Thursday, January 05, 2006

Sumber Aqidah Islam

*Siri Risalah terbitan Unit R&D, YAPIS-UIA 01/06

Ketahuilah bahawa sumber aqidah Islam ialah kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya s.a.w. yang sahih dan Ijma’ al-Salaf al-Soleh. Ini merupakan perkara yang pasti di dalam agama Islam. Kita wajib mengambil segala perkara berkaitan aqidah dari al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana Allah s.w.t. telah menjamin sesiapa sahaja yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat di dunia dan tidak akan binasa di akhirat. Allah berfirman:

فَإمَّا يأتِيَنَّكُمْ مِنِّي هدىً فَمَنِ اتَّبَعَ هُدايَ فلا يَضِلُّ ولا يَشْقَى, ومن أعْرَضَ عن ذِكْرِي فإنَّ له معِيْشَةً ضَنْكا ونَحْشُرُهُ يومَ القيامةِ أَعْمَى
Maksudnya: Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keaadaan buta. (surah Thaha: 123-124)

Allah juga berfirman:
فَإمَّا يأتِيَنَّكُمْ مِنِّي هدىً فمَن تَبِعَ هُدايَ فلا خوفٌ عليهِمْ ولاهم يحزَنُونَ
Maksudnya: Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (surah al-Baqarah: 38)

Juga firman-Nya:

وَمآ أنزَلْناَ علَيْكَ الكِتَابَ إلا لتُبَيِّنَ لَـهُمُ الذي اختلفوا فيه وهدىً وَرَحْمَةً لقوم يؤمِنُونَ
Maksudnya: Dan kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (surah al-Nahl: 64)

Juga firman-Nya:
كِتَابٌ أَنزَلْناَهُ إلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ من الظُّلُمَاتِ إلى النُّورُ بإذْنِ ربِّهِمْ إلى صراط العزيزِ الحمِيْدِ
Maksudnya: (Ini adalah) kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rabb mereka, (iaitu) menuju jalan Rabb yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (surah Ibrahim: 1)

Nabi s.a.w. bersabda:
ألا إنِّي أُوْتِيْتُ الكِـَتابَ ومِثْلَـهُ مَعَهُ
Ketahuilah aku telah diberikan al-Kitab (al-Quran) dan bersamanya yang sepertinya. (iaitu al-Sunnah). Hadis riwayat Ahmad, 4/131-132, hadis sahih.

Al-Kitab dan al-Sunnah cukup sebagai pegangan sehingga tidak memerlukan kepada selainnya. Allah berfirman:
اتَّبِعُوا مآ أنزِلَ إلَيكُمْ مِّن رَّبِّكُمْ ولا تتبعوا من دونِهِ أولِيآء قليلاً ما تَذَكَّرُونَ

Maksudnya: Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran daripadanya. (surah al-A’raf:3).

Imam Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat ini: “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu) iaitu ikutilah peninggalan-peninggalan Nabi yang ummi yang datang kepada kamu membawa kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada kamu dari Penguasa dan Pemilik segala sesuatu. (Dan janganlah kamu mengikuti pemimpin selain-Nya) iaitu janganlah kamu keluar dari apa yang dibawa oleh rasul kepadamu menuju selainnya, sehingga kamu menyimpang dari hukum Allah kepada hukum selainnya”. (Tafsir Ibnu Kathir surah al-A’raf: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
ترَكْتُ فِيْـكُمْ أمْرَيْنِ لن تَضِلُّوا ما تَمَسَّـكْتُمْ بِهما: كتابَ الله وسنةَ رسولهِ
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis sahih lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Disahihkan oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-13.)

Adapun Ijma’ Salafus Soleh juga merupakan hujah, kerana kesepakatan mereka merupakan kebenaran sehingga wajib diikuti.

Nabi s.a.w. bersabda:
إن اللهَ لا يجمعُ أمَّتي أو قال أمَّهُ محمدٍ على ضلالةٍ.
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku (atau beliau bersabda umat Muhammad) di atas kesesatan.
(Hadis riwayat Tirmizi, no 2167 dan lafaz ini dari Abu Daud no 4253.)

Oleh kerana umat Islam umat yang adil seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, maka kesepakatan mereka adalah hak (kebenaran) sehingga Ijma’ mereka merupakan hujah.


Penyimpangan

Setelah mengetahui penjelasan di atas kita dapati ramai di antara umat Islam yang terjerumus ke dalam kesalahan-kesalahan yang tidak diizinkan oleh Agama.

Sebahagian orang menjadikan akal dan logik sebagai sumber aqidah dan hukum. Mereka meletakkan akal manusia yang terbatas berada di atas wahyu Allah sehingga mereka meninggalkan wahyu dengan alasan logik dan akal, sepertimana Muktazilah dan semacamnya. Sebahagiannya menyebut diri mereka Rationalist. Padahal wahyu merupakan kebenaran mutlak. Kemudian akal siapakah yang dipakai sebagai ukuran untuk menolak wahyu? Kalau akal orang-orang kafir, seperti Iblis, Fir’aun, Abu Lahab atau Abu Jahal maka sangatlah wajar mereka menolak wahyu kerana mereka mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Namun jika akal Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali pastilah akal mereka ini menerima wahyu tanpa keraguan.

Sebahagian orang menjadikan perkataan imam-imam atau tokoh-tokoh yang dianggap maksum sebagai sumber aqidah, sepertimana Rafidhah (Syiah) dan firqah-firqah Batiniyyah. Padahal tidak ada peribadi yang maksum dikalangan umat ini setelah Nabi Muhammad s.a.w. sehingga perkataan sesiapapun kecuali rasulullahdapat diterima atau ditolak dilihat dari segi kebenarannya. Ibnu Abbas berkata: “Tidak ada seorangpun perkataanya diambil dan ditolak kecuali Nabi”. (Hadis riwayat Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir no. 11941). Maknanya perkataan nabi semuanya wajib diterima.


Sebahagian lain menjadikan perasaan, mimpi, hikayat dan kasyaf sebagai (boleh melihat perkara ghaib) sebagai sumber aqidah. sepertimana keadaan puak-puak sufi dan tarikat. Padahal semua perkara tersebut tidak ada jaminan kebenarannya, sehingga tidak boleh dijadikan sumber aqidah.

Sebahagian yang lain pula menjadikan hadis-hadis lemah dan palsu sebagai sumber agama termasuk aqidah. Ibnu Taimiyyah berkata: Adapun Ahli Bid’ah makamereka ialah ahli Ahwa’ dan ahli syubhat. Mereka mengikuti persangkaan dan apa-apa yang disukai hawa nafsu. Padahal telah datang petunjuk kepada mereka dari Rabb mereka. Setiap kelompok dari ahli bid’ah telah membuat sendiri kaedah agama untuk dirinya sendiri.

Kemungkinan dengan akal fikirannya dan perbandingan secara logik, dia namakan sebagai perkara-perkara yang ditetapkan akal.
Kemungkinan dengan perasaannya dan hawa nafsunya yang dia namakan perkara-perkara yang ditetapkan perasaan.

Dan kemungkinan dengan apa yang dia tafsirkan dari al-Quran dan dia merubah-rubah kalimat-kalimat al-Quran dari tempat-tempatnya dalam masa yang sama dia mendakwa dia semata-mata mengikuti al-Quran sebagaimana Khawarij.

Dan kemungkinan dengan apa yang dia anggap sebagai hadis atau sunnah padahal ianya palsu dan lemah. Sebagaimana yang disangka oleh kelompok Rafidhah (Syiah). Kebanyakan mereka yang mereka-reka agama dengan fikiran atau perasaannya dia berhujah dengan al-Quran mengikut kehendak nafsunya. Dia menjadikan al-Quran hanya sebagai hujah bukan pegangan. Tetapi dasar sebenarnya akal fikirannya seperti Jahmiyyah dan Muktazilah dalam masalah sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan Allah. (al-Nubuwwat hlm.129)

Kesimpulannya inilah sumber-sumber aqidah Islam iaitu al-Quran, sunnah serta Ijmak Salafus Soleh. Adapun keadaan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran menjadikan akal fikiran, hawa nafsu, perasaan, mimpi serta hadis-hadis yang lemah dan palsu sebagai sumber aqidah mereka. Kesemuanya adalah batil. Semoga Allah selalu membimbing kita di atas jalan kebenaran.

(dipetik dari majalah as-Sunnah)

1 comment:

Anonymous said...

http://www.roudhah.net/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=199&sid=b97f277a9c73b81d7e9c3c378934e4e8

Keganasan Wahabi di Jannatul Baqi

Jenayah penganut ajaran sesat Wahabi 1925 terhadap khazanah dan warisan Islam

http://www.geocities.com/naim_firdausi/ ... lition.gif

Tiada ahli sejarah mahupun ahli langit dan bumi dapat terima kenyataan ini; mengaku umat Muhammad tetapi menghancurkan khazanah dan warisan agama yang dibawa Muhammad

Permakaman Baqi sebelum dihancurkan oleh penganut ajaran sesat Wahabi


Sejarah permakaman Jannatul Al-Baqi:

Pada 8 Shawal, Rabu 1345 H (21 April, 1925), permakaman di Jannatul Baqi (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma'la di Mekah iaitu makam bunda Rasulullah, Isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.

Asal-usul Jannatul Baqi
"Al-Baqi" bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai "Jannatul Baqi'" atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para sahabatnya.
Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon ditumbangkan dan shabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut.
Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim meninggal ketika masih bayi juga dimakamkan di al-Baqi sambil baginda mencucuri sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan permakaman tersebut sebagai tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi dengan bersabda "Salam sejahtera ke atasmu wahai wahai penghuni keimanan! Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi"
Tanah permakaman Al-Baqi lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut makam daripada kalangan Ahlul Bait antaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja'far bin Muhammad telah dimakamkan di sana.
Daripada kalangan keluarga baginda pula adalah: ibu saudaranya Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bunda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ke-tiga, Usman juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi', namun pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam Al-Baqi'. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin Anas dan ramai lagi. Demikian itu Al-Baqi' menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.


Jannatul Baqi' dalam pandangan sejarawan.
Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi saat lawatan beliau ke Madinah sebagai: "Al-Baqi' terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadan dengannya pula makam Ibrahim, putera Rasulullah (s.a.w.) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pula adalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang mashur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman hinga mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib.
Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat diatasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah puteri Rasulullah (s.a.w.) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk untuk bersedih atas kemangkatan ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya. Kemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bunda Ali bin Abi Talib
Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu Jubair. Beliau menambah "Di permakaman Al-Baqi terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali nama makam mereka."
Rumah Fatimah, Madinah

Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19. Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian dibunuh.

http://www.geocities.com/naim_firdausi/ ... i/DN81.JPG
RUMAH FATIMAH DI MADINAH






Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi
Puak Wahabi percaya bahawa menziarahi pusara-pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan fahaman mereka akan dibunuh dan harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini Wahabi dikenali sebagai pemerintah negeri teluk telah menghasilkan bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepaskan jika tidak setuju dengan fahaman mereka.
Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mencapai banyak kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat suci dan kubah di sana termasuk tenda di atas telaga Zam Zam.
Dalam tahun 1221 Hijrah, Wahabi memasuki Madinah untuk mencemarkan Al-Baqi, begitu

Tempat kelahiran nabi Muhammad (saw)


juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu dan mereka berputus asa. Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab Saudi meletakkan syarat sesiapa pun yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak memasuki Mekah.
Al-Baqi musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Lantas Raja Al-Saud menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah rampas .
Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyeksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.

Makam Khadijah isteri Rasulullah, Mekah


Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah Al-Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan semua makam-makam suci dari kemusnahan. Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan diusir keluar. Undang-undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Kaherah kemenangan ini disambut selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara.
Pada tahun 1818 masihi, khalifah empayar Usmaniayah Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemuliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tingi belanjanya iaitu hampir tujuh ratus ribu Pounds dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi daripada

Makam Abu Talib, bapa saudara Rasulullah, Mekah
kumpulan derma di makam Rasulullah (s.a.w.).


Rompakan kedua oleh puak Wahabi.
Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau.
Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pad tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka.

Makam Bibi Halimah, Madinah

Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: "Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya."
1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.).
Ibnu Jabhan telah berkata: "Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.
Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma'la di Mekah

Makam Fatimah binti Asad, bunda Saidina Ali, Madinah

dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam.
Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan, punyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya.




1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah), jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
2. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.
3. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
4. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.
5. Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
6. Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.

Bantahan dari negara-negara lain.
Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.

Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
· Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).
· Permakaman Hawa di Jeddah.
· Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
· Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (saw).
· Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
· Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
· Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
· Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
· Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
· Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina Hasan dan Husein
· Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.[img][/img][img][/img]