Wednesday, October 11, 2006

LAPURAN Ringkas FORUM Gerakan Tajdid dan majlis Iftar UIAM

Bertempat di dewan utama UIAM Gombak, sambutan amat mengejutkan di mana peserta memenuhi ruang bawah dan atas auditorium. Majlis turut dihadiri oleh Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi, sebagai ahli Forum dan Pemerhati pemerintah. YBhg Dr Lo'Lo' Ghazali, Pengerusi Badan Kebajikan dan kemasyarakatan PAS, turut hadir tanda sokongan. Juga Sponsor utama, Syaikh Ahmad Yani dari Kumpulan Karangkraf yang sentiasa padu memberi sokongan pada aktiviti Tajdid dan majlis Forum dan Iftar diresmikan oleh Prof Madya Rahmatullah Khan, UIAM.

Sesi satu: 3:00 ptg - 4:30 ptg

Setiap Forumer diberi 20 minit penyampaian.

Forumer 1: Protaz Mohd Yaacob Mohd Yunus
Naib Presiden perbankan Afin

Tajuk: Manhaj tajdid salaf: Tarbiyah & Tasyfiyah. Ini gagasan tajdid dari Nejd atau semenanjung Tanah Arab yang diperkenalkan secara manhaj tajdid oleh alMuhaddith Nasiruddin al-Albani rh.
Tasyfiyah menurut al-Albani ialah pemurnian Islam dari apa jua yang asing darinya, manakala tarbiyah ialah pembinaan generasi tajdid di atas pemurnian itu. Ruang lingkup tasyfiyah ialah akidah, hukum, sunnah, fiqh, tafsir, tazkiyah, fikrah, sejarah, dakwah, bahasa arab. Oleh kerana mas yang terhad, syaikh akob almandeeli tidak dapat menghuraikan dgn smepurna. Apapun, pihak karangkraf akan menerbitkan buku sempena Forum Tajdid ini.

Forumer 2: thtl al-ahkami

Tajuk: Menyoroti semula Dokumen Tajdid pergerakan Ikhwani: Usyul Asyriin.

jika sdr mohd Yaacob menghidangkan manhaj tajdid dari Saudi, thtl pula membentangkan manhaj tajdid dari Egypt, iaitu dari gerakan Islam paling senior dan paling berpengaruh, pergerakan Ikhwan. Ini cuma suatu imbasan sejarah dan kita ingin belajar dari dua manhaj tajdid yang begitu berpengaruh dewasa ini. Walaupun dua aliran ini (Saudi dan Egypt) tidak sehaluan, tapi sebagai generasi Islam yang ingin melihat kematangan dalam kebangkitan Islam, maka Forum ini ingin mengajak ahli forum khususnya warga UIAM apa salahnya menyoroti gagasan kedua-dua aliran tsb.

usyul 20 adalah suatu seruan penyatuan dari Ustaz alBanna kepada semua pergerakan Islam di Mesir dan dunia Islam khasnya kerana kelemahan umat Islam seputar 1920'an ialah masalah akidah dan kefahaman. Untuk meletakkan landasan kebangkitan semula Islam, Ust alBanna menggariskan Usyul 20 pada tahun 1942 sebagai suatu semakan kepada semua pekerja Islam tak kira apa jua aliran dan manhajnya menyimak asas kefahaman terhadap Islam.

Usyul Asyreen adalah mengenai kefahaman dan kefahaman adalah buah dari ilmu dan dari kefahaman, maka langkah tajdid dapat diteruskan.

usyul pertama dari 20 ialah: islam adalah sistem hidup yang syumul yang merangkumi 22 perkara yang menjadikan Islam itu syumul. Perkara utama dalam pendefinasian semula Islam syumul menurut al-Banna ialah Islam adalah sistem politik (negara, wathan, dan ummat). ini kerana semasa kebangkitan Ikhwan, itu ialah era politik mula dipisahkan dari agama oleh Attaturk dan Ali Abdul Raziq.
thtl tidak sempat masuk dalam 19 lagi usyul kerana masa cuma 20 minit.

Forum # 3: Ust Maszlee Malik , tokoh pembebasan al-Quds Malaysia dan Pensyarah UIAM sendiri. Tajuk asal beliau ialah tajdid minda Melayu, tapi melihat suasana semasa beliau mengubah tajuk kepada menyorot gerakan tajdid secara umum. Oleh kerana advantage sebagai tuan rumah, Ust maszlee mengambil masa yang agak lama sehingga 4:40 ptg menyoroti sejarah Tajdid (reformis agama) dari era Muhammad Abdul Wahab, Muhammad Abduh Rashid Ridha, alBanna, bahkan lebih dulu dari itu, zaman Umar Abdul Aziz, Imam-imam madzhab, Ibn Taymiyah, alSyuyuthi. dan Syaukani. Apa yang penting tak kira samada dari aliran Saudi atau Mesir, kata ust maszlee, ambil yang terbaik dari pengalaman mereka. Kertas kerja beliau juga akan dibukukan.
Majlis bersurai utk solat Asar tanpa sesi soal-jawab.

Sessi Kedua FORUM: Barisan Elit atau heavyweight

Sesi kedua bermula 5:00 ptg dan ini adalah sesi yg dinantikan kerana barisan forumersnya yang hebat sekali.

Forumer #1: Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi dgn tajuk Tajdid dalam Peradaban (hadhari). Beliau bermula dengan rentak perlahan sebagai seorang syaikh. Mula-mula mengulas mengenai hadith Abu Daud seputar setiap 100 tahun Allah akan bangkitkan seorang mujaddid. Oleh kerana kekangan masa 10 minit seorang, maka Dr uthman hanya menyebut beberapa point penting utk menjayakan tajdid peradaban, spt akidah, ibadah, tsaaqafah dan antara cara yang ditekankan ialah tajdid itu dalam rangka keta'atan kepada ulil amri.

Sebelum menamatkan ceramahnya, Dr Uthman mengejutkan semua yang hadir kerana ia skeptikal dengan muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyah. beliau juga menempelak tawhid yang dipecah tiga: rububiyah, uluhiyah dan asma' wassifaat yang tidak dikenali di zaman salaf assoleh.

Forumer #2: Ustzh Rosmalizawati dari UIAM. beliau merupakan panelis yang ditambah di saat akhir bertajuk: peranan Muslimat dalam Arus Tajdid. Kita pun merasa terharu, kerana sejak Forum Tajdid edisi pertama, peranan muslimat dalam arus tajdid tidak disuarakan. beliau menjelaskan peranan wanita dalam menjayakan arus kebangkitan Islam yakni menjadi penolong kepada kaum Adam dgn sebaiknya terutama dalam aspek tarbiyah.

Forumer #3 : Prof Madya Dr Farouk Musa, felow MPF (Muslim Profesional Forum) dgn tajuk dalam bahasa Inggeris: Tajdid Politik. Ini suatu tajuk yang amat menarik kerana ia mencari jalan tengah kepada dua aliran yang ekstrim: satu golongan yang menolak demokrasi Barat 100% dan mengkufurkan siapa yang berjuang atas nama demokrasi. Juga satu aliran yang mendokong demokrasi 100%. dr Farouk menyoroti tokoh2 yang menimbang demokrasi dan menerima pemakaiannya dgn bijaksana. Dua tokoh yang telah dilupakan oleh aktivis dakwah ialah tokoh Afrika Utara: Malik Ben Nabi dan Rachid Ganousi, selain dari Dr Prof Yusof alQaradhawi.

Forumer #4: YBhg, samahah syaikh Ust Dr MAZA yang membawa tajuk Gerakan Tajdid di Malaysia. Penampilan Dr MAZA merupakan kemuncak sesi Forum Tajdid II. Ia dinantikan kerana beliau berperanan menjadi anchor kepada Forum ini, merumus dan mengulas bagi kesemua isu yang dibangkitkan. namun, kenyataan dari Dr Uthman el-Muhammadi berhubung Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahab telah menjejaskan tumpuan beliau mengupas isu tajdid. beliau menjawab isu Muhammad Abdul Wahab dan siapakah Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau juga menjawab isu tawhid pecah tiga yang kononnya diperkenalkan oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau menjelaskan beliau tidak suka menjelaskan isu ini dalam majlis spt ini di bulan puasa, tapi terpaksa menjelaskan demi kebenaran dan atas nama akhlak kepada orang yang sudah mati.
Mengenai femonena gerakan tajdid di Malaysia, dr Maza mengajak peserta forum tajdid membuka sikap dan minda dgn terbuka kepada semua gerakan Islam yang bergerak dalam ruang lingkup ASWJ dan menyeru semua pendokong gerakan Islam supaya menjauhi kepongpong keakuan dan bekerja dalam SILO, yakni jama'ah akulah yang paling benar.

Majlis berakhir tepatjam 6:30 ptg, tanpa ada ruang lagi untuk soaljawab. Rata-rata peserta berpuas hati dan jelas dan merasakan tiada soalan yg perlu diajukan.

Majlis iftar dan tarawih diteruskan selepas itu.
menu: beriyani gam daging dan ayam. kaw punya.

Turut hadir ialah Syaikh Kamin dan ali tantawi al-urduni. Kapten Hafizfirdaus tidak sempat kerana baru tiba dari penerbangan jam 4:00 ptg KLIA dan tidak sempat ke UIAM.


Forum Tajdid Edisi ke III akan datang lebih panas lagi dengan ahli Forum yang lebih hebat, antaranya Dr Azwira, Hj Kamin dan Ust Ali Tantawi dari al-ahkam. Tunggu! IA


No comments: