قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ويل للأعقاب من النار" متفق عليه
Dari Abdullah bin Amr al-As, dan Abu Hurairah, dan A’isyah (R.A) berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda : “Azab bagi mereka yang tidak sempurna membasuh tumit-tumit kaki ketika mengambil wudhu’ dari api neraka”
Sheikh Sholeh al-Uthaimin menjelaskan bahawa bersuci adalah syarat solat yang paling penting, dan ketidak sempurnaannya menyebabkan solat juga tidak sempurna. Oleh itu Nabi Muhammad S.A.W memberi peringatan tentang kecuaian ketika berwudhu’ pada mana-mana anggota yang patut dibersihkan ketika berwudhu’ sebagaimana hadith di atas. Nabi S.A.W mengkhususkan tumit di dalam hadith di atas kerana ia adalah bahagian utama yang tidak disapu dengan rata.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr sesungguhnya para sahabat bermusafir bersama Rasullah, dan pada masa itu telah masuk waktu asar maka mereka mula mengambil wudhu’ dan ketika mereka menyapu kaki-kaki mereka lalu Nabi memanggil dengan suara yang tinggi "ويل للأعقاب من النار" a2 atau 3 kali.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah di dalam Sahih Muslim sesungguhnya Nabi melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya lalu Nabi berkata:
"ويل للأعقاب من النار"
Manakala Sheikh ibn Bassam menyatakan bahawa Nabi memberi amaran kepada mereka yang mengambil ringan tentang kesempurnaan wudhu’. Biasanya tumit kaki tidak terkena air atau tidak membasuhnya dengan rata keseluruhannya. Ia menyebabkan kekurangan dalam bersuci dan juga solat. Nabi memberitahu tentang azab yang dikenakan ke atas orang yang tidak sempurna mengambil wudhu’ dan orang yang mengambil mudah dalam bersuci.
Pengajaran yang boleh diambil dari hadith:
1) Wajib menyapu seluruh anggota wudhu’ dengan sempurna
2) Amaran yang keras kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang
kesempurnaan wudhu’
3) Mereka yang tidak menyempurnakan wudhu’ dengan sempurna dianggap berdosa.
4 ) Membasuh kedua-dua belah kaki adalah wajib sekiranya terbuka atau terdedah.
كتاب: تنبيه الأفهام و تيسير العلام شرحا عمدة الأحكام من كلام خير الأنام للإمام تقي الدين المقدسي
No comments:
Post a Comment