Monday, March 05, 2007

Meletakkan tangan di atas dada


Abu Syu’aib (INTIS)

بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Persoalan yang ditimbulkan ini bukanlah perkara baru bagi sesiapa yang membaca dan mengkaji, walaupun demikian ianya telah menimbulkan syubhah dikalangan sebahagian daripada kita. Tetapi kita lihat secara positif dalam erti untuk mencari dan menambahkan ilmu.

Saya bawakan disini hujah Syeikh Al-Albani dalam menjawab persoalan ini. Kepada sahabat-sahabat yang ada kitab Asal Sifat Solat Nabi maka ia akan dapati jawapan Syeikh Al-Albani dalam menjawab mereka yang mengkritiknya. Kitab Asal Sifat Solat Nabi ini mempunyai 3 jilid. Sekiranya untuk hanya merujuk kepada kitab Sifat Solat Nabi yang ringkas yang dicetak nipis setebal 225 mukasurat setebal 1 jilid sahaja tidak akan mencukupi.

Syeikh al-Albani menyatakan di dalam Asal Sifat Solat Nabi: perkataan (على الصدر) di atas dada, inilah yang thabit dari Nabi s.a.w. dan tidak thabit selain daripadanya, dan dalam perkara ini ada beberapa hadith.

(Sedikit penjelasan dari Ustaz Arif Nazri)


Hadith Pertama: daripada Wail bin Hujr:
وضعrأنه رأى النبي يمينه على شماله ، ثم وضعهما على صدره.
Bahawasanya beliau melihat Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kirinya di atas dada.

Hadith ini dikeluarkan oleh Abu al-Syeikh dalam ‘Tarikh Asbahan’ ms 125, dan Baihaqi daripada Muammal bin Ismail daripada Thauri daripada Asim bin Kulaib daripada bapanya dari Wail.

Hadith ini perawi-perawinya Thiqah kecuali Muammal bin Ismail yang diperbincangkan Ulamak tentangnya kerana (لسوء حفظه) buruknya hafalannya.

Di dalam ‘Taqrib’ (Ibn Hajar al-Asqalani) menyatakan: "صدوق سيء الحفظ"

Kemudian hadith ini dikeluarkan juga oleh Al-Baihaqi dari jalan periwayatan yang lain daripada Wail. Tetapi sanadnya juga Doif (lemah) (rujuk Irwa’ al-Ghalil: 353) Hadith ini juga dinyatakan oleh al-Hafiz al-Zaila’I (الزيلعي) di dalam ‘Nasbu al-Rayah’ : 1/314. dan beliau menyatakan: diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam ‘sahihnya’

Wallahu a’lam adakah dia (Ibn Khuzaimah) meriwayatkan dari jalan yang lain ataupun dia meriwayatkan melalui salah satu dari dua jalan yang telah disebutkan, walaubagaimanapun hadith ini boleh dikuatkan dengan:-

Hadith Kedua:

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad (5/226) telah menceritakan kepada kami Yahya bin Said daripada Sufyan, telah menceritakan kepadaku Simak daripada Qabisoh (قبيصة بن هلب) bin Hulb daripada bapanya berkata:
رأيت rالنبي ينصرف عن يمينه وعن يساره، ورأيته - قال- يضع هذه على صدره . وصف يهحي: اليمنى على اليسرى فوق المفصل.
Aku melihat Nabi s.a.w. berpaling selepas solat ke kanan dan kadang-kadang ke kiri, dan aku melihatnya meletakkan ini di atas dadanya. Yahya menjelaskan tangan kanan atas tangan kiri atas pergelangan.

Sanad hadith ini dihasankan oleh al-Tirmizi. Dan perawi-perawi hadith ini semuanya rijal Muslim (perawi) kecuali Qabisoh.

Berkata Ibn al-Madini ‘Majhul’, tidak diriwayatkan daripadanya kecuali Simak. Al-Nasaie juga menyatakan ‘Majhul’.

Al-Ajli pula berkata (Qabisoh ini) ‘Tabi’ie Thiqah’.

Ibn Hibban menyebutnya di dalam kitabnya (al-thiqat) dan mensahihkan hadith ini. Sepertimana juga al-Zahabi.

Di dalam al-Taqrib (Ibn Hajar) beliau menyatakan ‘Maqbul’

Dan Syahid bagi hadith ini ialah:-


Hadith Ketiga:

Berkata Abu Daud: telah menceritakan kepada kami Abu Taubah: telah menceritakan kepada kami al-Haitsam iaitu Ibn Humaid daripada Thaur daripada Sulaiman bin Musa daripada Thowus beliau berkata:

rكان رسول الله يضع يده اليمنى على يده اليسرى ،ثم يَشُدُّ بهما على صدره، وهو في الصلاة.
Rasululah s.a.w. meletakkan tangan kanan ke atas tangan kirinya, kemudian meletakkannya atas dadanya ketika berada di dalam solat.

Sanad ini mursal dan baik, perawinya semua thiqah, dan sepatutnya menjadi hujah kepada semua kerana walaupun ianya mursal tetapi sanadnya bersambung dari jalan periwayatan yang lain.

Juga boleh menjadi Syahid bagi Hadith ini berikut:-

Hadith Keempat:

Apa yang diriwayatkan oleh Hammad bin Salamah: telah menceritakan hadis ini kepada kami Asim al-Jahdari daripada bapanya daripada Uqbah bin Suhban dia berkata:

قال: وضع يده اليمنى على وسط يده اليسرى، ثم وضعهما على صدره.[ فصل لربك وانحر]إن علياً رضي الله عنه قال في هذه الآية :
Sesungguhnya Ali R.A. berkata pada menafsirkan ayat ini: (ayat tersebut) beliau berkata meletakkan tangan kanan di atas tengah tangan kirinya kemudian meletakkannya atas dadanya. (dikeluarkan oleh al-Baihaqi)

Rijal (perawi-perawinya) hadith ini thiqah kecuali bapa Walid Asim al-Jahdari. Tetapi Ibn Kathir tidak Sahih dari Ali

Kemudian Baihaqi meriwayatkan sepertinya dari Ibn Abbas, sanadnya kemunkinan boleh dihasankan.




Tambahan dari Saya: riwayat dari Ibn Abbas seperti berikut

وروي عن أبي الجوزاء عن ابن عباس قال: فصل لربك وانحر، قال وضع اليمين على الشمال في الصلاة عند النحر
Diriwayatkan daripada Abi al-Jauza’ daripada Ibn Abbas, beliau berkata:...(ayat tersebut) meletakkan tangan kanan ke atas kiri di dalam solat di Nahr (dekat dgn dada atau kawasan leher)

Saya ringkaskan:

Kemudian Syeikh Al-Albani menguatkan hujah beliau dengan riwayat Wail dan Sahl yang sahih kedua-duanya

Hadith Wail:
وضع يده اليمنى على ظهر كفه اليسرى والرسغ والساعد
Meletakkan tangan kanan atas belakang telapak tangan kiri serta pergelangan dan lengan.

Hadith Sahl:
كان الناس يؤمرون أن يضع الرجل اليد اليمنى على ذراعه اليسرى في الصلاة.
Manusia diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan di atas lengan kirinya dalam Solat.

Kemudia Al-Albani berkata: dalam bentuk soalan:

وإن قلت: ليس في الحديثين بيان موضع الوضع
Sekiranya kamu bertanya: dalam 2 hadith yang dinyatakan tidak terdapat keterangan tempat letaknya tangan.

Maka beliau (Al-Albani) menyatakan: yang demikian itu dari segi maknanya, sekiranya kamu mempraktikkannya apa yang terdapat dalam 2 hadith tersebut kamu akan dapati yang kamu akan meletakkannya atas dadamu atau hampir dengan dada. Ini kerana kamu meletakkanya atas tapak tangan kiri, atas pergelangan dan atas lengan kiri.

Selesai dari kitab ASSN.

Sahabat-sahabat semua boleh bacanya lagi di dalam kitab Asal Sifat Solat Nabi jilid 1, dari mukasurat 209-225

Tidakkah kita perhatikan bahawa kesemua hadis yang dibawa oleh Al-Albani walaupun ianya doif tetapi dengan sekian banyak turuq jalan periwayatannya maka ia menjadi Hasan lighairihi. Dan perawi-perawinya ada yang ditausiqkan oleh para Imam Jarh wat Ta’dil. Adapun pendapat yang menyatakan meletak tangan bawah pusat maka hadisnya sepakat ulamak mendoifkannya (akan dinyatakan) kemudian pendapat yang menyatakan boleh pilih meletak dimana-mana sahaja yang disukai manakah sandaran dalilnya? Adakah cukup sekadar pilihan Imam Ahmad dan apa yang dinyatakan Imam Al-Tirmizi?

Perbuatan Imam Ishaq

Kemudian berkenaan dengan perbuatan Imam Ishaq bin Rahuyah sebahagian membaca Rahawaih, maka berkata al-Marwazi dalam al-Masail

كان إسحاق يوتر بنا...ويرفع يديه في القنوت ، ويقنت قبل الركوع، ويضع يديه على ثدييه أو تحت الثديين

Ishaq pernah berwitir bersama kami…dan mengankat tangannya semasa berdoa qunut, dan berqunut sebelum rukuk, dan meletakkan kedua-dua tangannya atas dada (buah dada) atau bawahnya.

Penafsiran sebahagian ulamak meletakkan dua tangan ke atas dada dengan maksud mengangkat tangan separas dada kemungkinan betul dan kemungkinan salah, cuba perhatikan lafaz awalnya menggunakan يرفع maksudnya mengangkat tetapi kedua menggunakan ويضع meletakkannya. Mengapa tidak menggunakan perkataan mengangkat. Dan sekiranya diperhatikan Hadith-hadith yang menyebutkan perbuatan mengangkat tangan ketika berdoa tidak pernah menggunakan lafaz وضع أو يضع sebaliknya pasti menggunakan lafaz يرفع . Jadi makna disini meletakkan tangannya…Wallahu a’lam.


Pendapat Ibn Hajar.

Para pembaca juga boleh merujuk perkataan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari yang cenderung kepada pendapat meletakkan tangan di atas dada. Setelah beliau membawakan beberapa hadis tentang meletak tangan atas dada beliau kemudian menyatakan adapun hadith yang meletakkan di bawah pusat hadith tersebut Doif. Seolah-olah beliau tidak mendoifkan hadith yang menyatakan letak tangan atas dada dengan dihimpunkan jalan periwayatannya. Kemudia menyatakan hikmah:
والحكمة في هذه الهيئة: أنه صفة السائل الذليل ، وهو أمنع من العبث و أقرب إلى الخشوع ، ومن اللطائف قول بعضهم : القلب موضع النية، والعادة أن من احترز على حفظ شيء جعل يديه عليه.
Hikmahnya bentuk seperti ini (meletakkan tangan di dada):
Bahawasanya ia merupakan sifat si pemohon yang merasakan dirinya hina, dan ianya menghalang dari perbuatan sia-sia dalam solat dan paling hampir kepada kekhusyukan. Dan daripada kata-kata yang halus lembut: sesungguhnya hati itu tempatnya niat, dan secara adatnya seseorang yang sangat-sangat menjaga sesuatu dia akan meletakkan tangannya disitu.
(Kitab al-Azan, bab ke 87, meletakkan tangan kanan atas tangan kiri dalam solat)

Syeikh Ibn Utsaimin

Sebab itulah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin berkata:
وذهب آخرون من أهل العلم إلى أنه يضعها على الصدر، وهذا هو أقرب الأقوال ، والوارد في ذلك فيه مقال ، لكن حديث سهل بن سعد الذي في البخاري ظاهره يؤيد أن الوضع يكون على الصدر، وأمثل الأحاديث الواردة على ما فيها من كان يضعهما على صدره.rمقال حديث وائل بن حجر : أن النبي
Sebahagian ahli Ilm berpendapat meletakkan tangan atas dada. Dan pendapat ini ialah yang paling dekat (dengan nas). Dan nas yang warid dalam masalah ini ada perbincangan para ulamak. Tetapi Hadith Sahl bin Saad di dalam al-Bukhari secara zahirnya menyokong bahawasanya meletakkan tangan ketika solat ialah di atas dada. Dan yang sepertinya yang warid dalam masalah ini yang terdapat perbincangan para ulamak ialah hadith Wail bin Hujr: bahawasanya Nabi s.a.w. meletakkan kedua0dua tangannya atas dada.
(Al-Syarh al-Mumti’, jilid 1, mukasurat 461)

Meletak tangan dimana-mana sama ada atas pusat, bawah pusat, dan sebagainya.

Mereka yang menimbulkan masalah ini setelah menyatakan hadis meletak tangan atas dada doif, berpendapat terpulang kepada individu untuk meletakkannya dimana-mana berdasarkan kepada pendapat Imam Ahmad dan al-Tirmizi.
ذكر ابن القيم عن الإمام أحمد أنه يضع فوق السرة أو عليها أو تحتها ، كل ذلك واسع عنده. قال الإمام الترمذي في جامعه، رأي بعضهم أن يضعهما فوق السرة ، ورأي بعضهم أن يضعهما تحت السرة ، وكل ذلك واسع عندهم " .
Ibn Qayyim menyebut dari Imam Ahmad bahawa beliau meletakkan tangannya di bahagian atas dari pusat atau di atas pusat, atau dibawahnya, semuanya luas baginya. Berkata Imam al-Tirmizi dalam Jami’nya: sebahagian berpendapat meletakkan di bahagian atas dari pusat dan sebahagian yang lain meletakkan di bawah pusat dan semuanya luas bagi mereka.
Al-Albani menyatakan:
هذا هو ما شغب به ذلك المتعصب على السنة الصحيحة، فجعل تخيير الإمام أحمد رحمه الله في موضع الوضع دليلاً على أن وضعهما على الصدر لم يثبت في السنة!
Inilah dia orang yang taksub yang membuat kekeliruan terhadap sunnah yang sahih dengan menjadikan pilihan (yang dinyatakan) Imam Ahmad pada masalah tempat meletakkan tangan sebagai dalil menyatakan meletakkan tangan atas dada tidak thabit dari Sunnah!
Adapun hadith-hadith meletakkan tangan di bawah pusat maka tidak warid padanya kecuali satu hadith. Dalam hadith ini ada seorang Rawi yang sepakat para ulamak mendoifkannya.
Rawi yang dimaksudkan ialah Abdul Rahman bin Ishaq al-Wasithi atau al-Khufi.
Abu Daud menyatakan: Aku mendengar Ahmad bin Hanbal mendoifkan Abdul Rahman bin Ishaq al-Khufi.
Imam Baihaqi: dalam sanadnya lemah. Abdul Rahman ini telah dijarahkan Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main, al-Bukhari dan lainnya.
Ibn Hajar: dia Matruk (ditinggalkan)
Dilemahkan oleh Al-Zahabi.
Imam Al-Nawawi: Sepakat ulamak mendoifkan hadith ini kerana ianya dari riwayat Abdul Rahman bin Ishaq al-Wasithi.
Setelah mengetahui bahawa Doifnya hadith meletakkan tangan di bawah pusat, maka pilihan yang ada hanya di atas bahagian pusat, tambah pula hadith-hadith yang menyatakan di atas dada dikuatkan antara satu sama lain, maka seperti yang Al-Albani sebut dan itulah fiqhnya:
وضعهما على الصدر هو الذي ثبت في السنة وخلافه إما ضعيف أو لا أصل له.
Meletakkan kedua-dua tangan di atas dada itulah yang Thabit dalam sunnah dan selainnya (atas dada) sama ada lemah atau tidak ada asal.
Mereka yang menyatakan boleh membuat pilihan meletakkan tangan dimana-mana sahaja yang dia suka tidak mempunyai dalil hanya berdasarkan pilihan yang dibuat oleh Imam Ahmad.

Mursal Thowus.
Berkata Abu Daud: telah menceritakan kepada kami Abu Taubah: telah menceritakan kepada kami al-Haitsam iaitu Ibn Humaid daripada Thaur daripada Sulaiman bin Musa daripada Thowus beliau berkata:

rكان رسول الله يضع يده اليمنى على يده اليسرى ،ثم يَشُدُّ بهما على صدره، وهو في الصلاة.
Rasululah s.a.w. meletakkan tangan kanan ke atas tangan kirinya, kemudian meletakkannya atas dadanya ketika berada di dalam solat.

Al-Albani menyatakan Sanad ini mursal dan baik, perawinya semua thiqah, dan sepatutnya menjadi hujah kepada semua.

Rawi yang bernama Sulaiman bin Musa al-Dimasyqi. Di dalam Taqrib Ibn Hajar hanya meringkaskan kepada (فيه لين) tetapi rawi ini: (صدوق فقيه، في حديثه بعض لين، وخولط قبل موته بقليل
Maka Albani menyatakan: sepertinya ini hasanul hadith, sahih sebagai syawahid wal mutabaat.


Ibn Adi menyatakan:
وهو فقيه راو، حدث عنه الثقات، وهو أحد علماء الشام، وقد روى أحاديث ينفرد بها لا يرويها غيره، وهو عندي ثبت صدوق.

Jadi Rawi Sulaiman bin Musa paling kurang taraf hadisnya Hasan.

Kemudian masalah mursal.

Dalam menerima Hadith Mursal ada 3 pendapat para ulamak:-

Pertama: Sekiranya hadith Mursal itu sahih maka diterima sebagai hujjah dalam agama, mereka seperti Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad dalam satu riwayat daripadanya.

Kedua: Kebanyakan Muhaddisin berpendapat hadith Mursal doif tidak dijadikan hujjah.

Ketiga: Pendapat Imam Syafie, iaitu pertengahan antara yang menerima dan yang menolak. Maka hadith Mursal diambil tetapi dengan beberapa syarat. Antaranya apabila hadith Mursal itu diriwayatkan oleh Kibar Tabiin maka ianya diterima sebagai Hujjah, antara lain hadith Mursal tersebut mempunyai Syahid dari hadith yang lain.

Pendapat ketiga ini ialah pendapat yang Rajih (tepat) menurut Dr Abdul Karim bin Abdullah bin Abdul Rahman al-Khadir dalam kitabnya ‘Al-Hadith al-Dhoif wa Hukmul Ihtijaj bihi’. Mukasurat 84-90.

Maka Thowus bin Kisani al-Yamani ini ialah Kibar Tabiin, beliau ialah anak murid kepada Ibn Abbas di Makkah. Menurut yang rajih hadith Mursal dari Kibar Tabiin ini Thowus boleh dijadikan hujjah menurut syarat yang dinyatakan oleh Imam Al-Syafie. Riwayat Mursal juga diterima oleh Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad dalam satu riwayat daripadanya. Juga ianya mempunyai Syawahid dari hadith-hadith yang lain.

Saya mencadangkan sahabat-sahabat untuk merujuk juga kitab ‘Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, Muhammad Syamsul Haq al-‘Azim Abadi jilid 2 mukasurat 140-141, cetakan Dar al-Hadith al-Qaherah. Perbincangan yang panjang dan agak menarik untuk dibaca. Antaranya beliau menyatakan:

وقد جاء في الوضع على الصدر حديثان صحيحان أحدهما حديث هلب....
Dalam masalah meletakkan tangan di atas dada terdapat dua hadith yang sahih salah satunya hadith Hulb. Kemudian beliau membincangkan kedua-dua hadith tersebut.

Kesimpulan:

1-Hadis meletakkan tangan di atas dada telah datang dalam beberapa riwayat. Setiap jalan periwayatannya mempunyai masalah pada rawi tetapi perlu diingat setiap rawi yang dinyatakan telah diperselisihkan oleh para ulamak walau bagaimanapun hukaman terhadap hadith-hadithnya Doif yang ringan (khafif), bukan doif yang berat (syadid).
2-Bukankah setiap hadith yang doifnya ringan disepakati oleh para ulamak sekiranya mempunyai jalan periwayatan yang banyak maka kemungkinan untuk hadithnya naik taraf kepada Hasan Lighairihi?
3-Maka setiap hadith yang dibawa di atas kesemuanya boleh menjadi Hasan. Hadith Wail dimana rawi Muammal dihukum sebagai (صدوق سيئ الحفظ). Rawi Qabisoh terdapat ulamak yang menstiqahkannya Ibn Hajar menyatakan (مقبول). Mursal Thowus boleh dijadikan Hujjah seperti yang dinyatakan. Disokong pula oleh hadith yang sahih seperti hadith Wail dan hadith Sahl dari segi zahir dan maknanya.
4-Pendapat yang menyatakan seseorang boleh memilih di mana sahaja yang disukai untuk meletakkan tangannya tidak berdasarkan kepada dalil hanya perkataan Imam Ahmad kemudian dinukilkan oleh al-Tirmizi.
5-Setiap inci perbuatan solat mestilah berdasarkan hadith, oleh itu meletakkan tangan di atas dada itu yang thabit dari sunnah melalui kesemua jalan periwayatannya. Adapun pilihan untuk meletakkan tangan dimana-mana yang disukai ianya sama ada doif atau tidak ada asalnya. Itulah yang dinyatakan oleh Syeikh al-Utsaimin bahawa pendapat meletakkan tangan di atas dada itulah pendapat yang paling hampir kepada nas.


والله تعلى أعلم بالصواب.
أخوكم في الله
أبو شعيب محمد خير الأنوار بن عبد اللطيف
الجامعة الإسلامية العالمية بمالزيا

2 comments:

  1. Anonymous1:35 AM

    Hujah2 yg menyokong hadis atas dada lemah, jika kita lihat dari hadis2 dan athr sahih tiada soerangpun sahabat yg meletakkan sedekap atas dada, malah hadis sedekap atas dada ini diriwaytkn oleh imam Ahmad, dan imam Ahmad tidak berfatwa dengannya..

    hadis sedekap atas dada adalah dhaif kerana adanya illat.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:34 AM

    Menurut syekih azim abadi meletakkan tangan didada adalah salah satu fatwa Al imam AS-Syafie....Sila rujuk kuliah USt Rasyid Idris

    ReplyDelete