Showing posts with label Aktiviti INTIS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti INTIS. Show all posts

Wednesday, April 30, 2008

Coretan Peristiwa : Perasmian Institut Al-Mizan

Tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Musa Sadri dan Jamaah yang telah menubuhkan Institut al-Mizan yang sebenarnya telah bertapak lama di Kuala Pilah negeri Sembilan iaitu Markaz Ittiba' al-Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Hasyim Ghani Rahimahullahu Ta'ala yang merupakan seorang tokoh pejuang kaum muda satu masa dahulu. Kita bersyukur kepada ALLAH s.w.t. kerana tertubuhnya satu lagi NGO dakwah kepada al-Quran dan sunnah di sana.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang kebetulan memang berada di Negeri Sembilan kerana menghadiri Seminar Undang-undang JAKIM. Antara wakil-wakil yang turut hadir di majlis perasmian tersebut dari Institut Ibn Hajar Melaka yang baru ditubuhkan diwakil oleh Ustaz Minhat Mahmud, Ma'ahad Tahfiz al-Mizan Terengganu Ustaz Ghazali (Razali), Pertubuhan al-Islah Perlis Dato Abdul Rashid bersama rombongan satu bas, Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa' Ustaz Sofwan Badri, Pertubuhan Muhammadiyyah Singapura Ustaz Abdul Salam Muhammad Sultan, Institut al-Qayyim Penang En Mohd Fitri, turut kelihatan Ustaz Md Yatim, Ustaz Fadhlan Othman mewakili Yayasan kebajikkan Nusantara (YAKIN) Dan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Assoc Prof Farouk Musa dari Muslim Profesional Forum(MPF), dan tidak dilupakan Institut al-Imam al-Syafie (INTIS) En Faridz Aiman dan saudara Masri Bin Ramlee yang bersemangat memberi ucapan....Dato Seri Shahidan Kassim tidak dapat hadir di saat-saat akhir..


Semoga dengan tertubuhnya Institut al-Mizan ini akan menyemarakkan lagi dakwah al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan Manhaj Salaf-Soleh di bumi Malaysia khususnya di bumi Negeri Sembilan...



Friday, September 07, 2007

Gambar-gambar daurah akidah, manhaj dan dakwah

Assalamualaikum WBT. Kat bawah-bawah ni gambar ketika daurah manhaj




untuk melihat lebih banyak gambar anda dijemput memasuki weblog fotopages saya.

Thursday, August 02, 2007

Daurah Manhaj Musim Hujan Kembali.........!!!!!!

DAURAH MANHAJ 2

TARIKH



30 /OGOS/ 2007 - 2 / SEPT / 2007



TEMPAT

RESORT KIBLAH ,Bangi
Transport ke sana:

1) Berkumpul di Stesen Komuter UKM, pihak penganjur akan pick-up di sana. Timing is not a factor.Just call us.

2) Menaiki bas , dari UIA gombak , bas disediakan oleh penganjur . Peserta dikehendaki berada di Tangga BESAR UIA pada jam 4 ptg tepat. Kelewatan tidak akan di layan .(lewat pilih option pertama).Time is a factor.

ANJURAN



YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA
(YAKIN)


DENGAN KERJASAMA
INTIS CONSULTANT AND TRAINING




OBJEKTIF PROGRAM:


1)Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada dai’e Malaysia untuk memantapkan ilmu pegetahuan Islam sebagaimana yang di fahami oleh para Salaf As-Soleh bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran masyarakat global masa kini .



2) Menjana Sikap kritis dan progresif di dalam minda para Dai’e supaya supaya dapat menilai setiap permasalahan masyarakat secara meyeluruh dan memberikan solusi yang relistik dan berkesan.



3) Mengumpulkan para daie dari serata pelusuk Malaysia untuk bersama merapatkan ukhuwah disamping dapat merangka strategi yang berkesan bagi menghasilkan gerak kerja yang dinamik dan berkesan.





PENDAFTARAN :



1) Pendaftaran terbuka kepada setiap Umat Islam di Malaysia yang berminat menjadi Dai’e.



2) Semua ceramah (kecuali penceramah dari Malaysia) akan diberikan dalam Bahasa Arab oleh para Masyeikh.(Perterjemaah Disediakan Insyallah)



3) Terbuka kepada
60 orang peserta Sahaja . 40 org lelaki , 20 orang Wanita.


4) Penyertaan adalah
PERCUMA



4) Tarikh tutup pendaftaran ialah pada :-
28 Ogos 2007



5) Untuk Pendaftaran sila hubungi:



Sdr.Aiman : 019-3827525 *

Sdr.Akmal : 012-3218987



TENAGA PENGAJAR ( jemputan khas ) :



1)
Sheikh Dr.Abdul Aziz Al-Jufairi

# M.A. & Ph.D. Universiti Ummul Qura, Makkah (dalam bidang Aqidah)

# Pensyarah diKuliyyah Tarbiyah di Universiti Qaseem,Saudi Arabia.



2)
Sheikh Muhammad Husain Syaiaani

# M.A. Universiti Ummul Qura, Makkah (dalam bidang Aqidah)

# Ph.D. Universiti Madinah (dalam bidang Hadith)



3)
Syeikh Toriq

# Pegawai Haiah Amru bil Ma’ruf wannahy Anil Munkar, Riyadh



TENAGA PENGAJAR (MALAYSIA):

1)
Ustaz Ismail Omar. ( Aqidah, Fikrah, Harakah, Manhaj).

2)
Dr. Abdullah Yaasin. ( Fikrah, Aqidah).

3)
Ustaz Jaafar Salleh. (Dakwah, Harakah, Manhaj)



SKOP PERBINCANGAN KURSUS

1) Dakwah.

2) Konsep Ulum Hadith.

3) Aqidah dan Firaq.

4) Manhaj.

5) Fikrah.

6) Harakah Salafiyyah


TENTATIF (SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH):-


Saturday, February 17, 2007

Sana...Sini ......JOm!!! Pi Kuliah Ilmu.......

Isnin

Kuliah Tafsir Fi Zilal al-Quran

Ust Zainuddin

5.00-6.30 petang

Econs LT1

Kuliah Tha'harah (Bersuci)

Ust Arif Nazri

9.00-10.20 malam

ADM LR5, tingkat 3

Selasa

Kuliah Aqidah (B.Arab)


9.30-11.00 malam

Law LR28, tingkat 3

Rabu

Halaqah Riadussolihin

Ust. Abu Syuaib

7.45-8.30 malam

Bro:ADM LR 5

Ustazah Rosmah

Sis: ADM LR6

Khamis

Feqh Nikah dan Aqidah

Ustaz Mazslee Malek

5.00-6.15 petang

ADM LR5

Jumaat

Usul Feqh

Ustaz Mazslee Malek

5.00-6.15 petang

ADM LT4

Kuliah Sirah( ar-Raheeq al-Makhtum, B. Arab)


9.30-11.00 malam

Law LR28, tingkat 3

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Masri 019-3269091

Syarief 013-2554947

http://al-ahkam. net

http://al-qayyim. net

http://al-firdaus. com

http://yapis. blogspot. com

Disediakan oleh, Unit R & D,

Yayasan Penuntut Imam asy-Syafie (YAPIS)

Dari Muawiah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan dengannya, maka Allah memberi dia kefahaman tentang agama (Muttafaq ‘Alaih, al-Bukhari:3116, Muslim:1037)

Thursday, November 16, 2006

“Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah”

Tarikh / Hari:

3th Disember 2006

12th Zulqaedah 1427

(Ahad)

Masa:

8.00 pagi hingga 5.30 petang

Tempat:

DEWAN KELAB GOLF
PERKHIDMATAN AWAM (KGPA)

PETA LOKASI (SILA CLICK)


Anjuran bersama:

INTIS CONSULTANT AND TRAINING

&
YAYASAN PENUNTUT IMAM SYAFIE


Penaja bersama:


Kumpulan Karangkraf

dan

Muslim Professional Forum Berhad (MPF)


Tentatif


8.00 a.m.

Ketibaan peserta

8.30 a.m

Ketibaan tetamu & panelis

8.50 a.m.

Ucapan alu-aluan:

Prof. Madya Dr. Md. Fadzil Md. Hassan

Dekan, Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)







9.00 a.m.

Pembentangan Pertama:

Disiplin Ilmu As-Sunnah: Satu Pengenalan” Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman

Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Malaya

10.00 a.m.

Minum pagi



10.30 a.m

Pembentangan Kedua :

“Pendirian Para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Membela As-Sunnah

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah



11.30 a.m.

Pembentangan Ketiga:

“Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan As-Sunnah

Prof. Madya Dr. Suyuti Abdul Manas Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

12.30 p.m.

Rehat, Makan Tengahari & Solat Zuhur

2.30 p.m.

Pembentangan Keempat:

“ Hadis Maudhu’ dan Kesannya Terhadap Pemikiran Masyarakat”

Ustaz Abdul Rasyid Idris

Pengerusi, Dewan Pengajian al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah



3.30 p.m.

Forum & Sesi Soal Jawab Moderator :

Ustaz Shapizan Johari

Jabatan Ilmu Wahyu & Warisan Islam (Pusat Matrikulasi UIAM)



5.00 p.m.

Bersurai








Special Features:

Kertas kerja tambahan oleh,

1. Captain Hafiz Firdaus Abdullah

Juruterbang, Malaysia Airline System (MAS)

Tajuk: Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah, Dua Langkah Ke Arah Memahami Akhlak As-Sunnah

2. Ustaz Adlan Abdul Aziz

Guru, SMK Segambut Jaya

Tajuk: Beberapa Fakta Penting Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Hadis


UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PESERTA SILA HUBUNGI:

MASRI : 019-3269091

SYARIEF : 013-2554947

EZRY : 012-6377052

Yuran Penyertaan - Pelajar RM10

Dewasa RM20

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PESERTA SILA HUBUNGI WAKIL-WAKIL DI SETIAP INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ATAU HUBUNGI:

Sdr Mohamad Salman: 016 499 6564
manzero_salafi@yahoo.com.my


NOMBOR AKAUN MAYBANK:

157054670179

MOHAMAD SALMAN BIN MOHAMED ALI

* Tempat adalah terhad (450 tempat sahaja). Penyertaan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Digalakkan menempah seawal mungkin sebelum 31 November 2006.

Friday, November 10, 2006

KEM SOLAT KEMBALI LAGI!!!!!!!! Remaja, PREPARE YOURSELF ......

Setelah setahun menunggu Kem Solat anjuran INTIS kembali mewarnai wajah adik-adik untuk penggal cuti sekolah tahun ini :


Tarikh: 22-24 November 2006
Tempat: Dewan Pengajian Ibn Qayyim , Mengkuang , Pulau Pinang
Peserta: Remaja Lelaki dan Perempuan 10-16 tahun

Setelah 4 siri diadakan di Pulau Pinang dan Lembah Kelang kepada Remaja lelaki sahaja , kali ini INTIS telah berkeupayaan untuk menerima kanak-kanak perempuan untuk manyertai program yang hebat ini . Program ini adalah usaha sekumpulan kecil mahasiswa UIAM yang memiliki kesedaran untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik remaja . Andai program ini berjaya, insya-Allah cerahlah peluang dan berkobarlah semangat untuk dianjurkan pula pada musim cuti sekolah mendatang.



Wednesday, October 25, 2006

Perutusan Eidul Fitri Dari Makkah Al-Mukarammah:

" EID MUBARAK ! Semoga Tarbiyyah Ramadhan yang telah dilalui , dihayati dan dapat melahirkan insan bertakwa . Jadikan ia penyuntik semagat dalam meneruskan perjuangan untuk menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah .Selamat Menyambut Kemenangan di Eidul Fitri ini Untuk semua ikhwah di Malaysia . Maafku pohon Atas segala salah silapku pada kalian ."

KULLU' AM WA 'ANTUM BI KHAIR



Mantan Pengerusi Institut Al-Imam As-Syafie,
Abdul Razak Al-Qadahi

Wednesday, October 11, 2006

LAPURAN Ringkas FORUM Gerakan Tajdid dan majlis Iftar UIAM

Bertempat di dewan utama UIAM Gombak, sambutan amat mengejutkan di mana peserta memenuhi ruang bawah dan atas auditorium. Majlis turut dihadiri oleh Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi, sebagai ahli Forum dan Pemerhati pemerintah. YBhg Dr Lo'Lo' Ghazali, Pengerusi Badan Kebajikan dan kemasyarakatan PAS, turut hadir tanda sokongan. Juga Sponsor utama, Syaikh Ahmad Yani dari Kumpulan Karangkraf yang sentiasa padu memberi sokongan pada aktiviti Tajdid dan majlis Forum dan Iftar diresmikan oleh Prof Madya Rahmatullah Khan, UIAM.

Sesi satu: 3:00 ptg - 4:30 ptg

Setiap Forumer diberi 20 minit penyampaian.

Forumer 1: Protaz Mohd Yaacob Mohd Yunus
Naib Presiden perbankan Afin

Tajuk: Manhaj tajdid salaf: Tarbiyah & Tasyfiyah. Ini gagasan tajdid dari Nejd atau semenanjung Tanah Arab yang diperkenalkan secara manhaj tajdid oleh alMuhaddith Nasiruddin al-Albani rh.
Tasyfiyah menurut al-Albani ialah pemurnian Islam dari apa jua yang asing darinya, manakala tarbiyah ialah pembinaan generasi tajdid di atas pemurnian itu. Ruang lingkup tasyfiyah ialah akidah, hukum, sunnah, fiqh, tafsir, tazkiyah, fikrah, sejarah, dakwah, bahasa arab. Oleh kerana mas yang terhad, syaikh akob almandeeli tidak dapat menghuraikan dgn smepurna. Apapun, pihak karangkraf akan menerbitkan buku sempena Forum Tajdid ini.

Forumer 2: thtl al-ahkami

Tajuk: Menyoroti semula Dokumen Tajdid pergerakan Ikhwani: Usyul Asyriin.

jika sdr mohd Yaacob menghidangkan manhaj tajdid dari Saudi, thtl pula membentangkan manhaj tajdid dari Egypt, iaitu dari gerakan Islam paling senior dan paling berpengaruh, pergerakan Ikhwan. Ini cuma suatu imbasan sejarah dan kita ingin belajar dari dua manhaj tajdid yang begitu berpengaruh dewasa ini. Walaupun dua aliran ini (Saudi dan Egypt) tidak sehaluan, tapi sebagai generasi Islam yang ingin melihat kematangan dalam kebangkitan Islam, maka Forum ini ingin mengajak ahli forum khususnya warga UIAM apa salahnya menyoroti gagasan kedua-dua aliran tsb.

usyul 20 adalah suatu seruan penyatuan dari Ustaz alBanna kepada semua pergerakan Islam di Mesir dan dunia Islam khasnya kerana kelemahan umat Islam seputar 1920'an ialah masalah akidah dan kefahaman. Untuk meletakkan landasan kebangkitan semula Islam, Ust alBanna menggariskan Usyul 20 pada tahun 1942 sebagai suatu semakan kepada semua pekerja Islam tak kira apa jua aliran dan manhajnya menyimak asas kefahaman terhadap Islam.

Usyul Asyreen adalah mengenai kefahaman dan kefahaman adalah buah dari ilmu dan dari kefahaman, maka langkah tajdid dapat diteruskan.

usyul pertama dari 20 ialah: islam adalah sistem hidup yang syumul yang merangkumi 22 perkara yang menjadikan Islam itu syumul. Perkara utama dalam pendefinasian semula Islam syumul menurut al-Banna ialah Islam adalah sistem politik (negara, wathan, dan ummat). ini kerana semasa kebangkitan Ikhwan, itu ialah era politik mula dipisahkan dari agama oleh Attaturk dan Ali Abdul Raziq.
thtl tidak sempat masuk dalam 19 lagi usyul kerana masa cuma 20 minit.

Forum # 3: Ust Maszlee Malik , tokoh pembebasan al-Quds Malaysia dan Pensyarah UIAM sendiri. Tajuk asal beliau ialah tajdid minda Melayu, tapi melihat suasana semasa beliau mengubah tajuk kepada menyorot gerakan tajdid secara umum. Oleh kerana advantage sebagai tuan rumah, Ust maszlee mengambil masa yang agak lama sehingga 4:40 ptg menyoroti sejarah Tajdid (reformis agama) dari era Muhammad Abdul Wahab, Muhammad Abduh Rashid Ridha, alBanna, bahkan lebih dulu dari itu, zaman Umar Abdul Aziz, Imam-imam madzhab, Ibn Taymiyah, alSyuyuthi. dan Syaukani. Apa yang penting tak kira samada dari aliran Saudi atau Mesir, kata ust maszlee, ambil yang terbaik dari pengalaman mereka. Kertas kerja beliau juga akan dibukukan.
Majlis bersurai utk solat Asar tanpa sesi soal-jawab.

Sessi Kedua FORUM: Barisan Elit atau heavyweight

Sesi kedua bermula 5:00 ptg dan ini adalah sesi yg dinantikan kerana barisan forumersnya yang hebat sekali.

Forumer #1: Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi dgn tajuk Tajdid dalam Peradaban (hadhari). Beliau bermula dengan rentak perlahan sebagai seorang syaikh. Mula-mula mengulas mengenai hadith Abu Daud seputar setiap 100 tahun Allah akan bangkitkan seorang mujaddid. Oleh kerana kekangan masa 10 minit seorang, maka Dr uthman hanya menyebut beberapa point penting utk menjayakan tajdid peradaban, spt akidah, ibadah, tsaaqafah dan antara cara yang ditekankan ialah tajdid itu dalam rangka keta'atan kepada ulil amri.

Sebelum menamatkan ceramahnya, Dr Uthman mengejutkan semua yang hadir kerana ia skeptikal dengan muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyah. beliau juga menempelak tawhid yang dipecah tiga: rububiyah, uluhiyah dan asma' wassifaat yang tidak dikenali di zaman salaf assoleh.

Forumer #2: Ustzh Rosmalizawati dari UIAM. beliau merupakan panelis yang ditambah di saat akhir bertajuk: peranan Muslimat dalam Arus Tajdid. Kita pun merasa terharu, kerana sejak Forum Tajdid edisi pertama, peranan muslimat dalam arus tajdid tidak disuarakan. beliau menjelaskan peranan wanita dalam menjayakan arus kebangkitan Islam yakni menjadi penolong kepada kaum Adam dgn sebaiknya terutama dalam aspek tarbiyah.

Forumer #3 : Prof Madya Dr Farouk Musa, felow MPF (Muslim Profesional Forum) dgn tajuk dalam bahasa Inggeris: Tajdid Politik. Ini suatu tajuk yang amat menarik kerana ia mencari jalan tengah kepada dua aliran yang ekstrim: satu golongan yang menolak demokrasi Barat 100% dan mengkufurkan siapa yang berjuang atas nama demokrasi. Juga satu aliran yang mendokong demokrasi 100%. dr Farouk menyoroti tokoh2 yang menimbang demokrasi dan menerima pemakaiannya dgn bijaksana. Dua tokoh yang telah dilupakan oleh aktivis dakwah ialah tokoh Afrika Utara: Malik Ben Nabi dan Rachid Ganousi, selain dari Dr Prof Yusof alQaradhawi.

Forumer #4: YBhg, samahah syaikh Ust Dr MAZA yang membawa tajuk Gerakan Tajdid di Malaysia. Penampilan Dr MAZA merupakan kemuncak sesi Forum Tajdid II. Ia dinantikan kerana beliau berperanan menjadi anchor kepada Forum ini, merumus dan mengulas bagi kesemua isu yang dibangkitkan. namun, kenyataan dari Dr Uthman el-Muhammadi berhubung Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahab telah menjejaskan tumpuan beliau mengupas isu tajdid. beliau menjawab isu Muhammad Abdul Wahab dan siapakah Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau juga menjawab isu tawhid pecah tiga yang kononnya diperkenalkan oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau menjelaskan beliau tidak suka menjelaskan isu ini dalam majlis spt ini di bulan puasa, tapi terpaksa menjelaskan demi kebenaran dan atas nama akhlak kepada orang yang sudah mati.
Mengenai femonena gerakan tajdid di Malaysia, dr Maza mengajak peserta forum tajdid membuka sikap dan minda dgn terbuka kepada semua gerakan Islam yang bergerak dalam ruang lingkup ASWJ dan menyeru semua pendokong gerakan Islam supaya menjauhi kepongpong keakuan dan bekerja dalam SILO, yakni jama'ah akulah yang paling benar.

Majlis berakhir tepatjam 6:30 ptg, tanpa ada ruang lagi untuk soaljawab. Rata-rata peserta berpuas hati dan jelas dan merasakan tiada soalan yg perlu diajukan.

Majlis iftar dan tarawih diteruskan selepas itu.
menu: beriyani gam daging dan ayam. kaw punya.

Turut hadir ialah Syaikh Kamin dan ali tantawi al-urduni. Kapten Hafizfirdaus tidak sempat kerana baru tiba dari penerbangan jam 4:00 ptg KLIA dan tidak sempat ke UIAM.


Forum Tajdid Edisi ke III akan datang lebih panas lagi dengan ahli Forum yang lebih hebat, antaranya Dr Azwira, Hj Kamin dan Ust Ali Tantawi dari al-ahkam. Tunggu! IA


Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar

Assalamualaikum,

Terima Kasih semua peserta yang hadir Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar yang diadakan di UIAM . Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat menyediakan sebarang nota semasa program tersebut berjalan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan . Oleh itu ,kami telah menyediakan slaid-slaid yang dipaparkan semasa Forum Tajdid tersebut sedia dimuaturunkan dalam bentuk ZIP di : -

http://www.4shared.com/file/4488031/edd85959/forum_tajdid_uiam_slides.html


Jazakallah Khairan Kathira

Tuesday, September 05, 2006

“Seminar Asya’erah” di UIA mendapat pukulan hebat!!!


Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Pemikiran Islam 2006 iaitu Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM di atas “kejayaan” yang gilang gemilang menganjurkan seminar ini. Seminar yang dijalankan selama dua hari (2 & 3 September) ini dikatakan telah menghimpunkan banyak “tokoh-tokoh” ulamak dari Arab Saudi, Mesir dan Jordan – tetapi minta maaf kerana penulis kurang mendengar kemasyhuran tokoh-tokoh ini- sehinggakan ia dapat menarik minat ramai peserta untuk menyertainya. Berdasarkan pemerhatian rambang penulis, jumlah peserta yang hadir ialah lebih kurang 500 orang lebih (termasuk urusetia dan ada pihak-pihak yang dikehendaki untuk menghantar wakil).

Melihat kepada tajuk seminar ini, membuatkan penulis berasa berminat untuk menyertainya. Rupanya persamaan ini dikongsi bersama oleh beberapa lagi rakan penulis yang sempat ditemui. Harapan kami semoga kami dapat tahu bagaimana untuk menyatupadukan kembali ummah ini dan apakah anasir-anasir kotor yang terdapat di dalam pemikiran umat Islam yang perlu dimurnikan. Rupa-rupanya penulis dan ramai lagi peserta ibarat bermimpi di siang hari dan bagaikan pungguk rindukan bulan. Ternyata seminar ini hanya indah khabar dari rupa. Manakan tidaknya, mendengar saja kertas kerja yang dibentangkan dan isi perbincangannya, tidak menggambarkan tajuk sebenar seminar ini. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah Bid’ah, Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga (Rububiyah, Uluhiyah, Asma’ wa Sifat), Hukum-hakam Kubur, Pandangan al-‘Asyaerah dan al-Maturidiah terhadap konsep al-Tafwidh dan al-Takwil, Salafi: Dulu dan Kini serta Implikasinya Terhadap Perpecahan Ummah, Kaedah Usul: Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw tidak menatijahkan suatu hukum.

Terang lagi bersuluh bak cahaya matahari di siang hari. Seminar ini bertujuan untuk “menyerang” dan menyekat aliran yang giat berkembang di kalangan generasi muda dan cerdik pandai di bumi Malaysia, iaitulah aliran tajdid yang ingin kembali kepada pemahaman dan pengamalan Islam seperti mana yang difahami oleh golongan sahabat dan para tabiien, berdasarkan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Sebelum terlupa, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan sangat kagum di atas kesungguhan pihak penganjur menjemput penceramah dari negara arab semata-mata untuk mengatakan bahawa pembahagian tauhid kepada tiga adalah batil. Untuk menjadikan usaha pihak penganjur ini tidak menjadi sia-sia dan membazir duit sahaja, penulis ingin mengemukakan satu cadangan terutamanya kepada Pengurus Masjid UIA merangkap Pengarah Seminar ini. Penulis mencadangkan dan mencabar Pengarah seminar ini –jika berani- supaya mengarahkan pihak Kuliyah Ilmu Wahyu, UIA merombak kembali silibus matapelajaran aqidah, jika benar pembahagian tauhid kepada tiga ini adalah batil. Ini kerana, perkara inilah yang diajar oleh pensyarah di Kuliyah ini. Jika ia batil, penulis amat bimbang kerana ia melibatkan masalah aqidah para pelajar. Penulis dan ramai lagi rakan-rakan setia menunggu tindakan berani daripada pihak penganjur. Lagi pun, pejabat Masjid UIA tidaklah jauh sangat dengan Kuliyah Ilmu Wahyu.

Apakah niat “murni” pihak penganjur tercapai dan terlaksana? Pada hemat penulis, mereka telah silap memilih tempat. Mereka mungkin menyangka, cuaca baik di negeri Pahang boleh dibawa terus ke negeri Perlis, tetapi rupanya ribut taufan yang telah malanda di UIA. Jika di Pahang, para pembentang boleh berceramah dengan hati yang ceria tanpa gundah gelana, bak kata P. Ramlee “bagai dunia ini ana yang punya”, para peserta pula hanya khusyu’ mendengar (sebab ada yang tidak faham bahasa Arab), tetapi lain pula suasananya di UIA. Kebanyakan pelajar UIA (kecuali segelintir geng yang mengatakan “Allah wujud tidak bertempat”) dan beberapa orang pensyarah yang hadir tidak sewenang-wenangnya memberikan laluan mudah kepada para pembentang untuk mengelirukan para peserta. Selesai sahaja pembentangan dibuat oleh setiap penceramah, lantas dengan pantas bangun beberapa orang pelajar UIA dan beberapa pensyarah beratur di mikrofon untuk bertanya soalan, dalam erti kata lain memberikan hujah balas terhadap tajuk yang dibentangkan. Malahan, ada yang belum lagi pembentangan selesai, mereka telah bangun dan lantas mempersoalkan fakta yang telah dikemukakan kerana tidak tahan dengan keganjilan fakta-fakta dan tohmahan yang dilemparkan kepada para ulamak seperti Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah. Perkara ini lebih jelas pada hari kedua apabila tajuk berkenaan pembatilan pembahagian tauhid kepada tiga dan isu takfir dibangkitkan.

Buku belum lagi bertemu dengan ruas. Namun, soalan-soalan dan hujah balas yang dikemukan oleh peserta yang rata-ratanya masih belajar di UIA ini, sudah cukup membuatkan para pembentang duduk tidak senang. Pembela-pembela sunnah ini dilihat seakan-akan tidak membiarkan para penceramah pulang begitu sahaja dengan hati yang tenang. Sekurang-kurangnya apa yang terpaksa dihadapi oleh mereka di UIA ini, akan membuatkan mereka dan pihak penganjur untuk berfikir lapan kali untuk datang lagi. Atau pun mereka mungkin terpaksa balik semula untuk menyiapkan “bom-bom nukleur” untuk menyerang kembali, bukannya sekadar membawa mercun-mercun yang hanya sesuai dibakar sewaktu Xong Ci Fa Choi.

Setiap kelemahan ada kekuatannya. Secara jujur, penulis kagum dengan beberapa orang penceramah yang begitu kuat hafalannya dan begitu petah lagi cantik susunan gaya bahasanya. Yang baik dan benar kita perlu akui, walau pun dari pihak yang menentang, yang salah tetap salah walau pun dari pihak sendiri.

Sebenarnya timbul juga rasa simpati kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang hadir dalam seminar ini, yang tidak dapat memahami bahasa Arab. Kebanyakkan mereka sanggup datang dari Negeri Sembilan (Yayasan Sofa). Ini kerana perkara yang diperdebatkan antara penceramah dan peserta adalah perkara ilmiah yang memerlukan asas-asas dalam beberapa cabang ilmu agama. Walau pun disediakan khidmat terjemahan secara langsung, tapi apa yang penulis dengar sendiri terjemahannya, ia tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya (bukan kerana kelemahan penterjemah, tapi kerana penceramah dan peserta bercakap dengan cepat). Tapi yang seronoknya, pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini sangat cekap menjalankan peranan mereka sebagai “pasukan penepuk tangan”. Entah apa yang ditepuk pun entahlah.

Di kesempatan ini juga penulis ingin berkongsi pandangan tentang aspek pengurusan seminar ini. Alhamdulillah, penulis telah berkesempatan untuk mengikuti banyak seminar sebelum ini samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Namun, dukacita, inilah seminar yang paling serabut perjalanan dan pengurusannya. Contoh yang ketara ialah tiadanya kawalan masa pada sesi pembentangan. Penceramah boleh membentangkan selama mana yang dia suka. Kesannya, jadual waktu di dalam tentatif tidak lagi dipatuhi. Pengerusi untuk sesi pembentangan pula tidak ada, sehingga salah seorang penceramah terpaksa mengambil alih menjadi pengerusi. Ada pula kertas kerja yang tidak disediakan, jadi peserta hanya seperti mendengar ceramah umum. Yang lebih penting, sesi resolusi tidak dijalankan dengan sempurna. Apa yang ada ialah salah seorang urusetia hanya membacakan sahaja secara pantas dalam keadaan para peserta telah bangun untuk bersurai. Para peserta juga tidak diberikan salinannya. Penulis percaya ramai yang tidak memberikan perhatian. Ini kerana sebelum itu berlaku perdebatan hangat di antara salah seorang penceramah dan beberapa peserta. Ramai yang bangun untuk bertanya soalan dan memberi hujah balas sehinggakan pengacara majlis terpaksa menamatkan seminar ini begitu sahaja. Jadi seminar ini diakhiri dengan suasana yang agak kelam kabut. Penulis ingin menasihatkan kepada pihak penganjur supaya belajarlah terlebih dahulu bagaimana cara untuk menguruskan perjalanan seminar yang baik. Jangan orang lain buat seminar, kita pun nak buat juga. Cubalah rajin-rajin hadirkan diri dalam seminar yang dianjurkan oleh pihak lain yang dapat dijalankan dengan baik.

Akhirnya, tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur kerana telah berjaya “menyatupadukan ummah dan memurnikan pemikiran umat Islam” khasnya di UIA dan di Malaysia amnya.

Bersama kita semarakkan perkembangan arus tajdid!!!

Abu Ubaidah

abdulhaq_alqadahi@yahoo.com

Sunday, July 09, 2006

Forum Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran Di Era Globalisasi

Assalamu'alaikum

Muslim Professionals Forum (MPF) akan mengadakan satu forum yang bertajuk :

Forum Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran Di Era Globalisasi

Tempat : Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Tarikh : Ahad, 23 Julai 2006

Masa : 9:00 pagi hingga 1:00 tgh

Yuran : Orang Awam : RM10.00 sahaja
Pelajar IPT : PERCUMA


(Ahli-ahli profesional, para pelajar IPT dan pencinta Islam (tajdid)
pastikan anda tidak melepaskan peluang ini).

Tajdid adalah satu istilah yang menjadi topik perbincangan hangat oleh
masyarakat makakini. Cuma istilah ini di fahami melalui cara dan
pendekatan yang berbeza dan pelbagai. Apakah maksud tajdid itu
sebenarnya? Dan apakah pandangan Islam terhadap gerakan-gerakan yang
cuba membawa mesej ini?

Menyedari ia adalah satu isu yang penting, yang perlu dilihat dari
kacamata Islam yang sebenar, Muslim Professionals Forum (MPF)
mengambil inisiatif menganjurkan forum berkaitan dengan fenomena
tajdid ini dengan memfokuskan perbincangan kepada mengetahui sejarah
tajdid, bagaimanakah perkembangannya dan apakah cabaran yang bakal
menanti gerakan-gerakan tajdid, serta relevannya di era globalisasi
ini.

Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk memberikan
penjelasan secara ilmiah dan universal, serta membuka ruang kepada
diskusi ilmiah diantara ahli panel dan para peserta. Antara lainnya,
ia juga berharap agar dapat menghilangkan kekeliruan dan membendung
salah tafsir terhadap maksud tajdid yang sebenar. Di samping itu,
pertemuan yang bakal di adakan nanti juga diharap dapat mengumpulkan
semua pendokong aliran tajdid ini demi menyemarakkan lagi proses
tajdid yang sedang giat tersebar, terutamanya dikalangan para cerdik
pandai dan ahli-ahli profesional masakini.

Aturcara Majlis

9:00 pagi : Pendaftaran & Jamuan Ringan

10:00 pagi : Kata-kata aluan pengerusi majlis

10:05 pagi : Ucapan perasmian oleh YB. Dato' Seri Shahidan Kassim,
Menteri Besar Perlis.

10:20 pagi : Forum : Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan
Cabaran Di Era Globalisasi

Ahli Panel :

1. Professor Madya Dr. Ahmad Farouk Musa
(Pakar Bedah Kardiotorasik, Pensyarah Fakulti Perubatan UPM. Ahli pengasas MPF)

2. Ustaz Maszlee Malik
(Pensyarah UIAM. Penceramah agama dan penulis khususnya didalam isu Palestine)

3. Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
(Juruterbang MAS dan telah penulis lebih dari 24 buah buku agama)

4. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Pensyarah USM. Pengkhususan Hadith dan penceramah agama)

Moderator : Dr. Musa Mohd Nordin
(Pakar Perunding Pediatrik. Presiden Federation of Islamic Medical
Association dan Matan Presiden MPF).

Pendaftaran :

Bagi tujuan pendaftan sila hubungi nama di bawah :-

1. Manan Razali (016-2097727)
2. Siti Jamilah Shiekh Abdullah (012-3718518)
3. Asnah Ahmad (012-2100577)

Kepada para pelajar, sila hubungi :-

1. Dr M. Izham Ishak (019-4341981)
2. Rosmalizawati Abdul Rasyid (013-9402247)
3. Nurhidayati Hissan (013-7634950)

atau melalui e-mail :

ana_am99@hotmail.com

daie@maktoob.com

Anjuran :

Muslim Professionals Forum Berhad
Suite 1810, 18th Floor, Plaza Permata Jalan Kampar,
Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.

Sunday, April 23, 2006

Laporan Kem Penghayatan Solat 2006







APRIL 23, Kem Sri Raudah, GOMBAK: Alhamdulillah, penat-lelah selama tiga hari menjalankan program Kem Penghayatan Sifat solat Nabi s.a.w. tamatlah sudah. Kejayaan ini tidak lain tidak bukan adalah kurnia Allah semata, hasil kerjasama antara warga INTIS.

Secara ringkas, program berjaya mencapai matlamat asas, iaitu membantu peserta yang terdiri dari kalangan remaja memahami prinsip aqidah dan ibadah yang merupakan tunjang agama Islam. Dari kuliah yang santai mengenai usul aqidah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Fadhlan, pensyarah UKM dapat dilihat para peserta memahami konsep tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wa sifat. Ceramah mengenai tatacara solat disertai dengan nota ringkas dan praktikal dari beliau turut berjaya menanamkan tatacara solat berpandukan hadith-hadith sahih kepada peserta. Hasilnya, para peserta mampu merujuk kepada dalil-dalil ringkas yang termaktub dalam kitab-kitab hadith muktabar.

Seterusnya dalam LDK, para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil agar keberkesanan perbincangan terhasil. Dengan mahasiswa-mahasiswa UIAM yang terpilih menjadi fasilitator, para peserta sekali lagi diberi pengukuhan mengenai usul aqidah dan tatacara bersuci dan solat. Suasana pembelajaran yang nyaman - dengan deruan sungai dan kicauan unggas - ternyata memberi kelainan kepada para peserta. Ujian yang dijalankan menyebabkan para peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik. Nyata sekali pendekatan ujian berjaya menanamkan usaha untuk mencintai ilmu di kalangan peserta.

Hari terakhir, para peserta dikehendaki mengembara di dalam hutan mengikut modul khas yang disediakan - mendapatkan kembali dokumen sulit yang telah dicuri musuh. Nyata mereka berhadapan dengan serangan musuh dan pelbagai halangan alam - agar mereka melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Serangan musuh yang berjaya mencederakan beberapa peserta menyebabkan mereka terpaksa menunaikan ibadah di dalam hutan - sambil mempraktikkan segala teori yang telah diajar dalam ceramah dan LDK. Bagaimana berwuduk dengan air segelas air, bertayammum, solat untuk mereka yang cedera - mencari arah qiblah di dlaam hutan - semuanya berjaya memupuk semangat untuk beribadah di kalangan remaja.

Buat semua warga INTIS - tahniah diucapkan, dan semoga Allah membalas jasa kalian. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Friday, April 21, 2006

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba, selepas hampir dua bulan berhempas pulas bersama rakan-rakan untuk Siri Penghayatan Sifat Solat Nabi s.a.w.


Tarikh: 21-23 April 2006
Tempat: Kem Sri Raudah, Gombak
Peserta: Remaja Lelaki 10-17 tahun

Setelah tiga siri diadakan di Pulau Pinang, tiba masa untuk melebarkan sayap dakwah di Lembah Kelang. Sengaja diadakan pada musim persekolahan, sekadar ingin melihat penerimaan masyarakat dan keupayaan yang dimiliki sekumpulan kecil mahasiswa UIAM yang memiliki kesedaran untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik remaja. Andai program ini berjaya, insya-Allah cerahlah peluang dan berkobarlah semangat untuk dianjurkan pula pada musim cuti sekolah mendatang.

Nantikan laporannya... Semoga Allah bersama kami!

Saturday, December 31, 2005

Laporan Program Kem Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik

Tarikh:
25-27 November 2005

Tempat:
Institut al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Anjuran:
Yayasan Penuntut al-Imam al-Syafi’e (YAPIS-UIAM)
& Institut al-Qayyim (IQ-DPIQAJ)

Tema Program:
“Sunnah sebadai panduan kecemerlangan sahsiah dan akademik.”

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kem tersebut telah dapat dijalankan sebagai salah satu usaha dakwah dan khidmat kepada masyarakat, terutama generasi muda di kawasan utara tanahair. Untuk siri ke-3, kali ini elemen kecemerlangan akademik turut dimasukkan dalam objecktif program memandangkan kepada keperluan untuk menghasilkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah dan akademik. Seramai 58 peserta telah menyertai program kali ini, dari umur 8 tahun ke 15 tahun.

Antara cadangan dan komen yang diterima dari waris peserta ialah untuk memanjangkan tempoh program kerana tiga hari terlalu singkat dan ditambah modul-modul untuk pembinaan sahsiah seperti jungle-trekking, hiking dan lain-lain. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penhargaan kepada pihak IQ yang telah memberi bantuan sepenuhnya sepanjang perjalanan program.


Selaku salah seorang jawatankuasa pelaksana program, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan-rakan dari UIAM dan UiTM yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam usaha mereka menjayakan program ini walaupun dalam jumlah yang amat sedikit, baik committee program mahupun fasilitator. Sesungguhnya perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan kesungguhan. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.

Thursday, November 03, 2005

Eid Mubarak!


Semoga segala amalan diterima Allah dan diampunkan dosa-dosa yang lalu.
Maaf zahir & batin.
Sambutlah kegembiraan Eid berlandaskan lunas-lunas syarak.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini.
Semoga istiqamah dalam perjuangan.

Thursday, June 23, 2005

XPDC YAPIS KE PUNCAK TABUH

MASJID IIUM DARI VIEW BUKIT TABUH Posted by Hello

Monday, May 16, 2005

Seminar manhaj ahl sunnah wal jamaah Posted by Hello