Friday, February 16, 2007

Bagaimana Kita Ingin Berganding Bahu Bersama Syiah Sedangkan Mereka Mencela Para Sahabah?

Mufakkirah al-Islam:
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Persekutuan Antarabangsa Ulama Muslimin menuntut Syiah untuk berhenti dari mencela para Sahabat Nabi sallallahu 'alayhi wasallam.

Al-Qaradhawi berkata menerusi dailognya melalui siaran al-Jazeera bersama Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani Pengerusi Maslahah Tasykhis al-Nizom Negara Iran, bahawa beliau (Al-Qaradhawi) tidak dapat menerima untuk meminta Ahl al-Sunnah membantu Syiah dalam masa yang sama Syiah mencela para sahabat Nabi sallallahu 'alayhi wasallam yang Allah telah meredhai mereka dan mereka juga redha kepada Allah. Beliau menegaskan bahawa percubaan-percubaan taqrib (mendekatkan antara Sunnah dan Syiah) sebelum ini hanya sekadar pertemuan bertukar-tukar ucapan tahiyyah dan tamat tanpa meninggalkan perkara yang jelas dalam semua topik perbezaan.

Al-Qaradhawi menyambung dengan berkata : "Sesungguhnya tidak terdapat walau seorang Sunni yang tidak mencintai Ahlul-Bait (ahli keluarga Nabi sallallahu 'alayhi wasallam). Setiap daripada kami memperakui kelebihan yang ada pada mereka (Ahlul Bait). Sebaliknya di sisi Syiah kami dapati mereka mengkafirkan para Sahabat sedangkan para Sahabatlah yang telah menyampaikan Islam yang benar kepada kami."

http://www.islammemo.cc/article1.aspx?id=33184

Diterjemah oleh Abdul Kadir, Institut al-Qayyim, Pulau Pinang.

No comments: