Sunday, December 30, 2007

Sikap Islam mengenai perlupusan hutang


Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

PENULIS begitu teruja dengan laporan akhbar Rabu lalu yang memaparkan hasrat Bank Pertanian untuk melupuskan pinjaman para peminjamnya yang terjejas teruk akibat musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Martini Osman, selain melupuskan baki hutang, antara inisiatif lain yang dicadangkan termasuklah kemudahan pinjaman semula serta lanjutan tempoh pembayaran.

Sesungguhnya sikap sebegini wajar dicontohi oleh seluruh warga institusi perbankan komersial lain terutamanya dalam mengambil kira kepayahan para peminjam dalam membayar balik pinjaman akibat bebanan kerugian yang terpaksa ditanggung selepas mengalami musibah banjir. Malah sikap mengambil peduli terhadap kepayahan pelanggan dan peminjam merupakan suatu manifestasi tanggungjawab sosial yang tinggi yang wajar menjadi ikutan kepada seluruh warga korporat yang berorientasi memaksimumkan keuntungan.

Memang Islam tidak pernah menghalang manusia daripada berusaha mencari keuntungan dan mengumpul kekayaan, tetapi ia juga menagih suatu tanggungjawab sosial yang harus ditunaikan.

Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab sosial adalah suatu komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan setiap agenda nasional dan kemanusiaan. Ia meliputi komitmen tinggi terhadap pembelaan golongan miskin, terlantar dan terbiar serta masalah-masalah kemanusiaan lainnya tanpa terikat dengan kepentingan diri mahupun percaturan untung rugi ekonomi.

Hakikat yang nyata, memberi kelonggaran dalam membayar balik pinjaman hatta melupuskan terus pinjaman yang diberikan merupakan cerminan nilai-nilai tanggungjawab sosial yang menjadi teras dalam prinsip muamalah Islam.

Malah sebagai sebuah agama yang amat menitikberatkan soal keadilan dan kebajikan, Islam sejak dari awal lagi menggariskan pelbagai pendekatan dalam muamalah kewangan yang boleh dimanfaatkan khususnya dalam membantu mereka yang dilanda musibah. Antaranya termasuklah memberikan pengurangan terhadap jumlah hutang perlu dilunaskan peminjam atau melupuskan terus pinjaman tersebut sebagai sedekah.

Dalam al-Quran, Allah jelas menyebut mengenai hal ini: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). (al-Baqarah: 280).

Dalam kaedah muamalah Islam, memberikan pengurangan terhadap pembayaran balik pinjaman oleh pihak pemberi hutang juga dikenali dengan prinsip yang diistilahkan sebagai dha wa ta‘ajjal. Prinsip ini berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. pada satu hari telah memerintahkan Bani Nadir untuk meninggalkan Madinah. Kemudian baginda dimaklumkan bahawa masih ramai kalangan penghuni Madinah yang berhutang wang dengan mereka. Maka Rasulullah pun bersabda: Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan permudahkan cara pembayaran. (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Pernah satu ketika seorang sahabat Nabi yang bernama Ka‘ab sedang berbincang dengan Ibnu Abi Hadrad mengenai hutangnya yang belum dilunaskan. Perbincangan yang dilakukan di masjid dengan suara yang nyaring itu telah didengari oleh Nabi yang ketika itu berada di rumah baginda. Lalu Nabi memanggil Ka‘ab seraya berkata: “Kurangkanlah jumlah hutang tersebut”. Jawab Ka‘ab: “Aku sudah pun mengurangkannya”. Dan Nabi terus berkata kepada Ibnu Abi Hadrad, “Bangun dan langsaikanlah hutang kamu” (hadis riwayat al-Bukhari).

Berpandukan ayat al-Quran dan kedua-dua hadis inilah ulama berpendapat bahawa prinsip mengurangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang adalah dibenarkan dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, ganjarannya diumpamakan seperti memberi sedekah terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kesulitan dan kepayahan lantaran ditimpa bencana atau malapetaka.

Ulama terkemuka seperti Ibnu Qayyim di dalam bukunya I’lam al-Muwaqqi‘in turut menegaskan bahawa prinsip dha wa ta‘ajjal ini amat jauh berbeza dengan riba. Ini kerana riba ialah sesuatu yang memberi tambahan nilai terhadap hutang sedangkan prinsip dha wa ta‘ajjal pula sebaliknya. Riba berlaku apabila terdapat sebarang bentuk penambahan daripada jumlah asal hutang sama ada disebabkan oleh kelewatan dalam melunaskan hutang mengikut tempohnya ataupun tidak.

Sebaliknya prinsip dha wa ta‘ajjal yang dibenarkan syarak ialah apabila pemberi hutang memberi diskaun atau pengurangan jumlah hutang yang perlu dibayar oleh penghutang sebagai salah satu insentif bagi mempercepatkan lagi proses melunaskan hutang.

Justeru hasrat Bank Pertanian untuk membantu para peminjamnya yang dilanda musibah banjir ketika ini merupakan usaha murni yang wajar diteladani. Memberi kelonggaran dalam pembayaran mahupun melupuskan terus hutang adalah suatu manifestasi tanggungjawab sosial yang besar maknanya dalam Islam. Moga-moga lebih ramai lagi yang tampil dengan komitmen sedemikian.

Monday, December 24, 2007

Cara Mendapat Ilmu

Oleh: Abdul Hakim bin Abdul Adzim

من حفظ المتون حاز الفنون

“Sesiapa yang menghafal matan-matan, dia memperolehi ilmu-ilmu.”

Kata-kata di atas sering didengar penulis sejak kebelakangan ini dalam perbualan penulis dengan pelajar-pelajar peringkat Sarjana dari Timur Tengah. Tidak tahu siapa yang melafazkan lima patah perkataan yang mempunyai makna yang mendalam itu. Mungkin para pembaca lebih mengetahui.

Penghafalan adalah satu perkara yang amat penting. Jika seseorang itu mengaku dia mempunyai ilmu maka ilmu itu di dadanya dan bukan di dada buku-bukunya. Ilmu yang tidak diingat adalah bukan ilmu. Menghafal matan bukanlah satu-satunya cara utuk mendapat ilmu tetapi salah satu cara.

Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen mewajibkan ke atas murid-muridnya menghafal matan-matan seperti Alfiyah Ibnu Malik dan Kitab at-Tauhid. Selepas muridnya menghafal dengan lancar, beliau akan menerangkan atau memberi syarahan kepada matan-matan tersebut.

Hendaklah diingat menghafal kata-kata Allah iaitu al-Qur'an adalah yang terbaik. Hendaklah seorang penuntut ilmu menghafal al-Qur'an. Jangan ghairah menghafal matan-matan sehingga terlupa al-Qur'an. Hendaklah seorang penuntut ilmu menghafal al-Qur'an dan di samping itu hadith-hadith nabi sallallahu alaihi wasallam dan matan-matan ilmu.

Menghafal adalah satu perkara yang bukan senang. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan keseronokan. Selepas sesuatu matan dihafal, hendaklah seorang penuntut ilmu memahami apa yang dihafal dengan mencari penerangan untuk apa yang dihafal. Penerangan itu datang sama ada dalam bentuk buku atau penerangan dari seorang alim. Misalan penerangan untuk Alfiyah ibnu Malik iaitu matan ilmu Nahu terdapat dalam bentuk buku Sharh ibnu Aqil. Juga terdapat penerangan dalam bentuk audio atau suara yang boleh dicari di Internet. Untuk Alfiyah ibnu Malik terdapat penerangan dari Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen dan beberapa sheikh yang lain. Penerangan yang terbaik ialah dengan berguru dengan seorang alim atau seorang sheikh. Itu yang terbaik.

Inilah cara para ulama' terdahulu menguasai ilmu-ilmu. Associate Professor Dr. Abdur Razzaq as-Sa'di, seorang pensyarah di fakulti bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa menceritakan bahawa dia menghabiskan masa tiga tahun menghafal matan-matan ilmu. Setelah tempoh tiga tahun baru dia mempelajari syarah atau penerangan kepada apa yang dihafalnya. Ilmunya boleh disimpulkan dengan menyebut masha-Allah.

Diceritakan bahawa lautan ilmu, al-'Allamah Muhammad al-Amin ash-Shinqiti rahimahullah, yang mana di zamannya tiada yang setanding dengannya dalam ilmu bahasa Arab dan Tafsir, bahawa ilmunya berada dengannya ke mana saja beliau pergi kerana dia mengingati ilmunya. Jika dia di pasar maka ilmunya berada dengannya di pasar, jika dia di masjid ilmunya bersamanya di masjid. Hafalan juga membantu seseorang itu dalam menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya tanpa memerlukan rujukan.

Penulis sendiri menghafal matan dan apa yang penulis dapati cara ini sangat berkesan dalam usaha untuk mendapat ilmu. Penulis menghafal matan pendek Manzoomah al-Baiquniah,matan dalam ilmu mustolah hadith. Setelah menghafal dengan lengkap, penulis mendengar syarah audio Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen yang dimuat turun dari Internet. Alhamdulillah, penulis mendapat sedikit sebanyak ilmu dalam mustolah hadith. Benarlah kata-kata:

من حفظ المتون, حاز الفنون

Mungkin ada yang mengadu ingatan mereka lemah dan apakah penawar baginya. Jawapannya ialah menjauhi maksiat. Imam Shafi'i rahimahullah pernah mengadu kepada gurunya, Wakii' tentang lemah ingatan dan Wakii' menjawab yang ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan menyinari hati yang selalu membuat maksiat. Penawar bagi ingatan lemah ialah menjauhi maksiat.

Begitulah apa yang dapat dikongsi penulis dengan para pembaca. Sebelum terlupa, mungkin penulis dapat menyarankan beberapa matan yang boleh dihafal oleh para pembaca. Para pembaca boleh hafal selain dari al-Qur'an, al-Arbain an-Nawawiyah, al-Ajrumiyah, al-Manzoomah al-Baiqoniah dan matan-matan mudah yang lain. Setelah meghafal yang mudah baru berpindah ke matan yang lebih panjang seperti Bulughul Maram, Alfiyah Ibnu Malik dan Alfiyah Iraqi. Begitu juga dengan Qur'an hendaklah seorang yang mula menghafal Qur'an menghafal bermula dengan surah pendek. Salah satu kesilapan ialah bermula dengan surah yang panjang yang sukar untuk dihafal seperti surah al-Baqarah. Mula dengan yang mudah kemudian berpindah ke sesuatu yang lebih sukar.

Matan-matan ilmu ini terdapat dalam bentuk buku kecil yang boleh dimuatkan dalam poket baju. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Bila ada masa lapang, seseorang boleh mengisi masa itu dengan menghafal matan-matan tersebut yang dibawa bersamanya.

Setelah menghafal sesuatu dengan sempurna, pembaca hendaklah kembali mengulangkaji hafalan matan tersebut agar tidak lupa. Sama seperti seorang yang mengingati al-Qur'an, harus sentiasa mengulangkaji hafalannya.

Penulis berharap agar apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Penulis meminta maaf jika terdapat kesalahan dalam artikel ini. Niat penulis hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berkongsi ilmu dengan para pembaca. Semoga kita semua ditambah ilmu dan dikurniakan kefahaman.

Wallahu a'alam.

Thursday, December 20, 2007

Islam di Puncak Penghinaan:Salah Siapa?

Islam tak maju-maju Sebab pemerintah kita tak cukup islamik!” kata Pak Cik X.


“Islam ni mundur Sebab umat Islam ni malas” ngomel Abang Y.


“Budak-budak sekarang ni kurang didikan agama
Sebab ustaz ustazah kat sekolah tak ajar betul-betul!”kata Pak Long Z.


“Saya tak pandai agama. Ni semua salah ayah,
Sebab ayah Sazali jadi begini”teriak S.

Apakah persamaan yang dapat kita lihat daripada dialog-dialog di atas? Ianya bukan hanya kerana setiap daripadanya mempunyai perkataan “sebab”. Tetapi kerana semua pihak di atas cenderung menyalahkan pihak lain terlebih dahulu sebelum mencermin diri mereka terlebih dahulu sebelum bersuara lantang. Hatta jika kita pernah terlibat dalam kerja-kerja dakwah yang bersifat antarabangsa sekalipun, apakah kita berhak untuk mengkritik mereka yang membuat kerja-kerja dakwah sesuai dengan kemampuan mereka dan tidakkah kita terfikir mereka mungkin mempunyai usaha tersendiri dalam berdakwah?


Seolah-olah telah menjadi norma masyarakat kini untuk menunding jari ke arah orang lain apabila tercetusnya masalah yang berlaku dihadapan mereka. Sikap individualistik ini semakin membugar dalam jiwa masyarakat kita, ia seharusnya dibuang jauh kerana sikap ini bukan sahaja akan merosakkan bangsa dan agama kita malahan ia terlebih dahulu menjamah akhlak kita sebagai seorang muslim. Sebagai contoh isu murtad yang hangat diperkatakan tidak lama dahulu, semua pihak menunding jari sesama mereka demi mengelak terkena walau sekelumit kesalahan akibat daripada angka yang dinyatakan. Sedangkan bukankah kewajiban berdakwah itu dijunjung semua yang bergelar muslim?

Sebelum kita menyalahkan orang lain terhadap nasib bangsa dan agama kita, adalah lebih wajar untuk kita menyoal diri kita sendiri tentang sejauh mana sumbangan kita dalam perjuangan ini dan apakah kelemahan dan kesalahan kita yang sedikit sebanyak menjadi punca kepada berlakunya masalah di sekekliling kita. Selepas itu, fikirkan pula sejauh mana kemampuan kita dalam membantu untuk memperbaiki masalah yang dihadapi. Perkara tidak akan selesai dengan mengumpat atau bergosip dari mulut ke mulut, ianya tidak dapat membantu ke arah penyelesaian berbanding kita mengajak sama orang lain untuk sama-sama muhasabah diri tentang nasib yang menimpa kita.

Penulis tidak ingin bermadah panjang sebaliknya ingin mengajak para pembaca merenung tentang punca mengapa umat Islam kini begitu mundur dan lemah. Jangan kita leka dengan peningkatan mereka yang memeluk Islam dari sehari ke sehari bertambah sedangkan makin ramai di luar sana yang tawar hati dengan agama Islam. Apakah kita mahu sekali lagi menunding jari ke pihak-pihak tertentu apabila berulang peristiwa mereka yang tidak berpeluang merasa kemanisan iman ini berpaling dari agama Islam? Maka apakah pula solusi yang boleh kita aplikasi bersama dalam menghadapi kemunduran dan kelemahan kaum muslimin dalam dunia global ini? Adalah tidak wajar untuk kita bermimpi menggarap kejayaan tanpa melakukan apa-apa usaha atau sekadar beriman yakni yakin dan percaya semata dengan Al-Quran tanpa melakukan seperti mana yang diperintahkan.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:-

اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) Nya. Sesungguhnya Alloh benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”[Al-Hajj 22: 40]


Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ


“ Hai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Alloh, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
[Muhammad 47: 7]

Ayat-ayat yang mulia di atas menguatkan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menolong siapa saja yang menolong-Nya. MenolongNya? Pasti ada yang tertanya bagaimana kita menolong Allah Subhanahu wa Ta’ala sedangkan Dia adalah Maha Perkasa, Maha Kaya yang tidak memerlukan kepada segala sesuatu, Dzat yang Maha Mulia.

Syaikh Al-‘alaamah As-Sinqhithie dalam tafsirnya mengenai ayat-ayat di atas berkata:-


“Allah Jalla wa ‘Alaa menyebutkan dalam ayat yang mulia ini, bahwa jika kaum mu’minin menolong Rabb mereka, maka Rabb mereka akan menolongnya dari musuh-musuh mereka, dan meneguhkan langkah-langkah mereka yaitu menjaga mereka untuk tidak melarikan diri dan menjaga dari kekalahan” [Kitab Adhwaul Bayaan, Bab: 7 hal. 422]

Tidak banyak yang perlu para pembaca pertimbangkan.Penulis hanya ingin membawa para pembaca merenungkan tiga perkara sahaja. Kerana dari tiga perkara asas ini lah pada pandangan penulis menjadi faktor utama yang boleh membawa kaum muslimin berjaya, dan dengan tidak melaksanakan tiga perkara ini juga boleh menyebabkan kaum muslimin dan mundur.

1) Amr’ Ma’ruf Nahi Mungkar dan Beriman kepada Allah

Kita sedia maklum bahawa umat dan daulah Islam terdahulu adalah bangsa yang paling kuat dan mulia di puncak dunia, sekalipun mereka adalah penduduk minoriti di atas muka bumi ini. Tidak ada seorangpun dapat menafikan fakta sejarah ini. Hal ini berlangsung selama bertahun-tahun dalam waktu yang panjang. Ia bertepatan dengan firman Allah S.W.T:-

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [‘Ali Imran 3:110]

Adapun sekarang, negara-negara Islam telah berubah menjadi negara-negara Islam yang kecil, lemah, buminya di serang, sebagian besar dirampas di bawah penjajahan pemikiran dan kekuatan pasukan, menjadi ekor bagi bangsa di luar Islam.Ayat di atas selalunya difahami secara zahir dan separuh apabila Allah berfirman bahawa kita umat Islam merupakan umat terbaik, maka pemahaman yang salah membuatkan ramai umat Islam kini goyang kaki dengan harapan gelaran umat terbaik itu akan datang bergolek di hadapan mereka. Pemahaman separuh-separuh kalam Allah ini antara punca utama ajaran Islam hanya diamalkan separuh-separuh. Jika kita menelusuri ayat tersebut secara keseluruhan dapat kita lihat bahawa umat Islam tidak akan menjadi umat terbaik tanpa melakukan perkara selanjutnya seperti mana yang diperintahkan oleh Allah dalam firmanNya itu yakni :-

- Mengajak kepada yang ma’ruf (kebaikan)


- Mencegah daripada yang mungkar (kemaksiatan)


- Beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)


Ketiga-tiga perkara di atas hendaklah dilakukan serentak kerana perkataan “wa“ yang bermaksud “dan“ dalam ayat tersebut merujuk kepada semua perkara di atas. Ianya tidak memberi kita apa-apa pilihan untuk memilih melakukan diantara tiga perkara diatas atau dua daripada perkara-perkara di atas. Maka ianya jelas merujuk kepada perlaksanaan ketiga-tiga perkara di atas secara keseluruhan jika ingin menjadi umat yang terbaik.

Sebagai contoh ringkas, seorang yang beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) tidak akan membiarkan saudara seagamanya terjerumus dalam lembah maksiat, maka jika dia melihatnya cara terbaik jika mampu ialah mencegahnya dengan berhikmah dan bijaksana. Contoh lain pula, seorang yang mampu mengajak orang-orang di sekelilingnya berbuat baik dan menjauhi perkara-perkara maksiat perlu juga mengajak kepada beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Perkara-perkara ini akan melahirkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain dan sekaligus meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

2) Kembali kepada ajaran Islam yang tulen

Islam yang tulen? Pasti ada pula pembaca yang menyoal apakah Islam yang diamalkan kini tidak tulen? Islam apa yang dimaksudkan, Islam Hadhari?

Bukan itu yang dimaksudkan penulis, Islam yang tulen yang dimaksudkan ialah Islam yang sepertimana dibawa oleh Rasulullah Shollallohu alaihi was sallam. Analogi mudah umpama pengguna yang bijak bestari ialah mereka yang mencari produk yang asli, kerana ada padanya penggunaan yang berkualiti. Begitu juga dengan ajaran Islam, anjuran supaya kembali kepada Islam yang tulen ini bukan bermula satu atau dua dekad yang lalu tetapi ianya telahpun diramalkan oleh baginda Nabi Shollallohu alaihi was sallam sendiri.

[...وإن بني إسرائيل تفرقت على ثنتين وسبعين ملة، وتفرق أمتي على ثلاث وسبعين ملة، كلهم في النار إلا ملة واحدة، قيل: من هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه وأصحابه]

“Sesungguhnya Bani Israel telah pecah menjadi 72 golongan, dan umatku pecah menjadi 73 golongan semuanya di neraka kecuali satu. Dikatakan: Siapa golongan yang satu itu ya! Rasulullah? Rasul bersabda: “yang aku dan para sahabatku ada di atasnya”

Maka daripada hadith di atas dapat kita lihat perpecahan umat yang diramalkan berlaku dan Nabi Shollallohu alaihi was sallam memberitahu kita dua perkara, amaran dan jaminan, yakni amaran bahawa mereka yang berpecah atau memahami Islam bukan dari apa yang Rasulullah Shollallohu alaihi was sallam ajarkan kepada para sahabat baginda, golongan ini semuanya akan berakhir di neraka. Dan golongan kedua ialah mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah Shollallohu alaihi was sallam dan para sahabat baginda, mereka ini akan diganjarkan syurga. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


“Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.” [Al-An’am 6:153]

Al-Hafidz Ibn Katsir rahimahulloh menafsirkan ayat di atas berkata:-


“Dan firman Allah Ta’ala:
[فاتبعوه ولا تتبعوا السبل] maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Allah Subhaanahu wa Ta’ala menyatukan jalan-Nya kerana kebenaran itu hanya satu, dan membanyakan jalan-jalan karena ia terpecah-pecah dan bergolong-golongan....”

[Tafsir Ibn Katsir jilid 1 hal.306]

Oleh karena itu, menjadi kewajiban bagi kita kaum muslimin untuk memahami Islam dengan pemahaman yang benar sebagaimana Rasul Shollallohu alaihi was sallam dan para sahabat Mereka para pendahulu kita yang shalih lebih memahami Islam, hal ini kita lakukan agar kita dapat mengikuti jalan Allah yang lurus.


3)Mengamalkan Islam secara keseluruhan

Jika kita membandingkan generasi awal Islam dengan generasi umat Islam kini, sudah tentu generasi umat Islam kini lebih maju dari segi ilmu dan teknologi. Tetapi adalah salah bagi mereka yang merasakan dengan kemajuan ilmu dan teknologi maka umat Islam kini adalah jauh lebih baik sedangkan hakikatnya kita generasi kini telah menyeleweng jauh daripada ajaran Islam yang tulen. Ini berlaku kerana generasi ini lebih suka mengamalkan Islam berdasarkan citarasa mereka dalam ruang lingkup Islam yang begitu sempit. Islam kini dikenali hanya dalam ritual-ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja sedangkan Islam agama yang sempurna dan menyeluruh, Islam merangkumi semua asperk kehidupan baik politik, ekonomi, muamalat dan sebagainya.

Maka tidaklah hairan jika kita melihat masyarakat muslim hari ini kemunduran dari pelbagai sudut akibat pemahaman dan pengamalan Islam yang separuh-separuh. Hasilnya maka wujud kes-kes seperti:-

-Solat 5 kali sehari menepati Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam tetapi malas di pejabat.

-Ber'ana' 'anti' dalam pertuturan sesama muslim tetapi mengumpat apabila berkumpul.

-Menyeru orang ramai tentang bahaya riba’ tetapi menangguhkan pembayaran hutang.

-Menerangkan kepada orang ramai tentang kepentingan aqidah yang sahih tetapi laju membid’ahkan atau mengkafirkan orang.

-Ada yang terang-terang memberi peringatan tentang seksaan membuka aurat tetapi isteri dan anak-anak keluar rumah tanpa menutup aurat.


Banyak lagi contoh yang boleh kita fikirkan, sesungguhnya perkara-perkara di atas bukan sahaja merangkumi aspek aqidah dan fiqh, bahkan seperkara lagi yang selalu dilupakan oleh orang ramai yakni akhlaq kita sebagai seorang muslim di mana sahaja kita berada. Allah telahpun berfirman:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah 2:208]

Jika anda bangga mengaku diri anda seorang muslim,maka ketahuilah Islam itu perlu diamalkan secara menyeluruh, barulah ianya layak digelar ajaran Islam. Peringatan kepada diri penulis dan para pembaca, kad pengenalan kita mungkin berstatus Islam tetapi sejauh mana kita mempraktikkan ajarannya hanya Allah Maha Mengetahui.

Permsalahan yang kita hadapi kini ialah sejauh mana kita kaum muslimin memahami ajaran Islam yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallohu alaihi was sallam. Perkara ini telahpun dikupas dalam perkara ke 2 dalam artikel ini. Maka semestinya Islam yang difahami dan dipraktikkan oleh kita adalah seperti yang difahami dan dipraktikkan oleh para sahabat yang belajar dan diajar oleh Rasulullah Shollallohu alaihi was sallam, pemahaman Al-Quran dan As-sunnah berdasarkan kefahaman generasi terawal adalah amat penting kerana mereka ini adalah antara mereka yang dikatakan oleh Nabi Shollallohu alaihi was sallam sebagai generasi yang terbaik. Maka untuk mengembalikan kegemilangan Islam semestinya Islam difahami dan dipraktikkan seperti mana apa yang diajarkan oleh insan yang menerima wahyu yakni Rasulullah Shollallohu alaihi was salla.

Tiga perkara di atas dirasakan merupakan faktor utama yang perlu diamati dan diperbaiki kerana ianya merupakan tunjang penting dalam kehidupan seharian kita. Penulis mengajak kepada seluruh kaum muslimin di manapun anda berada, agar bertakwa kepada Alloh Tabaaroka wa Ta’ala, agar kembali kepada agama Islam, serta memperbaiki keadaan masing-masing. Memohon ampun kepada Allah dan kembali kepada-Nya.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”


[Al-Thalaaq(65:3)]


Faktor dan solusi yang diutarakan diatas mungkin ada betulnya dan tidak mustahil ada salahnya. Sesungguhnya kebenaran semata-mata datang dari Allah melalui keutamaan-Nya, dan seandainya penulis salah, maka kesalahan ini datang dari diri penulis sendiri dan dari syaitan yang berusaha menyesatkan umat manusia.

Wallahua’lam


Ibn Yusof

10 Disember 2007 / 30 Zulkaedah 1428

12:34 a.m

Friday, December 14, 2007

Panduan dan adab korban

Panduan dan adab korban

Oleh: Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latif

Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Korban di dalam istilah feqahnya disebut al-udhiyyah (الأضحية) yang ditakrifkan oleh ahli Feqah ialah:

مَا يُذْبَحُ فِي أيَّامِ الأَضْحَى مِنَ الإبِلِ وَالبَقَرِ وَالغَنَمِ تَقَرُّباً إلَى اللهِ تَعَالَى

Binatang yang disembelih pada hari raya Adha terdiri daripada unta, lembu dan kambing bertujuan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah

Hukum menyembelih korban

Para ulamak bersepakat bahawa berkorban ialah amalan yang disyariatkan bagi mereka yang mampu melakukannya juga mereka yang mempunyai binatang untuk berkorban. Tetapi mereka tidak bersepakat di dalam menentukan hukum berkorban.

Pendapat pertama:

Sunat Muakkad, iaitu amalan berkorban sangat dituntut oleh Islam. Inilah pendapat yang dipegang oleh Jumhur (sebahagian besar) para ulamak antaranya mazhab Syafi’e, Maliki, dan pendapat yang masyhur dari mazhab Imam Ahmad bin Hanbal.

Dalilnya:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ r قَالَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأخُذُ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئاً حَتَّى يُضَحِّيَ.

Dari Ummu Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Apabila masuk sepuluh hari (awal bulan Zulhijjah) dan sekiranya salah seorang kamu hendak melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkorban. -Muslim-

Di dalam hadis ini menunjukkan hukum berkorban tidaklah wajib kerana Nabi bersabda yang bermaksud sesiapa yang hendak melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkorban. ” difahami dari perkataan sesiapa yang hendak melakukan korban ialah membawa pengertian keharusan untuk berkorban bukan suatu perintah untuk berkorban. Oleh itu kepada mereka yang tidak berkeinginan untuk berkorban maka tidaklah ditegah dari memotong rambut dan kukunya.

Pendapat kedua:

Wajib menurut mazhab Hanafi dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ، قَالَ النَّبِي r مَن كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاناَ

Dari Abu Hurairah r.h. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki tetapi tidak berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat solat kami. -Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani-

Maksud jangan mendekati tempat solat kami ialah kepada mereka yang berkemampuan tetapi tidak melakukan korban maka Nabi s.a.w. menegah mereka untuk menghadiri solat hari raya Adha kerana meninggalkan suatu kewajipan iaitu berkorban seolah-olah solat hari raya tidak berfaedah baginya.

Hadis ini menunjukkan kewajipan melakukan korban, ini disebabkan sekiranya korban itu tidak diwajibkan, mengapakah Nabi melarang untuk datang bersolat hari raya bersamanya kepada mereka yang tidak melakukannya sedangkan mampu untuk berbuat demikian.

ياَأَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَةٌ

Wahai manusia,, ketahuilah wajib atas setiap keluarga berkorban setiap tahun

-Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Majah juga disahihkan oleh al-Albani-

Hadis ini menunjukkan kewajipan melakukan ibadah korban bagi setiap keluarga dan ianya dilakukan setiap tahun bagi mereka yang berkemampuan. Baginda s.a.w. juga tidak pernah meninggalkan syariat berkorban pada setiap tahun selama 10 tahun baginda hidup di Madinah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pendapat para ulamak ini sama ada yang mewajibkannya atau yang berpendapat ianya sunat muakkad, memberi faedah bahawasanya ibadat korban ini sangat disuruh dan digalakkan oleh Islam kepada mereka yang mampu untuk melakukannya.

Waktu menyembelih korban

Waktu menyembelih haiwan korban ialah setelah melaksanakan solat hari raya Adha (raya haji) sehingga ke akhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah. (hari raya haji, sehingga hari raya ke 4)

Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللهِ

Sesiapa yang menyembelih korban sebelum Solat Idul Adha maka hendaklah dia mengulangi semula sebagai gantinya, dan sesiapa yang belum menyembelih maka hendaklah dia menyembelih dengan bismillah (menyebut nama Allah) -Al-Bukhari dan Muslim-

Hadis ini menjelaskan waktu untuk menyembelih haiwan korban ialah setelah selesai solat hari raya. Sekiranya sesiapa yang melakukan penyembelihan sebelum dari solat hari raya ianya tidak dikira sebagai daging korban, tetapi hanya dikira sebagai daging biasa sahaja.

Ini seperti yang terjadi kepada salah seorang sahabat nabi s.a.w. yang bernama Abu Burdah ketika beliau menyembelih kambingnya sebelum solat hari raya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

شَاتُكَ شَاةُ لَحْمٍ

Bermaksud: Kambingmu (yang telah disembelih) ialah daging biasa (bukan daging korban. -Al-Bukhari dan Muslim-

Rasulullah s.a.w. bersabda:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيْقِ ذَبْحٌ

Maksudnya: Kesemua hari Tasyriq itu ialah (waktu) menyembelih (korban)

-Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani-

Disunatkan untuk memakan sebahagian daging sembelihan korban tersebut dan disedekahkan sebahagiannya kepada fakir miskin.

Syarat haiwan korban

1- Haiwan yang disyaratkan untuk berkorban ialah haiwan ternakan yang terdiri dari unta, lembu/kerbau dan kambing.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Haj:34.

]وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْناَ مَنسَكاً لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيْمَةِ الأَنْعَامِ[

Maksudnya: Dan tiap-tiap umat kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka mengingat nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan kepada mereka.

Perkataan al-An’am yang bermaksud haiwan ternakan di dalam bahasa arab merujuk kepada unta, lembu/kerbau dan kambing. Adapun haiwan-haiwan seperti kuda, rusa dan selainnya tidak termasuk di dalam pengertian al-An’am.

2- Haiwan yang hendak dikorban hendaklah mencapai umur yang ditentukan oleh syarak. Nabi s.a.w. bersabda:

لاَ تَذْبَحُوا إلا مُسِنَّةً إِلا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذْعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Bermaksud: Jangan kamu menyembelih korban kecuali musinnah, kecuali sekiranya kamu menghadapi kesusahan (untuk mendapatkannya) maka boleh kamu menyembelih kambing yang Jazaah. -Hadis Muslim-

Jazaah bermaksud: kambing yang umurnya belum cukup 1 tahun.

Perkataan musinnah di dalam hadis ini ialah haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang telah gugur salah satu daripada empat gigi hadapannya (dua di atas dan dua di bawah)

Maka disimpulkan di sini haiwan yang sah untuk dijadikan korban ialah:

ü Unta yang musinnah ialah unta yang telah cukup umur 5 tahun

ü Lembu/kerbau yang musinnah ialah lembu yang berumur cukup 2 tahun

ü Kambing yang musinnah ialah kambing yang cukup 1 tahun.

Sekiranya susah untuk mendapati haiwan yang berumur seperti yang dinyatakan (musinnah) maka bolehlah dia menyembelih haiwan yang di bawah umur musinnah

3- Hendaklah haiwan yang dijadikan untuk korban tidak cacat dan berpenyakit. Yang lebih utama dan baik (afdhal) ialah yang gemuk dan banyak dagingnya diriwayatkan daripada sahabat Bara’ bin ‘Azib:

أنَّ رَسُوْلَ اللهِ rسُئِلَ مَاذَا يُتَّقَى مِنَ الضَّحَاياَ؟ فَأَشَارَ بِيَدِهِ فَقَالَ أَرْبَعاً، العَرْجَاءُ البَيِّنُ ظَلْعُهَا وَالعَوْرَاءُ البَيِّنُ عَوْرُهَا وَالْمَرِيْضَةُ البَيِّنُ مَرَضُهَا وَالعَجْفَاءُ التِّي لا تَنْقِي

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya berkenaan haiwan yang tidak harus dijadikan korban, maka baginda mengisyaratkan tangannya sambil berkata ada empat jenis. Haiwan yang cacat dan kecacatannya yang amat jelas kelihatan, yang buta sebelah matanya dan kebutaanya amat jelas kelihatan, yang sakit dan kesakitannya amat jelas kelihatan, dan yang akhir haiwan yang lemah atau yang kurus.

-Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani-

Perkara yang ditegah bagi mereka yang hendak berkorban

Bagi sesiapa yang hendak melakukan ibadah korban janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehingga dia telah menyembelih haiwan korbannya. Dalilnya seperti di dalam hadis yang telah disebutkan sebelum ini

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ r قَالَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأخُذُ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئاً حَتَّى يُضَحِّيَ.

Dari Ummu Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Apabila masuk sepuluh hari (awal bulan Zulhijjah) dan sekiranya salah seorang kamu hendak melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkorban. -Muslim-

Majlis Fatwa tetap Arab Saudi yang diketuai oleh syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, berpendapat bahawa hadis membawa pengertian tegahan iaitu haram kepada mereka yang berniat melakukan korban untuk memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia selesai melakukan ibadat tersebut. -Fatawa Lajnah Daimah lil Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta’ jilid 11, fatwa no. 1407-

Tetapi tidak ada kaffarah (denda) dikenakan bagi sesiapa yang tidak sengaja memotong rambut dan kukunya sebelum melakukan korban.

Cara menyembelih

Hendaklah sembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam. Ucapkanlah “Bismillah wallahu akbar" (dengan nama Allah dan Allah Maha Besar), membaringkan haiwan tersebut pada sisi kirinya karena yang demikian mudah bagi si penyembelih memegang pisau dengan tangan kanannya, dan menahan lehernya dengan tangan kiri.

Daripada Anas bin Malik beliau berkata:

ضَحَّى النَّبِي r بِكَبْشَيْنِ، أَمْلَحَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صَفَاحِهِمَا

Maksudnya: Nabi s.a.w. menyembelih sendiri dua ekor kibasnya yang bagus dan bertanduk. Beliau mengucapkan basmallah dan takbir dan meletakkan kakinya di samping lehernya." -Al-Bukhari, dan Muslim-

Disunnahkan bagi yang berkorban, menyembelih sendiri sembelihannya. Tetapi sekiranya dia tidak mahir melakukannya bolehlah baginya mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih korbannya.

Membahagikan daging korban

Bagi yang menyembelih disunnahkan untuk memakan daging korbannya, menghadiahkan kepada saudara kaum kerabatnya, bersedekah kepada fakir miskin, dan menyimpannya untuk perbekalan lebih dari 3 hari.

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Hajj:28

]فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ ٱلْبَائِسَ ٱلْفَقِيرَ[

Maksudnya: Makanlah kamu dari daging binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah (yang fakir miskin)

Nabi s.a.w. bersabda:

وَعَنْ سَلَمَةَ بن الأكْوَع رَضِيَ اللهُ عَنْه أنَّ النَّبِيَّ r قال: كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا

Maksudnya: Daripada Salamah bin Akwa’ bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Makanlah, dan beri makanlah serta simpanlah untuk bekalan”. -Al-Bukhari-

وَعَن عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أنَّ النَّبِيَّ r قَالَ:كُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا.

Maksudnya: Daripada Aisyah r.ha. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Makanlah dan simpanlah juga bersedekahlah”.

Memberi makan termasuk menghadiahkan kepada orang yang kaya, adapun bersedekah adalah pemberian yang diberikan kepada orang yang miskin. Para ulamak berselesih pendapat kadar yang dimakan oleh orang yang berkorban dan juga kadar hadiah serta sedekah.

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin menyatakan syarak memberikan keluasan atau kelonggaran terhadap kadar daging korban yang hendak dimakan atau disedekahkan, tetapi pendapat yang terpilih ialah 1/3 untuk dimakan, 1/3 dihadiahkan dan 1/3 lagi disedekahkan.

Diharamkan untuk menjual sesuatu pun daripada korban tersebut sama ada daging sehinggalah kulitnya.

Tukang sembelih tidak boleh diberikan daging korban tersebut atas dasar upah kepada pekerjaannya . diriwayatkan dari sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ r أنْ لاَ أُعْطِيَ الجَازِرَ مِنْهَا شَيْئاً

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan dan tidak memberi tukang potong sedikitpun dari korban tersebut." -Al-Bukhari dan Muslim-

Ini kerana sekiranya diberikan daging korban di atas upah pekerjaannya maka perbuatan seperti ini seolah-olah menjual daging korban untuk membeli tenaga kerja yang telah dilakukan oleh tukang sembelih tersebut, sedangkan daging korban tidak boleh dijual beli.

Maka tukang sembelih diberi upah selain daging korban seperti wang ringgit dan sebagainya oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun tukang sembelih boleh mendapatkan daging korban seperti orang lain mendapatkannya daripada pemberian dan sedekah yang diagih-agihkan kepada orang ramai.

Berhubung pemberian daging korban kepada bukan Islam Majlis Fatwa tetap Arab Saudi memfatwakan harus diberikan kepada kafir kerana kemiskinan atau kerana berjiran dan juga untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Tetapi tidak diberi kepada kafir yang memerangi Islam. -Fatawa Lajnah Daimah, jilid 11, fatwa no.1997-

Adab-adab korban

Menyembelih korban mempunyai adab yang sepatutnya di ambil perhatian:

1- Menghadap ke arah kiblat ketika menyembelih.

2- Berlaku Ihsan kepada haiwan yang hendak disembelih, iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam dan dilakukan dengan kuat dan cepat. Sebahagian ulamak mengharamkan penggunaan pisau yang tumpul.

3- Memastikan terputusnya halkum (saluran pernafasan) dan urat mari’.

4- Tidak mengasah pisau dihadapan haiwan yang akan disembelih, juga tidak menyembelih di hadapan haiwan yang lain yang menunggu giliran seterusnya.

5- Melakukan sesuatu yang menyakitkan haiwan yang sudah disembelih sebelum haiwan tersebut benar-benar mati. Seperti memotong mana-mana anggota haiwan tersebut sebelum haiwan benar-benar mati.

6- Bertakbir selepas membaca basmalah

Wallahu Ta’ala A’lam.

Asal Hukum Bagi Ibadat

Asal Hukum Bagi Ibadat

Ustaz Abdul Rasyid Idris (Presiden IQ)

Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama berhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan jawapan terhadap kekeliruan segelintir manusia yang tidak dapat membezakan antara kaedah syarak dalam mu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat.

Kesan daripada kekeliruan ini sungguh besar kerana ia antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti :

« apa salahnya ? », « tak ada dalil pun yang melarang ! », « tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak, nanti di akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul Allah terima dan mana yang salah Allah tolak» dan sebagainya.

Jika yang melaungkan atau memperjuangkan perkara ini terdiri daripada golongan juhhal (jahil agama), mungkin mudah untuk di atasi. Tetapi malangnya, golongan yang mencanangkan perkara ini terdiri dari individu-individu yang bertitlekan lulusan agama atau menjawat jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat di sudut agama. Hasilnya, masyarakat yang jahil ini akan menyandarkan bulat-bulat amalan dan kepercayaan mereka kepada apa yang dinyatakan oleh ulama mereka. Mereka menyangka dengan menyandarkan amalan kepada para ulama sudah menjamin kesahihannya tanpa perlu lagi mengetahui dalil dan sandarannya. Mereka seakan-akan menyangka bahawa para ulama boleh sewenang-wenangnya menyatakan apa sahaja tentang agama. Mereka ini tidak mengetahui betapa para ulama muktabar membenci tokok tambah agama.

Justeru melalui kaedah yang disebutkan ini jelas menegaskan pendirian para ulama berhubung tindakan segelintir manusia yang sesuka hati menokok tambah dalam ibadat. Ternyata mereka tegas menolak rekaan dan inovasi dalam perkara yang telah ditetapkan oleh syariat.

Perkataan Ulama

Berikut adalah nukilan perkataan para ulama tentang kaedah melaksanakan ibadah di dalam Islam.

1- Perkataan al-Imam as-Subki seperti yang dinukilkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie:

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.

(Fath al-Bari: 4/174)

2- Kata pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab As-Syafi’ie:

الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”.

(Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj:3/109)

3- Kata al-Bujairami as-Syafi‘ie menukilkan perkataan as-Syaubari:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak dituntut, adalah terbatal”.

(Hasyiah al-Bujairami ‘ala al-Khatib: 3/497)

4- Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi:

وَأَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ أَنْ لَا تُحْمَلَ عَلَى الْوُجُوبِ إلَّا لِدَلِيلٍ

Terjemahan: “ Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidak membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil”.

(Syarh al-Nayl wa Syifa’ al-‘Alil: 7/211)

5- Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:

الْأَصْلُ فِي الْمَنَافِعِ الْإِبَاحَةُ وَفِي الْمَضَارِّ التَّحْرِيمُ فَقَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْهُمْ الْإِسْنَوِيُّ وَهَذَا إنَّمَا هُوَ بَعْدَ وُرُودِ الشَّرْعِ بِمُقْتَضَى الْأَدِلَّةِ الشَّرْعِيَّةِ وَأَمَّا قَبْلَ وُرُودِهِ فَالْمُخْتَارُ الْوَقْفُ

Terjemahan: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakal dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”.

(Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/198)

6- Kata pengarang kitab Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah dalam Fiqh Syafi‘ie:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (bersandarkan kepada dalil)”.

(Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah: 4/150)

7- Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di:

الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: “Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”.

(Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam : 1/299)

8- Kata as-Syeikh Abd. Rahman Bin Muhammad al-Hanbali:

الأصل في العبادات التشريع . وكل بدعة ضلالة ، هذا معنى شهادة أن محمدا رسول الله

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yang disyariatkan. Dan setiap bid‘ah adalah kesesatan, inilah makna penyaksian bahwasanya Muhammad adalah rasul Allah”.

(Hasyiah al-Usul al-Thalathah: 1/91)

9- Kata as-Syeikh Said Bin Ali al-Qahtani:

الأصل في الأشياء الإباحة؛ لأن الله خلق لعباده جميع ما على الأرض لينتفعوا به، إلا ما حرمه سبحانه وتعالى .الأصل في العبادات الحظر والتوقيف إلا ما ثبت في الشرع تشريعه عن الله عز وجل، أو عن رسوله صلى الله عليه وسلم

Terjemahan: “Asal hukum di dalam semua perkara adalah harus; kerana Allah telah mencipta bagi hamba-Nya semua benda di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya, melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya S.W.T. Asal hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan dalil melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah ‘azza wa jalla atau dari rasulullah S.A.W”

(Fiqh al-Da‘wah fi Sahih al-Imam al-Bukhari: 4/195)

10- Perkataan Ibn Qayyim al-Jawziyyah:

الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: ““Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya”.

(Ahkam Ahli al-Dhimmah: 1/121)

11- Perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:

فَبِاسْتِقْرَاءِ أُصُولِ الشَّرِيعَةِ نَعْلَمُ أَنَّ الْعِبَادَاتِ الَّتِي أَوْجَبَهَا اللَّهُ أَوْ أَحَبَّهَا لَا يَثْبُتُ الْأَمْرُ بِهَا إلَّا بِالشَّرْعِ . وَأَمَّا الْعَادَاتُ فَهِيَ مَا اعْتَادَهُ النَّاسُ فِي دُنْيَاهُمْ مِمَّا يَحْتَاجُونَ إلَيْهِ وَالْأَصْلُ فِيهِ عَدَمُ الْحَظْرِ فَلَا يَحْظُرُ مِنْهُ إلَّا مَا حَظَرَهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى . وَذَلِكَ لِأَنَّ الْأَمْرَ وَالنَّهْيَ هُمَا شَرْعُ اللَّهِ وَالْعِبَادَةُ لَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ مَأْمُورًا بِهَا ، فَمَا لَمْ يَثْبُتْ أَنَّهُ مَأْمُورٌ بِهِ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَيْهِ بِأَنَّهُ عِبَادَةٌ وَمَا لَمْ يَثْبُتْ مِنْ الْعِبَادَاتِ أَنَّهُ مَنْهِيٌّ عَنْهُ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَى أَنَّهُ مَحْظُورٌ وَلِهَذَا كَانَ أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى .

Terjemahan: “Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah Taala”.

(Majmu‘ Fatawi Ibn Taymiyyah: 6/452)

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang boleh dinukilkan di sini, tetapi cukuplah dengan beberapa nama yang tertera bagi membuktikan bahawa kaedah yang sebenar dalam pengabdian sebenar kepada Allah ialah berdasarkan kepada dalil, bukan akal fikiran jauh sekali hawa nafsu atau agak-agak. Asas bagi kaedah yang dikemukakan ialah firman Allah S.W.T di dalam ayat 21 Surah as-Syura:

Terjemahan: “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam menghuraikan ayat tersebut:

وقوله: { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ } أي: هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، …… من الضلالات والجهالة (5) الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة.

Terjemahan: “…mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia,….. daripada kesesatan dan kejahilan yang batil yang mereka ada-adakan dalam Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.

(Tafsir Ibn Kathir: 7/198)

Berkata pula Ibn Rajab al-Hanbali:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات . فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم((4)) الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((5)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، ….. فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((6)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما .

Terjemahan:

Amalan terbahagi kepada dua: ibadat dan muamalat. Adapun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang keluar dari arahan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat :

{ أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله }

Oleh itu barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di al-Bait (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan……sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas mentari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: sesungguhnya dia (lelaki itu) bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (H.R al-Bukhari, Abu Daud dan lain-lain). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya.

(Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam: 7/3)

Perhatikan pengajaran daripada perkataan Ibn Kathir dan Ibn Rajab:

· Allah mencela orang-orang yang mengikut kesesatan dan kejahilan yang batil yang dianjurkan oleh para syaitan dari kalangan jin dan manusia.

· Bukankah rasulullah telah menyatakan bahawa bid‘ah adalah kesesatan?

· Bukankah sesuatu itu patut digelar kejahilan yang merosakkan apabila suatu kepercayaan atau pendapat atau amalan dipegang tanpa bersandar kepada dalil dan hujah?

· Suatu amalan itu hanya diketahui ia adalah ibadat dengan nas daripada syarak, lalu apabila ia bukan daripadanya seakan-akan bermaksud membuat syariat sendiri? Siapa yang akan memberi pahala?

· Rasulullah mengiktiraf puasa yang dilakukan oleh sahabat tersebut tetapi baginda menolak cara ibadat itu dilakukan. Ini sama seperti amalan berdoa, berzikir dan sebagainya, ia diterima syarak apabila menepati ajaran nabi, tetapi ditolak apabila caranya tidak diajarkan oleh baginda.

Wallahu a‘lam