Showing posts with label Adab dan Tazkiyyah An Nafs. Show all posts
Showing posts with label Adab dan Tazkiyyah An Nafs. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

Nasihat Berharga Pegawai Jakim Kepad Ust Zamihan



Nasihat yang baik kepada Ust Zamihan Al-Ghari untuk mengelakan beliau dari terjerumus ke fitnah Syiah.

Wallahualam.

Tuesday, January 22, 2008

Angkara dusta dan fitnah, keharmonian akan musnah

Angkara dusta dan fitnah, keharmonian akan musnah

Oleh:

Abd al-Razzaq A. Muthalib

Fitnah dan dusta merupakan dua elemen yang menjadi racun perosak dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, Islam yang senantiasa menyeru ke arah keharmonian dan keamanan, telah menetapkan dua perkara ini sebagai larangan yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya dua unsur perosak ini dibiarkan berlegar di dalam masyarakat, apatah lagi jika dijadikan amalan dan suatu kemestian, maka nantikanlah kehancuran dan kepincangan.

Fitnah ialah mengatakan sesuatu atau menyebarkan sesuatu fakta yang tidak benar dan tidak disukai tentang pihak lain. Secara umumnya, fitnah dan berdusta ini, jika dilihat dari satu sudut merupakan dua sifat yang mempunyai persamaan; iaitu menyatakan sesuatu yang tidak benar. Di dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw ditanya tentang al-ghibah (mengumpat). Maka Rasulullah saw menjawab: ((Mengumpat itu ialah kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya)). Sahabat bertanya: “Bagaimana jika perkara itu adalah sesuatu yang benar tentang saudaraku?”. Rasulullah saw menjawab: ((Jika perkara tersebut (yang tidak disukai) ada pada saudaramu, maka kamu telah mengumpatnya, dan jika perkara tersebut tidak ada pada saudaramu, maka kamu telah memfitnahnya (melakukan dusta ke atasnya)). (Hadis hasan sahih, riwayat al-Tirmizi).

Syaikh Muhammad ibn Soleh al-‘Uthaimin di dalam Syarh Riyadh al-Salihin telah membahagikan dusta ini kepada dua bahagian:

Pertama: Dusta terhadap Allah dan RasulNya. Inilah jenayah yang paling besar dan suatu kezaliman. Firman Allah swt (bermaksud): ((Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim)) (al-An’am:144).

Dusta terhadap Allah dan Rasul ini berlaku dalam dua keadaan iaitu:

(1) Menyandarkan kepada Allah atau kepada Rasulullah saw sesuatu yang BUKAN daripada firmanNya atau pun sabda Baginda saw. -Pencipta hadis palsu termasuk dalam golongan ini-.

(2) Menafsirkan sesuatu ayat al-Quran atau hadis Nabi dengan tafsiran yang SALAH lagi menyimpang daripada apa yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

Sebagai contoh, suatu pihak yang menggunakan firman Allah di dalam surah Quraish, ayat 4 (bermaksud): ((Yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan)) dengan mendakwa merekalah yang menjamin rezeki dan keamanan orang ramai. Maka dakwaan ini dengan menggunakan ayat tersebut ternyata salah. Ini kerana ayat tersebut perlu dibaca bersama ayat sebelumnya (bermaksud): ((Maka sembahlah Tuhan rumah ini (Kaabah). (Iaitu Tuhan) yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan)).

Malang sekali, perkara sebegini pernah berlaku. Sehinggakan ada pihak –demi kepentingan sendiri- menjadikan ayat ini sebagai salah satu modal dalam kempen mereka.

Rasulullah s.a.w. memberikan suatu peringatan dan ancaman yang berat terhadap sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasnya dengan sabda yang bermaksud: ((Sesiapa yang melakukan dusta keatasku siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka)). (Muttafaqun’alaihi). Cukuplah amaran Allah dan Rasul-Nya ini sebagai peringatan kepada kita.

Waspadalah dalam berbicara, apatah lagi lagi jika ia membabitkan hal agama. Suasana hari ini mempamerkan kepada kita bahawa sesetengah umat Islam yang tidak memahami secara jelas tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan Islam, tetapi berminat untuk mengambil bahagian dalam mengulas dan menyampaikan pendapat mereka. Natijahnya, maka muncullah pendapat-pendapat pelik yang lari jauh dari landasan yang sebenar.

(Pengasas Kumpulan Ahbasy yang menghidupkan budaya Mengkafir tokoh-tokoh Islam dan menghidupkan ajaran Sufi yang sesat .)

Bahkan sebahagian daripada kalam-kalam mereka itu jika diamati boleh menjejaskan kesahihan akidah mereka. Contohnya seperti fitnah yang dilemparkan oleh puak Ahbash yang mengkafirkan ramai para ulamak seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Dr.Yusof al-Qaradawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Syed Qutb, Syaikh Mutawali Sha’rawi dan lain-lain lagi. Jika di Malaysia pula, pengikut Ahbash ini telah mengkafirkan SS Mufti Perlis sekarang. Oleh itu, api fitnah yang dinyalakan oleh pengasas Ahbash iaitu Abdullah al-Harari di Lubnan, kemudian ditiup pula oleh pengikut-pengikutnya di Malaysia ini, perlu dipadamkan segera. Jika tidak ianya akan merebak membakar keamanan dan memusnahkan keharmonian umat Islam, khususnya di Malaysia yang tercinta ini.

Ramai juga yang menjadikan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagai hujah untuk membenarkan kata mereka. Perkara ini jika dilihat secara kasar adalah amat baik, malahan sangat dituntut. Tetapi, malangnya mereka mengambil sikap cuai dan lewa dalam menyampaikan hadis-hadis tersebut dengan tidak mempastikan terlebih dahulu tahap kesahihannya. Maka, digunakan hadis-hadis dhai’f dan palsu sebagai hujah dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang dipentingkan adalah pendapat mereka diterima, barangan mereka laris, sokongan terhadap mereka bertambah, kedudukan mereka tidak tergugat, periuk nasi mereka selamat.

Malah, lebih malang lagi, perkara ini dilakukan oleh mereka yang berpendidikan khusus dalam bidang agama. Mereka mengerti hakikat sebenar, tetapi sengaja menyembunyikan kebenaran. Mereka mengetahui hukum-hakam yang tepat, tetapi sengaja memutar belitkan kenyataan. Mereka memahami hakikat sesuatu ilmu, tetapi sengaja mengkhianati ilmu yang mereka pelajari. Asalkan mereka mendapat restu dan sokongan, dari rakyat jelata dan pimpinan atasan.

Dr. Nur al-Din al-‘Itr di dalam kitabnya Manhaj al-Naqd fi ‘Ilmi al-Hadith telah menggariskan lima sebab dan golongan yang menyebabkan muncul dan tersebarnya hadis-hadis palsu ini dikalangan masyarakat. Dua daripada sebab-sebab dan golongan tersebut ialah:

1. Untuk menggalakkan manusia kearah kebaikan dan memberi amaran daripada melakukan kemungkaran (al-taghrib wa al-tarhib). Termasuk di dalam golongan ini adalah mereka yang jahil yang beranggapan zuhud dan ingin melakukan tazkiyat al-nafs. Tetapi amalan mereka ini dilakukan dalam keadaan mereka jahil dengan asas agama yang sebenar. Maka mereka mencipta hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat zikir dan solat-solat sunat yang melampaui prinsip-prinsip agama, lalu disebarkan untuk menggalakkan masyarakat ke arah kebaikkan. Mereka pula mencipta dan menyebarkan hadis-hadis tentang azab dan balasan dosa terhadap kesalahan-kesalahan tertentu yang keterlaluan dan menyimpang jauh daripada asas agama dengan tujuan menjauhkan manusia daripada melakukan kemungkaran. Tetapi tanpa disedari mereka telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w.

2. Untuk mendapat habuan keduniaan. Termasuk di dalam golongan ini adalah golongan yang ingin menghampiri diri kepada pemerintah dan juga para penyampai dan pencerita yang bertujuan mendapat habuan masing-masing. (Al-Itr, Nur al-Din, Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith (Beirut; Dar al-Fikr al-Muasir,cet.3,1997), hal.304).

Kedua: Dusta terhadap manusia. Dusta terhadap manusia ini juga boleh belaku dalam dua keadaan. Pertama; seseorang yang berpura-pura menzahirkan dirinya sebagai seorang yang beriman, beramal soleh dan melakukan kebaikan, sedangkan hakikatnya dia adalah kafir yang tidak bersikap sedemikian. Golongan inilah yang digelar sebagai munafik. Allah s.w.t. menyifatkan golongan ini melalui firman-Nya: ((Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman)).(Al-Baqarah:8) Kedua, pendustaan terhadap manusia boleh berlaku apabila seseorang itu mengatakan sesuatu yang tidak benar atau menyebarkan sesuatu berita palsu di kalangan masyarakat.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang empat perkara jika terdapat pada seseorang, maka dia tergolong dalam golongan munafik (munafik amalan). Diantara empat sifat tersebut adalah apabila bercakap dia berbohong.

Sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ini merupakan suatu sifat yang terkeji lagi terkutuk. Perbuatan ini merupakan punca berlakunya perselisihan pendapat yang tidak diizinkan, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah dan dusta ini ditaburkan kepada masyarakat samaada melalui percakapan, ceramah, media massa (akhbar & tv), tulisan (buku, artikel, laman web) dan sebagainya. Sedangkan orang mukmin ini keseluruhannya disifatkan oleh Allah sebagai bersaudara. Allah s.w.t. berfirman: ((Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara)). (Al-Hujurat: 10)

Tetapi fenomena yang berlaku hari ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Fitnah dan dusta ditaburkan kepada masyarakat samaada melalui percakapan, ceramah, media massa (akhbar & tv), tulisan (buku, artikel, laman web) dan sebagainya. Ia dilakukan sama ada oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan dan mendapat kemenangan. Maka disebarkanlah berita-berita palsu dan fitnah-fitnah yang memburukkan pihak lain. Harapannya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut akan terhakis. Kedudukannya akan tergugat. Dakwahnya tersekat. Perjuangannya akan singkat.

Selain itu, sikap menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu ini merupakan sikap yang boleh menyakiti hati sesama Muslim dan menyebabkan hubungan ukhuwah akan menjadi retak. Sebab itulah Islam amat melarang perbuatan menyakiti hati seorang Muslim yang lain dan menjanjikan balasan dosa terhadap mereka yang melakukan sedemikian. Firman Allah s.w.t.(bermaksud): ((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)

Al-Imam Ibn Kathir (w 773 H), ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: ”Mereka telah menyandarkan kepada orang beriman ini sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh mereka (orang beriman), maka inilah fitnah dan dusta yang besar iaitu menyatakan sesuatu perkara tentang orang yang beriman apa yang tidak dilakukan oleh mereka dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan martabat mereka.” (Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran al-‘ Azim (Beirut: Dar al-Turath al-Arabi, Ctk. 1,2000), m/s 524).

Oleh itu, wahai seluruh kaum Muslimin, berhati-hatilah dalam berbicara, berwaspadalah dalam bertindak. Ini kerana segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan di dunia, sedikit pun tidak akan terlepas daripada pandangan dan perhitungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): ((Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)). (Qaaf: 18)

Semoga kita semua digolongkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya yang bercakap benar dan selamat dari sebarang fitnah.

Monday, September 17, 2007

Siri Tazkirah Ramadhan : DI MANA KESAN DIDIKAN RAMADHAN? (Bhg 1)

Oleh:
Abd al-Razzaq A.Muthalib Ahmad

“Kedatanganmu dinanti oleh insan yang mengerti,

Pemergianmu dirindui oleh mereka yang merasai,

Kau sediakan peluang yang sama, tapi natijahnya berbeza,

Hadirlah dikau bersama rahmah dan maghfirah,

Moga kami dapat merasai nikmat al-Jannah,

Oh…Ramadhan…..”

(23/9/06, 12.41am, Mekah al-mukarramah)

Ramadhan menjelma lagi. Bagi insan yang telah mengecapi dan merasai nikmat Ramadhan ini, kedatangannya adalah suatu yang amat dinanti. Ramadhan adalah sebuah madrasah yang memberikan tarbiyah untuk manusia meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Hakikatnya, Ramadhan bukan hanya sekali ini saja, tetapi ianya telah muncul silih berganti saban tahun. Bagaimana peredaran malam dan siang, bulan dan matahari, begitulah silih bergantinya bulan-bulan ini. Apabila Ramadhan datang setiap tahun, maka kita juga akan berpuasa setiap tahun. Berpuasa bukanlah sekadar acara rutin tahunan sepertimana kita menyambut hari kemerdekaan. Tetapi ianya merupakan suatu ibadah yang wajib ditunaikan dengan penuh penghayatan dan sepatutnya menatijahkan suatu kesan yang kekal sepanjang zaman.

Ramadhan juga sudah pasti akan melabuhkan tirainya nanti. Namun begitu, ia tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja. Ini kerana Ramadhan telah mengajar kita pelbagai erti tentang hakikat insan dan kehidupan. Pemergiannya diganti dengan kehadiran Syawal yang melambangkan kegembiraan dan satu kemenangan. Kehadiran Syawal juga menandakan berakhirnya satu proses pertarbiyahan di madrasah Ramadhan.

Apa pula selepas Ramadhan? Bagaimana pula amalan kita di bulan Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam, Safar dan bulan-bulan yang lain? Bagaimana juga akhlak kita di bulan-bulan yang lain? Apakah kesannya setelah sebulan kita mendapat latihan pada bulan Ramadhan? Adakah semuanya terhenti apabila tibanya 1 Syawal? Justeru, di depan kita adalah beberapa persoalan yang tidak cukup jika hanya dijawab dengan lisan tanpa dibuktikan dengan tindakan.

Solat berjemaah & imarahkan masjid

Kalau di bulan Ramadhan, kita dapat lihat fenomena kebanjiran manusia di kebanyakan masjid-masjid. Masing-masing dengan penuh semangat berpusu-pusu menuju ke masjid kerana tidak mahu melepaskan peluang solat terawih berjemaah. Kadang-kadang terdapat juga sesetengah masjid dan surau yang terpaksa mendirikan khemah sementara diluar masjid bagi manampung jumlah para jamaah yang begitu ramai. Terlintas juga di benak fikiran Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan AJKnya bahawa masjid kita ini perlu diperbesarkan sebab ramai sangat penduduk kariah yang datang. Tempat letak kenderaan juga tidak cukup sampai ada yang terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing jauh di bahu-bahu jalan raya. Kadangkala sampai berlaku gangguan lalu lintas. Cukup indah suasana pada malam-malam Ramadhan ini. Si suami mengajak isteri sambil memimpin anak-anak untuk sama-sama ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih. Tidak kurang juga yang menumpangkan kenderaannya yang besar kepada jiran-jirannya. Sampai di masjid atau surau, masing-masing mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman sesama muslim sambil bertanya khabar. Malah ramai juga yang mendapat kenalan baru pada malam-malam Ramadhan ini. Yang lebih lucunya, ada yang baru tahu rupanya mereka tingal di satu taman, satu flet atau kawasan perumahan yang sama. Alangkah harmoninya suasana ini. Tua, muda, miskin dan kaya masing-masing berhimpun di rumah Ilahi dengan satu tujuan yang sama dan niat suci di hati.

Persoalannya, kenapa keadaan ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan? Kenapa pada hari-hari lain –kecuali hari Jumaat- dan malam-malam lain fenomena ini tidak dapat dilihat. Malah sesetengah masjid ibarat hidup segan mati tak mahu dek kerana tidak dihidupkan dengan solat jemaah atau terlalu sikit jumlah penduduk yang mengunjunginya. Ada juga masjid-masjid yang dikunci pada siang harinya kecuali hari Jumaat kerana tidak hidupnya amalan solat jemaah Zohor dan Asar di situ. Program-program kuliah pula hanya didengari oleh beberapa orang sahaja yang setia dengan masjid. Itu pun mereka yang telah berumur dan kadang-kadang kurang pendengaran dan penglihatannya. Tiada lagi aktiviti yang boleh mereka lakukan, kecuali menghabiskan saki baki umur tua sambil menanti janji Ilahi yang pasti akan ditemui nanti.

Apakah kita hanya dituntut untuk berjemaah semasa solat terawih sahaja? Bagaimana dengan solat-solat fardhu yang lain? Kalau kita boleh luangkan masa dan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat SUNAT terawih, kenapa hal sedemikian tidak kita lakukan untuk solat-solat FARDHU yang lain pada bulan-bulan yang lain? Apakah Allah swt hanya akan memberi ganjaran pahala untuk mereka yang berjemaah di masjid pada bulan Ramadhan sahaja? Apakah masjid dibina hanya untuk solat terawih pada bulan Ramadhan sahaja? Kalau kita merasa rugi jika terlepas solat terawih kerana fadhilatnya yang banyak, kenapa kita tidak merasa rugi apabila kita tidak solat fardhu yang lain secara berjemaah? Kalau kita begitu mengambil berat dan memberi perhatian kepada amalan sunat ini, sepatutnya perhatian yang lebih lagi patut diberikan kepada amalan yang fardhu. Tidakkah kita pernah mendengar saranan dan pesanan yang diberikan oleh Allah dan juga rasul-Nya tentang kelebihan-kelebihan mereka yang memakmurkan masjid dan solat berjemaah? Cuba renung beberapa pernyataan ini:

Firman Allah swt bermaksud: ((Hanyasanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka itulah yang akan tergolong dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk)). (Al-Taubah: 18)

Justeru, ayuhlah wahai umat Islam sekelian! Mari kita imarahkan rumah-rumah Allah pada setiap masa. Ikatlah hati-hati kita dengan masjid mudahan kita akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat yang tiada lagi naungan kecuali naungan Ilahi. Hidupkan kembali masjid dengan solat-solat fardhu berjemaah. Kembalikan semula fungsi dan peranan institusi masjid seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat pada era kegemilangan mereka. Ajak dan ajarlah ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga kita untuk mencintai dan merindui rumah-rumah Allah dengan memakmurkannya. Jadikan suasana pada malam-malam Ramadhan berlaku juga pada malam-malam yang lain.

Monday, June 25, 2007

Bahaya Lidah !!! - Berhati- hati dengan Apa Yang Kita Katakan.


Lidah ini merupakan organ yang paling banyak berkerja berbanding semua otot boleh kawal didalam badan kita.Ia tidak pernah berhenti terjelir ketika bercakap ,walaupun orang tersebut telah tidak diterima lagi . Oleh sebab itu , ia menjadi penting untuk mengetahui etika berbicara dan menjaga perkataan kita . kita perlu berhati-hati dalam menilai kebenaran atas apa yang kita katakan dan apa yang kita sampaikan kepada orang lain.

Orang hari ini amat cuai dalam mengulangi apa yang mereka dengari . Ia mungkin satu fatwa , dakwaan terhadap agama, bahan berita atau acara yang sedang berlangsung . Tak kira berkenaan siapa pun – Ulama terkenal , ahli politik atau orang biasa . Malahan , lebih jahil seseorang itu berkenaan hal tersebut , lebih besar kemungkinan dia akan bercakap tentang perkara tersebut.

Allah memberitahu kita “ Dan janganlah mengejar sesuatu yang kamu tidak mempunyai Ilmu ; pastinya pendengaran dan penglihatan dan hati , kesemuanya ,akan disoal berkenaanya (Surah Al-Isra’:36)

Aplikasi ayat ini adalah kepada setiap kenyataan yang di tuturkan oleh seseorang yang tidak mempunyai Ilmu. Setiap dari kamu janganlah menuduh orang lain tanpa Ilmu .Sesiapapun janganlah berkata Aku lihat …” apabila dia tidak melihat atau “ aku dengar …” apabila dia tidak mendengarnya. Janganlan sesiapapun memberi kenyataan yang palsu.

Al-Quran memberi kita pendekatan yang jelas dan tepat dalam mengenal pasti kebenaran berkenaan apa yang kita perkatakan. Untuk permulaan Al-Quran berkata : “ sesungguhnya Kami telah memberikan komunikasi yang jelas kepada orang yang yakin ( Surah Al-Baqarah: 118)

Di dalam ayat ini , Allah telah memilih “ Orang yang yakin “ kerana mereka adalah orang yang megenalpasti kebenaran sesuatu.Mereka adalah orang yang mencari bukti dan berusaha untuk ketelitian dan kepastian . Ini adalah orang yang benar-benar mendapat keuntungan dari risalah yang bebas dari keraguan , oleh kerana mereka mereka tidah pernah berpuas hati dengan perkataan dan dakwaan , tetapi mencari kepada kepastian.

Allah berkata “Wahai orang yang beriman! Jika datang orang fasiq membawa khabar berita , pastikan ia terlebih dahulu ,jika tidak kamu secara tidak sengaja mengasari orang lain dan setelah itu menjadi penyesalan kepada apa yang kamu telah lakukan.” ( Surah Hujurat: 6)

Surah ini memberikan prinsip yang penting berkenaan ajaran Islam. Ia mengarahkan kita untuk bersikap prihatin kepada sikap dan keadaan apabila seseorang yang lain memberitahu kita sesuatu.kita tidak sepatutnya menjadi pasif sehingga menerima sahaja semua khabar angin dan dakwaan-dakwaan tidak pasti yang berlegar dalam masyarakat awam.

Ayat ini juga mengkehadapankan, prinsip menilai dan memberi amaran kepada kita dari mempercayai perkara yang berkemungkinan besar palsu.

Dakwaaan yang di buat oleh seseorang yang dicurigai sikapnya adalah orang yang memerlukan kepada penilaian yang lebih. Dakwaan tersebut tidak sepatutnya digunakan sebagai asas untuk memastikan kebenaran fakta . Akan tetapi , dakwaan tersebut memerlukan kepada penilaian ke atasnya fakta-faktanya. Orang yang tidak bertanggungjawab tidak mempunyai nilai murni yang dapat mengelakkan diri mereka dari menipu ataupun bercakap berkenaan perkara yang merosakkan/mengasari individu atau masyarakat lain .

Ayat tersebut juga memberi amaran tentang akibat bersikap cuai dalam menyampaikan berita yang tidak pasti kesahihanya, yang mana disebut “……. jika tidak kamu secara tidak sengaja mengasari orang lain”.

Berapa kerap, seseorang itu bercerita perkara yang buruk yang dia dengari dari orang lain didalam perkumpulan atau majlis-majlis umum atau forum-forum internet , hanya untuk mencari – selepas kerosakan telahpun dilakukan – iaitu ia tidak benar. Sudah pastinya , dia akan merasakan penyesalan kerana secara tidak langsung menyebarkan penipuan , yang tidak boleh ditarik balik kerosakan yang telah dilakukan. Kata-kata bagaikan peluru – apabila ia telah ditembak , ia tidak boleh di panggil semula.

Ayat ini diturunkan berkaitan dengan al-Walîd b. `Uqbah apabila dia dihantar untuk memugut Zakat dari al-Hârith b. Dirâr al-Khazâ`î dan puaknya. Tetapi , dia berasa gusar tentang apa yang telah berlaku diantara mereka semasa sebelum kedatangan Islam, jadi beliau pulang kepada Rasulullah SAW . dan memberitahu bahawa mereka tidak mahu membayar Zakat .

Fakta ini telah di riwayatkan oleh al-Tabarânî, Ahmad b. Hanbal, bn Abî Hâtim, Ibn Mardawayh dan beberapa lain yang diterima riwayat mereka. Ulama Tafsir/Al Quran telah menerima bahawa ayat ini diturunkan atas perkara tersebut .

Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada kita akan bercakap tanpa pengetahuan di mana beliau bersabda: “ Menipu keatasku tidak sama seperti menipu atas orang lain . Sesiapa yang menipu keatasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di neraka”.

Kita baca Sahîh al-Bukhârî, berkenaan berita Khâlid b. al-Walîd yang dihantar untuk menghadapi kedegilan Puak Banû Jadhîmah . Mereka kemudianya menyerah diri dan juga mengumumkan penerimaan terhadap Islam dengan menyebut “ Kami telah menjadi Sābi'ūn” , Khalid tidak mengetahui apakah yang mereka maksudkan dan menganggap mereka mengumumkan meneruskan permusuhan. Maka beliau ,tidak berhenti untuk memerangi mereka.

Apabila Rasulullah SAW mendengar berita tersebut , lantas dia menyebut : “ Ya Allah! Aku berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Khalid”

Al-Khattâbî menerangkan beberapa pengajaran dari kejadian tersebut:

Rasulullah SAW menempelak sikap Khâlid b. al-Walîd yang terburu-buru dan kegagalanya untuk mengenal pasti apa pendirian sebenar Puak Banû Jadhîmah . Khâlid b. al-Walîd bertanggungjawab untuk megenal pasti maksud perkataan “Kami telah menjadi Sābi'ūn”. Kenyataan ini amat tidak jelas.

Ia adalah tugasnya untuk megenal pasti apa yang mereka(Puak Banû Jadhîmah) cuba katakan. Setiap orang mempunyai bahasa yang berlainan , amalan yang berlainan dan tradisi yang berlainan.

Rasulullah SAW bersabda : “ Berfikir(berhati-hati) adalah dari Allah dan terburu-buru adalah dari Syaitan” (Sunan al-Tirmidhi)

Apabila `Â’ishah RA telah di fitnah dan dituduh secara palsu berzina, ia telah menjadi pelajaran yang berharga kepada Muslim tentang peri-pentingnya untuk mengenalpasti khabar angin dan berusaha untuk mengenalpasti kebenaran.

Allah berfirman berkenaan skandal tersebut “ Kenapa tidak lelaki beriman dan wanita beriman , apabila kamu mendengar mengenainya , berfikir tentang kaum mereka dan berkata : Ini adalah terbukti satu penipuan? Kenapa mereka tidak membawa 4 orang saksi ? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi , mereka sesungguhnya adalah penipu pada penglihatan Allah” [Sûrah al-Nûr: 12-13]

Dalam kekecohan skandal tersebut juga , Umm Dardâ’ bertanya suaminya Abû Dardâ : “Apakah kamu mendengar apa yang telah diperkatakan tentang `Â’ishah?”

Suaminya membalas : “Ya , aku telah mendengarnya . Dan ia adalah satu penipuan” Abû Dardâ berhenti seketika dan kemudian berkata : “Umm Dardâ’ , apakah kamu fikir jika kamu di tempat `Â’ishah’ , adakah kamu akan memperlakukan sedemikian?”

Umm Dardâ’ membalas : “ Sudah pastinya tidak!.”

Abû Dardâ kemudian bertanya lagi : “ Jika aku berada di tempat Safwân , apakah kamu fikir aku akan melakukan sedemikian ?”

Umm Darda menjawab : “ Tidak , semestinya tidak”

Abû Dardâ menyimpulkan : “ Maka ketahuilah Safwân adalah seorang lelaki yang lebih baik dari aku , dan `Â’ishah adalah seorang wanita yang lebih baik dari kamu.”

Ini merupakan kata-kata yang berhikmah dari Abû al-Dardâ’ yang kita semua boleh ambil pengajaran apabila kita mendengar sesuatu perkara buruk diperkatakan tentang orang yang baik.

Kita sepatutnya bercakap hanya tentang perkara yang dibenarkan sahaja, perkara yang tidak akan menyebabkan kita dipertanggungjawabkan pada hari Akhirat dan tidak menyebabkan kita di kutuk dia Dunia ini.

Oleh :Sheikh Salman al-Oadah

Di terjemahkan oleh : Fazh

Di petik dari Artikel : Watching What We Say

http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2006.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=1216

Sunday, February 11, 2007

Jauhi Pepecahan(Firaq)


Hadits Hudzaifah Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu

Syaikh Salim bin 'Ied Al-Hilali


Nash Hadits:

"Ertinya : Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Ta'ala Anhu berkata : Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada baginda SAW tentang keburukan kerana khuatir ia akan menimpaku. Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Baginda SAW bersabda : ' Ada '. Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ?. Baginda SAW bersabda : Ya, akan tetapi didalamnya ada dakhanun. Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Baginda SAW menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah. Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Baginda SAW bersabda : Ya, pendakwah-pendakwah yang mengajak ke pintu Jahannam. Barangsiapa yang mengijabahinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita. Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?. Baginda SAW bersabda : Berpegang teguhlah pada Jama'ah Muslimin dan imamnya. Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama'ah maupun imamnya ? Baginda SAW bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu". (Riwayat al-Bukhari di dalam bab كيف الأمر إذا لم تكن جماعة. Muslim:1847, Baghawi dalam Syarh Sunnah:4204. Ibnu Majah no. 3979, 3981, Abu Dawud no. 4244-4247)

Makna Hadits

  1. Mengenali Sabilul Mujrimin (jalan orang yang melakukan dosa) adalah kewajiban Syar'i.

Perlu diketahui bahwa Manhaj Rabbani yang abadi yang tertuang dalam uslub al-Quran yang diturunkan ke hati Penutup Para Nabi tidak hanya mengajarkan yang haq saja iaitu untuk mengikuti jejak orang-orang yang beriman (sabilul Mu'minin). Akan tetapi ia juga membuka kedok kebathilan dan menyingkap kekejiannya supaya jelas jalannya orang-orang yang suka berbuat dosa (sabilul Mujrimin). Allah berfirman.

وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ

Dan Demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan Yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang Yang berdosa.(al- An’am:55)

Yang demikian itu karena istibanah (penjelasan) jalan orang-orang yang suka berbuat dosa (sabilul Mujrimin) secara langsung memperjelaskan pula sabilul mu'minin. Oleh karena itu istibanah (penjelasan) sabilul Mujrimin merupakan salah satu sasaran daripada beberapa sasaran penjelasan ayat-ayat Rabbani. Ini kerana kekaburan tentang sabilul Mujrimin akan mengakibatkan secara langsung kepada keraguan dan kekaburan sabilul Muminin (jalanorang- orang yang beriman). Oleh kerana itu, menyingkap rahsia kekufuran dan kekejian adalah suatu keperluan yang sangat mendesak untuk menjelaskan keimanan, kebaikan dan kemaslahatan.

Ada sebahagian cendekiawan syair menyatakan:

"Ertinya : Aku kenali keburukan tidak untuk berbuat buruk, akan tetapi untuk menjaga diri".

"Barangsiapa yang tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan, maka akan terjerumus ke dalamnya".

Hakikat inilah yang dimengerti oleh generasi pertama umat ini -Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu 'anhu. Maka beliau berkata : "Manusia bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya tentang keburukan, kerana khuatir akan terjebak di dalamnya".

  1. Kekuatan Kita Dihancurkan dari Dalam

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda berkenan dengan keinginan kaum kafir untuk membinasakan kaum muslimin dan Islam, seperti yang dinyatakan dalam hadits Tsaubah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Hampir-hampir orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian seperti menyerbu makanan di dalam pinggan. Berkata seorang sahabat RA : Adakah kerana kita sedikit pada waktu itu ? Baginda SAW bersabda : Bahkan kalian pada waktu itu ramai sekali, akan tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kamu serta menjangkitkan di dalam hati kamu penyakit wahn. Seorang sahabat RA bertanya : Wahai Rasulullah, apakah wahn itu ? Baginda SAW bersabda : Mencintai dunia dan takut mati". (Riwayat Abu Dawud no. 4297, berkata al-Albani: Hadis Sahih)

Daripada hadith di atas dapat disimpulkan bahwa :

  1. Kaum kafir saling berlumba-lumba untuk menjajah Islam, negara-negaranya serta penduduknya.
  2. Negara-negara muslimin adalah negara-negara sumber kebaikan dan barakah yang mengundang air liur kaum kafir untuk menjajahnya.
  3. Kaum kafir mengambil kekayaan sumber alam negara muslimin tanpa rintangan dan halangan sedikitpun.
  4. Kaum kafir tidak lagi gentar terhadap kaum Muslimin kerana rasa takut mereka kepada kaum Muslimin sudah dicabut Allah dari dalam hati mereka. Padahal pada mulanya Allah menjanjikan kepada kaum Muslimin dalam firman-Nya :"Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu Dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah Dengan benda-benda (yang mereka sembah…". ( Ali-Imran : 151). Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda : "Ertinya : Aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku : Aku ditolong dengan rasa ketakutan dengan jarak satu bulan perjalanan ; dan dijadikan bumi untukmu sebagai tempat sujud ; .... dan seterusnya ". (Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari I/436. Muslim dalam Nawawi V/3-4 dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu)

Akan tetapi pengkhususan tersebut dibatasi oleh sabda baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadits Tsauban yang lalu, yang menyatakan : "Allah akan mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kamu ...".

Daripada hadits ini fahamlah kita bahawa kekuatan umat Islam bukanlah terletak pada jumlah dan bekalannya, atau pada artileri dan logistiknya. Akan tetapi kekuatannya terletak pada aqidahnya. Seperti yang kita saksikan ketika baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab pertanyaan yang berkenan dengan jumlah, maka beliau jawab : "Bahkan ketika itu kalian banyak sekali, akan tetapi kalian seperti buih di atas aliran air".

Kemudian apa yang menjadikan "pohon yang akarnya mencengkam ke bumi dan cabangnya menjulang ke langit" itu seperti buih yang terumbang-ambing di atas air?

Sesungguhnya racun yang meluruhkan kekuatan kaum muslimin dan melemahkan gerakannya serta mencabut barakahnya bukanlah senjata dan pedang kaum kafir yang bersatu untuk membuat kerosakan terhadap Islam, para penganutnya dan negara-negaranya. Akan tetapi ia adalah racun yang sangat keji yang mengalir di dalam jasad kaum muslimin yang disebut oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai "Dakhanun" Ibnu Hajar dalam Fathul Bari XIII/36 mendefinisikan dengan hiqd (dengki), atau daghal (penghianatan) , atau fasadul qalb (kerosakan hati). Semua itu mengisyaratkan bahawa kebaikan yang datang setelah keburukan tersebut tidak murni, akan tetapi keruh. Dan Imam Nawawi dalam syarh Shahih Muslim XII/236-237, mengutip perkataan Abu 'Ubaid yang menyatakan bahawa erti dakhanun adalah seperti yang disebut dalam hadits lain.

"Ertinya : Tidak kembalinya hati pada fungsi asanya". (Riwayat Abu Dawud no. 4247)

Seakan-akan mengisyaratkan bahawa hati mereka tidak hening dan tidak mampu membersihkan antara yang satu dengan yang lain. Kemudian berkata Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah XV/15: Bahawa sabda beliau : "Dan didalamnya ada Dakhanun, yakni tidak ada kebaikan murni, akan tetapi didalamnya ada kekeruhan dan kegelapan". Adapun Al 'Adzimul Abadi dalam 'Aunil Ma'bud XI/316 menukil perkataan Al-Qari yang berkata : "Asal kata dakhanun adalah kadurah (keruh) dan warna yang mendekati hitam. Maka hal ini mengisyaratkan bahawa kebaikan tersebut dicemari oleh kerosakan (fasad)".

Sesungguhnya penanam racun yang keji dan menjalar di kalangan umat ini tidak lain adalah dari dalam diri mereka sendiri. Seperti yang dinyatakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Mereka adalah dari kalangan bangsa kita dan berbahasa dengan bahasa kita". Berkata Ibnu Hajar Rahimahullah dalam Fathul Bari XIII/36 : "Yakni dari kaum kita, berbahasa seperti kita dan beragama dengan agama kita. Ini mengisyaratkan bahwa mereka adalah bangsa Arab". Sedangkan Al-Qabisi menyatakan -seperti dinukil oleh Ibnu Hajar- secara lahir maknanya adalah bahwa mereka adalah pemeluk dien (agama) kita, akan tetapi batinnya menyelisihi. Dan kulit sesuatu adalah lahirnya, yang pada hakikatnya bererti penutup badan". Mereka mempunyai sifat seperti yang dikatakan dalam hadits riwayat Muslim.

"Ertinya : Akan ada di kalangan mereka orang yang berhati iblis dengan jasad manusia". (Riwayat Muslim)

Yakni mereka memberikan harapan-harapan kepada manusia berupa mashalih (pembangunan) , siyadah (kepemimpinan) dan istiqlal (kemerdekaan dan kebebasan) .. dan umat merasa suka dengan propaganda mereka. Untuk itu mereka mengadakan pertemuan-pertemuan , muktamar-muktamar dan diskusi-diskusi. Oleh sebab itu mereka diberi predikat sebagai pendakwah (da'i atau du'at -dengan dlamah pada huruf dal- merupakan bentuk jama' dari da'a yang bererti sekumpulan orang yang melazimi suatu perkara dan mengajak manusia untuk menerimanya.) (Lihat 'Aunil Ma'bud XI/317).

3. Jama'ah minal Muslimin dan bukan Jama'ah Muslimin/

Kalau kita mengamati relaiti, maka kita akan melihat bahwa fahaman hizbiyah (kelompok) telah mengalir di dalam otak sebahagian besar kelompok yang menekuni medan da'wah ilallah, dimana seolah-olah tidak ada kelompok lain kecuali kelompoknya, dan menafikan kelompok lain di sekitarnya. Persoalan ini terus berkembang, sehingga ada sebagian yang menda'wahkan bahwa merekalah Jama'ah Muslimin/Jama'ah 'Umm (Jama'ah Induk) dan pendirinya adalah imam bagi seluruh kaum muslimin, serta mewajibkan berba'iat kepadanya. Selain itu mereka mengkafirkan sawadul a'dzam (sebagian besar) muslimin, dan mewajibkan kelompok lain untuk bergabung dengan mereka serta berlindung di bawah naungan bendera mereka.

Kebanyakan mereka lupa, bahwa mereka bekerja untuk mengembalikan kejayaan Jama'atul Muslimin. Kalaulah Jama'atul Muslimin dan imam-nya itu masih ada, maka tidaklah akan terjadi ikhtilaf dan perpecahan ini dimana Allah tidak menurunkan sedikit pun keterangan tentangnya.

Sebenarnya para pengamal untuk Islam itu adalah Jama'ah minal muslimin (kumpulan sebagian dari muslimin) dan bukan Jama'atul Muslimin atau Jama'atul 'Umm (Jama'ah Induk), kerana kaum muslimin sekarang ini tidak mempunyai Jama'ah ataupun Imam.

Ketahuilah, wahai kaum muslimin, bahawa yang disebut Jama'ah Muslimin adalah yang tergabung didalamnya seluruh kaum muslimin yang mempunyai imam yang melaksanakan hukum-hukum Allah. Adapun jama'ah yang bekerja untuk mengembalikan daulah khilafah, mereka adalah jama'ah minal muslimin yang wajib saling tolong menolong dalam urusannya dan menghilangkan perselisihan yang ada di antara individu supaya ada kesepakatan di bawah kalimat yang lurus di bawah naungan kalimat tauhid.

Al-Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullah dalam Fathul Bari XII/37 menukil perkataan Imam Thabari Rahimahullah yang menyatakan : "Berkata kaum (yakni para ulama), bahawa Jama'ah adalah Sawadul A'dzam. Kemudian diceritakan daripada Ibnu Sirin daripada Abi Mas'ud, bahwa beliau mewasiatkan kepada orang yang bertanya kepadanya ketika 'Utsman dibunuh, untuk berpegang teguh pada Jama'ah, karena Allah tidak akan mengumpulkan umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam kesesatan. Dan dalam hadits dinyatakan bahwa ketika manusia tidak mempunyai imam, dan manusia berpecah belah menjadi kelompok-kelompok maka janganlah mengikuti salah satu firqah. Hindarilah semua firqah itu jika kalian mampu untuk menghindari terjatuh ke dalam keburukan".

4. Mejauhi Semua Firqah

Dinyatakan dalam hadits Hudzaifah tersebut supaya menjauhi semua firqah jika kaum muslimin tidak mempunyai jama'ah dan tidak pula imam pada hari terjadi keburukan dan fitnah. Semua firqah tersebut pada dasarnya akan menjerumuskan ke dalam kesesatan, karena mereka berkumpul di atas perkataan/teori mungkar (mungkari minal qaul) atau perbuatan mungkar, atau hawa nafsu. Baik yang mendakwahkan mashalih (pembangunan) atau mathami' (ketamakan). Atau yang berkumpul di atas asas pemikiran kafir, seperti; sosialisme, komunisme, kapitalisme, dan demokrasisme. Atau yang berkumpul di atas asas kedaerahan, kesukuan, keturunan, kemadzhaban, atau yang lainnya. Sebab mereka semua itu akan menjerumuskan ke dalam neraka Jahannam kerana membawa misi selain Islam atau Islam yang sudah diubah ...!

5. Jalan Penyelesaiannya

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan kepada Hudzaifah untuk menjauhi semua firqah yang menyeru dan menjerumuskan ke neraka Jahannam, dan supaya memegang erat-erat pohon pokok(ashlu syajarah) sehingga ajal menjemputnya sedangkan dia tetap dalam keadaan seperti itu.

Daripada pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tersebut dapat dibuat kesimpulan sebagai berikut.

Pertama.
Bahawa pernyataan itu mengandung perintah untuk melazimi Al-Kitab dan As-Sunnah dengan pemahaman Salafuna Shalih. Hal ini seperti yang diisyaratkan dalam hadits riwayat 'Irbadh Ibnu Sariyah.

"Ertinya : Barangsiapa yang masih hidup diantara kalian maka akan melihat perselisihan yang banyak. Dan berwaspadalah terhadap perkara-perkara yang diada-adakan karena hal itu sesat. Dan barangsiapa yang menemui yang demikian itu, maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin. Gigitlah ia dengan geraham-geraham kalian". (Riwayat Abu Dawud no. 4607, Tirmidzi no. 2676, Ibnu Majah no. 440 dan yang lainnya)

Jika kita menggabungkan kedua hadits tersebut, yakni hadits Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu 'anhu yang berisi perintah untuk memegang pokok-pokok pohon (ashlu syajarah) dengan hadits 'Irbadh ini, maka terlihat makna yang sangat dalam. Yaitu perintah untuk ber-iltizam pada As-Sunnah An-Nabawiyah dengan pemahaman Salafuna As-Shalih Ridlwanalahu Ta'ala 'alaihim manakala muncul firqah-firqah sesat dan hilangnya Jama'ah Muslimin serta Imamnya.

Kedua.
Di sini ditunjukkan pula bahwa lafadz (an ta'adhdha bi ashli syajarah) dalam hadits Hudzaifah tersebut tidak dapat diertikan secara dzahir hadits. Tetapi maknanya adalah perintah untuk berpegang teguh, dan bersabar dalam memegang Al-Haq serta menjauhi firqah-firqah sesat yang menyaingi Al-Haq. Atau bermakna bahwa pohon Islam yang rimbun tersebut akan ditiup badai sehingga mematahkan cabang-cabangnya dan tidak tinggal kecuali pokok pohonnya saja yang kukuh. Oleh kerana itu maka wajib setiap muslim untuk berada di bawah naungan pohon pokok ini walaupun harus ditebus dengan jiwa dan harta. Kerana badai taufan itu akan datang lagi dengan lebih dahsyat.

Ketiga.
Oleh kerana itu menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk menghulurkan tangannya kepada kelompok (firqah) yang berpegang teguh dengan pohon pokok itu untuk menghadapi kembalinya fitnah dan bahaya bala. Kelompok ini seperti disabdakan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam akan selalu ada dan akan selalu muncul untuk menyokong kebenaran hingga yang terakhir dibunuh dajjal.

Maraji' :

  1. Al Ilzamat wa at Tatabu oleh Ad-Daruquthni
  2. Tafsir Al-Qur'an Al-Adzim, oleh Ibnu Katsir
  3. Al Jami' As Shahih, oleh Bukhari dengan Fathul Bari
  4. Haliyatul Auliya' oleh Abu Na'im Al- Ashbahani.
  5. Silsilah Al-Hadits As-Shahihah, oleh Muhammad Nashiruddien Al-Albani
  6. As-Sunnan, oleh Ibnu Majah
  7. As-Sunnan, oleh Abu Dawud
  8. As-Sunnan, oleh Tirmidzi
  9. Syiar A'lam An-Nubala, oleh Adz-Dzahabi
  10. Syarhu Sunnah, oleh Baghawi
  11. As-Shahih, oleh Muslim bin Al-Hujjaj
  12. 'Aunil Ma'bud, oleh Syamsul Al-Abadi
  13. Al-Kaasyif, oleh Dzahabi
  14. Al-Mustadrak, oleh Hakim
  15. Al-Musnad, oleh Ahmad bin Hambal

Tulisan ini disadur dan diringkas dari kutaib yang berjudul "Qaulul Mubin fi Jama'atil Muslimin" karangan Salim bin 'Ied Al-Hilali, Penerbit Maktab Islamy Riyadh tanpa tahun, dan dimuat di majalah As-Sunnah edisi 07/1/14 14-1993 hal. 8-13

Thursday, January 18, 2007

Adab-adab Makan

1- Mulakan dengan Bismillah

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.

عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan guna tiga jari

عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع... (رواه مسلم)

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan

عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.

وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)

وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا

(رواه البخاري).

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)

وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)

Halaqah Riyadus Solihin (HARIS)

INTIS

Wednesday, January 03, 2007

Perjalanan Menuntut Ilmu IV

Seringkali manusia tatkala dikurniakan kesedaran untuk mendekatkan diri dengan Penciptanya, maka semangatnya akan berkobar-kobar bak cahaya sang suria di pagi hari. Namun, sudah menjadi fitrah api, jika tidak dikawal dengan baik, maka akan tersasar membakar dan menghancur diri. Maka oleh sebab itu, manusia perlu mencari petunjuk yang dapat mengawal dan menyalurkan semangat berkobar-kobar tersebut mengikut aliran yang tepat dan optimum.

Hendaklah para penuntut ilmu membezakan antara ilmu Islam dan pemikiran Islam yang merupakan cabang kepada ilmu Islam yang menjadi teras. Maka hendaklah penuntut ilmu mengutamakan mempelajari ilmu Islam dengan tekun - dalami ilmu al-Quran dan al-Hadis dan mantapkan ia di dalam hati sebelum terjun ke lautan pemikiran Islam. Tekuni Tafsir Ibn Katsir sebelum cetusan idea Hassan al-Banna, gagahi Sahih al-Bukhari dan Fath al-Bari sebelum karya-karya Said Hawwa, Iqbal dan lain-lain tokoh pemikir Islam...

Antara ilmu-ilmu Islam yang banyak, kukuhkan dahulu ilmu iman di dada sebelum masuk ke gedung fiqh yang banyak pintunya, dan rimba kesufian yang mudah pula tersesat di dalamnya. Sesungguhnya iman adalah sebaik-baik amal seorang hamba, firman Allah: "Adakah kamu menganggap melayan orang mengerjakan haji dan memakmurkan al-Masjid al-Haram sama tarafnya seperti seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat dan berjihad pada jalan-Nya? Tidaklah sama perbandingannya di sisi Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." [al-Tawbah, 19]

Daripada Abu Hurayrah radiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama?" Sabda baginda: "Beriman kepada Allah dan rasul-Nya," kemudian baginda ditanya lagi, "Kemudian apa?" Sabda baginda: "Jihad pada jalan-Nya." [al-Bukhariy & Muslim]

Meminjam kata-kata Syeikh 'Abd al-Majid al-Zindani, "Iman adalah asas yang menghubungkan seorang hamba dengan rabbnya, hasilnya terbit rasa cinta dan takut akan Allah, membuatkan seoranh hamba taat dan menjauhi maksiat, dan dengannya orang-orang beriman beroleh kejayaan di dunia dan akhirat."

Oleh itu, wahai para penuntut ilmu, utamakanlah mempelajari iman mengatasi yang lain. Bak kata pepatah, iman itu tidak dapat diwarisi. Ia dibina atas kefahaman dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Salam dari bumi Ottawa.