Wednesday, February 28, 2007

Pewangi Terbaik


Daripada Abu Musa al-Asy'ari, radiyallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
"Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api, mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya."
[al-Bukhariy dan Muslim]

Mari kita perhatikan diri kita. Siapakah lima teman paling rapat dengan kita, yang kita selalu habiskan masa bersama mereka? Perhatikan sifat dan sikap yang mereka miliki, nescaya kita akan dapati bahawa diri kita adalah produk dari adunan ramuan sifat dan sikap tersebut. Adakah teman-teman kita memiliki sifat dan sikap mulia yang kita idamkan? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya buat kita mencari pembawa minyak wangi yang boleh kita nikmati keharumannya.

No comments: