Saturday, January 05, 2008

Hadith Ahkam (Siri 1)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم :

" لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضأ ". رواه البخاري.

Dari Abu Hurairah Rasullah bersabda : " Allah tidak menerima solat salah seorang dari kamu ( jika dia berhadas ) sehingga dia berwudu' ". (HR Bukhari.)

Hadith ini telah disyarahkan dengan bahasa yang mudah difahami oleh Syeikh Sholeh Uthaimin dan Syeikh Abdullah al-Bassam.

Syeikh Uthaimin menyatakan bahawa solat adalah perkara yang besar di sisi Allah S.W.T kerana solat sebaik-baik ketaatan dan ia adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana solat adalah hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Oleh itu kita diwajibkan bersuci sebelum mendirikan solat.

Manakala Syeikh al-Bassam menyatakan bahawa sesiapa yang hendak menunaikan solat hendaklah dia dalam keadaan yang baik dan rapi ( cantik ) kerana solat adalah hubungan yang kukuh antara manusia dan Allah, solat adalah cara untuk bermunajat kepadanya, oleh itu dia hendaklah dalam keadaan berwuduk dan suci dari hadas.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadith di atas:

1) Sesungguhnya solat ada yang diterima oleh Allah selagi mana ia menepati kehendak Syara' dan ditolak sekiranya solat tidak berlandaskan hukum Syara'. Dan begitu juga dengan seluruh ibadah. (Sebagaimana dalam hadis berikut)

" من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد "

“Barang siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan itu akan tertolak.” (HR. Muslim)

2) Sesungguhnya solat fardhu atau sunat tidak diterima solatnya jika dia dalam berkeadaan hadas walaupun dia terlupa sehingga dia berwudhu'.

3) Jika seseorang itu berwudhu' untuk solat, kemudian masuk pula waktu solat lain, tetapi dia kekal dalam keadaan berwudu' maka tidak wajib baginya untuk berwudu' untuk kali kedua.

4) Hadith di atas menjelaskan bahawa bersih dari hadas kecil atau besar adalah syarat sah solat.

كتاب تنبيه الأفهام و تيسير العلام شرحا عمدة الأحكام من كلام خير الأنام للإمام تقي الدين عبد الغني بن عبد الواحد المقدسي 600هـ

~terjemahan Abu Muaz al-Johori~

No comments:

Post a Comment