Kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah:
"Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih".
Kalaulah setiap ibadat itu hanya mementingkan niat yg baik dan mengharapkan keredhaan Allah semata mata, maka saya nak timbulkan satu persoalan :
Bolehkah saya nak solat subuh 4 rakaat, solat maghrib 8 rakaat atau saya nak baca surah fatihah dlm semua sujud, atau saya nak tambah dua tiga lafaz lg dlm azan supaya nampak lebih sedap lg di dengar dan boleh tak saya nak cipta solat sunat baru sempena menyambut hari lahir. Semua ni saya buat dgn niat nak mencari keredhaan Allah dan saya tak mengurangkan ibadat Cuma ‘modified’ je amalan tu dan tambah lg apa yg kurang.Yang penting niat saya baik dan ikhlas.
Kalau inilah konsep yg kita pegang , maka tak salah lah si Aminah wadud yg cipta rekod wanita pertama di dunia jadi imam solat jumaat. Kalau kita tanya kenapa dia buat benda ni, tentu dia akan kata niat saya ikhlas kerana Allah, takkan dia kata “oh saya buat ni memang nak dpt murka Allah dan nak masuk neraka !”
Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhaiNya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan” Katanya juga: “Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin samada kecil atau besar untuk mencipta (ibtida’) ibadah yang baru dalam agama Allah, atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah S.A.W. Ini kerana hanya Allah sahaja pembuat syari`at dan al-Rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan RasulNya)”.
( Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi Al-Islam, m.s 165,cetakan:Muassasah al-Risalah, Beirut)
(Islam Liberal – Tafsiran Agama yg kian terpesong, ms 30-32, terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd)
No comments:
Post a Comment