Shaykh ‘Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat .
Beliau memberikan jawapan:
"Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang ,akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makhruh untuk menghalakan kaki kearah Ka’baah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan . Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki kearah kiblah jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya Insyallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144 )
Shaykh Ibn ‘Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur .
Beliau memberikan jawapan:
"Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala kearah kiblat". (Fataawa al-Shaykh Ibn ‘Uthaymeen, 2/976)
Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid