Saya adalah seorang usahawan profesional yang terlibat dalam bidang terknologi tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam hubungan perniagaan antarabangsa. Pada masa yang sama, saya juga cinta kepada Islam dan mahu Islam diletakkan pada tempatnya yang tinggi dalam segalaaspek kehidupan kita baik dari sudut politik, ekonomi dan sosial serta dijadikan rujukan utamadalam menangani segala persoalan yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Sejak akhir-akhir ini, beberapa kenyataan mengenai isu-isu semasa yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis – Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, telah mendapat perhatian oleh berbagai lapisan masyarakat di negara kita termasuk media cetak dan elektronik. Oleh kerana kenyataan-kenyataan beliau tidak selari dengan pemahaman konvensional yang sudah sebati dengan masyarakat umum terhadap Islam, maka berbagai-bagai reaksi telah timbul hasil dari kenyataan-kenyataan tersebut.
Secara ringkas, Dr. Asri berkelulusan PhD. dalam bidang Hadith dan merupakan seorang pendokong Sunnah yang sedang gigih berusaha untuk memperbaiki imej Islam tanpa berkompromi dengan asas-asas aqidah yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Cuma bezanya ialah dulu Dr. Asri hanya pensyarah biasa di universiti, tetapi sekarang beliau sudah jadi Mufti negeri. Oleh itu, apa yang dikata olehnya sekarang mendapat liputan meluas dan perhatian orang ramai berbanding dulu.
Bagi sesiapa yang mengenalinya dan rajin mengikuti kuliah-kuliahnya, kenyataan-kenyataan umum yang beliau lontarkan kepada masyarakat akhir-akhir ini bukanlah isu-isu pelik untuk mencari publisiti murah. Sebaliknya, isu-isu yang diutarakannya adalah isu-isu serius yang harus diperbetulkan jika kita mahu Islam masih terus relevan sebagai satu cara hidup yang bersifat universal untuk manusia sejagat yang semakin gawat kedudukannya hari ini kerana terpaksa berhempas-pulas dengan berbagai-bagai isu kontemporari kronik yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Kita semua sedia maklum bahawa imej Islam dari pandangan masyarakat bukan Islam, baik di negara kita mahupun di peringkat antarabangsa, adalah terlalu teruk sejak kebelakangan ini. Secara umum, hampir tidak ada apa-apa yang baik diperkatakan mengenai Islam sekarang. Semuanya negatif saja. Tidak perlulah saya huraikan lebih lanjut mengenai hal ini. Memadai sajalah untuk saya katakan bahawa Islam hari ini kelihatan terlalu jauh tersasar dari keindahahan yang sering dilaung-laungkan oleh pihak-pihak yang begitu ghairah mahu mempromosikan Islam, tetapi tidak berkemampuan dari segi ilmu dan akhlak untuk mempraktikkannya. Realiti yang wujud pada hari ini ialah Islam hanya indah khabar dari rupa. Ia kelihatan kolot dan tidak bertamadun akibat dari sikap orang-orang Muslim yang telah mencemarkan kesuciannya melalui tindak-tanduk mereka sendiri yang amat bertentangan dengan apa yang dibawa dan diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Pada hakikatnya, Islam bukan milik sesuatu kaum atau golongan sahaja. Sebaliknya, Islam adalah agama wahyu untuk manusia sejagat. Islam yang diutus kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia adalah mudah dan bersifat universal kerana ia selari dengan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah, selaku Rabb semesta alam. Jika Islam susah dan mengelirukan, sudah tentu arab-arab badwi yang berterabur di padang pasir kira-kira 1400 tahun lalu yang hobi mereka adalah berperang sesama sendri tidak boleh menerimannya dalam jangkamasa pendek selama 23 tahun.
Tetapi oleh kerana Islam itu untuk mudah diterima oleh akal yang sihat dan jiwa yang murni,dan tidak membebankan untuk dipraktik, maka arab-arab badwi yang tidak bertamadun dan keras hati itu pun boleh terkulai layu dengan Islam sehingga merobah mereka dari satu bangsa yang hina pada asalnya kepada satu bangsa yang penyantun, mulia dan dihormati dunia pada zaman kegemilangan Islam satu ketika dahulu.
Malangnya, Islam yang diamalkan oleh umatnya sejak bebeapa kurun kebelakangan ini dan oleh kita hari ini sudah jauh tersasar dari bentuknya yang asal. Ia telah dijadikan sebagai satu agama bersifat ritual yang dipenuhi dengan berbagai-bagai amalan bidaah dan khurafat yang tidak pernah diajar atau dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dahulu. Disebabkan ini, maka agama dan cara hidup yang pada asalnya sangat mudah, indah dan luas skopnya baik dari aspek ibadah dan juga muamalat telah diubah menjadi susah, lesu dan sempit hingga tidak
kelihatan relevan pada zaman yang serba canggih sekarang kerana ketulinannya telah dicemari.
Salah satu masalah yang utama di
Jika bercakap, kita hanya tahu beremosi sahaja. Ilmu, adab dan akhlak langsung entah ke mana dicampaknya. Hikmah dan kebijaksanaan yang sepatutnya ditunjukkan ketika berdakwah adalah sesuatu yang sangat asing bagi kita. Kita sibuk berkokok di
Maka hasilnya ialah Islam yang sepatutnya mudah difahami dan diamalkan itu bertukar menjadi sangat mengelirukan dan membebankan. Oleh yang demikian, jangankan orang bukan Islam saja yang takut kepada Islam. Orang Melayu yang tidak mempunyai latarbelakang Islam yang mencukupi pun tidak yakin kepada Islam dan sudah berani menolaknya secara terang-terangan sejak akhir-akhir ini. Laungan bahawa Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan mampu menjana kemajuan rupa-rupanya tidak lain dari hanya satu slogan yang bersifat retorik sahaja. Hakikatnya ialah sebahagian besar dari kita jahil mengenai agama kita sendiri dan sikap bodoh sombong kita yang tidak sedarkan diri hanya memburukkan lagi keadaan ini.
Disebabkan inilah apabila Dr. Asri baru singgung sedikit tentang isu mengintip orang berkhalwat yang tidak pernah diajar atau disuruh oleh Rasulullah SAW, ribut orang beri komen di
Samada kita suka atau tidak, inilah hakikatnya kalau kita rujuk kembali kepada As-Sunnah. Oleh itu, jika kita benar-benar jujur mahu memertabatkan Al-Quran dan As-Sunnah, kita mesti terima kenyataan ini dan ubah cara kita untuk menangani masalah khalwat walaupun kita mungkin rasa janggal mengenainya.
Selain ini, adalah sangat menyedihkan apabila ada pihak yang memperlekehkan setiap usaha yang
pemurnian aqidah di Perlis dengan mengatakan bahawa kononnya itu semua adalah hal-hal remeh berbanding dengan usaha mereka untuk menguasai pemerintahan. Serangan demi serangan ditujukan kepada beliau hanya kerana beliau dilantik menjadi Mufti oleh kerajaan yang ingin mereka tumbangkan. Maka bagi mempertahankan dirinya, Dr. Asri telah menjawab sedikit sebanyak serangan itu di dalam media apabila ditemu-ramah. Malangnya, hasil dari kenyataan-kenyataan tersebut, beliau semakin teruk dihentam dan dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang tidak wajar dikeluarkan, lebih-lebih lagi oleh orang-orang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.
Saya termasuk dari kalangan orang yang bersimpati dan menyokong perjuangan mereka sebelum ini. Sebenarnya, ramai orang dari golongan profesional juga berpendirian begini demi cinta kita kepada Islam dan mahu Islam dimertabatkan di negara ini. Tetapi sikap yang diambil oleh mereka untuk bermusuhan dengan Dr. Asri yang sedang
Saya juga mahukan negara yang memerintah berdasarkan hukum-hakam syariah kerana bercita-citakan matlamat ini merupakan satu tuntutan yang wajib bagi setiap individu yang mengaku Muslim. Jika tidak, maka rosaklah aqidah kita. Ini bukan hal main-main. Tetapi saya juga bersikap realistik dalam hal ini kerana matlamat yang suci ini tidak akan tercapai dan mustahil dapat dilaksanakan dengan baik jika masyarakat masih tidak bersedia kerana jahil dan bingung dengan bagaimanakah wajah Islam yang akan memerintah dan mentadbir negara dan hidup rakyat kelak jika pihak-pihak yang kesana kemari memperjuangkan Islam tidak mampu menjaga adab dan perilaku mereka.
Rasulullah SAW memerintah di Madinah selepas 13 tahun mendidik kaumnya dengan penuh kesabaran di Mekah mengenai tauhid dan asas-asas aqidah. Pada masa yang sama, baginda menghantar wakil ke Madinah untuk menyampaikan ilmu ini sebelum berhijrah ke
Mengapa boleh jadi begini? Jawapannya mudah : Ia berlaku kerana aqidah mereka mantap kerana mereka sudah kenal siapakah Tuhan mereka. Ilmu tauhid yang dipasak dalam dada mereka oleh para sahabat Rasulullah yang mewaklili baginda di Madinah sebelum baginda sampai telah berjaya memberi kesan yang besar dan luarbiasa kepada jiwa mereka. Mereka dapat lihat wajah Islam yang bersifat penyayang, adil dan indah itu melalui akhlak dan peribadi insan-insan yang menyampaikan ajaran Islam kepada mereka. Disebabkan ini, mereka yakin bahawa jika Islam memerintah dan mentadbir hidup mereka, maka tentulah mereka akan mendapat kebaikan, kesejahteraan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Saya yakin Islam yang diajar oleh wakil-wakil Rasulullah SAW ini mudah untuk difahami dan dihayati. Jika ia berbelit-belit untuk difahami dan orang-orang yang menyampaikannya itu bersikap kasar, tidak bijaksana, pengotor, cakap tak serupa bikin, serta mempamerkan sikap-sikap negatif yang lain, sudah tentu penduduk Madinah tidak akan menerima mesej yang hendak disampaikan itu walaupun mesej itu benar. Dengan erti kata lain, sesuatu yang baik dan berkualiti tinggi itu mesti juga dipakej dengan cantik dan menarik jika kita mahu ia laris disambut dan dibeli oleh pelanggan. Sebaliknya jika “packaging” nya buruk, jangan harap orang akan minat untuk membelinya walaupun isinya mungkin bagus.
Seterusnya, apabila ayat-ayat hukum-hakam diturunkan oleh Allah kepada mereka melalui Rasulullah SAW selama 10 tahun berikutnya di Madinah untuk dipraktikkan, mereka langsung tidak membantah walau sedikit pun. Sikap mereka ialah “Wa samiqna, wa atoqna” yang bermaksud : “Aku dengar dan aku patuh”. Mustahil mereka boleh bersikap demikian jika aqidah mereka kabur. Maka disebabkan inilah Islam gemilang pada zaman itu dan di zaman para sahabat. Ia bukan saja difahami dan dihayati dari segi teorinya, tetapi ia berjaya diamalkan dan dipraktikkan dengan penuh kecantikkan, sesuai dengan tujuan mengapa Allah menurunkannya kepada manusia.
Inilah sikap mukmin yang kita juga inginkan pada hari ini tetapi keadaan ini tidak boleh dicapai dengan sekelip mata kerana syarat asas kepada ini ialah aqidah yang murni dan mantap. Aqidah begini hanya boleh dibentuk jika penerangan dan penyampaiannya adalah berdasarkan kepada ilmu yang jelas dengan penuh hikmah mengikut contoh dan tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dahulu.
Dalam membicarakan hal ini, saya bukanlah seorang lurus bendul yang hidup dalam alam
khayalan. Saya akui bahawa apa yang digambarkan di atas tidak mudah dilaksanakan di celah-celah kepincangan yang berlaku dengan meluas dalam sistem politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat kita hari ini. Umum mengetahui bahawa kepincangan-kepincangan inilah yang telah menyebabkan amalan rasuah, maksiat dan pelbagai penyakit sosial begitu serius melanda negara kita sehingga membuat hidup seharian kita menjadi sangat gawat. Tindas menindas berlaku di mana-mana saja dan segala usaha yang menjurus kepada “amar maaruf nahi mungkar” dihalang sementara program-program kemungkaran pula diberi sokongan dan galakkan. Di samping ini, untuk hidup dan menyara keluarga di negara ini sekarang bukanlah satu urusan mudah disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat setiap hari akibat dari sikap tidak amanah oleh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan berlakunya pembaziran yang berleluasa.
Tetapi ini adalah lumrah hidup yang sudah berlaku sejak zaman berzaman. Tidak ada bezanya apa yang berlaku hari ini berbanding dengan apa berlaku di zaman arab jahiliyyah dulu. Watakwatak yang terlibat dalam drama bersiri ini sama,
Maka sementara kita bersama-sama berusaha tanpa jemu untuk mencari jalan membenteras penyakit ini dan memperbetulkan kepincangan yang berleluasa di negara ini melalui saluransaluran yang ada, peranan dakwah untuk mengajak orang ramai mengenal Tuhan yang Satu dan memperbaiki imej Islam melalui akhlak yang baik tidak boleh diabaikan. Kedua-dua usaha ini mestilah seiring. Ia adalah tugas yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umatnya dan adalah tanggung-jawab kita untuk melaksanakannya dengan baik.
Pada masa yang sama, kebijaksanaan dan kelunakkan kita dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah supaya Islam kelihatan cantik dan menarik kepada orang ramai janganlah disalah-ertikan sebagai langkah-langkah yang ingin meliberalkan Islam. Golongan yang berfahaman liberal menafsirkan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut selera nafsu tanpa mengambil kira batas-batas aqidah, manakala apa yang disarankan oleh Dr. Asri melalui kenyataan-kenyataannya adalah bertunjangkan kepada As-Sunnah walaupun ia mungkin kelihatan seperti satu langkah yang “liberal” dari pandangan mata kasar. Kekeliruan Ini timbul kerana majoriti dari kita memang tidak cukup terdedah kepada sunnah-sunnah Rasullullah SAW. Di sebabkan ini, maka kita akan memusuhi apa yang kita jahil tentangnya dan cepat sekali menuding jari kepada orang lain untuk menyalahkannya.
Islam harus ditegakkan dengan ilmu yang sahih dan akhlak yang tinggi, bukannya dengan sangkasangkaan yang tidak berteraskan kepada dalil-dalil yang sahih dan emosi yang tidak terkawal. Maka adalah sangat perlu untuk kita memahami dan mempraktikkan Islam mengikut Al-Quran berdasarkan kepada contoh-contoh dan acuan yang telah ditunjuk-ajar oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda tanpa perlu kita monokok-tambah atau mengurangi apa-apa darinya supaya ketulinan Islam dapat dipelihara bagi mengelakkannya dari menjadi sempit, mengelirukan dan membebankan.
Jika kita dakwa bahawa Islam itu relevan dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah sosial,ekonomi dan kehidupan manusia sejagat, maka sudah sampai masanya kita buktikan bahawa Islam itu adil, praktikal, progresif, penyayang, menasabah dan boleh diterima oleh akal yang sihat supaya ia mampu menarik minat setiap manusia yang berjiwa murni untuk mendekatinya. Dengan lain perkataan, imej dan wajah Islam harus diperbaiki serta dipakej dengan menarik bukan hanya dengan slogan tetapi dengan tindakan-tindakan berkesan berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang mempunyai skop yang sangat luas.
Islam itu sememangnya cantik dan indah. Janganlah kita yang mencacatkannya.
MananRazali
Subang Jaya
Selangor.
No comments:
Post a Comment