Monday, March 12, 2007

Allah wujud tanpa bertempat Aqidah Muktazilah & Jahmiyyah

Oleh: Abu Syu’aib

Secara umumnya di Malaysia mazhab yang diikuti dalam fiqh ialah mazhab al-Syafie sementara mazhab di dalam beraqidah ialah aqidah yang disebut sebagai al-‘Asyairah yang disandarkan namanya kepada Imam Abul Hassan al-Asy’ari. Namun adakah kita mengenali siapakah sebenarnya tokoh ini serta apakah aqidah yang sebenarnya yang dibawa oleh beliau. Dan adakah aqidah al-Imam al-Syafie ialah aqidah al-Asya’irah? Kebanyakkan umat Islam yang mengakui beraqidah dengan aqidah yang disandarkan kepada Abu Hassan al-Asy’ari tidak mengetahui I’tiqad yang sebenar yang dipegang oleh beliau. Adakah aqidah yang menta’wil sifat-sifat Allah seperti sifat “Istiwa’ “ yang dita’wil (diubah) menjadi Istaula (berkuasa) atau aqidah yang dibawa oleh para salafus soleh iaitu mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan) tidak juga ta’thil (menafikannya)

Sejarah ringkas Imam Abul Hassan al-Asy’ari

Secara ringkas nama beliau ialah Ali bin Ismail bin Abi Basyar bin Ishak, Abu al-Hassan dari keturunan sahabat nabi Abu Musa al-Asy’ari r.a. Beliau dilahirkan pada tahun 260 H dan sebahagiannya menyebut 270 H. Masa kecil dan mudanya dihabiskan di kota Basrah. Kota yang pada masa itu sebagai pusat kaum muktazilah dan tidak dapat dielakkan beliau terpengaruh dengannya.

Seperti yang ditulis oleh para ulama’ dalam kitab-kitab mereka menyatakan bahawa Imam Abu Hassan al-Asy’ari telah melalui beberapa peringkat aqidah seperti berikut :

v aqidah Muktazilah yang kemudiannya bertaubat daripadanya. Beliau mendalami ilmu kalam dan pemikiran muktazilah dari ayah tirinya Abu Ali al-Jubbaie.

v Seterusnya selepas keluarnya dari aqidah Muktazilah beliau telah mengisbatkan sifat al-Aqliyyah yang tujuh iaitu Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Sami’, Basar, Kalam. Beliau juga masih menta’wil (mengubah) sifat-sifat khabariah yang disebutkan di dalam al-Quran seperti muka, dua tangan, tapak kaki, betis dan lain-lain. Di dalam peringkat kedua ini beliau mengikut metod atau cara Ibnu Kullab 240 H.

v Diakhir hayatnya beliau kembali kepada aqidah ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu mengisbatkan semua sifat dengan tidak menentukan kaifiyat dan tidak mentasbihkan (menyamakan) sifat-sifat Allah dengan makhluk, iaitu mengikut jalan Salafus Soleh.

Al-Imam Al-Subki (771 H) di dalam “al-Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra” halaman 347 menyatakan Imam Abu Hassan al-Asy’ari pada mulanya berguru dengan Abu Ali al-Jubbai dan mengikutnya dalam aqidah Muktazilah. Beliau berpegang dengan mazhab Muktazilah selama 40 tahun sehingga beliau menjadi seorang Imam dalam Muktazilah. Tatkala Allah mengkehendaki untuk menolong agama-Nya maka Allah menerangkan hatinya untuk mengikuti kebenaran. Kemudian beliau duduk di dalam rumahnya selama 15 hari. Selepas itu beliau keluar ke masjid Jami’ dan naik ke atas mimbar lalu berkata: “Wahai sekalian manusia aku telah menghilangkan diri dari kamu seketika, aku telah mengkaji sekian banyak dalil tetapi aku tidak merajihkan (melihat dalil yang tepat) sesuatu pun. Aku pun memohon petunjuk daripada Allah untuk memberiku hidayah kepada iktiqad (pegangan) yang telah aku tuliskan di dalam buku-bukuku ini. Dan aku telah meninggalkan kesemuanya apa yang telah aku beraqidah dahulunya (muktazilah) seperti mana aku menanggalkan jubahku ini”. Maka beliaupun menanggalkan jubahnya lalu dibuangnya. Setelah itu beliau telah mempertahankan apa yang telah beliau tulis mengikut mazhab ahli Sunnah wal Jamaah.

Al-Imam Ibn Kathir (774 H) di dalam “al-Bidayah wa al-Nihayah” jilid 11 halaman 139 menuqilkan dari Ibn Khalikan menyatakan bahawa Abu Hassan al-Asy’ari pernah duduk di dalam majlis syeikh Abi Ishaq al-Marwazi, dan Imam al-Asy’ari adalah muktazilah kemudian dia telah bertaubat daripadanya di atas mimbar Jami’ al-Basrah sambil menyebutkan keburukan dan kesalahan muktazilah.

Aqidah dan pendirian al-Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari dimanakah Allah

Di sini kita akan lihat apakah Aqidah Sebenar yang dipegang oleh beliau. Adakah aqidahnya menyatakan Allah wujud tidak bertempat? Adakah beliau mentakwil sifat-sifat Allah? Seperti yang didakwa oleh sebahagian pihak yang menisbahkan diri mereka kepada Imam al-Asy’ari. Adakah aqidah “Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tidak bertempat” merupakan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau Aqidah Muktazilah?

Di dalam Kitabnya al-Ibanah an Usuli al-Diyanah halaman 14, Imam Abul Hassan sendiri menyatakan tentang Aqidahnya:

“Pendapat kami dan agama yang kami berpegang dengannya ialah berpegang teguh dengan kitab Tuhan kami dan Sunnah nabi kami a.s. dan apa yang diriwayatkan daripada sahabat-sahabat , tabi’in serta imam-imam hadith. Juga berpegang dengan apa yang dibawa oleh Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, mudah-mudahan Allah terangkan wajahnya dan mengangkat darjatnya serta memperbanyakkan pahalanya. (kerana pada waktu itu Imam Muhammad bin Hanbal terkenal sebagai Imam ahlu al-Sunnah wal Jamaah). Dan kami menyalahi (tidak bersetuju) perkataan yang menyalahi perkataan beliau. Kerana beliau adalah Imam yang utama, pemimpin yang sempurna dimana Allah menerangkannya dengan kebenaran dan mengangkat kesesatan, menegaskan manhaj dan membanteras bid’ah dan membanteras penyimpangan yang dilakukan orang-orang sesat serta keraguan yang disebarkan oleh mereka yang ragu-ragu”.

Daripada kata-kata beliau kita mengetahui bahawasanya beliau pada Aqidahnya ialah Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah sepertimana Imam yang diikutinya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Apakah Aqidah Imam Ahmad terhadap persoalan di mana Allah.

وقال الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله في كتاب الرد على الجهمية مما جمعه ورواه عبد الله ابنه عنه. (باب بيان ما أنكرت الجهمية أن يكون الله على العرش). قلت لهم: أنكرتم أن يكون الله على العرش، وقد قال: الرحمن على العرش استوى (طه:5)؟ فقالوا: هو تحت الأرض السابعة، كما هو على العرش وفي السموات وفي الأرض. فقلنا: قد عرف المسلمون أماكن كثيرة ليس فيها من عظمة الرب شيء، أجسامكم، وأجوافكم، والحشوش، والأماكن القذرة، ليس فيها من عظمته شيء، وقد أخبرنا عزوجل أنه في السماء، فقال تعالى: أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض فإذا هي تمور (16) أم أمنتم من في السماء أن يرسل عليكم حاسبا الملك:16-17. إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه فاطر: 10. إني مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ إلَيَّ آل عمران:55. بل رَّفَعَهُ اللهُ إلَيْهِ النساء:158. يخافون ربهم من فوقهم النحل:50. فقد أخبر سبحانه أنه في السماء.

Maksudnya:

Imam Ahmad bin Hanbal berkata di dalam kitab yang mengkritik kelompok Jahmiyyah (menafikan sifat bagi Allah) yang dihimpun dan diriwayatkan oleh anaknya Abdullah darinya: (Bab pada menerangkan pengingkaran kelompok Jahmiyyah terhadap sifat Istiwa‘ Allah di atas Arasy-Nya.) Aku (Imam Ahmad) berkata kepada mereka (jahmiyyah): ”Kamu telah mengingkari bahawasanya Allah itu beristiwa‘ di atas Arasy-Nya?” Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud “Al-Rahman beristiwa‘ di atas Arasy” surah Thoha:5. Lalu mereka berkata (Jahmiyyah): “Dia yakni Allah di bawah 7 lapisan bumi, sepertimana Dia di atas Arasy juga berada di langit dan di bumi”.

Imam Ahmad berkata: orang-orang Islam mengetahui disana terdapat banyak tempat-tempat yang tidak sedikitpun melambangkan keagungan Allah, seperti di dalam jasad-jasad kamu, tempat-tempat kotor dan sebagainya. Allah s.w.t. telah menyatakan tentang dirinya kepada kita iaitu di langit, Allah berfirman seperti yang dinyatakan di atas surah al-Mulk: 16-17, surah al-Fathir:10, surah Ali Imran: 5, surah al-Nisa‘ :158, dan surah al-Nahl:50, semuanya menyatakan Maha Suci Allah berada di atas langit-Nya.

Maka begitulah Aqidah Imam Abu al-Hassan seperti yang dinyatakan di dalam kitab-kitabnya bahawasanya Allah itu di atas langit-Nya beristiwa’ di atas Arasy.

Beliau berkata di dalam Kitabnya (الإبانة عن أصول الديانة) al-Ibanah an Usuli al-Diyanah halaman 15-16:

“Dan sesungguhnya Allah beristiwa’ di atas Arasy-Nya sepertimana yang difirmankan oleh Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud: Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy”

Beliau tidak mentakwilkannya (mengubah kepada makna lain) kepada Istaula atau Qahara yang membawa maksud berkuasa seperti mana golongan Asya’irah mengubahnya. Mereka menyatakan Allah dimana-mana dan sebahagiannya memperjuangkan Allah wujud tidak bertempat dimana kedua-duanya adalah Aqidah Muktazilah yang beliau telah bertaubat daripadanya.

Beliau juga menjelaskan aqidah ahli sunnah wal jammah yang telah diijmakkan oleh para ulamak di dalam kitabnya (رسالة إلى أهل الثغر) “Risalatun Ila Ahli al-Thaghar” halaman 232:

الإجماع التاسع : وأنه تعالى فوق سمواته على عرشه دون أرضه، وقد دل على ذلك بقوله: أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض وقال إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه وقال الرحمن على العرش استوى وليس استواءه على العرش استيلاء كما قال أهل القدر.

Maksudnya:

Ijmak yang ke sembilan: “Sesungguhnya Allah Ta’ala di atas langit-langit-Nya di atas Arasy-Nya bukan di bumi, dalil menunjukkan yang demikian itu firman Allah surah al-Tabarak ayat 16 yang bermaksud: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit bahawa dia akan melenyapkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Dan firman Allah surah Fathir ayat 10 bermaksud “Kepadanyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya. Dan firman Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud: Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy”. Dan bukanlah yang dimaksudkan dengan Istiwa’ itu Istila’ (berkuasa) seperti mana yang dikatakan ahli Qadar.(Qadariyyah)

Kenyataan Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari bahawasanya Aqidah Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tanpa bertempat ialah Aqidah Muktazilah .

Ini seperti yang disebut olehnya sendiri di dalam kitabnya (مقالات الإسلاميين والختلاف المصلين) “Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin” jilid 1. halaman 236:

اختلف المعتزلة في ذلك، فقال قائلون: البارئ بكل مكان، بمعنى أنه مدبر لكل مكان...والقائلون بهذا القول جمهور المعتزلة أبو هزيل والجعفراني والإسكافي ومحمد بن عبد الوهاب الجبائي. وقال قائلون: البارئ لا في مكان، بل هو على ما لم يزل. وهو قول هشام الفوطي وعباد بن سليمان وأبي زفر وغيرهم من المعتزلة. وقالت المعتزلة في قول الله عزوجل (طه: 5) الرحمن على العرش استوى يعني استولى.

Maksudnya:

Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini. Berkata sebahagiannya Allah berada dimana-mana bermaksud mentadbir di setiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie. Sebahagian pula berkata Allah tidak bertempat. Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu berkuasa.

Begitulah secara ringkas tentang Aqidah Imam Abu Hassan al-Asy’ari yang dapat dinyatakan disini, semoga apa yang dinyatakan di sini dapat membuka minda kita untuk mempelajari dan mendalami aqidah yang sahih yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.

29 comments:

  1. Anonymous9:21 PM

    amir: Assalamualaikum husaini, menarik dari enta. Akan ana jawab biiznillah. Satu soalan sebelum ana jawab soalan enta, Asyairah termasuk Ahlus Sunnah wal Jama’ah tak?

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:22 PM

    uwais: Program seminar tempoh hari. Tak cukup dengan tu,sebar risalah fitnah di masjid, hari Jumaat....Nampak takut benar aqidah yg mereka anuti selama ni diketahui kesalahannya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:22 PM

    uwais: cukup meresahkan golongan ni di UIA.Ana yakin,community UIA akan tahu mana permata dan mana kaca suatu hari nanti.
    6 Mar 07, 14:31
    uwais: juga kitab2 lain.Tala’ah tengok.Jangan dok baca tulisan-tulisan panutan entum sahaja. Tahniah pada pihak penganjur. Walaupun kehadiran tidak seberapa ramai,tapi sudah
    6 Mar 07, 14:31
    uwais: sunnah,sahabi,tabiin,aimmah mazahib,aqwal ulama’.Tak percaya baca kitab dia.Kitab paling mereka takut ialah Ghayah al-Bayan fi tanzih Allah an al-jihhah wa al-makan,
    6 Mar 07, 14:31
    uwais: musyabbihah. Beliau hujah bukan dengan hawa nafsu,hujah yang mantap dari quran,
    6 Mar 07, 14:30
    uwais: orang paling berani-setakat ini-mendedahkan kesesatan aqidah wahabi,mujassimah,
    6 Mar 07, 14:30
    uwais: Habib Omar dari Yaman-baru ni datang Malaysia-kata: tak pelik.Memang begitulah mereka diajar dengan kurang hormat pada orang lain.Syaikh Abdullah al-Harari dikenali

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:23 PM

    6 Mar 07, 20:24
    syarief: ya akhi.persoalan awal nta kata yapis tak ikut syafie.jadi nta kena la buktikan imam syafie ikut i'tiqad asyairah.
    6 Mar 07, 20:25
    syarief: sbb hakikat imam syafie menyruh mengikut sunnah dgn kefahaman salaf. hatta dlm aqidah. x timbul isu mujassimah & musyabbihah.
    6 Mar 07, 20:28
    syarief: seminar tersebut dikecam hebat. jakim telah hubungi el-muhammadi ats kontroversi yg berlaku di uia. takde sape yg resah. risalah diedar bukan utk lindung sesiapa. tapi mbongkar bahaya ahbash.

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:25 PM

    7 Mar 07, 03:58
    seri negara: hahaha... ada jugak golongan mcm uwais ni kt uia. dah lupa ka kitab2 ibn taymiyyah ni rujukan utama di uia, dan serata dunia? adakah kami para pensyarah uia sesat sbb menghormati ketokohan beliau?
    7 Mar 07, 03:59
    seri negara: golongan mcm ni tak perlu kami pensyarah turun padang, cukup la siswa saja. dulu time debat kt masjid pun pensyarah tak turun, siswa tanya soalan simple pun geng ni x boleh jawab...
    7 Mar 07, 04:14
    seri negara: ketokohan ibn taymiyyah ibarat gunung yg teguh, suara2 yg mengecam beliau ibarat salakan anjing, maybe kekadang kuat, tapi kata pepatah: anjing menyalak, gunung takkan runtuh punye...
    7 Mar 07, 05:21
    seri negara: Allah wujud tanpa bertempat. Allah wujud, tapi bukan di mana-mana pun. Di mana-mana pun Allah tak wujud, tapi Allah wujud. Di mana-mana di alam ini Allah tak wujud, tapi Allah wujud. Falsafah gila!
    seri negara: Allah wujud, tapi bukan di alam nyata ini, bukan juga di alam ghaib, bukan juga di mana-mana alam pun, kerana semua alam makhluk ciptaan Allah. Allah wujud, tapi di mana-mana pun Allah tak wujud.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:26 PM

    7 Mar 07, 16:20
    seri negara: teringat time debat first time, geng ni mmg bebal, suka debat, tp x nk dgr hujjah orang, tgh orang bercakap, suka benar potong
    7 Mar 07, 16:21
    seri negara: pastu suka pulak claim sesuatu yg kita x kata, nk debat tp x tahu etika berdebat, x payah layan la grng2 bebal ni...
    7 Mar 07, 16:40
    seri negara: seeloknya kita guna penulisan ilmiah utk berhujjah, krn pendekatan debat takkan selesai masalah, silap2 gaduh saja

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:28 PM

    11 Mar 07, 00:11
    mka: puak-puak ni takut ngan bengbayang mereka sendiri. dah la tak paham bahasa arab. tengok je la pengikut2 diorang kat uia tu pakai seluar pendek, isap rokok, coupling, bila nak berdebat pakai jubah plak
    11 Mar 07, 00:12
    mka: itulah kesannya aqidah Allah wujud tanpa bertempat, tidak atas, tidak bawah, tidak di dalam alam tidak diluar alam. tak de la jawapannya

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:30 PM

    12 Mar 07, 20:27
    amir: Assalamualaikum akhi husaini. Syukran. Ana al-Syafiyyu mazhaban, al-Asyariyyu I’tiqadan. Enta kata dlm Bab Aqidah Imam Syafie berpegang kpd aqidah salaf dan sahabat,
    amir: tp Org mlysia ikut Asyairah yang menerima takwil dalam sifat2,adakah kami dhalal dan terkeluar dari Islam. Kami katakan shohih mawqif Imamuna al-Syafie dan shohih pendapat
    amir: Imamuna al-Asy’ari. Tidak seperti golongan tertentu mentadhlil dan takfirkan al-Asya’irah secara mutlaq dan ghair mutlaq. Enta kata:Dlm bab Ibadah, Imam Syafie mngatakan
    amir: BIDAH mengadakan kenduri arwah..khair, itu bid’ah kalau kata ia amalan nabi,susahkan keluarga yang kena musibah dengan paksa mereka buat. Kalau mereka nak buat,kerana mampu
    amir: dengan niat sadaqah, diisi amalan dengan qiraah al-quran,tahlil(bid’ah lagi kata entum….),dsb, tidakkah itu khair. Nak kata mereka akan masuk neraka kerana buat perkara
    12 Mar 07, 20:28
    amir: ini? Tengok molek perbahasan ulama aqidah dan feqah dalam bab khilafiyyah ni ya akhi.
    12 Mar 07, 20:28
    amir: Ikut rasa hati,nak bersemuka dengan seri negara. Astaghfirullah....tarik kata2 enta ya akhi. Enta kata: Falsafah gila!. Pertamanya,ahlil ilmi wal war’i tak kata macam ni. Ana kesian
    12 Mar 07, 20:29
    amir: tengok enta. Ana bersangka baik, mungkin enta tak baca lagi/ tak baca habis tentang pendapat2 ulama’ dalam tafsir Laisa kamithlihi syai’..juga hadith,ijma,ulama mazahib arba’ah
    12 Mar 07, 20:29
    amir: tentang aqidah tanzih ALLAH MAWJUD BILA MAKAN…Naik bulu roma ana. Moga enta insaf. Enta nak katakana sesat ulama’2 yang berpegang kepada aqidah ini. Bacalah dengan
    12 Mar 07, 20:29
    amir: dada yang lapang, hati yang insaf akan kitab Ghayah al-Bayan fi Tanzih Allah an al-Jihhah wa al-Makan dan kitab2 lain. Demi Allah,kalau kitab ni dan kitab2 lain dah dibaca,
    amir: tak berani enta berkata sedemikian. Auzubillah min qawlik….Bertaubatlah. Akhi mka, bertanya kepada para ulama al-muhaqqiqin. Jangan ikut komen orang atau baca artikel orang
    12 Mar 07, 20:29
    amir: yang memusuhi/ bersangka buruk dengan individu2 tertentu. Faham betul2,nescaya entum akan mengakui-kalau tidak sekarang, akan datang....)bahawa ia adalah Aqidah Ahlus
    12 Mar 07, 20:30
    amir: Sunnah wal Jama’ah yang sebenar. Moga Allah mengampuni kita semua. Allahummahdil qawm, fainnahum la ya’lamun.
    amir: Akhi syarief enta kata: ...jadi nta kena la buktikan imam syafie ikut i'tiqad asyairah. Imamuna al-Syafie wafat pada 204H, Imamuna al-Asy’ari wafat pada 324 H.
    12 Mar 07, 20:30
    amir: Allahummah dina fiman hadait...

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:32 PM

    12 Mar 07, 20:54
    mka: saya rasa yg dok sesatkan orang dan kafirkan orang lain puak2 AHBASH je, tengoklah dlm laman2 web diorang
    12 Mar 07, 20:56
    mka: kita tak baca artikel dan komen org, kita baca kitab abu hassan al-Asy'ari lagi, saudara amir u yg perlu baca kitab al-Ibanah, maqalat Islamiyyin dan risalatun ila ahli al-Saghar,
    12 Mar 07, 20:57
    mka: kesemuanya ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy'ari. dan kita menyatakan Imam Abu Hassan al-Asy'ari imam ahlu sunnah wal jamaah
    12 Mar 07, 23:20
    mka: ooo rupa2nya aqidah Allah dimana2 atau Allah wujud tanpa bertempat Aqidah MUKTAZILAH......Imam al-Asy'ari lagi yang kata.
    12 Mar 07, 23:39
    mka: ha tgk tu apa dia Aqidah al-Syafie yg terpampang bwh masjid tu.....sblm ni pun dah ada yg ditulis oleh Syeikh al-Khumais. Amir tak baca kot

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:33 PM

    13 Mar 07, 01:51
    fazh: Boleh tak saudara Amir tunjukkan satu dalil dari AQ or AS yang jelas kata Allah itu wujud tanpa bertempat ?
    13 Mar 07, 01:54
    fazh: saya nak yang jelas tanpa perlu takwil2 , nak kalau boleh sebut sebijik2 camtu

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:34 PM

    13 Mar 07, 08:22
    seri negara: malas la nk btau, tp kalau setakat subjek tafsir takwil ni, antara g saya pernah belajar
    13 Mar 07, 08:23
    seri negara: ambil ilmu dari tafsir al-razi, siap syeikh saya tu terang2 asyaerah, ok saja kalau bahas bab2 ilmiah ni
    13 Mar 07, 08:24
    seri negara: takde pun bila saya hujjah, dia sebut "auzubillah min qawlik" la, astaghfirullah la, dia beri peluang saya hujjah
    13 Mar 07, 08:25
    seri negara: pastu dia pulak hujjah, sesuai la dgn taraf dia sbg guru, & saya anak murid dia
    13 Mar 07, 08:26
    seri negara: saya siap belajar tafsir al-khawarizmi lg dgn dia, takde pun dia sibuk2 hentam ibn taymiyyah
    13 Mar 07, 08:27
    seri negara: semua hormat-menghormati, cuma cara antum berhujjah menyebabkan saya sebut falsafah gila
    13 Mar 07, 08:28
    seri negara: elok la belajar lagi. baiki cara hujjah - cam syeikh saya tu...
    13 Mar 07, 10:12
    seri negara: kalau nk belajar aqidah asyaerah ni, eloklah cari tok guru asyaerah asli bermazhab syafie
    13 Mar 07, 10:13
    seri negara: eloklah berhenti dari belajar dgn puak ahbasy ni... asyaerah asli takde pun kafirkan ibn taymiyyah cam ahbasy ni...

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:35 PM

    13 Mar 07, 11:11
    mka: setuju benor ngan seri negara, nak blaja asyaerah belajar ngan gurunya, bukan ngan puak2 AHBASH, say no to AHBASH

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:36 PM

    13 Mar 07, 18:08
    syarief: rasanye, dah jelas dua artikel yg dipostkan. klu rasa tak puas hati, jawab dulu fakta2 artikel tue. klu tak, tak perlu buang masa menyesatkan orang..

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:37 PM

    18 Mar 07, 15:56
    fuad: Assalamualaikum. Isti’zan menulis disini. Ana setuju dgn saudara Amir. Aqidah tanzih ALLAH MAWJUD BILA MAKAN adalah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ana nak berhujah disini
    18 Mar 07, 15:56
    fuad: ruang tidak mengizinkan. Saudara seri negara,mka dan ikhwan lain,hati2 dalam bercakap. Jangan bercakap bighairil ilm Aqidah ini disebut jelas di dalam Al-Quran,Hadith,Aqwal Sahabi,
    18 Mar 07, 15:56
    fuad: Aimmah…Cuba entum luangkan sedikit masa,faham dengan elok tulisan ini: http://www.sunna.info/Lessons/islam_268.html. Ana maliziy, ikut ulama’2 pondok, bukan
    18 Mar 07, 15:57
    fuad: pengikut Ahbasy. Tapi ana beraqidah tanzih ini. Minta maaf kalau ana kata,entum tak mendalami maksud aqidah tanzih ini; tidak mentahayyuzkan dan mentasybihkan Allah…
    18 Mar 07, 15:57
    fuad: Sanggupkah entum mengatakan golongan salaf dan aimmah yang beraqidah begini sesat dan beraqidah MUKTAZILAH. Saudara seri negara khassatan,ana nak enta komen

    18 Mar 07, 15:57
    fuad: artikel address di atas. Adalah benar ia falsafah gila. Jangan menfitnah para ulama. (Man ‘ada li waliyyan faqad azantuhu bilharb-hadith riwayat Imam Al-Bukhari).

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:40 PM

    19 Mar 07, 05:23
    seri negara: falsafah gila ditujukan kpd mereka yg hendak mengithbatkan Allah wujud bila makan melalui dalil kalam.
    19 Mar 07, 05:24
    seri negara: sbgmana al-Quran sebut Allah istawa 'ala al-'Arsy, begitulah yg saya imani
    19 Mar 07, 05:28
    seri negara: yg kata Allah wujud bila makan tu aqidah MUKTAZILAH adalah tokoh besar, bukan kami pandai2 kata
    19 Mar 07, 05:30
    seri negara: Allah istawa 'ala al-'Arsy dgn cara istawa yg x sama dgn makhluq, detailnya kami x tahu (dan x ingin tahu)
    19 Mar 07, 05:32
    seri negara: tapi sampai ke tahap nak kata Allah x blh istawa 'ala al-'Arsy sbb nt sama dgn makhluq, jadi terus nafikan istawa & tukar dgn istawla, kami x setuju
    19 Mar 07, 05:33
    seri negara: kalau yg dimaksudkan "makan" itu "makan makhluq," maka kami setuju
    19 Mar 07, 05:34
    seri negara: tanzih Allah dari "makan makhluq"
    19 Mar 07, 05:34
    seri negara: spt Allah ada Zat, makhluq pun ada zat, tp Zat Allah x sama dgn zat makhluq
    19 Mar 07, 05:35
    seri negara: begitu juga Allah istawa, makhluq pun istawa, tp istawa Allah x sama dgn istawa makhluq
    19 Mar 07, 05:35
    seri negara: moga nampak titik persamaan dan perbezaan yg ada antara kita
    19 Mar 07, 05:37
    seri negara: masalah timbul apabila golongan yg menafikan makan bg Allah terus nafi ayat Allah istawa 'ala al-'Arsy
    19 Mar 07, 05:40
    seri negara: dlm artikel link tu, lihat ada bbrp qawl tokoh yg menggunakan dalil kalam mendetailkan sifat2 Allah yg x sepatutnya tokoh2 ilmuwan ni buat

    ReplyDelete
  16. Anonymous9:42 PM

    21 Mar 07, 11:57
    mka: puak2 ni tak paham dan buat2 tak paham. siapa yg bercakap tntang Allah tanpa ilmu. Allah sendiri yg menyatakan Dia beristiwa' tiba2 dtg puak2 ni yg konon2nya ada ilmu tntang Allah menafikan Istiwa'
    21 Mar 07, 11:58
    mka: bagi Allah. siapa yg lebih tahu tntang Allah kecuali Nabinya s.a.w. pandai2 takwil istaula, antum tak baca ke kitab abu hassan al-Asy'ari. maqalat islamiyyin, risalatun ila ahli al-Saghar
    21 Mar 07, 11:59
    mka: tak semestinya tok guru pondok semuanya betul....alim lagi imam Abu Hasan Asy'ari
    21 Mar 07, 12:01
    mka: buang masa bincang ngan puak2 ni. sebab diorang nak ilzamkan kepala otak kita ni ikut kepala otak diorang. berapa banyak kali kita kata mengistbatkan sifat2 Allah mesti diikuti dengan firman Allah
    21 Mar 07, 12:03
    mka: LAISA KAMISLIHI SYAI' WAHUWAS SAMIUL BASHIR....tang sifat Sami' dan BAshir boleh plak puak2 ni terima ianya tak sama dengan makhluq. tapi dtg ayat sifat yg lain tak boleh terima, PELIK TAPI BENAR.
    21 Mar 07, 12:04
    mka: ALHAMDULILLAH ALAL ISLAMI WAS SUNNAH. dan dari penyakit Tasybih

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:44 PM

    21 Mar 07, 15:28
    fuad: Assalamualaikum, akhi seri Negara, 1) enta kata: (Allah istawa 'ala al-'Arsy dgn cara istawa yg x sama dgn makhluq, detailnya kami x tahu). Toyyib,enta sebolehnya tak nak terjemah
    21 Mar 07, 15:28
    fuad: istiwa dengan duduk/bersemayam. Khair,itulah tafwidh atau ta’wil ijmali namanya. Istiwa’ yang layak bagi Allah,maha suci dari tahayyuz. Ta’wil tafsili ialah istawla’. Nak tanya enta,
    21 Mar 07, 15:28
    fuad: adakah menta’wil kalimah istiwa’ ini menafikan sifat bagi Allah? Dan boleh tak terjemah istiwa’ tu dengan duduk or bersemayam? 2) enta kata (kalau yg dimaksudkan "makan" itu "makan
    21 Mar 07, 15:28
    fuad: makhluq," maka kami setuju). Ajib, ada ke makan yang bukan makhluq. Perhati tengok maksud al-makan dalam ma’ajim, qamus... 3) Bila kita ta’wil, adakah kita sesat? Kalau begitu Ibn
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: Abbas, Mujahid,Said ibn jubair,Qatadah,Sufyan al-Thauri,Ibn jarir al-Tobari,Imam Malik, Imam Hanbali,Imam Bukhari,Imam Muslim, Ibn Kathir dll para aimmah semuanya
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: sesat....Nauzubillahi minzalik. Ana nak jawab panjang, sebab enta,akhi mka dan kawan-kawan enta sudah tidak beradab dengan para ulama’ malah bercakap dengan tidak ittila’ aqwal
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: ulama.Wahai saudaraku, tidak cukup baca beberapa kitab,artikel tapi tidak bertanya kepada ahlil ilm wal war’i. Rujuk:1)Surah al-Qalam:42,Ibn Abbas ta’wilkan saaq(ikut bahasa
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: betis) dengan kedahsyatan (Fath al-Bari,13/428,dinaqalkan oleh Ibn Jarir,Tafsir al-Tabari, 29/24.Perkataan ini adalah daripada Mujahid,Sa’id ibn Jubair dan Qatadah).2)Surah al-Zariyat:
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: 47,Ibn Abbas ta’wilkan aidin(ikut bahasa tangan2) dengan quwwah=kekuatan (Tafsir al-Tobari,27/6).3)Surah al-Fajr:22,Imam Ahmad ta’wilkan dengan makna:Telah datang pahala
    21 Mar 07, 15:29
    fuad: Tuhan engkau(al-Bidayah wa al-Nihayah,10/328).4)Hadith:يضحك الله إلى رجلين..., Imam al-Bukhari ta’wilkan يضحك kepada الرحمة rahmat(Al-Asma’ wa al-Sifat,470,Fath al-Bari,
    21 Mar 07, 15:30
    fuad: -124,Sohih Muslim,15/32-33).5)Surah al-Hadid:4,Sufyan al-Thauri ta’wil هو dengan ilmu Allah(Siyar a’lam al-Nubala,7/274.6)Surah al-Zumar:56,Mujahid ta’wilkan في جنب الله dengan
    21 Mar 07, 15:30
    fuad: perintah Allah(Tafsir al-tobari,24/13).7)Surah al-Qasas:88,Ibn Jarir ta’wil wajhallah dengan sebut pendapat ulama:i-zat Allah ii-apa yang dikehendaki Allah.8)Imam Malik ta’wil
    21 Mar 07, 15:30
    fuad: hadith ينزل الله dengan Allah telah menurunkan perintahnya. Ana nak bagitau entum,dua manhaj ulama dealing ayat2 mutasyabihat ni,1) Tafwidh dan Ta’wil, ta’wil pula ada yang ijmali
    21 Mar 07, 15:30
    fuad: dan tafshili. Keduanya2 diterima ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Kalau entum kata tidak dari ASWJ, qawl entum Tahakkum (bi ghair dalil).Nak tanya seri negara dan mka, 1)
    21 Mar 07, 15:30
    fuad: Sebelum Allah ciptakan alam (makhluk) di manakah Allah? (Jangan kata ini falsafah,kalau entum kata falsafah,entum istihza’ Imam Abu Hanifah?
    21 Mar 07, 15:35
    fuad: Nampaknya entum masih belum faham dengan artikel ana linkn dulu. Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah ialah menggunakan dalil naqli dan aqli dalam berhujah.
    21 Mar 07, 15:35
    fuad: Alhamdulillah,itulah manhaj kami.

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:45 PM

    21 Mar 07, 15:56
    mujeeb: Salam.Alhamdulillah,sahabat2 dah dengar Dialog Ustaz arif dengan student IRK di UIA tentang Di Mana Allah?.Ana dah dengar. Alhamdulillah,haq akan sentiasa terzahir.
    21 Mar 07, 15:56
    mujeeb: Berkenaan ustaz tersebut,hadaahullaah(moga Allah memberi hidayah padanya),baca kitab tentang al-Ahbasy,ia adalah fitnah yang ditulis oleh musuh Syaikh Muhaddith
    21 Mar 07, 15:56
    mujeeb: Abdullah al-Harari.Laa kalaam fiihi. Nasihat ana pada ustaz tu-tolong sampaikan padanya-Qawluhuu Taala: ((Izaa jaakum faasiqun bi nabain FATABAYYANUU..)).
    21 Mar 07, 15:56
    mujeeb: Yang ana tertarik,student berkenaan telah berjaya dengan hujaj dan adillah yang qowiyyah,mantap berhujah tentang Allah mawjud bila makan sehinggakan ustaz tersebut tak
    21 Mar 07, 15:56
    mujeeb: dapat nak jawab dengan jawapan yang muqni’ (meyakinkan -terkadang beliau taraddud dengan pernyataan dan jawapannya).Student tersebut siap sebut nama ulama, kitab ,sofhah...

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:46 PM

    21 Mar 07, 18:57
    fazh: bila minta kitab utk tgk refrence kata tak boleh !!!! inikah sikap thulab al -ilmi
    21 Mar 07, 18:58
    fazh: kalu mempertahankan kebenaran berani lah , dan budak yg bercakap tu nak cakap sorang diri membaca dan tak hormat org
    21 Mar 07, 19:01
    fazh: siap ustaz arif dengan terbuka bersedia tuk menerima hujah ahbasy jika benar ... tapi mereka takut bila di check kitab dan hujahan mereka terdapat kesalahan ..huhu
    21 Mar 07, 19:03
    fazh: diorang(geng ahbasy) siap ugut diorang record kuliah tu... satu yg melawakkan ...sebab setiap kuliah ust arif ade tak kurang 5 recorder di depan dia , videocam pun ade ..
    21 Mar 07, 19:11
    fazh: diorang(geng ahbasy) siap ugut diorang record kuliah tu... satu yg melawakkan ...sebab setiap kuliah ust arif ade tak kurang 5 recorder di depan dia , videocam pun ade
    21 Mar 07, 19:13
    fazh: bila ust kemukakan dalill al-quran dan hadith ... dia (geng ahbsy) bawak kata2 ulama itu kat camni camtu,

    21 Mar 07, 19:16
    fazh: sesungguhnya yang terpilih adalah kitab Allah dah sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  20. Anonymous9:51 PM

    22 Mar 07, 00:56
    seri negara: hahaha... budak irk tu bukan tanya soalan tu, sbb bila ustaz arif nk jawab langsung x nk stop, tu saya
    22 Mar 07, 01:00
    seri negara: kalau betul la nak cari kebenaran, eloklah kita berhujjah dgn ilmiah
    22 Mar 07, 01:01
    seri negara: kita dah beritahu, kalau "makan" tu "makan makhluq", maka Allah munazzah dari sifat tu
    22 Mar 07, 01:02
    seri negara: "istawa" bagi Allah itu "istawa" yg layak bagi-Nya
    22 Mar 07, 01:03
    seri negara: makhluq pun ada zat, Allah pun ada zat, tp zat yg layak bagi Allah, x sama dgn zat makhluq
    22 Mar 07, 01:04
    seri negara: takkan nak kata "Allah sbg tuhan x berhajat kpd zat utk wujud, sbb makhluq saja yg perlu kpd zat utk wujud"?
    22 Mar 07, 01:06
    seri negara: eloklah kembali pd al-Quran, Allah istawa 'ala al-Arsy, cukup kita beriman dgnnya...
    22 Mar 07, 01:09
    seri negara: "Allah sbg tuhan x berhajat kpd makan utk wujud, sbb makhluq saja berhajat kpd makan utk wujud"

    22 Mar 07, 01:09
    seri negara: "Allah sbg tuhan x berhajat kpd zat utk wujud, sbb makhluq saja yg perlu kpd zat utk wujud"?
    22 Mar 07, 01:10
    seri negara: say "NO" to ilmu kalam...

    ReplyDelete
  21. Anonymous9:52 PM

    22 Mar 07, 14:29
    mka: BEBAL seribu kali BEBAL. tntg dialog tu nampak benor puak2 ni takut pecah kedok mereka. bila ust arif mintak dr budak ahbash tu boleh dia kata . TAK BOLEH USTAZ.....
    22 Mar 07, 14:31
    mka: kata nak berhujah, hujah diorang rahsia....kalo budak tu cerdik dia tak kata cam tu. ini menjatuhkan diri sendiri tgh2 org ramai...dan sewaktu kuliah ust arif mlm tu bila ust arif baca tntg AHBASH

    22 Mar 07, 14:32
    mka: kafirkan ulamak yg disebut mereka dibelakang secara perlahan kata YA. bermakna mereka bersetuju dgn fikrah TAKFIR Ahbash
    22 Mar 07, 14:34
    mka: tntg mereka yg mempertikaikan betul ke naqalan tu. atau itu tuduhan musuh abdullah alHarari terhadapnya.......untuk makluman group Ahbash ni dah terkenal dah kat dunia yg mereka ini mengkafirkan ulama
    22 Mar 07, 14:35
    mka: umat Islam tak memerlukan perkataan korang untuk membela si AHBASH ni. cukup kpd kita fatwa Dr Ali Jumaah, Dr Bouti,
    22 Mar 07, 14:36
    mka: al-Qaradhawi dlm Fatawa Muasarahnya. akhirnya buang masa je layan puak2 ni. kita dah berpengalaman 2 kali debat ngan puak2 ni....nothing
    22 Mar 07, 14:38
    mka: tu karang dia kata la kita hina ulamak.

    ReplyDelete
  22. Anonymous9:55 PM

    amir: Assalamualaikum,akhi fazh,ana bukan nak tabrir student irk tu.Dalam mihwar tu memang dia tak bagi sebab dia masih nak rujuk waktu tu.Selepas ni dia akan bagi insyaAllah.
    23 Mar 07, 09:05
    amir: Sebenarnya apa hujaj dari aimmah dan ulama’ dari student tu,ada dalam kitab Ghayah al-Bayan fi Tanzih Allah an al-Jihhah wa al-Makan.Pernah disebut kitab ni dulu.Carilah adillah
    23 Mar 07, 09:05
    amir: dalam sana.Di maktabah UIA ada.Ahlan.Ittila’ dan tawthiq makumat pada masodir dan maraji’ pada hawamish.Siap dengan mk surat lagi.Ya akhi,kenapa perlu takut pada kebenaran.
    23 Mar 07, 09:05
    amir: Kata enta(tapi mereka takut bila di check kitab dan hujahan mereka terdapat kesalahan) tahakkum-bila dalil. Dulu enta mintak dalil quran dan sunnah.Memanglah tidak ada secara
    23 Mar 07, 09:05
    amir: jelas di sebut lafaz ALLAH MAWJUD BILA MAKAN dalam quran maupun hadith.Tapi keduanya difaham dengan bahasa arab yang jelas menunjukkan perkara ini.Tak cukup kah
    23 Mar 07, 09:08
    amir: Laisa kamithlihi syai’.Tengok tafsir dan kupasan ulama tafsir dan lughah mengenai.Dan ayat2 lain.Hadith:Kanallahu wa lam yakun syaiun ghairuh-riwayat al-bukhari,al-baihaqi dan
    23 Mar 07, 09:08
    amir: ibn jarud.Tengok tafsiran ulama hadith.Saiyiduna Ali sebut:Kana-Allah- wa LA MAKAN,wahuwa al-an ma alaihi kan. Enta nak rad, khalifah Rasulullah?
    23 Mar 07, 09:08
    amir: Akhi,macamana nak faham quran n sunnah kalau tidak dengan petunjuk para ulama?
    23 Mar 07, 09:08
    amir: Akhi mka,sohih,istiwa’ diterima dengan tafwidh.Jgn lupa boleh juga dita’wil.Inilah yang entum tak boleh nak terima.Bukan kami kata.Ini manhaj para salaf dan khalaf.Istiwa’ dalam
    23 Mar 07, 09:08
    amir: bahasa arab ada 15 makna.Ana setuju kalau enta kata istiwa’ yang layak bagi Allah,tapi tidak dengan bersemayam atau duduk. Kalau tidak enta,golongan entum menterjemahkan sedemikian.
    23 Mar 07, 09:09
    amir: Akhi seri negara,enta kata:(say "NO" to ilmu kalam).Ilmu kalam mazmum la.Ilmu kalam mamduh na’am.Itulah manhaj Imamuna al-Asy’ari.Enta tak jawab beberapa soalan ana.

    ReplyDelete
  23. Anonymous9:56 PM

    23 Mar 07, 10:13
    seri negara: maaf la amir, dialog kt sini panjang2 sampai saya terlepas soalan2 tu. nk kena open previous shout, cari baru jumpa
    23 Mar 07, 10:15
    seri negara: "makan" rujuk kt kamus, makan dlm ma'ajim ialah makan makhluq? "zat" dlm ma'ajim?
    23 Mar 07, 10:48
    seri negara: kalau nk serah "makan" pd ma'ajim lughah, serahkan jugak zat, sama', basar, 'alim, 'adil... boleh?
    23 Mar 07, 11:43
    seri negara: hayyun, qayyum, kita serah juga istawla pada ma'ajim lughah, boleh?

    ReplyDelete
  24. Anonymous9:57 PM

    23 Mar 07, 14:23
    mka: pertama Qaul Ali itu saya mintak amir takhrijkannya. kalo jumpa bagitau saya. hanya diriwayatakan dlm kitab al-Farqu bainal Firaq. para ulamak mengatakan atsar tu MAUDU' iaitu palsu....
    23 Mar 07, 14:24
    mka: dlm tafsir terjemahan melayu malaysia antara panelnya ialah Uthman Muhammady..mengapa diterjemahkan sebagai bersemayam juga....bukankah el Muhammadi ni puak2 entum....
    23 Mar 07, 14:26
    mka: tolong bagitau dari 15 makna tu mana makna yg sesuai ikut entum.....istaula tak sesuai jugak....menguasai. makhluq yg Allah ciptakan pun ada sifat menguasai
    23 Mar 07, 14:26
    mka: kalo ikutkan entum...tak ada satu pun makna yg ssuai dari 15 tu...jadi mengapa you all masih nak gunakan istaula....

    ReplyDelete
  25. Anonymous7:11 PM

    sesungguhnya Allah Maha Berkuasa!
    setiap perkataan perbuatan akan diminta pertanggungjawab kelak diakhirat!berhati2lah tuan2 yg mulia!
    lebih baik juga belajar dan mengamalkan ttg sifat2 hamba supaya manusia faham erti hidup dunia fana ini!!!!
    astag..YA Allah ampunilah dosa kami yg kami tahu dan yg kami tidak tahu krn kami ini jahil, ilmu kami bebanding dengan ilmu mu ibarat air setitik diantara lautan yg banyak!
    barangsiapa yg Allah berikan petunjuk,mereka lah yg dapat petunjuk..barangsiapa yg Allah sesatkan mereka lah org2 yg rugi.
    ampuni dosa kami Ya Allah,ampuni dosa kami ampuni dosa kami!

    ReplyDelete
  26. Anonymous11:03 PM

    alhamdulillah saya telah keluar dari aqidah sesat wahaby/salafy palsu!!!

    jika rujukan anda benar, tolong tunjukan scan kitab-kitab tersebut!

    demi Allah itu adalah fitnah!!

    sunni adalah pengikut 4 madzab sunni dan beraqidah satu yaitu aqidah asyairah maturudiyah....

    kami hadirkan bukti scan kitab!
    www.salafytobat.wordpress.com

    ReplyDelete
  27. AffanRuslan11:27 PM

    Salam.
    Ketahuilah bahawa kitab AL-Ibanah yg ada sekarang ini sudah diseleweng oleh puak2 tertentu, http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/penjelasan-akidah-islam-allah-wujud.html.

    Ketahuilah,Syakh Yusof Al-Qardhawi juga telah menyuruh rakyat Malaysia mempertahankan aqidah Asya'riah.
    Re: http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/blog-post.html

    ReplyDelete
  28. Anonymous2:19 AM

    bnyak btul org bodoh skarang ni... mmg la Allah x brtmpat sbb Allah maha besar.. bukan arasy maha besar!!! kalau Allah duduk atas arash mstilah arash lbih besar... ttp Allah itu x brtepi... maha suci Allah..

    ReplyDelete
  29. Moga Allah merahmati :-

    Kesimpulan Wujud Allah di Mana

    (Date written : 11 Feb 2014 )

    Berdasarkan Al-Qur'an :

    - Allah wujud ISTAWA "beyond" Arasy.
    - Allah bukan "berada" di Langit.
    - Allah wujud tidak berdimensi (bukan sahaja tempat malah waktu).
    - Arasy Allah lah yang MEMISAHKAN "Alam Ciptaan" dan Wujud Diri Nya.
    - Allah itu Al-Qarib - Maha Dekat.
    - Arasy Allah itu juga DEKAT.
    - Seluruh Lapisan Langit dan Bumi adalah BERADA dalam Parallel Universe - wujud bertindih-tindih MELIPUTI satu sama lain NAMUN Alam yang lebih tinggi boleh melihat Alam yang lebih Rendah. Contoh Alam Jin boleh melihat Alam kita manusia; begitu juga Alam Malaikat. Mereka DEKAT dengan kita. NAMUN DEKAT lagi Allah dengan kita lebih dekat dari URAT leher kita - NAMUN Allah tetap berada di OTHER SIDE of Arasy - tiada BERDIMENSI dan BERDIRI SENDIRI - tiada DIA bersama dengan kita di Alam Berdimensi iaitu Alam yang ada TEMPAT atau RUANG juga Waktu.
    - ALLAH Muhitho - MELIPUTI segala sesuatu
    - ILMU ALLAH Wasi'a - juga MELIPUTI segala sesuatu
    - RAHMAT ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh alam
    - KURSI ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh Alam.

    Paling kena FAHAM - wujudnya 7 Lapisan Langit dan Bumi sebagai PARALLEL UNIVERSE. ALLAH wujud TIDAK di Mana-mana ALAM BERDIMENSI itu. ALLAH wujud TIDAK BERTEMPAT tidak BERWAKTU - namun ALLAH ISTAWA di "beyond" ('ALAL) ARASY.

    =====

    Sila baca "Arasy dan Wujud Allah di mana (1) "
    Sila baca "Arasy dan Wujud Allah di mana (2) "

    =====

    http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/kesimpulan-wujud-allah-di-mana.html?m=0

    ReplyDelete