Wednesday, January 24, 2007

Bagaimana Mereka Membuat Berita

Seorang lelaki masuk ke sebuah bar dan bertanya kepada pelayan: "Bukankah itu Bush dan Cheney duduk di sana?" Pelayan menjawab: "Ya, itu memang mereka berdua." Maka lelaki itu pun pergilah ke sana berjumpa mereka dan berkata, "Wow! Satu kebanggaan bagi saya berjumpa awak berdua. Apa yang awak berdua buat di sini?"

Bush berkata, "Kami sedang merancang Perang Dunia Ketiga." Lelaki itu berkata: "Benarkah begitu? Apa yang akan berlaku?"

Bush menjawab, "Kali ini kami akan membunuh 60 juta rakyat Iran dan seorang pembaiki basikal."

Lelaki itu berkata, "Seorang pembaiki basikal!!! Kenapa bunuh seorang pembaiki basikal?"

Bush memandang Cheney sambil menepuk bahunya dan berkata kepada Cheney, "Lihatlah bodoh, bukankah aku sudah cakap dengan engkau, tidak akan ada sesiapa pun yang hirau akan 60 juta rakyat Iran tu!!!"

*Sekadar jenaka. Eloklah kita periksa pemikiran kita, adakah seperti lelaki itu yang berfikiran sempit sehinggakan terpengaruh dengan suasana semasa (seperti penggunaan ayat di atas) atau sudah mampu berfikiran luas, andai masih belum ke tahap berfikir di luar kotak...

No comments: