"MAKA BERPEGANGLAH DENGAN SUNNAHKU(RASULULLAH S.A.W) DAN SUNNAH KHULAFA AR-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN.BERPEGANGLAH DENGANNYA DAN GIGITLAH IA DENGAN GIGI GERAHAM . JAUHILAH KAMU DARI PERKARA-PERKARA YANG DIADA-ADAKAN(DALAM AGAMA) , KERANA SETIAP YANG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA ITU BIDAAH DAN SETIAP YANG BIDAAH ITU SESAT"(SUNAN ABU DAUD)
Saturday, December 31, 2005
Laporan Program Kem Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik
25-27 November 2005
Tempat:
Institut al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Anjuran:
Yayasan Penuntut al-Imam al-Syafi’e (YAPIS-UIAM)
& Institut al-Qayyim (IQ-DPIQAJ)
Tema Program:
“Sunnah sebadai panduan kecemerlangan sahsiah dan akademik.”
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kem tersebut telah dapat dijalankan sebagai salah satu usaha dakwah dan khidmat kepada masyarakat, terutama generasi muda di kawasan utara tanahair. Untuk siri ke-3, kali ini elemen kecemerlangan akademik turut dimasukkan dalam objecktif program memandangkan kepada keperluan untuk menghasilkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah dan akademik. Seramai 58 peserta telah menyertai program kali ini, dari umur 8 tahun ke 15 tahun.
Antara cadangan dan komen yang diterima dari waris peserta ialah untuk memanjangkan tempoh program kerana tiga hari terlalu singkat dan ditambah modul-modul untuk pembinaan sahsiah seperti jungle-trekking, hiking dan lain-lain. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penhargaan kepada pihak IQ yang telah memberi bantuan sepenuhnya sepanjang perjalanan program.
Selaku salah seorang jawatankuasa pelaksana program, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan-rakan dari UIAM dan UiTM yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam usaha mereka menjayakan program ini walaupun dalam jumlah yang amat sedikit, baik committee program mahupun fasilitator. Sesungguhnya perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan kesungguhan. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.
Sunday, December 25, 2005
..mazhab of imam muslim..
Shaykh Muhammad 'Alee Aadam Al-Ityoobee
Source: Qurratu 'Ayn al-Muhtaaj (1/12-14)
translated for www.bakkah.net
[In the Name of Allaah, the Compassionate, the Most Merciful...]
Know that the people of these later times have made confusing statements about his math-hab (Imam Muslim's). They have made contradictory claims in this issue, some of them saying he was a Shaafi'ee, others claiming he was a Hanbalee, among other claims, just as they have differed over the math-hab of al-Bukhaaree, the other authors of the six books, among others.
This is all based upon what they have come to believe about the obligation of ascribing to one of the math-habs of the four imams - that this is upon everyone, even the greatest of the Hadeeth scholars. This is something that has been the source of tribulation for the Muslims in these later times, along with corrupt beliefs and deviations.
Verily the people had lived for a long time without being affected by this tribulation, when they would apply the statement of Allaah, the Exalted:
( So ask the people of remembrance (the scholars) when you do not know ) [1]
It was not known that any of them ever called themselves a "Bakree", or an "'Umaree", or an "'Uthmaanee", or an "'Alawee", or anything else, ascribing to Aboo Bakr, 'Umar, 'Uthmaan, 'Alee, or the other major Companions, may Allah be pleased with them all. Likewise was the case of the taabi'oon, and this continued until the time after the advent of the four imams. It was then that the people began to ascribe to them, while those imams had warned the people not to make taqleed, blindly following them, except in times of necessity.
One of them (the advocates of taqleed) even said - and what a bad statement it was:
"And it is permissible to blindly follow other than the four, for someone in a time of need, and there is leniency in this."
And the author of "Maraaqee as-Su'ood" even said - and what a bad statement it was:
"And what is agreed upon today is the four, and following others is something that they all forbid."
To Allaah we belong, and to Him we shall all return; and there is no ability or power except through Him, and He is the One whose Assistance we seek against those who oppose the math-hab of the best of the Ummah.
This is something that is to be discussed elsewhere, so let us return to the subject at hand:
Know that Imam Muslim, may Allah have mercy on him, was a mujtahid imam who was focused on the texts (of the Book and the Sunnah). What the blind followers have been made to believe, that he was on a particular math-hab, is only the result of his position corresponding with that imam's position sometimes, a result of their agreement on the meanings of those evidences, or perhaps due to him learning that ruling from him, or from someone who learned it from him. If this is something that establishes blind following (taqleed), then we must conclude that ash-Shaafi'ee himself was a Maalikee, since he learned from him; and that Ahmad himself was a Shaafi'ee, since he learned from him, and so on. These people (the taqleed advocates) do not say this, rather they reject such a claim.
All of this (Imam Muslim being a blind follower of a particular math-hab) is disproved by the fact that he would oppose the imam (that people have said he made taqleed of) in other issues, and it is well known that the blind follower never opposes his imam.
And the truth of the matter is that he was upon the math-hab of Ahlul-Hadeeth, not a blind follower of anyone. He was like ash-Shaafi'ee, Ahmad, and the other jurists (fuqahaa') of the Hadeeth scholars.
Aboo 'Abdillaah al-Haakim, may Allaah the Most High have mercy on him, had done well when he listed him among the jurists of the scholars of Hadeeth. He then singled him out, writing a biography of him, like he did for the other imams, like az-Zuhree, al-Awzaa'ee, Ibn 'Uyaynah, Ibn al-Mubaarak, Yahyaa al-Qattaan, Ibn Mahdee, Ahmad ibn Hanbal, Ibn al-Madeenee, and others. Before thier biographies, he stated the meaning of having fiqh in hadeeth, saying in the 20th sub-chapter:
Knowledge of "fiqhul-hadeeth" - It is the very fruit of these sciences, and it is the basis of the Sharee'ah. The fiqh scholars of Islam, the people of analogy, opinion, deduction, debating, and researching, are well known in each and every era to the people of every land. And we will mention, with Allah's Will, at this occasion, fiqhul-hadeeth as taken from its people, to prove that the people of this science (Hadeeth), those who become highly proficient in it, are in no way ignorant of the fiqh of the narrations, since it is one of the varieties of this science (the science of Hadeeth). [2]
Al-'Allaamah al-Mubaarakfooree, may Allaah the Most High have mercy on him, said:
Just as al-Bukhaaree, may Allaah the Most High have mercy on him, was a follower of the Sunnah, someone who acted upon it, and a mujtahid who did not blindly follow one of the four imams or anyone else - so was Muslim, at-Tirmithee, an-Nasaa'ee, and Ibn Maajah. All of them were followers of the Sunnah, acting according to it, mujtahids, who did not blindly follow anyone. [3]
To summarize: Imam Muslim, may Allah the Most High have mercy on him, and the authors of the six books, and others, were the jurists (fuqahaa') of the Hadeeth scholars, acting by it (the Sunnah), calling to it, not giving any weight or importance to blindly following anyone, no matter who he was. They had no imam other than the Messenger of Allaah (sallallaahu 'alayhe wa sallam), the one that, by way of him, Allaah guaranteed the creation's guidance, and their success lies in obeying him and following after his way. Allaah the Most High has said:
( And if you obey him, then you will be rightly guided ) [4]
And Allaah the Most High has said:
( And follow him so that you might be rightly guided ) [5]
And if their positions corresponded to the positions of some of the imams in some issues, then it is only due to some evidence that led them to that. Those who fall short in understanding the issue think this is due to taqleed, and thus they have labeled them with something that those far less than them in scholarship do not even deserve to be labeled with (taqleed).
And Allaah is the One whose Assistance is sought against those who oppose what is correct. And Allaah is most knowledgable about what is correct, and to Him is the return and the end result.
FOOTNOTES
[1] a translation of the meaning of Soorah al-Anbiyaa' (21):7
[2] Ma'rifatu 'Uloom al-Hadeeth (p.63-78)
[3] The introduction of Tuhfatul-Ahwathee (1/353)
[4] a translation of the meaning of Soorah an-Noor (24):54
[5] a translation of the meaning of Soorah al-A'raaf (7):158
TEST YOUR UNDERSTANDING
What was Imam Muslim's math-hab?
How would you refute someone who claims that all Muslims are required to make taqleed of one of the four imams?
How would you respond to someone who claims that Imam Muslim was a Hanbalee since he held the same position as Imam Ahmad in many issues?
Thursday, December 22, 2005
Pemikiran Lapuk Yg Perlu Diubah
oleh: Ustaz Maszlee Malik
Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi". Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi
Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi, "Jadi ustaz tidak berpendirianlah...atas pagar lah ye?". Soalannya kali ini benar-benar membuatkan saya tergelak besar. Saya sekali lagi mengatakan kepadanya, "Anda masih lagi hidup di zaman 70'an, 80'an dan 90'an...masih lagi di takuk pemikiran Jemaah Centrid"
Jemaah Centric
Ya, sememangnya pemikiran jemaah centric yang mendominasi pemikiran pencinta dakwah dan juga pejuang gerakan Islam di Malaysia selama lebih tiga dekad lalu. Impaknya amat ketara, selain daripada kesan positif yang mendorong kepada banyak perubahan di
'Jemaah ana lebih tua!', 'jemaah ana lebih tarbiah', 'jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah', 'jemaah aku lebih agresif", 'jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah', 'jemaah saya ada Imam Mahdi!' . Itulah di antara slogan-slogan yang sering berkumandang selama lebih tiga dekad di
Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pendukung jemaah-jemaah yang berjuang demi nama jemaah masing-masing ini menggunakan dalil-dalil yang dipengaruhi oleh tafsiran nafsu mereka untuk menegakkan kebenaran "yang mereka dakwa". Contohnya dalil-dalil yang menyeru supaya umat Islam bersatu ditafsirkan agar bersatu di bawah satu jemaah, iaitu jemaah yang mereka perjuangkan sahaja. Begitu juga hadis-hadis yang menyeru agar umat Islam melazimi jemaah (iaitu kaum Muslimin) sering ditafsirkan sebagai bersatu di bawah "jemaahnya" sahaja dan bukannya jemaah lain. Hadis yang menghalalkan darah golongan yang meninggalkan jemaah Muslimin (meninggalkan agama Islam) juga ditafsirkan oleh sesetengah golongan yang taasub jemaah sebagai dalil untuk menghalalkan darah mereka yang bukan dari jemaah mereka.
Tidak hairanlah di zaman 90'an, antara buku-buku "Haraki" yang timbul adalah berkaitan usaha menonjolkan "kebenaran" jemaah masing-masing. 'Haram ta'adud jamaah' (haram wujudnya lebih dari satu jemaah) dan 'wajib hanya ada satu jemaah di bumi
Kebangkitan Tahun 1998
Jika tidak kerana reformasi 1998, nescaya pemikiran jemaah centric akan terus kekal. Di sebalik kepahitan ada rahmat, itulah hikmah yang boleh diambil daripada peristiwa reformasi 1998. Kebanyakan pendukung jemaah centric telah mula bersatu dan boleh menerima kewujudan jemaah yang berbeza. Mereka mula sedar bahawa jemaah mereka sahaja tidak akan dapat membawa perubahan kepada masyarakat
Maka, apakah penyelesaiannya? Apakah jemaah-jemaah yang wujud perlu dileburkan menjadi satu jemaah yang unggul sahaja? Dengan itu umat Islam semua akan bersatu di bawah satu panji "ummah" sahaja tanpa khilaf dan perpecahan!
Bunyinya begitu indah, hakikatnya slogan-slogan tersebutlah yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang lebih teruk. Slogan "kembali kepada satu jemaahlah yang telah menyebabkan krisis di antara jemaah berterusan, dari dulu, kini dan selamanya. Mengapa? Ini kerana tabiat manusia itu berbeza, gaya pemikirannya berlainan, tahap pemikiran tidak sama, dan manusia itu sendiri secara fizikalnya berbeza-beza. Perkara inilah yang telah disentuh oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya "al-Sahwah al-lslamiyyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa tafarruq al-mazmum"
Pemikiran "Ummah Centric"
Tiada salahnya kewujudan jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan pemikiran "Ummah Centric" dan bukannya "Jemaah Centric". Tidak salah wujudnya jemaah-jemaah selagi ia wujud sebagai organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif, dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tiada salah juga berjemaah selagi ia membawa kepada penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi yang tersusun kemas selaras dengan seruan Allah SWT: "Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berperang di jalan-Nya di dalam satu barisan, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh"(al-Saff: ayat 3).
Jangan lebih daripada itu hendaknya. Jika adanya unsur 'jemaah saya yang utama', 'Jemaah saya yang paling hebat', 'jemaah saya yang paling hebat tarbiah', 'jemaah saya yang paling sunnah", 'jemaah saya yang paling ulama' dan lain-lain kredibiliti yang mengatasi kesatuan ummah, maka perpecahan akan segera timbul.
Pemikiran 'Ummah Centric' perlu dihayati oleh seniua umat Islam seperti mana ia dihayati oleh umat terdahulu. Bukankah Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku." (al-Anbiya: ayat 92), dan juga firman Allah SWT, "Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10).
Begitu juga dengan hadis-hadis yang menekankan kepentingan ukhuwah dan kesatuan umat. Pemikiran ummatik inilah yang semestinya mencorakkan cara berfikir, cara berukhuwah, cara bertindak dan juga cara menilai sesuatu. Janganlah ada pilih bulu dalam berukhuwah, jika seseorang itu satu jemaah, maka itulah "sahabat", "ikhwah", "puak" atau golongan kita. Orang dari jemaah lain pula diberikan layanan kelas kedua, hanya kerana mereka bukan "ahli jemaah" kita.
Dalam menuntut ilmu juga begitu juga hendaknya, dan bukannya sikap mengikuti atau mendengar atau menghadiri hanya kuliah-kuliah dan kelas-kelas pengajian "oghe-oghe kito" sahaja dan menutup telinga dan pintu hati pada orang-orang dari jemaah lain. Dalam membaca begitu juga, Janganlah hanya membaca literasi "harakah" yang versi "fikrah kita" sahaja dan memandang sepi literasi hasil tulisan orang-orang dari kumpulan lain, walhal kemungkinan apa yang ada pada orang lain itu lebih bermanfaat dan lebih baik.
Pemikiran ummatik ini perlu disemadikan di dalam hati para pencinta Islam dan pejuang-pejuang syariat Islam agar segala usaha dirasakan sebagai tanggungjawab bersama.
Jika beroleh kemenangan, ia tidak akan dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi dirasakan sebagai milik semua. Jika ada kelemahan terhadap usaha orang lain, pihak yang nampak kelemahan tersebut, walaupun dari jemaah lain, akan segera membantu untuk memperbaikinya dan bukan menghentam atau menjadikannya sebagai hujah untuk menjatuhkannya. Pemikiran ummatik juga akan membuatkan semua jemaah melihat jemaah-jemaah lain sebagai rakan setugas, rakan sepasukan dan juga rakan seperjuangan, yang walaupun lain gaya bekerja, tetapi tetap di bawah satu majikan yang sama.
Pemikiran ummatik juga akan menguatkan lagi usaha-usaha untuk tajdid, islah dan dakwah. Sinergi di antara jemaah di atas usaha-usaha bersama akan lebih banyak dan lebih memberikan impak. Tanpa prejudis, tanpa kebencian, tanpa hasad,tanpa fitnah memfitnah, tanpa jatuh menjatuhkan, tanpa hentam menghentam, dan yang penting lagi tanpa merasakan orang di luar jemaah kita adalah "orang lain". Jika semua pendukung jemaah-jemaah yang wujud dapat merasakan bahawa semua jemaah-jemaah dan juga orang-orang lain yang mungkin tidak berjemaah sebagai saudara seummah mereka, di waktu itu, insya-Allah keberkatan dan bantuan Allah akan turun. Hal ini perlu dimulakan segera, bermula dengan pemikiran dan juga hati!
Fiqh Ikhtilaf
Selain daripada berfikiran ummah centric, para pencinta Islam juga wajib menghayati flqh dan juga adab berikhtilaf. Kata-kata Imam al-Syafi'i yang berbunyi : "Pandanganku adalah benar menurut pendapatku, tetapi berkemungkinan silap, dan pendapat lawanku adalah silap pada pandanganku, tetapi berkemungkinan mengandungi kebenaran". Kata-kata al-Marhum Rashid Redha yang kemudiannya dipopularkan oleh Hassan al-Banna juga merupakan satu kaedah emas yang boleh dijadikan penawar di dalam menangani masalah perpecahan disebabkan pemikiran jemaah centric.
Beliau berkata: "Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita sepakati dan kita berlapang dada di dalam apa yang kita perselisihkan"
Di dalam berikhtilaf semua pihak perlulah ikhlas dan benar-benar meletakkan Islam sebagai matlamat mereka dan bukannya jemaah atau fikrah.
Bunyinya seperti mudah, namun pelaksanaannya tidak semudah diucapkan. Sekali lagi ia perlu bermula dari hati, dari pemikiran dan juga dari roh" ummah centric".
* Centric membawa maksud : paksi, jemaah centric membawa maksud pemikiran berpaksikan jemaah, manakala ummah centric pula membawa maksud, pemikiran berpaksikan konsep satu ummah.
Thursday, December 15, 2005
Misplacing the Temple of Solomon
The book The Temples That Jerusalem Forgot is a result of the in-depth research of Dr. Ernest Martin that shows that the Temples of God in Jerusalem were indeed located over the Gihon Spring and not under the Dome of the Rock.
http://www.askelm.com/temple/t000601.htm
Friday, December 02, 2005
Wahhabi sesuatu yang tiada hakikat..
Wahhabi ialah sesuatu yang tiada hakikatnya. Isu ini telah lama didengari dan diperkatakan dari zaman ke zaman, namun ianya tetap akan berterusan selagi mana masyarakat tidak cuba memahaminya secara ilmiah. Sesungguhnya Islam dibina di atas manhaj ilmu iaitu al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Oleh kerana itu para ulama’ salaf sering menyatakan ilmu itu ialah apa yang difirmankan Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Ingin diingatkan di sini bahawa janganlah kita bercakap tentang sesuatu perkara yang kita tidak ada ilmu tentangnya.
Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 36:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”.
Sekiranya kita bercakap di atas suatu perkara yang kita tidak mengetahuinya dikhuatiri akan terjebak ke dalam kancah fitnah pula. Tetapi fenomena ini berlaku di tengah-tengah masyarakat di mana mereka melabelkan sebahagaian mereka dengan wahabi atau kaum muda. Apabila ditanya kembali apakah itu wahabi, mereka membisu. Ada yang menjawab wahabi itu tidak membaca qunut subuh, wahabi tidak membaca zikir lepas sembahyang beramai-ramai, wahabi tidak membuat kenduri arwah dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bercakap tidak atas dasar ilmu. Diulangi sekali lagi bahawa kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak atas apa yang kita perkatakan.
Secara ringkas wahhabi adalah nama yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab, beliau dilahirkan pada tahun 1115 hijrah di Najd dan meninggal pada tahun 1206 hijrah. Perjuangan beliau ialah mengembalikan kesucian tauhid jauh dari syirik, khurafat. Beliau berjuang menegakkan sunnah dan menentang bid’ah dalam agama. Pergerakan Muhammad bin Abdul Wahab bukan satu mazhab yang baru. Bahkan beliau sendiri bermazhab Hambali. Manhaj yang digunakan dalam berdakwah ialah manhaj Salafus Soleh iaitu manhaj yang dibawa oleh tiga kurun yang pertama dan terbaik sepertimana yang disabdakan nabi s.a.w. “Sebaik-baik manusia ialah kurunku (zaman nabi dan sahabat), kemudian kurun selepasnya (tabiin), kemudian selepasnya (tabi’ tabiin).
Tetapi perjuangan dakwah tidak dihamparkan dengan permaidani merah, sebaliknya perjuangan dakwah akan dirintangi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Musuh-musuh yang tidak berpuas hati dengannya lalu melabelkannya sebagai Wahhabi. Sepatutnya ianya lebih tepat dengan label Muhammadiyah kerana namanya Muhammad namun untuk mengelakkan masalah yang timbul sekiranya dilabelkan Muhammadiyah lalu dinisbahkan kepada ayahnya Abdul Wahab maka jadilah Wahhabi. Itulah hakikat sebenarnya nama Wahhabi yang tidak diketahui masyarakat kita. Penulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab hanya sekitar permasalahan Tauhid seperti yang masyhur Kitab al-Tauhid.
Di Malaysia nama Dr.Yusuf al-Qaradhawi sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Begitu juga dikalangan ustaz-ustaz yang memusuhi golongan yang dilabel sebagai wahabi ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad bin Abdul Wahab katanya: “Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menaggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263, ctk. Maktabah Wahbah Mesir).
Satu lagi nama yang tidak asing bagi masyarakat kita ialah Dr. Wahbah al-Zuhaili yang memuji Muhammad bin Abdul Wahhab dengan berkata: “Sesuatu yang tidak syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jagan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud:85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun yang ke 12 hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih.” ( Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, hlm 57-58). Adakah Dr.Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Wahbah al-Zuhaili yang menjadi rujukan oleh mereka ini dilabelkan sebagai Wahhabi?
Siapa tidak mengenali syeikh Muhammad Rashid Redha. Beliau antara orang yang mempertahankan dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnah Muhammad bin Abdul Wahab. Antaranya ialah tulisannya dalam muqaddimah kitab ‘Siyanatul Insan ‘An Waswasatil Dahlan’ sebuah kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Muhammad bin Abdul Wahab yang dinamakan ‘Duraru al-thaniyah fi raddi ‘Ala al-Wahhabiah’ yang banyak tersebar di pondok-pondok di Malaysia. Antara isinya beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan pembohongan dan fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Beliau telah mengkaji mengenai gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah, fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulamak-ulamak Najd. Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab beliau membuat kesimpulan :
1- Tidak ada satu pun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melainkan dusta dan fitnah.
2- Zaini Dahlan dan musuh-musuh Syeikh Muhammad orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah, sama ada tidak mengetahui tentang hakikat dakwah Syeikh Muhammad ataupun sebab-sebab lainnya.
(dipetik dari www.al-ahkam.net)
Begitulah seperti kata pepatah manusia akan memusuhi sesuatu perkara yang dia jahil terhadapnya. Suatu kisah yang masyhur seorang syeikh selalu berdoa keburukan dan laknat ke atas Muhammad Abdul Wahab, suatu hari anak muridnya meletakkan kitab yang ditulis oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah dikoyak kulitnya supaya syeikhnya tidak mengetahui siapakah penulisnya. Setelah membaca kitab tersebut anak muridnya tadi datang kepadanya lalu bertanya “Wahai syeikh bagaimanakan isi kandungan kitab itu” lalu syeikhnya menjawab kitab ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai rujukan dalam aqidah. Selepas itu anak muridnya mengeluarkan semula kulit buku tersebut dan menyatakan inilah kitab Muhammad bin Abdul Wahhab. Syeikh tersebut terkejut dan menangis kerana menyesal. Setelah itu setiap kali beliau berdoa beliau memohon keampunan dan berdoa kebaikan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.
Suatu perkara yang penting bahawa mereka yang dilabelkan sebagai Wahhabi ini hanya berdalilkan kepada al-Quran dan Sunnah serta membawa perkatan-perkataan para imam yang muktabar seperti para imam mazhab yang empat. Tidak sepatah pun kedengaran nama Muhammad bin Abdul Wahhab apatah lagi perkataan-perkataan beliau. Sebagai contoh masalah berzikir secara sendirian dan senyap selepas setiap kali sembahyang, mereka membawakan kitab Imam Syafie sendiri iaitu al-Umm juga perkataan Imam al-Nawawi dalam syarah Muhazzab yang menyatakan zikir hendaklah secara senyap kecuali untuk mengajar bukannya pendapat Muhammad bin Abdul Wahhab. Adakah Imam al-Syafie dan Imam al-Nawawi Wahhabi? Itulah akibatnya sekiranya jahil tentang permasalahan agama.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini penulisan-penulisan Muhammad bin Abdul Wahab hanya tertumpu kepada permasalahan aqidah. Jadi apa yang diajarkan oleh sebahagian mereka yang dilabelkan sebagai Wahhabi tiada kena mengena dengan Muhammad bin Abdul Wahab namun masyarakat terutamanya golongan agama yang tidak menitik beratkan persoalan ilmu terus melabel dan menfitnah mereka dengan Wahhabi.
Akhirnya kita mohon kepada Allah agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat serta dihapuskan kejahilan dalam diri. Permasalahan wahhabi tidak wajar ditimbulkan lagi dan seperti yang dinyatakan ianya sesuatu yang tidak pernah wujud secara hakikatnya sebaliknya ianya ajaran islam bukan Wahhabi. Wallahu a’lam.
Abu Syu'aib
mka_2705@yahoo.com
Tuesday, November 15, 2005
DI MANA KESAN DIDIKAN RAMADHAN?
DI MANA KESAN DIDIKAN RAMADHAN?
Oleh:
Abd al-Razzaq A.Muthalib
Jika diibaratkan Ramadhan seperti sebuah sekolah atau universiti, maka kita adalah pelajarnya. Bagaimana seorang pelajar yang akan mendaftar di sekolah atau universiti membuat persediaan yang rapi, maka begitulah kita yang ingin memasuki sekolah/universiti Ramadhan ini. Sepatutnya persediaan telah kita lakukan sejak bulan Sya’ban lagi dengan diperbanyakkan puasa sunat. Kalau di sekolah atau universiti diadakan minggu suai kenal, maka puasa sunat di bulan Sya’ban ini juga boleh diibaratkan seperti minggu suai kenal sebelum kita menjalani proses pendidikan yang sebenar di sekolah atau universiti Ramadhan nanti.
Selepas melalui minggu suai kenal, maka tibalah hari pengajian yang ditunggu-tunggu. Mereka yang telah membiasakan diri dengan keadaan dan persekitaran di bulan Sya’ban, tidak akan terasa sesuatu yang membebankan malah mereka lebih gembira kerana itulah tujuan dan harapan yang mereka nanti-nantikan. Tetapi bagi mereka yang tidak memanfaatkan sepenuhnya minggu suai kenal tersebut, kemungkinan masih belum bersedia sepenuhnya dan terasa sedikit kesusahan dalam dirinya. Namun, apakan daya, pembelajaran di sekolah atau universiti Ramadhan perlu diteruskan, kerana ini adalah arahan, kecuali bagi mereka yang keuzuran. Arahan ini telah termaktub di dalam buku panduan: ((Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu puasa, seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa. Ianya beberapa hari yang ditentukan, maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir maka boleh diganti pada hari yang lain…)) (Al-Baqarah: 183)
Seseorang yang telah mendaftar untuk belajar di sekolah atau universiti Ramadhan ini perlu untuk menghabiskan silibus yang telah ditetapkan. Silibusnya terbahagi kepada dua; silibus wajib dan silibus pilihan (sunat). Silibus yang wajib ialah setiap pelajar mesti menahan diri daripada makan dan minum serta dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Silibus yang wajib ini hanya satu, tetapi ada pecahan di bawahnya iaitu tidak boleh bercakap perkara yang lucah, kotor, kasar, dusta dan yang melalaikan. Mana-mana pelajar yang hanya tidak makan dan tidak minum sahaja, tetapi masih mengucapkan kata-kata yang keji, lucah, dusta, melalaikan dan sebagainya akan terjejas markahnya. Inilah peraturan yang perlu dipatuhi: Daripada Abu Hurairah ra katanya, Nabi saw bersabda: ((Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah swt langsung tidak berhajatnya daripadanya untuk dia meninggalkan makan dan minumnya)). (Riwayat al-Bukhari).
Bagi silibus pilihan pula, seseorang itu tidak diwajibkan untuk mengambilnya. Tetapi ianya amat digalakkan kerana ia dapat menampung markah puasa yang mungkin terjejas tanpa disedari. Di samping itu, ia juga merupakan satu peluang yang ditawarkan untuk setiap pelajar mencari markah tambahan supaya dia dapat tamatkan pengajiannya di sekolah Ramadhan ini dengan penuh cemerlang. Antara silibus pilihan yang ditawarkan dan amat digalakkan ialah:
1- Solat terawih
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasululullah saw bersabda (maksudnya): ((Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan , diampunkan segala dosa yang telah lalu)) (Muttafaqun ‘alaihi)
2- Bersahur
Daripada Amru bin Al-‘As, bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Yang menjadi beza di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur)). (Riwayat Muslim)
3- Tadarus al-Quran
Daripada Ibn Abbas ra berkata: ((Nabi saw adalah seorang yang pemurah, dan Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan, ketika mana Jibril berjumpa dengan Baginda, mereka saling bertadarus al-Quran, dan Jibril berjumpa dengan Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan, maka mereka saling bertadarus al-Quran…)) (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Menurut Ibn Rejab, hadis ini menunjukkan galakan bertadarus al-Quran dan memperbanyakkan bacaannya pada bulan Ramadhan.
4- Menjamu orang berbuka puasa.
Daripada Zaid bin Khalid ra, Nabi saw bersabda (maksudnya): ((Sesiapa yang menjamu orang berbuka puasa, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang dijamu itu, tanpa dikurangkan sedikit pun daripada pahala orang yang berpuasa itu)). (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih al-Jami’)
5- I’tikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan
Daripada ‘Aisyah ra berkata: ((Nabi saw selalu beri’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Kemudian, isteri-isteri baginda pula beri’tikaf selepas kewafatan baginda)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Bagi pelajar yang terpilih dan bernasib baik pula, sekolah atau universiti Ramadhan ini menyediakan satu anugerah istimewa sebelum dia menamatkan pembelajaran iaitu anugerah Lailat al-Qadr. Anugerah ini merupakan anugerah yang terulung dan siapa yang terpilih telah dijanjikan dengan ganjaran yang istimewa. Firman Allah swt bermaksud: ((Lailat al-qadr itu lebih baik daripada seribu bulan)) (Surah al-Qadr: 3). Nabi saw juga memberikan jaminannya: ((Sesiapa yang menghidupkan Lailat al-qadr (dengan ibadah) dengan punuh keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan ganjarannya, diampunkan segala dosanya yang telah lalu)). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kebiasaannya anugerah ini akan diberikan pada sepuluh hari terakhir sebelum tamatnya sesi pengajian. Sebab itulah ‘Aisyah ra menyatakan: Rasulullah saw beri’tikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan dan Baginda berpesan: ((Intailah lailat al-qadr pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan)). (Muttafaqun ‘alaihi).
Setelah sebulan melalui proses pembelajaran di sekolah atau universiti Ramadhan ini, maka tibalah hari yang dinantikan iaitu hari konvokesyen atau hari anugerah cemerlang pada 1 Syawal. Setelah berjaya melalui segala ujian dan peperiksaan dengan cemerlang, maka diadakan hari konvokesyen ini sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah untuk mereka yang telah berjaya. Pada hari ini semua pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sewaktu Ramadhan pasti berasa gembira dan bersih dari segala dosa seakan-akan bayi yang baru lahir. Prestasi yang cemerlang ini mesti berdasarkan keimanan dan keikhlasan kepada Allah swt. Nabi saw bersabda (bermaksud): ((Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu)) (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Mereka yang telah mendapat ijazah daripada sekolah atau universiti Ramadhan ini juga sebenarnya telah menempah tiket al-Rayyan untuk menuju ke satu destinasi yang menjadi idaman setiap insan mukmin. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): ((Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Ini adalah antara beberapa ganjaran dan anugerah yang telah diumumkan. Namun begitu, masih ada lagi anugerah atau ganjaran yang tidak terhitung jumlahnya dan tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali oleh pihak Pentadbir, Yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi. Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw: ((Allah swt telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya…)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Walaupun asyik bergembira dengan hari konvokesyen pada 1 Syawal ini, sepatutnya setiap pelajar harus bermuhasabah kembali apakah dia telah mencapai segala misi dan visi daripada kursus yang diambil ini seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Pentadbir: ((Wahai orang-orang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan juga ke atas mereka yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa)). (Al-Baqarah:183).
Sekarang tamatlah proses pembelajaran atau kursus di sebuah sekolah atau universiti yang dinamakan Ramadhan. Jadi, apa pula selepas Ramadhan? Bagaimana pula amalan kita di bulan Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam, Safar dan bulan-bulan yang lain? Bagaimana juga akhlak kita di bulan-bulan yang lain? Apakah kesannya setelah sebulan kita mendapat latihan pada bulan Ramadhan? Adakah semuanya terhenti apabila tibanya 1 Syawal? Justeru, di depan kita adalah beberapa persoalan yang tidak cukup jika hanya dijawab dengan lisan tanpa dibuktikan dengan tindakan.
Solat berjemaah & Imarahkan masjid
Kalau di bulan Ramadhan, kita dapat lihat fenomena kebanjiran manusia di kebanyakan masjid-masjid. Masing-masing dengan penuh semangat berpusu-pusu menuju ke masjid kerana tidak mahu melepaskan peluang solat terawih berjemaah. Kadang-kadang terdapat juga sesetengah masjid dan surau yang terpaksa mendirikan khemah sementara diluar masjid bagi manampung jumlah para jamaah yang begitu ramai. Terlintas juga di benak fikiran Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan AJKnya bahawa masjid kita ini perlu diperbesarkan sebab ramai sangat penduduk kariah yang datang. Tempat letak kenderaan juga tidak cukup sampai ada yang terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing jauh di bahu-bahu jalan raya. Kadangkala sampai berlaku gangguan lalu lintas. Cukup indah suasana pada malam-malam Ramadhan ini. Si suami mengajak isteri sambil memimpin anak-anak untuk sama-sama ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih. Tidak kurang juga yang menumpangkan kenderaannya yang besar kepada jiran-jirannya. Sampai di masjid atau surau, masing-masing mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman sesama muslim sambil bertanya khabar. Malah ramai juga yang mendapat kenalan baru pada malam-malam Ramadhan ini. Yang lebih lucunya, ada yang baru tahu rupanya mereka tingal di satu taman, satu flet atau kawasan perumahan yang sama. Alangkah harmoninya suasana ini. Tua, muda, miskin dan kaya masing-masing berhimpun di rumah Ilahi dengan satu tujuan yang sama dan niat suci di hati.
Persoalannya, kenapa keadaan ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan? Kenapa pada hari-hari lain –kecuali hari Jumaat- dan malam-malam lain fenomena ini tidak dapat dilihat. Malah sesetengah masjid ibarat hidup segan mati tak mahu dek kerana tidak dihidupkan dengan solat jemaah atau terlalu sikit jumlah penduduk yang mengunjunginya.
Apakah kita hanya dituntut untuk berjemaah semasa solat terawih sahaja? Bagaimana dengan solat-solat fardhu yang lain? Kalau kita boleh luangkan masa dan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat SUNAT terawih, kenapa hal sedemikian tidak kita lakukan untuk solat-solat FARDHU yang lain pada bulan-bulan yang lain? Apakah Allah swt hanya akan memberi ganjaran pahala untuk mereka yang berjemaah di masjid pada bulan Ramadhan sahaja? Apakah masjid dibina hanya untuk solat terawih pada bulan Ramadhan sahaja? Kalau kita merasa rugi jika terlepas solat terawih kerana fadhilatnya yang banyak, kenapa kita tidak merasa rugi apabila kita tidak solat fardhu yang lain secara berjemaah? Kalau kita begitu mengambil berat dan memberi perhatian kepada amalan sunat ini, sepatutnya perhatian yang lebih lagi patut diberikan kepada amalan yang fardhu. Tidakkah kita pernah mendengar saranan dan pesanan yang diberikan oleh Allah dan juga rasul-Nya tentang kelebihan-kelebihan mereka yang memakmurkan masjid dan solat berjemaah?
Firman Allah swt bermaksud: ((Hanyasanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka itulah yang akan tergolong dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk)). (Al-Taubah: 18)
Sabda Rasulullah saw bermaksud: ((Sesiapa yang bersuci (mengambil wudhuk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan kefardhuan (solat) daripada fardhu-fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah, maka setiap langkahnya akan dihapuskan dosa (yang kecil) dan satu langkah lagi akan dinaikkan darjatnya (di sisi Allah)). (Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah saw lagi bermaksud: ((Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda)). (Muttafaqun ‘alaihi)).
Justeru, ayuhlah wahai umat Islam sekelian! Ayuh kita imarahkan rumah-rumah Allah pada setiap masa. Ikatlah hati-hati kita dengan masjid mudahan kita akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat yang tiada lagi naungan kecuali naungan Ilahi. Hidupkan kembali masjid dengan solat-solat fardhu berjemaah. Kembalikan semula fungsi dan peranan institusi masjid seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat pada era kegemilangan mereka. Ajak dan ajarlah ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga kita untuk mencintai dan merindui rumah-rumah Allah dengan memakmurkannya. Jadikan suasana pada malam-malam Ramadhan berlaku juga pada malam-malam yang lain.
Solat fardhu & Solat sunat
Kita juga dapat melihat kebanyakkan umat Islam mampu dan bersungguh-sungguh menunaikan solat sunat terawih dan witir samada 11 rakaat atau 23 rakaat. Waduh! Walaupun terasa sedikit keletihan, namun digagahkan juga diri, dipujuk juga hati supaya tetap meneruskan solat sunat terawih ini semata-mata mahu merebut pahala sunat yang dijanjikan.
Persoalannya, apakah amalan solat sunat hanya dituntut pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhirnya Ramadhan, terus kita menjadi lemah dan tidak mampu walaupun untuk menunaikan solat sunat rawatib yang hanya dua rakaat. Kenapa begitu? Kalau solat sunat yang sebanyak 11 atau 23 rakaat itu kita mampu lakukan, kenapa yang hanya 2 rakaat ini kita abaikan. Ya, memang ianya hanya sunat. Tetapi tidak merasa rugikah kita jika kita tidak merebut pahala sunat ini sepertimana kita merasa rugi apabila kita terlepas solat terawih. Atau adakah kita hanya mendengar kelebihan solat sunat terawih sahaja, dan tidak pula pernah diberitahu tentang kelebihan solat sunat rawatib yang lain. Nah! Renungilah wahai insan mukmin, beberapa fadhilat solat sunat yang akan disebutkan ini dengan harapan kita juga akan terus bersemangat untuk merebut ganjarannya:
Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tidaklah seorang hamba muslim yang bersembahyang sunat kerana Allah Taala pada setiap hari sebanyak 12 rakaat, selain daripada yang fardhu, kecuali Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga- atau akan dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga)). (Riwayat Muslim).
Daripada ‘Aisyah ra, Nabi saw bersabda bermaksud: ((Dua rakaat sebelum fajar (solat sunat sebelum Subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya)). (Riwayat Muslim).
Daripada Ummu Habibah ra katanya: Rasulullah saw bersabda: ((Sesiapa yang memelihara (solat sunat) empat rakaat sebelum zohor dan empat rakaat selepasnya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka)). (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dan al-Tirmizi menyatakan: hadis hasan sahih).
Lebih
Membaca al-Quran
Semasa di musim Ramadhan, akan wujud juga satu suasana yang amat baik dan mesti diteruskan iaitu amalan membaca al-Quran. Kedengaran di masjid-masjid, surau-surau malah di pejabat-pejabat gema suara-suara umat Islam mengalunkan Kalamullah. Tidak kurang juga yang turut serta dalam program tadarus al-Quran yang dianjurkan oleh masjid-masjid.
Persoalan seterusnya, kenapa suasana ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan? Adakah al-Quran ini diturunkan hanya untuk dibaca pada bulan Ramadhan? Apakah fadhilat membaca al-Quran terdapat pada bulan Ramadhan sahaja? Kenapa di bulan Ramadhan kita boleh mencari masa untuk membaca al-Quran? Apakah perjuangan Rasulullah saw, para sahabat dan generasi yang selepas mereka yang begitu bertungkus lumus untuk menegakkan al-Quran, disambut oleh genarasi kita hanya dengan membacanya pada bulan Ramadhan? Apakah kita telah memahami atau
Oleh itu, marilah wahai umat Muhammad! Generasi penyambung perjuangan Rasulullah saw dan para salaf al-salih. Ayuh! Dengan daya upaya dan segala kudrat yang ada, kita tegakkan tuntutan al-Quran dan jadikannya bacaan rutin kita seharian. Usah biarkan al-Quran terus tersimpan di dalam almari atau rak-rak samada di masjid-masjid atau di rumah. Mana-mana rumah yang masih belum ada Al-Quran, dapatkannya sekarang juga. Bagi mereka yang masih belum lancar al-Quran, jangan malu dan segan untuk terus belajar dan belajar, lagi dan lagi. Marilah kita membaca al-Quran dengan
Daripada Abu Umamah ra berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai syafaat kepada tuannya)). (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Mas ‘ud ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw maksudnya: ((Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu akan diganda dengan sepuluh ganjaran. Aku tidak katakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf)). (Riwayat al-Tirmizi dan dia menyatakan hadis hasan sahih).
Nasib fakir miskin dan anak yatim
Bulan Ramadhan juga bulan rahmat dan bulan melimpah ruahnya rezeki bagi sesetengah golongan seperti anak-anak yatim dan fakir miskin.
Tetapi
Jika mereka masih diberi perhatian, kenapa masih ada yang hanya makan nasi sehari sekali, berlaukkan pucuk kayu, berkuahkan air garam. Lebih menyedihkan, kita pernah disiarkan bahawa ada mereka yang terpaksa menjadikan siput babi sebagai sesuap makanan bagi meneruskan hidup di dalam sebuah negara maju dan makmur ini. Walau apa pun yang dihadapi, mereka mengerti bahawa hidup ini tetap perlu diteruskan walau pun masa depan tidak menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan.
Ini hanyalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan manusia yang penuh dengan duka derita di atas pentas dunia yang penuh dengan sandiwara. Sedar atau pun tidak, semua ini wujud di dalam masyarakat yang ada anggotanya hidup dengan penuh senang lenang dan kaya raya. Hidup seharian hanya difikirkan bagaimana lagi untuk menambahkan harta kekayaan yang sudah sekian banyak. Makannya tidak layak lagi di warung-warung kecil, tetapi di hotel-hotel atau restoran yang mewah. Pakainya tidak layak lagi baju-baju yang dijual di pasar malam, tetapi mesti yang berjenama hebat-hebat dan mahal. Malah ada yang sanggup pergi ke luar negara semata-mata untuk membeli belah dan salon rambut. Kenderaan pula yang mahal-mahal dan tidak cukup sebuah. Malah ada yang memiliki kenderaan berbelas-belas dan berpuluh-puluh buah. Kediamannya pula bagaikan istana raja yang dipenuhi dengan segala perabot dan perhiasan import dari luar negara. Ini belum dikira lagi yang sanggup menipu, menindas orang lain dan mengamalkan rasuah demi mengautkan kekayaan dunia yang sementara. Kesannya, jadilah yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus miskin.
Mereka yang berkempen dan melaungkan untuk berjuang membenteras kemiskinan habis-habisan pula, hanya tinggal kempen dan laungan. Itu pun
Terfikir pula kita ke mana perginya duit zakat? Bukankah berpuluh-puluh juta duit zakat telah dapat dikutip. Bukankah juga fakir miskin merupakan salah satu golongan yang berhak menerima zakat? Kalaulah jumlah pungutan zakat berpuluh-puluh juta seperti yang dilaporkan, apakah ia masih tidak cukup untuk membantu fakir miskin, yang sakit dan para pelajar bagi meringankan beban mereka? Di mana fungsi dan peranan pusat pungutan zakat? Walaupun namanya “pusat pungutan zakat”, ia bukan sekadar tahu untuk “pungut” sahaja, tetapi mesti tahu juga untuk diagihkan. Apalah yang hendak dibanggakan sangat dengan pencapaian berjaya meningkatkan hasil kutipan zakat dari tahun ke tahun, tetapi ia tidak diuruskan sebaik mungkin. Oleh itu, inilah peringatan untuk semua pihak yang terlibat dalam menguruskan harta zakat ini: Takutlah kamu kepada Allah dalam menguruskan harta zakat kerana ia adalah amanah dari umat Islam!
Justeru, wahai para usahawan, ahli korporat, jutawawan, menteri, wakil rakyat dan mereka yang kaya raya! Marilah kita mengambil ruh Ramadhan yang mengajar kita erti kasih sayang, merasai kesusahan, mengambil peduli sesama insan dan berkongsi kesenangan untuk kita teruskan semangat ini pada bulan-bulan yang lain juga.
Inilah yang dikatakan tarbiyyah Ramadhan. Ia bukan sekadar hanya tidak makan dan tidak minum di siang hari, tetapi lebih daripada itu. Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Namun biarlah kita jadikan kesan didikan Ramadhan ini berkekalan di sepanjang tahun. Sebagaimana matlamat yang ingin dicapai ialah taqwa, maka mereka yang telah menjalani ibadah puasa ini seharusnya bersifat dengan sifat orang-orang yang bertaqwa. Marilah kita doakan semoga Allah Azza wa Jalla menerima ibadah puasa yang telah kita lakukan dan semoga kita diizinkan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Amin!
Monday, November 07, 2005
Ambil tahu... Chechnya!
Dalam kesibukan kita memenuhi kepentingan diri kita, sama-samalah luangkan masa untuk mengetahui kisah perjuangan saudara kita di seluruh dunia. Saudara-saudara kita di Chechnya telah lama menderita. Marilah kita ambil pengajaran terhadap apa yang menimpa mereka, dan jangan berhenti dari terus berdoa untuk mereka, di samping memikirkan bentuk bantuan lain yang dapat diberikan...
http://www.globalissues.org/Geopolitics/Chechnya.asp
Informasi yang tepat membantu memberi gambaran yang menyeluruh dan tindakan yang betul.
Negara kecil ini telah sekian lamanya memperjuangkan kemerdekaan, namun cengkaman penjajahan Russia terus menghalang impian rakyat Chechnya untuk bebas di bumi sendiri. Kekayaan minyak dan pelbagai hasil bumi menyebabkan ia menjadi rebutan Russia, ditambah dengan kepentingan politik Vladimir Putin untuk terus kekal berkuasa di Kremlin. Kekacauan yang berterusan hanya menyebabkan kemusnahan... yang menjadi mangsa, rakyat awam yang tidak bersalah.
Betapa ruginya dunia apabila orang Islam hilang kuasa!
Thursday, November 03, 2005
Eid Mubarak!
Tuesday, October 04, 2005
Berita Gembira Untuk Mereka Yang Berpuasa
Oleh:
Abd al-Razzaq A.Muthalib
“Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui” (al-Baqarah:184). Nampak begitu ringkas. Tetapi manakan sama antara ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata-kata makhluk-Nya. Cukuplah bagi seorang hamba yang beriman kepada Tuhan Rabbul Jalil untuk meyakini akan jaminan yang diberikan ini. Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ianya merupakan satu peluang yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.
Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah ini. Namun, Rasulullah saw tidak pernah lekang dari memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan menjalankan perintah Allah Azza wa Jalla dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan. Justeru, Baginda saw memberikan khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran berikut:
1- Puasa sebagai perisai.
Di dalam satu hadis, Nabi saw telah menganjurkan kepada mereka yang bersangatan keinginannya untuk berkahwin, tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi saw yang bermaksud: ((Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesunguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya)). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan penzinaan yang diharamkan.
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: ((Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan)). (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
2- Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.
Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ianya akan mendekatnya pula dengan syurga. Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi saw menjawab: ((Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya)). (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)
3- Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.
4- Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.
5- Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Ketiga-tiga kelebihan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah saw di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw: ((Allah swt telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Di dalam hadis qudsi ini, Allah swt menyatakan bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih, tetapi bagi puasa ini hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya. Maka Allah swt akan menambahkan pahala mengikut kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung oleh manusia.
Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri dari lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia.
Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.
6. Al-Rayyan untuk orang yang berpuasa.
Al-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): ((Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati. Janganlah sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung harap kepada redha dan ganjaran istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira ini.
RAMADHAN: JANGAN CEMARKAN DENGAN HADIS PALSU
Abd al-Razzaq Abd Muthalib
Ramadhan sekali lagi datang menemui kita. Setinggi syukur dipanjatkan kehadhrat Ilahi kerana kita dizinkan untuk bertemu dengan bulan mulia dan penuh keberkatan ini. Seperti biasa seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebagai bukti pengabdian dan penghambaan kepada Tuhan Sekelian Alam. Malamnya pula akan dipenuhi dengan pelbagai ibadah yang berpandukan petunjuk Nabi saw. Sesungguhnya ibadah puasa telah dijanjikan pelbagai kelebihan dan fadhilat bagi sesiapa yang menunaikannya. Cukuplah beberapa hadis di bawah ini sebagai pemangkin dan peniup semangat untuk kita:-
- Daripada Abu Said al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadis sahih riwayat al-Bukhari (6/35), Muslim (1153).
- Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah saw: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadis sahih riwayat Ahmad (4/22).
- Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (Hadis riwayat al-Nasai (4/165), Ibn Hibban dan al-Hakim (1/421) dan sanadnya adalah sahih).
Bulan Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh junjungan besar Rasulullah saw di dalam hadis sahih yang bermaksud: “Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Hadis riwayat al-Bukhari (4/97), Muslim (1079).
Selain itu, telah dimaklumi bahawa di dalam bulan ini jugalah telah diturunkan al-Quran dan disediakan suatu peluang sebagai anugerah istimewa kepada hamba-hambaNya yang terpilih dengan Lailat al-Qadr. Firman Allah swt yang bermaksud: ((Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan batil)). (al-Baqarah: 185)
Tetapi
Di antara hadis-hadis dhaif dan maudhu’ yang tersebar di dalam bulan Ramadhan ini ialah:
1- Daripada Abu Mas‘ud al-Ghifari berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan, tentulah mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan sepanjang tahun. Seorang lelaki dari Khuza‘ah berkata: Ceritakanlah kepada kami mengenainya. Lalu Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya syurga itu dihiaskan kerana bulan Ramadhan mulai dari awal tahun, sehingga apabila datang hari pertama bulan Ramadhan, angin bertiup dari bawah ‘Arasy lalu daun-daun syurga berdesiran. Melihat keadaan ini, lantas berkatalah para bidadari: Ya Tuhan kami, jadikanlah untuk kami di bulan ini suami-suami yang akan menyejukkan mata kami dengan mereka dan akan menyejukkan mata mereka dengan kami. Rasulullah saw bersabda lagi: Tiada seorang hamba pun yang berpuasa Ramadhan melainkan dikahwinkan dengan seorang isteri dari bidadari yang berada di dalam sebuah khemah dari mutiara besar yang berongga yang disifatkan oleh Allah sebagai: “Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, dipingit dalam khemah”. Setiap seorang wanita dari bidadari itu mempunyai tujuh puluh perhiasan yang tiada berbeza warnanya antara satu sama lain, dan diberikan kepadanya tujuh puluh jenis harum-haruman yang baunya tidak berbeza antara satu sama lain. Setiap seorang wanita itu mempunyai sebuah katil yang dibuat daripada yakut merah yang bertatahkan mutiara. Di atas setiap katil terdapat tujuh puluh permaidani yang sebelah dalamnya daripada sutera halus. Di atas tujuh puluh permaidani itu terdapat tujuh puluh katil berhias. Setiap seorang wanita itu mempunyai tujuh puluh ribu pelayan yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan tujuh puluh ribu kanak-kanak perempuan yang akan menguruskan keperluannya. Tiap-tiap seorang kanak-kanak itu mempunyai sebuah dulang dari emas yang padanya ada jenis makanan yang suapan akhirnya mempunyai kelazatan yang tidak terdapat pada suapan yang pertama. Kepada suaminya diberikan sedemikian juga di atas katil dari yakut merah. Ini hanyalah ganjaran bagi tiap-tiap hari puasanya dari bulan Ramadhan selain dari kebajikan-kebajikan lain yang dikerjakannya”.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (no. 1886) dan Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu‘at: 2/188-189) daripada sumber Jarir bin Ayub al-Bajli, daripada al-Sya’bi, daripada Nafi’ bin Burdah, daripada Abu Mas ‘ud al-Ghifari.
Hadis ini berada di martabat maudhu’ (palsu), ia telah direka oleh Jarir bin Ayub. Al-Imam Ibn Hajar di dalam Lisan al-Mizan (2/101) menyebut tentang Jarir bin Ayub: “Terkenal dengan lemah”. Kemudian beliau memetik kata-kata Abu Nai’m tentang Jarir: “Adalah dia (Jarir) seorang yang memalsukan hadis”. Ibn al-Jauzi juga telah menghukum beliau sebagai seorang yang memalsukan hadis .
2- Daripada Salman al-Farisi ra, bahawasanya Nabi saw berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Sya’ban dan Baginda saw bersabda:
“Wahai sekelian manusia, telah memayungi kamu satu bulan yang agung, bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa dibulan ini wajib, dan berqiyam pada malamnya sunat, maka barangsiapa yang berbuat kebajikan padanya dengan satu kebajikan adalah serupa dengan orang yang menunaikan fardhu pada selainnya. Dan barangsiapa yang menunaikan perkara fardhu pada bulan ini, menyamai seperti menunaikan tujuh puluh fardhu di bulan-bulan lain. Ia adalah bulan sabar dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ia adalah bulan tolong-menolong, bulan yang ditambah padanya rezeki kepada orang yang beriman. Barangsiapa yang memberi makan pada bulan ini kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka amalan ini adalah pengampunan bagi dosa-dosanya, dan memerdekakannya daripada neraka, dan baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurang pahala mereka sedikitpun. Mereka lalu bertanya: Ya Rasulullah! Bukan semua kami yang mampu menjamu orang yang berbuka puasa?. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Allah akan memberi ganjaran ini kepada orang yang menjamu mereka yang berbuka puasa walau dengan seteguk susu, atau dengan sebiji tamar atau dengan secangkir air. Dan barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa, maka Allah memberikanya minum dari al-Haudh, iaitu minuman yang ia tidak akan dahaga sampailah ia masuk syurga. Ia adalah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan diri dari neraka. Maka perbanyakkanlah pada bulan ini dengan empat perkara kebajikan. Dua perkara kamu akan mendapat keredhaan dari Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak dapat tidak mesti melakukannya. Adapun dua perkara yang kamu akan mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah syahadah “La ilaha illallah” dan kamu beristighfar padanya. Dan dua perkara lagi yang kamu tidak dapat tidak mesti melakukannya ialah memohon syurga dan kamu meminta supaya dijauhkan daripada neraka”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (no.1887) melalui perawi Ali bin Zaid bin Jad‘an daripada Said bin al-Musaiyib daripada Salman. Sanad hadis ini adalah dhaif (lemah) disebabkan oleh Ali bin Zaid bin Jad ‘an. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib (7/322-323) mengemukakan hukuman beberapa orang ulamak terhadap Ali bin Zaid ini, antaranya:
- Ibn Sa’d berkata: “Padanya terdapat kelemahan, dan aku tidak berhujah dengannya”.
- Ahmad bin Hanbal berkata: “ Tidak kuat”.
- Ibn Ma ‘in pula berkata: “Dha‘if”.
- Ibn Khaithamah berkata: “Dha‘if dalam semua perkara”.
- Ibn Khuzaimah berkata: “Aku tidak berhujah dengannya disebabkan keburukan hafalannya”.
Ibn Abi Hatim pula di dalam kitabnya ‘Ilal al-Hadith (1/249) telah menukil pendapat ayahnya yang menyatakan bahawa hadis ini adalah “Hadis Munkar”. Pendapat ini juga disokong oleh Syiekh Muhamad Nasirudin al-Albani yang turut menyatakan bahawa hadis ini adalah Munkar.
3. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu beroleh kesihatan”.
Hadis ini adalah potongan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi di dalam kitabnya al-Kamil fi Dhu‘afa’ (7/2521) melalui silsilah Nahsyal bin Sa‘id daripada al-Dhahak daripada Ibn ‘Abbas. Nahsyal adalah seorang yang “Matruk”, dan al-Dhahak tidak pernah mendengar hadis ini daripada Ibn ‘Abbas.
Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut di dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib bahawa: “Nahsyal bin Said….. adalah ‘matruk’, dan Ishaq bin Rahuyah telah menyatakan bahawa dia adalah pendusta”. Al-Hafiz al-‘Iraqi pula di dalam kitabnya Takhrij Ahadith fi Ihya’ Ulum al-Din (3/87): “Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam kitabnya al-Awsat dan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawi daripada Abu Hurairah dengan sanad yang dha ‘if”.
(Salim al-Hilali, Sifat al-Saum al-Nabi fi Ramadhan, (Bierut: Dar Ibn Hazm, cetakan 7, 2001) hal. 108-112)
Inilah beberapa contoh daripada hadis-hadis yang dhaif dan maudhu’ mengenai fadhilat dan kelebihan puasa dan bulan Ramadhan yang tersebar di kalangan masyarakat. Selain daripada contoh-contoh yang telah disebutkan di atas, terdapat juga hadis-hadis dhaif dan maudhu’ lain yang menyentuh tentang fadhilat sembahyang terawih secara khusus. Antara yang termasyhur ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali kw tentang kelebihan tertentu pada setiap malam solat terawih.
Hadis popular pada bulan Ramadhan ini yang menyebut tentang fadhilat setiap malam solat terawih ini adalah maudhu’. Ibn al-Qayyim al- Jauziyah di dalam kitabnya al-Manar al-Munif telah menyenaraikan beberapa kriteria untuk mengenali hadis-hadis maudhu’ tanpa melihat dan menyemak kepada sanadnya (pengkajian terhadap silsilah rawi). Antara kriteria tersebut ialah apabila sesuatu hadis itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang terlalu banyak apabila melakukan amalan yang kecil, dan dosa dan hukuman yang terlalu berat untuk kesalahan yang kecil yang mana ianya tidak disebut oleh Rasulullah saw. Hal ini disebut sebagi al-Mujazafat. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif (Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1988), hal.47)
Maka hadis ini mempunyai kriteria tersebut. Sebagai contoh, pada malam ke-17, disebutkan bahawa ganjarannya ialah Allah swt akan mengurniakan kepada orang yang sembahyang terawih pahala sekelian para Nabi.
Dr. Yusof al-Qaradhawi di dalam kitabnya Kaifa Nata’mul ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah juga telah menjelaskan bahawa terdapat 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia terselamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil tentang hadis:
1- Memastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadis berdasarkan timbangan ilmiah oleh para ulamak hadis.
2- Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadis.
3- Memastikan sesebuah hadis itu tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran dan hadis-hadis lain yang lebih kuat kedudukannya.
(Al-Qaradhawi, Kaifa Nata ‘amul ma’a al-Sunnah, cet. 2, 1996, hal 33-34).
Berbalik kepada hadis popular bulan Ramadhan ini, ternyata ianya gagal untuk melepasi neraca pertama iaitu tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana ulamak hadis. Hadis ini kemungkinan direka oleh puak Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali kw yang didakwa oleh imam-imam Syi’ah bahawa beliau banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.
Hadis ini juga mungkin bertujuan memikat golongan awam yang tidak mengetahui pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipulara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. Inilah penjelasan yang telah diberikan oleh Syeikh Mustafa al-Siba’ie di dalam kitabnya al-Sunnah.
Demikianlah beberapa hadis yang diutarakan di dalam tulisan ini sebagai contoh. Di
Justeru, marilah seluruh umat Islam untuk kita berhati-hati di dalam urusan agama ini. Renungilah pesanan al-Imam Abdullah ibn Mubarak: “Untuk mengetahui hadis sahih memerlukan kepada penelitian,sedangkan hadis dhaif begitu mudah untuk didapati”. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa di atas kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan atau kealpaan seorang manusia. Akhirnya, semoga matlamat ketaqwaan daripada ibadah puasa ini akan diperolehi dan menjadi bekalan untk menempuhi kehidupan dunia ini seterusnya mencapai kejayaan hakiki di akhirat kelak.