Thursday, February 22, 2007

Antara Sejarah dan Aqidah ......which Prevails

Antara pemeliharaan kesan sejarah dan pemeliharaan aqidah...

Saya kira, para pengikut ahl al-sunnah wa al-jamaah setuju andai kita jadikan para khulafa' al-rasyidin dan para sahabah sebagai contoh dalam memahami Islam: termasuk apabila berlakunya pertembungan antara pemeliharaan kesan sejarah dan pemeliharaan aqidah. maka saya sekadar ingin mengajak kita melihat kembali strategi politik Umar ibn al-Khattab radiyallahu 'anhu.

Siapa tidak tahu mengenai Bai'atul Ridhwan?

Persumpahan setia yg dilakukan oleh Rasulullah salllallahu 'alayhi wasallam dan para sahabah untuk menuntut bela kematian 'Uthman ibn 'Affan radiyallahu 'anhu. ingat, Rasulullah SAW dan para sahabah RA ketika itu keluar untuk mengerjakan umrah ~ situasi yg menyerupai Badar, mereka langsung tidak terfikir kemungkinan akan tercetus konflik senjata. jadi, bukan mudah untuk manusia biasa tiba-tiba sahaja menyahut seruan pemimpin untuk berkorban menuntut bela darah saudara seagama yg dikhianati. Bahkan, perjanjian ini disebut oleh Allah dalam Surah al-Fath, dengan jelas Allah menyebut "pohon" yg menaungi sumpah tersebut dibuat. Ini adalah kesan sejarah yg penting! kita semua setuju. alangkah baik jika pada hari ini kita dapat melihat pohon tersebut.

Namun, tidak semua manusia memiliki kefahaman iman yg bersih. sedikit-sedikit akan ada antara kita yg akan berdoa di situ, kerana percaya ia memiliki berkat. Kemudian mula solat sunat. Lama-kelamaan bermacam-macam lagi yg boleh terjadi. bina masjid di situ. Akan selalu ada orang beribadah di situ. generasi-generasi yg akan datang akan lebih teruk lagi.Dah berkat, akan ada yg bawak balik daun, batang ke negara lepas mengerjakan haji ... konon ada berkat.

Maka 'Umar tebang pohon tersebut... strategi politik yg bijak demi menyelamatkan aqidah umat Islam.
ولهذا كان السلف يسدون هذا الباب؛ فإن المسلمين لما فتحوا تُسْتَر، وجدوا هناك سرير ميت باق‏.‏ ذكروا أنه ‏[‏دانيال‏]‏، / ووجدوا عنده كتابًا فيه ذكر الحوادث، وكان أهل تلك الناحية يستسقون به‏.‏ فكتب في ذلك أبو موسى الأشعرى إلى عمر، فكتب إليه عمر‏:‏ أن يحفر بالنهار ثلاثة عشر قبرًا، ثم يدفن بالليل في واحد منها، ويعفي قبره؛ لئلا يفتتن الناس به‏.‏ وهذا كما نقلوا عن عمر أنه بلغه‏:‏ أن أقوامًا يزورون الشجرة التى بويع تحتها بيعة الرضوان، ويصلون هناك، فأمر بقطع الشجرة‏.‏ وقد ثبت عنه أنه كان في سفر، فرأى قومًا ينتابون بقعة يصلون فيها، فقال‏:‏ ما هذا‏؟‏ فقالوا‏:‏ هذا مكان صلى فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال‏:‏ ومكان صلى به رسول الله صلى الله عليه وسلم، أتريدون أن تتخذوا آثار أنبيائكم مساجد‏؟‏‏!‏ إنما هلك بنو إسرائيل بهذا‏.‏ من أدركته فيه الصلاة فليصل وإلا فليمض‏.
Majmu' Fatawa

Lagi tentang 'Umar ibn al-Khattab, kali ini bersama Abu Musa al-Asy'ari radiyallahu 'anhuma. Dalam salah satu ekspedisi ketenteraan pada zaman 'Umar, umat Islam menemui jenazah Daniel 'alayhissalam. (Para 'ulama khilaf sama ada Daniel ini Nabi atau orang soleh Bani Israel).

Jenazah Daniel yang berusia ratusan tahun tidak rosak langsung. Di samping jenazahnya tentera Islam menemui warkah-warkah dari kitab suci, cincin Daniel dan sejumlah wang yang agak banyak.

Kata tentera Islam, menurut masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut, apabila mereka dilanda kemarau, mereka akan mengusung katil Daniel keluar, maka nescaya hujan turun. Duit-duit tersebut pula adalah untuk kegunaan sesiapa yg susah sebagai pinjaman, jika tidak dipulangkan maka si peminjam akan sakit. Banyak lagi kehebatan yang Allah kurniakan kepada Daniel walaupun tatkala dia telah meninggal dunia. Pun begitu, bukanlah fokus utama penulisan ini untuk menceritakan kelebihan-kelebihan tersebut, sekadar memberi contoh sedikit. Andai kita susuri kisah Daniel, maka beliau adalah antara contoh hamba Allah yang soleh dan sabar menghadapi dugaan dgn penuh tawakkal. Diriwayatkan dia pernah disiksa oleh Maharaja Babylonia, dihumban ke dalam kandang singa, tetapi tidak cedera.

Maka ini adalah kesan sejarah penting. Mayatnya tidak reput tidak perlu lagi kita bersusah-payah untuk awetkannya. Elok juga jika jenazah tersebut dijaga elok-elok sampai ke hari ini agar semua manusia dapat lihat bagaimana Daniel ini. Bila kemarau, usung sahaja katilnya nescaya hujan turun dan tamatlah kesusahan manusia akibat kemarau. Tatkala ada orang Islam yang susah, maka boleh saja dipinjamkan kepadanya wang Daniel buat modal berniaga.

Tetapi, lihat saja apa yang orang ramai buat apabila mereka ziarah kubur-kubur yang didakwa kubur nabi itu, nabi ini. Lemahnya ilmu dan iman kita, sehingga ada antara kita yang berdoa sambil bertawassul dengan tuan kubur yang kita sendiri tidak yakin 100% siapa pemiliknya, ada juga yang lepas nazar, kemudian solat sunat ambil berkat. Generasi akan datang pula akan buat lebih lagi, hingga akhirnya tidak mustahil jika mereka menyembah kubur tersebut akhirnya. lihat saja apa yg berlaku pada kubur Imam al-Syafi'e di Mesir. Belum lagi kita menjengah apa yang berlaku di benua kecil India dan negara-negara Islam lain yang dipenuhi dengan kubur-kubur yang didakwa keramat.

Lihat bagaimana tentera Islam mengurus jenazah Daniel. Andai dibiar sahaja, maka sudah tentu aqidah umat Islam tergugat. Ramai yang akan mengadu kesusahan mereka kepada Daniel daripada Allah.

Sungguhpun terdapat lebih dari satu riwayat oleh Ibn Kathir dalam kisah ini, cukuplah andai saya ceritakan satu daripadanya. Apa yang Abu Musa lakukan?

Tatkala malam gelap, Abu Musa dan beberapa orang keluar dan mengorek 13 lubang kubur, dan mereka letakkan jenazah Daniel dalam salah satu daripada 13 kubur tersebut. Keesokan harinya semua orang melihat ada 13 kubur, tetapi mereka tidak tahu yang mana satu kubur Daniel yang sebenar.

Lihat sahaja kebijakan strategi politik tauladan kita dalam menimbang kepentingan memelihara kesan sejarah atau menyelamatkan aqidah. Moga ia menjadi ikutan pemimpin umat Islam sepanjang zaman.

*Sengaja saya menulis secara santai. Buat mereka yang ingin melihat rujukan kisah-kisah ini, bolehlah merujuk riwayat penuh dalam Majmu' Fatawa
Ibn Taymiyyah, al-Bidayah wa al-Nihayah Ibn Kathir dan Jewish Encyclopedia.



Apa sangat nilai tinggalan harta sejarah tersebut andai aqidah generasi akan datang tergadai..............

Seri Negara

No comments: