Sunday, January 07, 2007

"Janban Li Janbin"



Sampainya aku di bilik, Amir sedang solat Asar,tanpa melengahkan masa aku segera mengambil wudhu’ dan terus bersedia untuk solat mengikutinya.

”Allahuakbar…”aku terus bertakbir.

”Eh..apsal ko berdirisebelah aku ni?”teriak Amir terkejut dengan tindakanku yang berdiriselari atau sebelah menyebelah denganya.

Terbantut keinginanku berimam..

”Ya Allah..apsal plak ni?kan dah elok-elok solat tadi.” Ayat-ayat spontan terpacul keluar dari mulutku akibat tindakannya.

“Eh, aku pulak yang salah? yang ko pergi berdiri sebelah aku tu buat apa? kan ko tu makmum, diri la belakang sikit!”Amir menyuarakan apa yang terbukudihatinya sehingga membuatkan solatnya terbatal.

Aku hanya mampu tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Otak aku ligat bekerja mencari jawapan yang sesuai dengan pemahamanku tentang kedudukan makmum seorang diri.

"Em..ko belajar makmum kene belakang sikit dari imam ker?”aku cuba bertanya walaupun tahu akan jawapannya.

"Ek eleh..mestilah,habis tu takkan la kedudukan imam belakang makmum?” Jawapan Amir cuba menyindir. Aku segera cuba menjernihkan keadaan takut kalau-kalau Amir“terbakar” dengan pertanyaanku.

"Makmum sebelah kanan kan?”aku bertanya lagi.

"Yela!” Amir menjawab keras kerana soalanku yang dikira tidak relevan pada usianya. Untuk menguatkan hujahnya dia membacakan hadithyang dihafalnya sejak di sekolah menengah agama.

"Artinya : Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiribeliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegangkepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya....(Shahih Riwayat Bukhari I/177)."

“Pergh..mantap jugak budak Amir ni.”hatiku berbisik penuh kekaguman.” Tapi tu just dalil yang mengatakan makmum disebelah kanan jer?”aku cuba menjauhkan perbualan.Walaupun jam telah menunjukkan tepat pukul 5.30 petang, aku berniat melewatkan sedikit solatku untuk sesuatu yang ku harapkanmemberi manfaat kepada pengetahuan Amir.

”Memangla makmum sebelah kanan,habis tu?”soalan Amir menunjukkan seolah-oleh beliau tidak fahamakan soalanku.

“Selain dalil bahawa makmum sepatutnya berada di sebelah kanan,ada juga dalil lain yakni…
DariJabir bin Abdullah, ia berkata ; "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallampernah berdiri shalat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelahkirinya, maka beliau memegang tanganku, lantas ia memutarkan aku sehingga ia dirikan aku di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabbar bin Shakr yang langsung ia berdiri di sebelah kiri Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu beliau memegang tangan kami dan beliaumendorong kami sehingga beliau mendirikan kami dibelakangnya (Shahih Riwayat Muslim & Abu Dawud)." Terjah Amir menguatkan hujah-hujahnya dengan hadith sahih.

“Tapi kedua-dua dalil yang kau berikan ni just menceritakan bahawa kedudukanmakmum di sebelah kanan,yang aku persoalkan sekarang ni ialah bagaimanadengan posisi makmum tu, sebelah menyebelah imam atau sebelah kanan danbelakang sikit,ada tak dalil?” Aku terus menyoal membuatkan dahi Amirberkerut.

Beliau seolah-olah tercabar. Soalanku seolah-olah menambahminyak petrol ke dalam api yang baru hendak marak,tetapi akuberanggapan bahawa tindakan aku seterusnya diharap mampu membuatkanAmir faham.

“Ah..dahla, nak solat ke tak ni?karang habis plak waktu.”Amir cuba berdalih.

Barangkali dia tidak ketemu jawapan bagisoalanku.Amir terus bertakbir dan meneruskan niatnya untuk solat. Akubersangka baik bahawa kemungkinan dia tidak mahu melewat-lewatkansolatnya. Akibat berpegang teguh dengan kefahamanku, aku meneruskan“sunnah”yang dianggap pelik oleh Amir dengan solat sejajardengannya. Barangkali solat Amir tidak khusyu’ dengan tindakanku yangdianggap pelik.

Selesai solat, setelah berzikir secara sir’, aku memulakan muzakarah yang terbantut sebentar tadi, Amir seolah-olah“melarikan diri”.

”Amir….”aku menyapa.

Amir yang tadinya bergegas bangkit menoleh melihatku.

"Dalam hadits Jabir bin Abdullah tu, sewaktu datang Jabbar bin Shakhr lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menempatkan keduanya dibelakangnya. Ini menunjukan kedua sahabat itutadinya berada di samping Nabi sejajar dengan beliau. Kemudian Nabishallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan mereka di belakangnya. Tidakakan dikatakan "Di belakang" kalau pada awalnya sahabat itu tidakberada sejajar dengan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam? Apabila ma'mum dua orang atau lebih, maka barulah harus berdiri di belakangImam” pertanyaanku yang berbentuk ulasan membuatkan Amir melabuhkan punggungnya semula di atas hamparan sejadah.

“Ha..tula,bab-bab hadith ni ko kene berguru, bukan boleh baca ikut buku jer.”Amir cuba memperliku sambil tersenyum sinis.Aku masih cuba bertenang walaupun agak terasa dengan kata-katanya.

“Tapi dalam Al-Muwattha karangan Imam Malik diterangkan bahwa Ibnu Mas'ud pernah shalat bersama Umar. Lalu IbnuMas'ud berdiri dekat di sebelah kanan Umar sejajar dengannya.Apa pendapat ko?” Aku cuba membentang hujah.

“Ha..tula ko, berguru dengan buku.sampai lupa kita tinggal kat Malaysia.kita kan mazhab Shafie.yangnak ikut sangat mazhab Maliki tu kenapa? mana boleh tukar-tukar mazhab.” kata Amir dengan hujahnya.

Aku tetap mengukir senyum dan mengangguk seolah-olah mengiakan kata-katanya.

”Seorang da’e yang bijak harus mengetahui cara bagaimana mengawal emosinya sebelum dia ingin mengawal emosi mad’unya” terngiang kata-kata ustaz di telingaku.

”Inilah masanya bom atom digugurkan…huhu”bisik hatiku.”Pernah tak ko dengar hadith Dari Ibnu Abbas, ia berkata ;
"Aku pernah shalat di sisi/tepi Nabishallallahu 'alaihi wa sallam dan Aisyah shalat bersama kami dibelakang kami, sedang aku (berada) di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, aku shalat bersamanya (berjama'ah) (Shahih Riwayat Ahmad dan Nasa'i)


“Err..tak pernah”Amir menjawab dengan muka penuh kekeliruan.Mendengar perkataan tidak pernah aku terus menyambung.”Perkataan, "Aku shalat di sisi/tepi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam", terjemahan dari kalimat "Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam".

“Hadith tu guna root word “janbun”?”pertanyaan Amir menunjukkan simpulan tali makin terurai.

Sebagaiseorang pelajar bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa semestinyabeliau memahami perkataan itu seperti mana dalam kamus-kamus bahasaArab artinya : sisi, tepi, samping, sebelah, pihak, dekat.

"A’ah.. Jikadikatakan dalam bahasa Arab "janban li janbin" maka artinya :Sebelah menyebelah, berdampingan, bahu-membahu kan?”aku cubamenyoal.

"Em…a’ah”jawapan Amir lambat seperti jawapan itu memakantuannya.

"Em..takpelah.aku pun tak berapa tahu sangat bahasa Arabni. Sajer tanye.”aku cuba merendah diri dengan menyorok di belakang bidang ekonomiku.

Aku meninggalkan Amir yang masih duduk di hamparan kekeliruannya itu. Cukuplah motifku untuk menimbulkan persoalan denganhadith tersebut yang boleh difahami jelas dari segi bahasanya bahawaIbnu Abbas ketika shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, iaberada di samping/sejajar dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Keesokkanharinya,aku pulang ke bilik setelah habis kelas seperti biasa.Biliklengang dan aku menghamparkan tubuhku di atas katil.Menghembus nafassyukur kerana hari Khamis sememangnya jadualku padat dan akhirnyadapatku lalui hari ini degan lancar.Berselimutkan keletihan sepanjanghari,maka dengan sendirinya aku terlelap.

”Eh..ya Allah! Pukul berapa dah ni?”aku tersedar dari lamunan tidurku. Jam telahpun menunjukkanpukul 6.Aku terlena lebih kurang satu jam lebih tanpa sedar.

"Ish..taksolat lagi ni”. Aku segera ke bilik air mengambil wudhu’.

“Allahuakbar..”akumelaungkan takbir tanpa melafazkan niat secara jahar.
”Allahuakbar” tiba-tiba takbirku disambut Amir yang berada di sebelahku.

Amir berdiridi sebelah kanan dan sejajar denganku menjadikannya makmum dan akusebagai imam. "Alhamdulillah..faham gak dia apa yang aku cuba sampaikansemalam.”bisik hatiku.

Selesai solat aku melihat ke arah Amir,menunggu responnya.”Ko tahu Mi,semalam pas ko tanya aku tu,aku try lah check hadith tu guna software Maktabah Syamilah,memang betul matan hadith ada"Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam". Malah ada gak dalam kitab Subulus Salam, Diriwayatkan bahwa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),"Seorang menjadi ma'mum bagi seorang, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri .? Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi,"Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu shaf dengannya, yaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma'mum dan imam) ?"Jawab Atha'; "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada lowong antara mereka (ma'mum dan imam)?Jawab Atha' : "Ya".
(Subulus Salam jilid 2 hal.31).
" JawapanAmir dengan muka keyakinan.

"Yeke?” reaksiku dengan mimik muka terkejut bercampur bangga sekurang-kurangnya Amir tidak lagi bertaqlid dalam hal ini..Belum sempat dia menjawab, aku menambah "Maknanya…betullah apa yang aku buat semalam?" soalku dengan agak sinis. Amir hanya mampu membisu tanda mengiakannya.

"Takpelah, sekurang-kurangnya lepas ni ko dah tak payah nak tepuk-tepuk bahu imam dari belakang kalau nak jadi makmum, kalau imam tu ada heart-attack,terkejut, kan payah?.” aku cuba berjenaka menjernihkan keadaan. Mendengar kata-kata ku itu, Amir tergelak hingga ternampak putih giginya.


Ibn Yusof
14 Zulhijjah 1427/ 04 January 2007
5.15 p.m
ibnyusof.blogspot.com

No comments: