Rombongan dari Perlis tiba di
Seminar ini telah menggabungkan para tokoh ilmuan dari dua negera;
1. YBhg S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
2. Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid
3. Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Othman.
4. Datuk Hj.Mohd Nakhaie Ahmad
5. Dato’ Prof Madya Ahmad Jusoh
6. Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
7. Dr. Azwira Abd Aziz
8. Ustaz Rasul Dahri
10. Dr. Abdullah Yaasin
11. Ustaz Abd Rashid Idris
- Dr. Abd Fatah Wibisono
- Prof. Dr. Elhamuddin Nasution
- Prof.Dr. Asmuni
- Dr. Lahmuddin Lubis
- Prof. Dr. Elyasa Abu Bakar
- Prof. Dr. Syamsul Anuar
- Dr. Yuhanar Ilyas
- Dr. Faisar Ananda
- Dr. Ali Emran Senaga.
Kehadiran para peserta untuk seminar kali ini dianggarkan lebih kurang 700 orang yang terdiri daripada rombongan dari negeri Perlis dan peserta dari
Majlis Perasmian Pembukaan seminar ini berlangsung pada 10 Julai 2007, jam 8.30 malam. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan untuk menyempurnakan perasmian pembukaan ini. Turut berucap pada majlis perasmian ini ialah YAB Menteri Besar Perlis dan wakil Menteri Agama Republik
Selesainya majlis perasmian ini, seminar dimulakan dengan sessi pembentangan kertas kerja 1 yang disampaikan oleh Datuk Hj. Nakhaie bin Ahmad dan Dr. Abd Fatah Wibisono pula bertindak selaku moderator. Kertas kerja pertama ini bertajuk “Pemikiran Fiqh Imam al-Syafie”.
Sessi pertama ini tamat lebih kurang pukul 10.30 malam. Kemudian seminar ditangguhkan sehingga ke esok hari.
Hari kedua
Prof Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abd Majid telah membuka tirai pembentangan pada hari kedua ini dan moderatornya pula ialah Prof Dr. Hj. Elhamudin Nasution. Kertas kerja ke-2 ini bertajuk “Pemikiran Fiqh Abu Hanifah”.
Kemudian, seminar diteruskan dengan pembentangan kertas kerja ke-3 yang bertajuk “Peranan Imam Malik Dalam Mempertahankan Sunnah”. Kertas kerja ini telah disampaikan oleh Ust. Fathul Bari Mat Jahya dan Prof Dr Hj. Asmuni pula ditugaskan sebagai moderator.
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, seminar semakin rancak dengan pembentangan kertas kerja ke-4 yang disampaikan oleh YBhg. SS Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Dr. Hj. Lahmudin Lubis telah diamanahkan sebagai moderator. Kertas kerja ini menyentuh tentang “Imam al-Ghazali dan beberapa kritikan ulamak terhadap karya-karyanya”.
Selesai sahaja pembentangan oleh YBhg SS Dr.Mohd Asri, seminar diteruskan lagi dengan sidang yang kelima. Pada sidang ini, seramai 3 orang pembentang telah digandingkan bersama. Mereka ialah Dr. Azwira Abd Aziz yang membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Pemikiran Sunnah Imam al-Bukhari”, Ustaz Rasul Dahri yang membentangkan tajuk “Fikrah Fiqh Ibn Hanbal” dan Prof Dr. Elyasa Abu Bakar dengan kertas kerjanya yang bertajuk “Peranan Ibn Taimiyah Dalam Membina Agama”. Moderator untuk siding pembentangan ini pula ialah Prof Madya Dr. Mohd Radzi Othman.
Selesai sahaja pembentangan daripada ketiga-ketiga pembentang dan disusuli dengan sessi soal jawab, seminar ditangguhkan sementara waktu untuk berehat,makan tengah hari dan solat.
Sidang sebelah petang yang sepatutnya disambung pada jam 2.30 petang terpaksa dilewatkan kerana menunggu kehadiran para peserta. Namun, suasana dewan pada sessi petang ini agak menyedihkan sedikit kerana kelihatan agak lengang. Pada pandangan penulis, mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar membeli belah atau bagi peserta dari
Selepas seminar berhenti rehat untuk minum petang, sepatutnya seminar akan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang seterusnya. Tetapi, dengan meraikan beberapa faktor seperti jumlah peserta yang sedikit dan keadaan peserta yang dilihat keletihan setelah sehari suntuk mengikuti pembentangan, pihak penganjur telah mengambilkan keputusan untuk menangguhkan sidang pembentangan ini ke sebelah malam. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk bersiar-siar dan membeli ole-ole dan cenderamata kenangan. Keputusan yang dibuat ini telah disambut baik oleh para peserta yang ada. Penulis juga turut tidak melepaskan peluang ini.
Sidang pembentang pada sebelah malam disambung semula pada jam 8.00 malam. Sidang yang terakhir ini telah menggabungkan dua orang pembentang sekali gus. Dato’ Prof Madya Ahmad Jusoh telah membentangkan tajuk “Pemikiran Abu Hassan al-Ash ‘ari dan Dr. Faisar Ananda selaku moderator. Selepas itu, seminar diteruskan dengan pembentangan kertas kerja terakhir yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Rashid Idris dan moderatornya ialah Dr. Ali Emran Senaga. Kertas kerja ini bertajuk “Pemikiran Imam al-Nawawi”.
Setelah selesai pembentangan semua kertas kerja, majlis diteruskan lagi dengan upacara penutup. Pada majlis penutup ini, YBhg SS Dr. Mohd Asri, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, sekali lagi telah dijemput untuk memberikan ulasan dan kesimpulan perdana terhadap seminar kali ini. Turut menyampaikan ucapan ialah wakil daripada Universitas Muhammadiyah sebagai wakil tuan rumah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Dengan berakhirnya ucapan ini, maka Seminar Pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah –Aqidah & Syari ‘ah- secara rasminya telah tamat.
Sebagai tambahan, antara yang menarik -pada pandangan penulis- di seminar kali ini ialah, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah mengikuti semua pembentangan kertas kerja yang disampaikan dari hari pertama hingga hari kedua. Seharusnya sikap yang ditunjukkan ini dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bukan sekadar datang untuk merasmikan sahaja, tetapi sanggup meluangkan masa untuk menuntut ilmu dengan mendengar pembentangan-pembentangan yang disampaikan oleh para tokoh ilmuan Islam.
Sebaik saja tamatnya seminar, satu rumusan dan ringkasan kertas kerja juga telah berjaya disiapkan. Ringkasan dan rumusan ini telah disiapkan oleh tiga orang panel. Mereka ialah: Prof Madya Mardzuki (UiTM, Perlis), Ust. Sirajudin (Pejabat Mufti Perlis) dan Abd Razak A.Muthalib (Institut Imam al-Syafie (INTIS),
Hari ketiga
Para peserta dari
Tepat jam 10.30 malam, penulis dan rombongan berangkat pulang ke
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan salinan kertas kerja seminar ini, sila muat turun dari link ini:-
http://www.megashare.net/5102860
Yang melaporkan,
Abd al-Razzaq A.Muthalib Ahmad
019-266 7025
SHAS Mosque, IIUM.
15 Ogos 2007, 5.30 pm.
No comments:
Post a Comment