf Qarfhawi dan jemaahnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah bersekongkol dengan kaum Wahabi dan fahaman mereka, bahkan beliau dan Ikhwanul Muslimin sering saja menegur apa yang salah dan lemah pada fahaman Wahabi. Malangnya tokoh-tkoh Wahabi seperti Albani dan Ben Baaz menghukum sesat jemaah Ikhwanul Muslimin termasuklah tokoh utamanya hari ini iaitu Syeikh Yusuf Qardhawi.
    Kita mesti beri lebih tumpuan untuk menentang pengaruh Syiah dan Islam Liberal.
    TIDAK!
    Kita mesti beri lebih perhatian untuk menentang VIRUS 6 BERADIK yang di dalamnya termasuklah Syiah, Islam Liberal dan Wahabi.
    Salafi Wahabi adalah satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan umat Islam.
    TIDAK!
    Salafi Wahabi sendiri berpecah kepada lima enam puak yang saling bertentangan antara satu sama lain bahkan ada yang saling menyesatkan, bagaimana mereka boleh mendakwa mereka satu-satunya jalan yang terselamat?
    Bumi ini rata bukan bulat. Bumilah pusat galaksi.
    TIDAK!
    Bumi berbentuk sfera. Bumi bukan pusat galaksi.
    Syeikh Abdul Qadir Jilani dan Tok Kenali adalah semanhaj dengan mereka.
    TIDAK!
    Syeikh Abdul Qadir Jilani adalah pengasas Tariqat Qadiriah dan merupakan salah seorang tokoh dunia sufi yang unggul. Tok Kenali yang bertariqat Ahmadiah dan berada dalam sanad Silat Abjad adalah daripada kaum sufi. Banyak amalan dan pemahaman mereka yang berkontra dengan fahaman Tajdid Tua yang dibawa oleh Salafi Wahabi.
    Imam Syafie sudah berpesan kepada seluruh umat Islam- kalau jumpa hadis sahih, itulah mazhabku.
    TIDAK!
    Imam Syafie berpesan begitu hanya kepada anak-anak murid dan para pengikutnya yang memahami kaedah-kaedahnya saja.
    Perkataan ‘bidaah’ semua membawa hukum ‘berdosa’. Tidak ada bidaah hasanah.
    TIDAK!
    ‘Bidaah’ bukan hukum. Hukuman ke atas sesuatu ‘bidaah’ itu bergantung kepada situasinya.
    Qardhawi dan al-Buti mengatakan ‘tidak ada bidaah hasanah’. Mereka sefaham dengan kami.
    TIDAK!
    Mereka adalah ulama Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin meraikan Maulidurrasul sejak zaman pengasasnya Hasan al-Banna lagi. ‘Tidak ada bidaah hasanah’ bagi mereka tidak pernah sama dengan ‘tidak ada bidaah hasanah’ bagi kaum Wahabi.
    Fahaman Salafi (Wahabi) semakin kuat.
    TIDAK!
    Fahaman ini SEMAKIN KUAT MEWUJUDKAN PERPECAHAN umat Islam. Antara lima enam kelompok mereka sahaja sudah saling sesat-menyesat, apatah lagi dengan umat Islam lain.
    Hadis ‘tuntutlah ilmu hingga ke negara China’ adalah palsu.
    TIDAK!
    Hadis itu ada yang lemah dan ada yang palsu.
    Kami membawa tajdid.
    TIDAK!
    Kamu membawa tajdid tua yang sudah tidak relevan lagi dengan zaman ini.
    Kami bukan Wahabi
    YE KE…!
    Kalau kamu bukan Wahabi, maka kamu tidak perlu terasa apa-apa. Tulisan ini bukan ditujukan kepada kamu.

    * Mana-mana pembaca yang terasa macam fahamannya BANYAK BERKONTRA dengan isi tulisan ini, maksudnya pembaca itu BELUM ADA ILMU tentang kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh fahaman Salafi Tua. Sebab itulah anda jadi ‘kabur’. Maka pembaca yang begini MESTILAH menyelesaikan pengajian peringkat asas terlebih dahulu dengan membaca (mengkaji dan membanding) tulisan-tulisan sebelum ini yang disenaraikan di bawah. Dikhuatiri pembaca yang gagal berbuat demikian akan tersalah faham dan tertolak kebenaran.
    * Membaca sebuah novel terus ke bab 9, menyebabkan pemahaman anda menjadi bercelaru. Novel itu mestilah dibaca sedari bab 1.



    TIDAK BERMAZHAB ADALAH BIDAAH TERBAHAYA- Syeikh Ramadhan al-Buti (ulama besar Ikhwanul Muslimin)
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=45


    DIALOG IBN ATHAILLAH-IBN TAYMIAH
    Syeikh Ibnu Athaillah ialah seorang ulama besar yang hidup sezaman dengan Syeikh Ibnu Taimiyyah. Beliau mengarang kitab Hikam yang terkenal itu.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=77


    DAKWAH TAJDID SEBENAR
    Kelemahan dan kesalahan dakwah Salafi Wahhabi diperbaiki dan diperbetulkan dalam dakwah Tajdid Segar.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121


    KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH
    Apa akan berlaku sekiranya fahaman Salafi Tua @ Wahabi ini dibiarkan? Tulisan ini menggambarkan suasana yang kemungkinan besar akan berlaku.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=116&mode=&order=0&thold=0


    QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=122&mode=&order=0&thold=0


    PELUMBA TAJDID
    Membongkar sikap mereka yang terkena fahaman Salafi Tua selama hari ini, tetapi sikap buruk ini kurang disedari umat Islam
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=130&mode=&order=0&thold=0


    USTAZ ZAMIHAN vs USTAZ ASRI
    Beberapa penyelewengan Dr. Asri berjaya dibuktikan dengan sejelas-jelasnya oleh Ustaz Zamihan al-Ghari. Bukti-bukti ini masih belum berjaya dinafikan sehingga ke hari ini.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2


    CONTOH SIKAP PEJUANG TAJDID LAPOK
    Satu contoh yang baik untuk anda memahami fahaman agama mereka yang telah terkena virus Wahhabi ini
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=135&mode=&order=0&thold=0


    USTAZ ZAMIHAN BETULKAN USTAZ ASRI LAGI
    Hadis menunutut ilmu ke China dihukum palsu oleh Dr. Asri tetapi penyelwengan ini berjaya dikesan oleh Ustaz Zamihan.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12


    MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH
    Kaum Wahhabi tanah air sering mendakwa mereka memperjuangkan sunnah. Benarkah mereka berbuat apa yang mereka cakap?
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=141&mode=&order=0&thold=0


    BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYAT
    Kita diwar-warkan betapa bahayanya cerita-cerita Israiliyat. Padahal ada lagi yang lebih bahaya iaitu cerita-cerita Wahhabiliyat. Anda belum tahu? Malangnya…
    Bahagian 1
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=162&mode=&order=0&thold=0
    Bahagian 2
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=168&mode=&order=0&thold=0
    Bahagian 3
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=172&mode=&order=0&thold=0


    Apabila telah tamat membaca dan menghayati tulisan-tulisan ini, insyaallah anda akan faham 100% artikel ini.


    JAUHI TAQLID BUTA DALAM SEGALA HAL
    JAUHI MENYOKONG SESUATU ATAS DASAR SEMANGAT DAN TAKSUB

    ReplyDelete