Tuesday, June 21, 2005

Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama

Oleh : Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ruangan Tazkirah, Harakah.


Kesetiaan insan terhadap ALLAH swt diikat dengan sebuah perjanjian dua kalimah syahadah, dengan itu manusia seolah-olah seorang kontraktor yang telah menandatangani perjanjian untuk sesuatu tender bagi melaksanakan suatu projek yang besar. Kesempurnaan projek yang telah dipersetujui bergantung sejauh mana ia memenuhi syarat-syarat dan juga plan yang telah ditetapkan.

Dalam ertikata lain bahawa keimanan seseorang hanya akan diiktiraf oleh ALLAH apabila ia melaksanakan ikrar. Dengan melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan di dalam syariat islam. Sekiranya perlaksanaan tidak memenuhi syarat rukun yang digariskan oleh syariat, bererti mereka tidak melaksanakan ikrar sebagaimana kontraktor yang melakukan kerja binaan tanpa merujuk kepada plan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Setiap orang mukmin bukan sahaja mereka menghayati kehendak kedua kalmah syahadah yang telah diikrarkan tapi juga mereka sentiasa membaharui ikrar disetiapkali mendirikan solat. Mereka bersumpah setia bahawa segala urusan kehidupan mereka samaada dalam urusan ibdah, siasah, muamalah, nikah kawin dan lain-lainnya. Hatta kepada perkara yang bersangkutan dengan mati, hubungan orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Manusia berjanji akan menguruskannya menurut kehendak ALLAH yakni dengan mematuhi syariat ALLAH.

Jesteru itu dalam memperkatakan hal-hal yang berhubung dengan soal kematian iaitu penyelenggaraan dan hubungan dengan penghuni alam berzakh, maka manusia tidak perlu mengambil atau meniru tradisi dan budaya jahiliyyah. Segala kaifiat dan cara menguruskan jenazah telah dijelaskan oleh sunnah Nabi s.a.w.

Adalah sangat malang bagi masyarakat pak turut mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai alasan Nas atau Dalil samaada dalil al-Quran atau sunnah. Mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan petunjuk Rasulullah, mereka melakukan secara turun temurun, berdasarkan bahawa perkara itu dilakukan oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terdapat orang yang berusaha dan membelanjakan wang yang banyak untuk menunjukkan bukti kasih sayang mereka terhadap ibu bapa mereka yang telah mati atau suami serta isteri yang meninggal dunia, ada diantara mereka mendirikan bangunan atau binaan dari batu mar-mar yang mahal lalu mereka menganggap bahawaitu bukti kasih sayang mereka.

Padahal binaan yang mereka dirikan itu tidak memberi sebarang erti kepada orang yang telah mati, ia bukan sahaja suatu perbuatan sia-sia yang membazir, malah perbuatan itu dianggap oleh islam sebagai perbuatan jahiliyyah.

Panduan

Islam telah menggariskan panduan yang sangat mudah bagi seorang anak, suami atau isteri yang hendak menyatakan rasa kasih sayang terhadap mereka yang telah berada di alam Barzakh itu dengan cara mendoakan mereka semoga ALLAH ampunkan dosanya, dihindarikan dari segala pancaroba dan huru hara di alam kubur. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t. kurniakan ke atas ruhnya sepenuh rahmat agar tanah perkuburan itu menjadi tempat istirehat yang aman sebelum mereka dimasukkan ke dalam syrga ALLAH di akhirat kelak.

Pengarang kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan.

Sesungguhnya ia adalah dari perbuatan jahiliyyah.

Kenyataan ini mungkin agak keras dan pahit boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah. Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian.

Elok juga dijelaskan di sini bahawa tidak ada manusia lebih mengasihi dan sayang terhadap orang lain yang mengatasi kasih-sayang Nabi s.a.w. terhadap umatnya. Carilah di dunia ini jika ada manusia yang lebih sayang terhadap orang lain atau terhadap ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum Islam datang ke tanah melayu, orang-orang melayu telah menganut agama hindu. Jesteru itu terdapat banyak tradisi dan budaya hindu yang masih terdapat dalam amalan orang melayu.

Contohnya apabila orang Islam mengadakan upacara nikah, mereka lakukan menurut islam berdasarkan rukun nikah seperti yang ditetapkan oleh syariat. Tapi selepas itu mereka mengadakan upacara persandingan dengan upacara menepung tawar, menabur beras kunyit dan sebagainya, sedangkan persandingan dan segala tradisi tersebut adalah dari kebudayaan hindu.

Demikianlah samaada disedari atau tidak sebahagian besar orang melayu telah mencampur adukkan Islam dan kebudayaan hindu dalam urusan nikah kahwin adalah menjadi perkara lumrah dalam masyarakat melayu. Maka demikian juga orang melayu telah secara sedar atau tidak telah mengambil tradisi jahiliyyah dalam pengurusan mayat.

Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya.

2 comments:

usikcikit said...

SALAFI TULEN MENDAKWA ASRI AHLUL BIDAAH?


* Kaum Salafi (tulen?) menulis bantahan mereka kepada Dr. Asri. Yang bertanda @ adalah isi tulisan mereka.




@ (Tajuk) Seputar Pertanyaan Buat as-Sheikh al-Muhaddith Sohibus Samahah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


(Sandaran) Avi File - Dr. Asri melabel as-Sheikh Rabee' bin Hadi al-Madkhali sebagai "SEAKAN KHAWARIJ" - [Download file 01] & [Download file 02]


CETUSAN DI HATI SEORANG SALAFI WAHABI
Apa? Dr. Asri melabel Syeikh Rabee’ ‘seakan KHAWARIJ’?
Eh, betul ke ni?
Astaghfirullah…
Bukankah Syeikh Rabee’ salah seorang tokoh muktabar aliran Sunnah hari ini… dan bukankah dia adalah jauh lebih alim dan warak daripada Dr. Asri?
Syeikh Rabee’ bertaraf global. Dr. Asri bertaraf Malaysia. Tak kan yang Malaysia lebih betul daripada yang muktabar? …
Entahlah!
Aku mesti baca halus-halus artikel ini dan buat kajian sedalam yang aku mampu. Tak kan nak main dengar can baca sekali lalu saja, cara begitu bertentangan dengan manhaj as-sunnah yang aku ikuti sekarang.


TUGASAN UNTUK PEMBACA

1. Siapakah lebih alim lagi warak antara Syeikh Rabee’ dengan Dr. Asri? JAWAPAN ……………………
2. Siapakah yang berteraf global dan siapakah yang bertaraf Malaysia saja? JAWAPAN …………………





@ Assalamuaikum warahmatullah...

Daripada: al-Faqir Sahabat Sunnah kepada Saudaraku Sahibus Samahah, al-alamah, al-muhaddith, Fiquhul Ummah, Sohibus somahah as-Syeikh Dr Mohd. Asri Zainul Abidin.


CETUSAN
Amboiii... banyaknya pujian! Melangit pulak tu!
Kalau betul... baguslah! Tak salah pun semua gelaran tu untuk Dr. Asri.
Tapi....
Lain macam pula bunyi pujiannya... nampak melebih-lebih sangat. Adakah dia... MENGEJEK?
Oh tidak, tidak!
Gerenti ikhlas tu! Gerenti...


TUGASAN UNTUK PEMBACA
1. Adakah puji-pujian ini ikhlas ataupun mengejek? JAWAPAN .........................



@ Telah sampai kepada umat bahwa KARANGAN-KARANGAN TUAN MENGANDUNGI PENYIMPANGAN terhadap mazhab SALAF, dan telah SERING juga tuan MEMEBRIKAN JOLOKAN YANG KEJI kepada para ulama sunnah. serta tidak kurang juga fatwa-fatwa yang tuan nukilkan BERSUMBER DARI AHLI BID’AH. Cukuplah bagimu ucapan pendahulu kita, dari kalangan ulama yang antusias dalam sunnah, yang dijoloki sebagai alim, muhaddith, yang dikatakan bin baz, sebagai mujaddid dibawah kolong langot ini, iaitu Syeikh Albani:


CETUSAN
Hah?!!! Karangan karangan Dr. Asri MENYIMPANG DARIPADA SALAF?
Eh, tak kan...! Bukankah selama hari ini Dr. Asrilah pejuang Salaf tersohor di negara ini?
Tapi...
Yang mempertikaikan Dr. Asri ni pun bukan sebarangan orang. Dia pun salah seorang pejuang Salaf tersohor jugak! Mungkin selama hari ini kami yang jahil ini tak nampak PENYIMPANGAN Dr. Asri tetapi otai-otai dalam dakwah salaf ni nampak!
Aku mesti baca artikel ini sampai habis, mesti! Aku tak mahu bertaqlid buta kepada mana-mana pihak. Dr. Asri pun memang selalu cakap- jangan taqlid buta. Aku mesti baca dan kaji dengan SANDARAN-SANDARAN YANG SAHIH, bukan main dengar cakap orang saja.


Dr. Asri SERING MENGEJI PARA ULAMA SUNNAH?
Masyaallah... berat dakwaan ni! Tapi orang Salaf tak akan buat sebarang kenyataan tanpa sandaran hujah-hujah dan fakta-fakta sahih. Gerenti penulis ni ada hujah dan fakta yang ‘power’.
Kalau aku baca sekerat jalan dan terus mendokong Dr. Asri seperti selama hari ini, maksudnya... aku bertaqlid buta dan taksub kepada beliau.
Tidak! Aku mesti membebaskan diri daripada belenggu taqlid dan taksub. Hanya Nabi Muhammad yang maksum. Dr. Asri tidak maksum. Penulis ini pun tidak maksum. Kaji tetap kaji.


Dr. Asri menggunakan FATWA-FATWA (banyak tu) daripada AHLUL BIDAAH?
Ya Allah... benarkah semua dakwaan ini? Nak tahu benar atau tidak, aku mesti kaji dan bandingkan. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya Allah.


TUGASAN UNTUK PEMBACA
1. Dakwaan-dakwaan di atas mestilah dikaji ataupun tidak perlu dikaji, cukup sekadar bertaqlid kepada Dr. Asri? Mesti kaji atau taqlid? JAWAPAN .....................................



@ Ketika Syaikh Al-Albani ditanya oleh Abul Hasan Al-Mishri (Musthafa bin Isma'il Abul Hasan Al Sulaimani Al Ma'ribi Al Mishri, sebelum menyimpang):

"Bagaimana menurut Syaikh tentang Syaikh Muqbil dan Syaikh Rabi' yang keduanya memerangi pendapat-pendapat bid'ah, dan sebagian anak-anak muda yang meragukan kemampuan kedua orang Syaikh ini. Seandainya Syaikh menyampaikan nasehat kepada mereka tentang dua orang Syaikh ini walaupun dengan keterangan yang ringkas, semoga Allah menjadikan manfaat yang banyak dan semoga dengan keterangan Syaikh akan dapat menolak omongan tentang dua orang Syaikh ini, iaitu omongan orang-orang yang ingin mencela keduanya".


CETUSAN
Hmmm... Salafi sehebat Abul Hasan al-Mishri pun boleh KELUAR, kalau aku pun satu hari nanti KELUAR, tak kanlah mudah-mudah aku nak dihukum ahli bidaah.
Apa-apa pun, aku mesti kaji sebab-sebab Abul Hasan KELUAR. Mesti dia ada hujah yang kukuh.



@ Syaikh Al-Albani menjawab:

"Kita tidak ragu bertahmid kepada Allah bahwa Allah menjadikan dakwah yang baik ini tegak di atas Al-Kitab, As-Sunnah(yakni hadits) dan di atas manhaj salafushshalih dengan para da'i yang terdapat di berbagai negeri Islam yang menunaikan amalan fardhu kifayah ini dimana sedikit orang yang mau menjalankan amalan ini di dunia Islam pada hari ini. Oleh karena itu KEDENGKIAN KEPADA DUA ORANG SYEIKH yang keduanya berdakwah kepada Al-Kitab. As-Sunnah dan kepada pemahaman salafushshalih serta memerangi orang-orang yang menyimpang dari manhaj yang benar, sehingga tidak tersembunyi bagi setiap orang, hanyalah akan timbul pada salah satu dari dua golongan, yaitu ORANG JAHIL ATAU AHLUL BID’AH. Kalau orang tersebut jahil, maka untuk membimbing mereka kepada kebenaran akan lebih mudah karena ia semula menyangka dirinya mempunyai ilmu, kemudian setelah tampak jelas baginya ilmu yang benar, ia akan terbimbing kepada kebenaran. Oleh karena itu aku telah menyatakan dalam banyak kesempatan, bahwa pada sebagian jama'ah-jama'ah yang berdiri pada hari ini, dan mereka ini menyimpang dari dakwah kita. Kita lihat bahwa dikalangan mereka ada keikhlasan, maka aku katakan bahwa mereka lebih aku cintai daripada orang yang bersama kita di dalam dakwah kita, tetapi kemudian tampaklah bahwa ia tidak bersama kita dalam perkara keikhlasannya, padahal ikhlas adalah merupakan syarat diterimanya suatu amalan shalih. Adapun jika orang tersebut adalah ahli bid'ah, maka tidak ada lagi bagi kita untuk membimbing mereka pada kebenaran kecuali jika Allah memberi petunjuk. Ada dua kemungkinan jenis orang yang mencerca kedua Syaikh ini sebagimana telah kita sebut, yaitu ia adalah orang jahil sehingga ia harus diajari ilmu atau ia adalah shahibul hawa'(ahlul bid?ah)".
(Membantah Tuduhan, Menjawab Tantangan, hal.77-78).


CETUSAN
Oh, di manakah duduk Dr. Asri sekarang?
Penulis melalui kalam Syeikh Albani beri dua tempat saja... JAHIL ataupun AHLUL BID’AH.
Dr. Asri jahil?........ atau......
Dr. Asri ahlul bid’ah?
Mana satu ye.....
Tak mungkin! Tapi... tak kan aku nak tolak kenyataan Syeikh Albani?... Apa yang dikatanya tu memang betul pun...
Arghh...aku mesti baca dan kaji lagi!


TUGASAN UNTUK PEMBACA

1. Berdasarkan kenyataan Syeikh Albani, di manakah kedudukan orang yang menolak Syeikh Rabee’ seperti Dr. Asri? Jahil ataupun ahlul bid’ah? JAWAPAN .......................
2. Tokoh besar Salaf iaitu Syeikh Albani mengiktiraf Syeikh Rabee’. Ada mana-mana tokoh Salafi yang setanding Syeikh Albani yang mengiktiraf as-Sheikh al-Muhaddith Sohibus Samahah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (sekadar tiru gelaran yag diberi oleh penulis)? Ada tak ? JAWAPAN .................................




@ Sesungguhnya hal yang demikian itu merupakan satu bencana, MUSIBAH KEPADA UMAT manusia dan juga kepada dirimu sendiri wahai tuan. sesungguhnya tanganmu dan mulutmu yang berbuat demikian, adalah pedang yang tajam yang MEROBEK JANTUNG ISLAM DAN SUNNAH, kerna tuan telah berusaha saban hari untuk menjatuhkan para pembela sunnah zaman ini. Sesungguhnya setiap manusia itu akan kembali juga kepada sang penciptanya. maka takutkanlah azab allah di hari pembalasan. ingatlah bahwa disana tiada jalan kembali. barangsiap yang MEMUSUHI WALINYA, berarti bahwa dia juga memusuhi Allah azzawajalla. Dikesempatan yang masih tersisa, sementara ajal belum menjelma, maka kembalilah kepada al haq, wahai tuan yang saya hormati. Apakah kekayaan, harta, pangkat, pujian, nafsu dan sanjungan itu lebih bernilai dari kebenaran? dan apakah yang tuan perjuangkan itu merupakan hakikat yang menyenangkan?


CETUSAN
Penulis mengatakan Syeikh Rabee’ WALI ALLAH? Hebatnya Syeikh Rabee’...
Dr. Asri pula bagaimana? Jika kita pula yang mengatakan Dr. Asri SEAKAN KHAWARIJ, apakah kita dikira sedang memusuhi wali Allah?
Mengapa agaknya Dr. Asri sanggup menentang seorang wali Allah (ikut kata penulis) seperti Syeikh Rabee’?
Apakah Dr. Asri sudah terpesong?...


TUGASAN UNTUK PEMBACA

1. Syeikh Rabee’ ‘confirm’ wali Allah (sebagaimana pendapat penulis) ataupun tidak? JAWAPAN ....................................
2. Adakah Dr. Asri seorang wali Allah? JAWAPAN ..................................
3. Sekiranya Dr. Asri bukan wali Allah, cakap-cakap siapa yang lebih utama untuk kita pakai antara Dr. Asri vs Syeikh Albani & Syeikh Rabee’? JAWAPAN ........................




@ Lalu, tinggalkan sesuatu yang akan sirna, dan peganglah sesuatu yang akan kekal selamanya, tali Allah! Sesungguhnya KEMARAHAN DAKU, adalah kerana kecintaanku kepada dirimu, dan kepada agama allah ini dan sunnah rasulnya serta para sahabat baginda. tidak lain! Ingtlah perhitungan kita ini, akan dilihat oleh Allah. dan aku telah berbuat semampu aku untuk mengajak tuan yang daku hormati, kembali kepada sunnah! selebihnya adalah didalam perhitungan dan perkiraan allah. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali akhir, daku amat-amat berharar agar syeikh akan menyedari kesalahan-mu dan bersedia untuk menerima kebenaran. sesungguhnya wala wal bara adalah atas Al Quran wa sunnah wa fahmus sahabah.

wassalam,
moga syeikh akan kembali.

**************************

Saya (penulis) petik dari Kitab Islam Liberal (Terbitan Karya Bestari), tulisan SS Dr. Asri:

"Sikap ghulu sesetengah golongan kesufian telah menyebabkan mereka melebihkan syeikh mereka dari-pada yang sepatutnya. Sikap ghulu golongan fiqh telah menyebabkan mereka meletakkan hukum-hakam, syarak dan persoalan agama yang menyusahkan orang ramai. Sedangkan Islam bersifat mudah dan ALLAH ingin mempermudahkan hamba-hamba-NYA dalam beragama, bukan menyusahkan. Sikap ekstrim sese-tengah golongan Salafiyyah pula telah menyebabkan mereka menghukum sesat sejumlah besar tokoh-tokoh umat dengan membuat andaian yang salah terhadap beberapa ucapan dan pendirian mereka. Ini seperti yang dilakukan oleh aliran Madkhaliyyah[1] dan beberapa pengikutnya di bumi ini.

[1] Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh yang kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan me-reka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyyah. Di negara kita juga ada segelintir yang terpengaruh dengan aliran ini. Antaranya tulisan seorang tokoh, Muwazanah (Penilaian Seimbang), Hukumnya Sunnah Atau Bidaah. Dalam tulisan yang penuh dengan pembohongan fakta itu, penulisnya telah memberikan gambaran yang salah tentang pegangan Salaf. Beliau telah juga menghukum sesat Muhammad Qutub, Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Surur, Safar Hawali, 'Abdul Rahman 'Abdul Khaliq, Hadi al-Misri, Mahmud Tahhan dan tokoh-tokoh ulama yang lain. Dengan memetik kenyataan tokoh-tokoh itu secara tidak amanah, penulis menghukum mereka dengan sikap yang penuh keme-lampauan. Umpamanya pada muka surat 17, membohongi teks asal al-Qaradawi dan membuat hukuman seakan al-Qaradawi kafir dengan katanya: 'Perkataan seperti ini sebenarnya sama seperti memerangi tauhid uluhiyah dan tauhid asma wa sifat. Ucapan ini adalah syubhat dan perangkap iblis atau syaitan.' Kita tahu bahawa memerangi tauhid adalah kekufuran, sedangkan MUSTAHIL TOKOH SEPERTI AL-QARADHAWI memerangi tauhid. Semoga ALLAH memelihara kaum muslimin dari-pada sikap melampau. Ramai tokoh ulama telah menjawab aliran melampau Salafiyyah Madkhaliyyah ini. Sila rujuk laman web: [url]http: //www.khomri.jeeran.com[/url]."






CETUSAN
Oo rupanya Syeikh Rabee yang sangat disanjung oleh Albani ini beraliran madkhaliyyah (menurut Dr. Asri).
Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hasan al Banna dan Dr. Qardhawi pun dihukumnya sesat! Tapi aku pengikut Qardhawi. Maksudnya sesatlah aku! Astaghfirullah! Forum al-Aham pun banyak sanjung Qardhawi. Maknanya...
Yang kata ni bukan sebarang orang. Bukan taraf Mufti di Malaysia saja tetapi Syeikh Rabee yang diangkat tinggi oleh Syeikh Albani. Logiknya, tentulah mereka berdua lebih hebat daripada mufti di Malaysia.


Hah, Syeikh Rabee’ mendakwa Qardhawi seakan kafir? Dan beliau menghukum berdasarkan kajian. Aku mesti baca buku tu dan minat kupasan buku tu daripada tokoh-tokoh salaf tulen.
Dr. Asri pula membela Qardhawi... tanpa hujah? Hanya atas KETOKOHAN Qardhawi saja?
Eh, sefaham aku... KETOKOHAN dan JAWATAN bukan penentu kebenaran! Yang menentukan benar salahnya ialah HUJAH! Apa sudah jadi Sahibus Samahah?...


TUGASAN UNTUK PEMBACA

1. Tokoh utama kita iaitu Syeikh Albani, Ben Baaz dan Rabee’ umumnya menghukum sesat Ikhwanul Muslimin (termasuklah Hasan al Banna, Syed Qutb, Ramadhan al-Buti, Said Hawa dan Qardhawi). Anda bersetuju dengan pandangan para Syeikhuna atau tidak? JAWAPAN.......................................
2. Jika anda tidak bersetuju, maksudnya anda lebih hebat daripada para syeikh itu dalam menilai sumber-sumber agama dan hukum-hakam. Antara anda dengan Para Syeikh itu, siapa yang lebih faham agama? JAWAPAN ......................................
3. Adakah hanya kerana orang itu Qardhawi maka dia mustahil lakukan kesalahan? Adakah hanya kerana orang itu asy-Syafie, al-Ghazali, Ibnu Sina, Muawiyah ataupun Ibnu Taimiyah maka dia mustahil berbuat kesalahan? JAWAPAN ........................................
4. Tindakan Dr. Asri berhujah atas KETOKOHAN saja itu tindakan berkesarjanaan ataupun tidak? JAWAPAN .....................................................

Anonymous said...

Assalamualaikum wbkt.

Wahabi telah hampir seiring dengan Anti Hadis