Monday, February 06, 2006

Muharram: Elakkan Sebarang Kepercayaan Karut Mengenainya

Oleh:

Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib

Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Allah swt juga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal di bulan yang mulia ini. Antara yang sering diamalkan oleh umat Islam di dalam bulan ini ialah berpuasa sunat. Namun, persoalannya adakah amalan berpuasa sunat yang dilakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw atau pun sebaliknya? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kita tiada pilihan lain lagi yang lebih baik kecuali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dan hakim bagi segala penentuan.

Jika diteliti hadith-hadith Rasulullah saw, maka kita akan dapati banyak riwayat yang membicarakan tentang amalan puasa sunat di bulan Muharam ini serta ganjarannya. Namun, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan riwayat-riwayat tersebut memang pasti bersumberkan daripada Rasulullah saw. Ini penting kerana setiap amalan yang ingin kita lakukan mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw yang sahihah agar ianya diterima dan diberikan ganjaran pahala.

Di antara hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang amalan puasa di bulan Muharram ini ialah:

Hadith-hadith tentang puasa hari A’syura:

1- Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)). Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari )

2- A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

3- Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah diantara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Diantaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda saw menjawab: ((Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah saw begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah saw berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

1- Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah saw bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah saw wafat terlebih dahulu.”. (Riwayat Imam Muslim)

2- Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254) .

Jesteru, marilah kita merebut peluang di kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah saw seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat diwaktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)).

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Kepercayaan dan Amalan Yang Bukan Dari Ajaran Sunnah

Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun, peringatan Nabi saw di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Daripada A’isyah r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama) maka ianya akan tertolak)). (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulamak, diantaranya ialah al-Fudhail bin ‘Iyadh telah meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah swt dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw. Al-Fudhail dalam menafsirkan firman Allah di dalam surah Hud, ayat ke-8 dan surah al-Mulk ayat ke-2 iaitu (Maksudnya: (Allah menjadikan semua itu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya)), beliau berkata: “iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan ikhlas dan tepat”. Beliau berkata lagi: “Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla semata-mata, dan yang dikatakan tepat itu ialah ianya bertepatan dengan sunnah”.

(Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-HIkam, Tahqiq:Dr. Yusof al-Baqa’I (Bierut: al-Maktabah al-‘Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan ini.

Di antara amalan-amalan di bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunnah Rasulullah saw yang sahihah ialah:

1- Memakai celak pada hari ‘Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya)). (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah saw tentang amalan memakai celak pada hari ‘Asyura, dan ianya adalah bid’ah”.

2- Solat sunat yang khusus pada hari ‘Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: ((Sesiapa yang sembahyang padanya (hari ‘Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali Qullhuwallhu ahad, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun)).

3- Mandi yang khusus pada hari ‘Asyura’ dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang sakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: ((Barang siapa yang mandi dan bersuci pada hari ‘Asyura’, ia tidak akan ditimpa sebarang sakit pada sepanjang tahun, kecuali mati)).

4- Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura’ dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya)). Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).

5- Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah saw atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab “Qashas al-Anbiya’.

6- Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

Al-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis-hadis maudhu’ ini yang berkaitan dengan amalan di bulan Muharam khasnya pada hari ‘Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh al-Husaian. Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-‘Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi saw sebarang amalan pun pada hari ‘Asyura selain daripada puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan al-Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan dari biji-bijian (bubur) dan memakai celak dan mereka meriwayatkan hadith-hadith maudhu’tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga”.

(Syiekh ‘Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan daripada sunnah Rasulullah saw yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum muslimin. Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah Baginda saw, dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah swt untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw.

2 comments:

Nik said...

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas posting ini.

SAya telah menerima banyak email mengenai 'perkara-perkara sunat hari asyura' namun ianya tidak mempunyai rujukan.

Oleh itu saya gembira bila saya tahu bahawa kesemuanya adalah hadis palsu dan ianya adalah bid'ah - kecuali puasa sunat di hari yang ke-9 dan ke-10 bulan Muharram.

Terima kasih kerana menyertakan rujukan kerana saya lebih selesa apabila mengetahui yang sesuatu itu, sumbernya adalah dari Al-Quran atau Hadith.

JKK

al-ahkam.nyetnyet said...

AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1]

:MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY[1]


1.0 Ahl al-Sunnah


1.1 Ahlissunnah waljama’ah merupakan ajaran dan amalan arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang. Ia menimbulkan sistem huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at, kerohanian, dan akhlak.

1.2 Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’, pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya.

1.3 Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd al-Wahhab dari Najd.

1.4 Maka dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah.


2 Ahl al-Sunnah &Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab


2.1 Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah atau epistemologinya.

2.2 Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkminan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.

2.3 Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.


3 ‘Tarikh al-madhahib al-islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah

3.1 Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).

3.2 Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.

4 Muhammad b. ’Abd al-Wahhab

4.1 Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.

4.2 Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya

5 Dalam ‘Al-Suhub al-Wabilah’

5.1 Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275)bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu … demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …” (hal 275).

6 Buku Abu Zahrah-mulanya Wahabbiyah

6.1 Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.

7 Dalam ‘Tarikh Najdin’-Muslimin jadi kuffar musyrikin

7.1 Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi ’menyembah manusia ( yad’una unasan):

•( ، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:" ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم"."وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام " )

8 Tarikh Najdin: Muslimin jadi penyembah berhala

8.1 Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir , musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal , atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau ;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”.

9 Penafsiran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab vs Ahl al-Sunnah

9.1 (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).

10 Wahhabiyyah vs Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah

10.1 Bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:

•( ، جاء فيها:" وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة ... وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم )

10.2 Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali...Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah.137).(Tarikh Najdin)

11 Wahhabiyyah berperang vs Muslimin vs bid’ah kononnya

11.1 Berlakulah penentangan terhadap ’Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.

11.2 Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [1] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).


[1] op. Cit. hal.212 dst


12 Wahhabiyyah vs ‘bid’ah’, tak menerima pandangan pihak lain

12.1 Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[1]

12.2 Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar ( anna ’ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna
[1] ibid.hal.212.


13 Sikap Wahhabiyyah tak menerima pandangan pihak lain-malapetaka

13.1 “Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.

13.2 Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.


14 Wahhabiyyah berkembang ke tempat lain kebencanaan

14.1 Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a’lam.


15 Teks-teks untuk memahaminya antaranya

•(a)‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab

•(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab

•(c)’ Solah al-nabi’ oleh al-Albani

•(d)al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;

•(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah

•(f)Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris

•(g)al-Zahawi ’al-Fajr al-Sadiq’ Arab dan Inggeris

•(h)’Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr

•(i) ’Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll.

•(j)’Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad Ahmad Bashmil dll


16 Huraian Syahadah yang menyalahi ijma’

16.1 Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [1]:

ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع


[1] hal 119,(penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh)


16.2 Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi , misalnya dalam jihad) , dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga mengelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya , bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah


16.3 Dalam AS bila mengucap syahadah seseorang selamat nyawa & harta

•Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya.Ini antaranya jelas darikpada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’.Sebab itu dalam masa jihad nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi perg ke situ.Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunubh orang yag mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’.Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat.Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.


17 Adam Syirik dlm ketaatan kata Wahhabi

17.1 Adam syirik dalam ketaatan ; ini adalah bercanggah dengan ijma’ Ahlissunnah tentang maksumnya para nabi s.a.a.Dalam Kitab al-Tauhid’ yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas (muka surat ) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A’raf yang bermaksud “Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”.

[1] Ibid.hal.517.

[2] Ibid.hal.517


17.2 Ayat dalam kitab itu demikian: [1] disebutkan bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa) , katanya :Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu kelurar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis dating maka takut anak itu mati iapun menamakan anaknya ‘Abd al-harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’ fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam yakun fi ‘ibaditihi).[2]

17.3 Dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan : riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijadikan sandaran. (Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya, sebagai ahli hadith dan ahli tafsir,tentulah kita memilih ibn Kathir, yang الْكِتَاب فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ" ثُمَّ أَخْبَارهمْ عَلَى ثَلَاثَة أَقْسَام فَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا صِحَّته بِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الدَّلِيل مِنْ كِتَاب اللَّه أَوْ سُنَّة رَسُوله وَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا كَذِبه بِمَا دَلَّ عَلَى خِلَافه مِنْ الْكِتَاب وَالسُّنَّة أَيْضًا وَمِنْهَا مَا هُوَ مَسْكُوت عَنْهُ فَهُوَ الْمَأْذُون فِي رِوَايَته [1])

17.4 Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab tauhid’. Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.

17.5 Ibn Kathir sebagai ahli tafsir diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.

وَهَذِهِ الْآثَار يَظْهَر عَلَيْهَا وَاَللَّه أَعْلَم أَنَّهَا مِنْ آثَار أَهْل الْكِتَاب وَقَدْ صَحَّ الْحَدِيث عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ" إِذَا حَدَّثَكُمْ أَهْل [1] (http://quran.al-islam.com/Tafseer/DispTafsser.asp?nType=1&bm=&nSeg=0&l=arb&nSora=7&nAya=190&taf=KATHEER&tashkeel=0).


18 Al-Busiri dituduh syirik oleh Wahhabi

18.1 Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada Nabi Hari Kiamat:

18.2 Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong Nabi memberi syafaat kepadanya:

18.3 Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait yang bermaksud :[1] katanya:

قوله صلى الله عليه وسلم:أجعلتنى لله أندادا ؟ فكيف بمن قال ما لى من ألوذ به سواك والبيتين بعده

18.4 Sabda baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? (tentulah sahabat tidak menjadikan nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar daripada mulutnya ’Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang ’al-Burdah’ yang menyatakan ’bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau ’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?

18.5 Di sini ada tuduhan kepada pengarang ’al-Burdah’ –Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa.Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut ’ayyuhannabi’ , wahai nabi, seolah-olah ia ’ada’ hampir dengan kita.


[1] ’Kitab al-Tauhid’hal.499.


19 Mengikut imam mazhab kafir syirik

19.1 Mengikut mazhab syirik kafir; ini bercanggah dengan ijma’ dalam Ahlissunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui”.Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.

19.2 Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan Kristian (Nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah.ini ada dalam kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan[1]:

قال الشيخ تقى الدين بن تيميه : من أوجب تقليد امام بعينه استتيب والا قتل لان هذا الايجاب اشراك بالله فى التشريع الذى هو من خصائص الربوبية

19.3 Kata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafie, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan).(hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahl al-Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.


[1] Kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’I Madhhabin Mu’ayyanin…’muka surat 55.,


20 engikut Imam mazhab menyembah imam mazhab dst

20.1 Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang ’Kitab Tauhid’ yang disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada Allah porang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:

: تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثرعبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلين

20.2 Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang seperti nasir al-Din al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini.Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini.


21 Wajib mengikut imam mazhab bagi org awam

21.1 Oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-jami’ al-Saghir[1]: katanya:

ويجب علينا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفيانين والأوزاعي وداود الظاهري وإسحاق بن راهويه وسائر الأئمة على هدى ولا التفات لمن تكلم فيهم بما هم بريئون منه والصحيح وفاقاً للجمهور أن المصيب في الفروع واحد ولله تعالى فيما حكم عليه أمارة وأن المجتهد كلف بإصابته وأن مخطئه لا يأثم بل يؤجر فمن أصاب فله أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتهد أثم اتفاقاً وعلى غير المجتهد أن يقلد مذهباً ..فيمتنع تقليد غير الأربعة في القضاء والافتاء لأن المذاهب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظهر تقييد مطلقها وتخصيص عامها بخلاف غيرهم لانقراض اتباعهم وقد نقل الإمام الرازي رحمه الله تعالى إجماع المحققين على منع العوام من تقليد أعيان الصحابة وأكابرهم انتهى‏.‏

[1] Jilid 1 hal.209.


21.2 Wajib mengikut imam mazhab bagi org awam Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri) , Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahl a-Sunnah wa al-Jama’ah);


22 Mengikut mazhab 4

22.1 Maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan perkara mutlaknya , dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang ] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddib abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya-uem].


23 ada Ahlissunnah tawassul harus bukan syirik

23.1 Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni.

23.2 Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:

• )روى البخاري عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:{ إن الشمس ‏تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينا هم كذلك استغاثوا بآدم ثم ‏بموسى ثم بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدين ‏السبكي الذي قال فيه السيوطي إنه حافظ مجتهد لغوي فقيه أصولي نحوي متكلم. ‏(


23.3 Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam , kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad ).Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki , yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli nahwi mutakallim)[1] .

23.4 Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati.Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam hadith nabi s.a.w.

[1] http://www.sunna.info/books/albani_sunna_9 as retrieved on 5 Dec 2005 14:03:26 GMT.


24 Hadith tentang tawassul

24.1 Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut:

Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah , dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id al-Khudri rd katanya bahawa nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya:”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main , dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau.


25 Bertawassul dalam doa nabi s.a.w.

25.1 Engkau.Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.’Allah akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya.( Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21) , ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179),ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym. Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan.. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah.Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi , menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah )


26 Bertawassul harus pada Ahl al-Sunnah

26.1 Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia bersabda ’hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau” iaitu dengan setiap orang yang beriman.Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasdi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat dan Tabit-tabi’in megamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya.


27 Hadith tentang tawassul

27.1 Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda s.a.w. katanya: ’Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi s.a.w. bersabda: ‘kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik].Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad , hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’


28 Bertawassul

28.1 Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat.Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam tarikhnya.Ibn Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam ’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya.Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w. menyruh orang buta itu berdoa dan menyebutnya, dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya.Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir Nabi s.a.w. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian


29 Doa bertawassul diajar zaman Sahabat

29.1 Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in –Allah meredai mereka semuanya- untuk menunaikan hajat mereka.At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan ’Uthman bin ’Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ’Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengen menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau’

: (‏اللهم إني أسألك وأتَوجّه إليك بنبِيّنا محمد نبيّ الرحمة، يا محمّدُ إني أتَوجهُ بكَ إلى ‏ربّي في حاجتي لتُقضَى لي)


[1] Hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Abu Nu’aim dalam ma’rifah, al-Mundhiri (targhib:1: 473-474, Haitami dan Tabarani dalam Kabir: (9:17-1Cool dan Saghir (1: 184/201-202) dari anak saudara ’Uthman ibn Hunaif, Abu Imama ibn Sahl ibn Hunaif


29.2 kemudian ia pergi ke pintu kediaman ’Uthman bin ’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya , memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan ’Uthman , dan menyuruhnya duduk dengannya. ’Uthman berkata:’Beritahu kepada saya apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’.[1] Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar bagindfa sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada’ yang Allah sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan.


30 erdoa untuk syafaat bukan syirik dlm AS

30.1 Syafaat syirik pada Wahhabiyyah

30.2 Syirik minta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith yang sohih.Antaranya ialah:

30.3 (Sudah disebut dalam hadith Bukhari ttg syafaat)


31 Amalan yang hidup sampai kpd si mati-dlm AS

31.1 Amalan org hidup tak sampai kepada si mati bercanggah dengan ijma’. (18)Amalan org hidup tak sampai kepada si mati

31.2 Dalam pegangan Sunni, ijma’ , sampai.Orang yg kata tak sampai ia termasuk ahli bid’ah. Mausu’ah al-Ijma’ fil-Fiqhil-islami oleh Sa’di Abu Jaib. ( ان الميت يلحقه ثواب بعد موته باجماع الامة .وخالف بعض أصحاب الكلام وهو قول باطل لا يعتد به.

وان الدعاء يصل ثوابه الى الميت بالاجماع

31.3 Sesungguhnya pahala sampai kepada mayat selepas daripada matinya mengikut ijma’ umat Islam; dan doa sampai pahalanya kepada si mati mengikut ijma’ umat Islam )


32 Wahhabi menyatakan tauhid ulama AS salah

32.1 Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah .Ini menyalahi ijma’

32.2 atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah;Muhammad ‘Abd al-Wahhab dan mereka yang mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wassifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah perkara yang tidak ada dalam Ahlissunnah waljamaah: ia tidak ada dalam Qur’an, hadith, tidak ada dalam kalangan sahabat, tabi’in, tabi’it-tabi’in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf); ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad umat Islam bertauhid


33 Pembahagian tauhid kepada 3 membawa kpd takfirkan Muslimin

33.1 Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak ada alas an dalam system peristilahan dan makna pengetahuan Ahlissunnah) bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi; hanya tidak bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang islam yang bertawassul dan m eminta berkat dikubur para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala; hokum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun


34 Penyembah berhala bukannya bertauhid tapi kafir, bohong


34.1 Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia musyrik penyembah berhala.Bagaimanakah system peristilahan Syarfa’ ini dipermain-mainkan sampai penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid? Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang diterima oleh Ahlissunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tida ini mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab : sebab tidak ada dalil dan nas yang diterima dalam Ahlissunnah; ia bercanggah dengan tauhid Ahlissunnah waljamaah yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Asy’ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka.;


35 Pembahagian tauhid kpd 3 tak ada dalam Ahlissunnah

35.1 satu laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah-penyembah berhala dan mengenakan hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden.Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan mencelakakan.Nau’dhu billahi min dhalik.

35.2 (Dalam ayat yang digunakan untuk membuktikan yang golongan musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang golongan itu pembohong dan kafir-

•)ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون إن الله لا يهدي من هو كاذب كفار ) )الزمر : 3 .(


36 Wahhabiah menyatakan Abu Jahal bertauhid

36.1 Abu Jahal lebih tahu hal la ilaha illallah dpd ulama Islam vs ijma’

36.2 atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam;

•توحيد أبي جهل وأبي لهب :

•أبو جهل وأبو لهب ومن على دينهم من المشركين ، كانوا يؤمنون باللّه ويوحدونه في الربوبية خالقًا ورازقًا ، محييًا ومميتًا ، ضارًا ونافعا ، لا يشركون به في ذلك شيئًا ! عجيب وغريب أن يكون أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدًا للّه وأخلص إيمانا به ، من المسلمين الذين يتوسلون بالأولياء والصالحين ويستشفعون بهم إلى اللّه !! أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدا وأخلص إيمانًا من هؤلاء المسلمين الذين يقولون لا إله إلا اللّه محمد رسول اللّه!


37 Abu Jahal bertauhid pada Wahhabiyyah

37.1 Abu Jahal dan Abu Lahab dan orang-orang yang berpegang kepada agama mereka dalam kalangan musyrikin itu beriman kepada Allah dan mentauhidkanNya dalam Rububiyyah sebagai pencipta, pemberi rezeki, yang menghidupkan, mematikan, mendatangkan mudarat, dan menafaat, mereka tidak mensyirikkanNya dalam yang demikian itu dengan sesuatu apapun!Ajaib dan pelek sekali bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab ini lebih banyak tauhidnya terhadap Allah dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan Muslimin yang bertawassul dengan para wali, solihin, dan memohon syafaat dengan mereka terhadap Allah ! Abu Jahal dan Abu Lahab lebih banyak tauhidnya dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan para Muslimin yang mengucap ’la ilaha illa’Llah Muhammadun Rasulullah...(Kaifa Nafhamu al-Tauhid oleh Muhammad Ahmad Bashmil halaman 10)


38 Qadi qudah harus pada AS syirik pada Wahhabiyyah

38.1 Qadi al-qudah seperti shah an-shah vs ijma’

38.2 atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin-syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir) (lihat ‘al-Jami’ al-Farid’ terbitan Muhammad Ibrahim al-Nu’nan, tanpa tarikh, hal.173; dalam Ahlissunnah gelaran itu adalah untuk ketua kadi-kadi, bukan dianggap syirik).


39 Pada Wahhabiyyah Tuhan memegang langit dgn tangan dst

39.1 Allah ada dua tangan etc vs ijma’

39.2 atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. ”mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi..(dan) Allah berada atas Arasy (anna’Llah fauqa’l-’Arsh).” (Lihat kitab ’al-Jami’ al-Farid’ hal.214, yang membawa kepada fahaman mujassimah )


40 Qunut, zikir berjemaah , jamuan selepas kematian dll harus dlm AS

40.1 Bidaah qunut, tahlil arwah, berzikir beramai-ramai, membuat jamuan bila ada kematian serta ada tahlil, maulid al-nabi

40.2 Qunut adalah berdasarkan hadith riwayat al-Hakim yang diterima olehnya.Tahlil beramai-ramai ada sandarannya dalam beberapa hadith sahih yang disebut dalam ’al-Hawi lil-Fatawi’ jilid II oleh al-Suyuti. Pahala tahlil itu sampai kepada si mati mengikut ijma’. Kalau mereka tidak menerima pendapat ini sekurang-kurangnya mereka mengamalkan adab-adab berbeza pendapat. Tentang majlis maulid al-nabi itu walaupun tidak dilakukan zaman nabi s.a.w. ia perkara yang mendatangkan kebaikan, dan boleh diambil dalil daripada ayat Qur’an yang bermaksud:”Dan ni’amat Tuhan kamu hendallah kamu menyebut-nyebutnya”.Maka niamat manakah yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabi s.a.w. ke alam ini , dan itu patut sangat disebut-sebutkan? Dan tidakkah itu yang dilakukan dalam majlis-majlis maulid al-nabi?


41 AS ada bidaah yg baik dan ada yg tidak , majlis maulid dlm AS

41.1 Dalam Ahlissunnah wa al-Jamaah ’bid’ah’ ada yang baik dan yang tidak sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Syafie rd, Imam al-Ghazali, dan lain-lainnya, termasuk ’Izzuddin ibn ’Abd al-Salam.Pembahagian itu juga disebutkan oleh pensyarah-pensyarah hadith Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan lain-lainnya. Bid’ah yang tertolak itu adalah yang tidak ada asalnya pada Qur’an , Sunnah atau Ijma’.Yang ada asalnya pada punca-punca itu bukan bid’ah pada syara’ walaupun dari segi lafaz zahirnya ia bid’ah.


42 Bid’ah pada Wahhabiyyah

42.1 Bid’ah mengadakan majlis maulid al-nabi s.a.w. Bagaimana berita terkini menunjukkan bahawa di negeri Aarab Saudi diadakan majlis maulid al-nabi baru-baru ini dihadiri oleh Syaikh Salman sendiri yang tidak menunjukkan penentangannya terhadap amalan itu.Pada kita dalam Ahlissunnah ini antara lainnya berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud ”Adapun ni’mat Tuhanmu hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”.Dan tidak ada ni’mat yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabiNya kepada umat manusia untuk memberi bimbingan kepada mereka. Dan tidakkah perlu itu disebut-sebutkan, apa lagi dalam majlis maulidnya?


43 Surat2 Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kononnya ia …


43.1 Mungkin boleh diperhatikan adanya surat-surat yang dikatakan ditulis olem Muhammad bin ’Abdul Wahhab di salah sebuah universiti di Asia Barat yang menunjukkan bahawa beliau : tidak menganggap umum orang Islam kafir seperti penyembah berhala semenjak enam ratus tahun sebelum kemunculannya, tidak menganggap kafir amalan meminta syafaat, istighathah, meminta berkat dan yang sepertinya, tidak menentang kerajaan Uthmaniyyah, tidak menganggap mengikut mazhab menyebabkan kufur, tidak menganggap tasawwuf membawa kepada kufur, dan tidak menghalalkan darah dan harta sesama Muslimin kalau mereka mengamalkan dosa besar, seperti bertawasul, demikian seterusnya. Maklumat ini, kalaupun benar, perlu dilihat dalam neraca ’track record’nya, dan juga kemunculan kitab-kitab dengan aliran yang tertentu itu, juga beberapa tokoh semasa yang mencanang aliran berfikir seperti itu misalnya al-Albani , al-Khojandi al-Ma’sumi, dan lain-lainnya. Keseluruhan perhatian terhadap aliran ini, tokoh-tokohnya dan juga peristiwa sejarah menuntuk kita supaya mengecualikan diri daripada cara memahami agama secara demikian dan kita mesti merujuk kembali kepada wacana ilm u Ahlissunnah waljamaah yang sepadu dan baku. Itulah jalan selamat yang satu-satunya dibuka oleh Tuhan untuk kita. Allahumma sallimna wal-Muslimin.Amin


44 Bahaya Wahhabiyyah bila keluar dpd tempat asalnya

44.1 Tentang bahaya bahaya cara berfikir aliran ini kepada amalan agama dan keselamatan Negara kalau ia merebak jelas daripada sejarah , ini boleh difahami dari ‘track record’nya , dan implikasi ajarannya.

44.2 ‘Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnya

44.3 Bagaimana ia menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab Ahlissunnah yang membolehkan yang demikian itu.

44.4 Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang berperang dengan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam sejarah , dan ajaran mereka.

44.5 Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang kepada rakyat Malaysia

44.6 Penyebarannya mesti disekat, melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab demilkian. Wallahu a’lam


45 Kesimpulan hal Wahhabiyyah

45.1 Jelas dalam neraca sistem ilmu Ahlissunnah bahawa ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa perkara asasi, dari segi akidah dan syariatnya serta akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran Ahlissunnah wal-Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam.Pembahagian tauhidnya kepada tiga, yang membawa kepada menyamakan Orang Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang berikutnya,huraiannya tentang syahadah, sikapnya menentang aliran Imam Asy’ari dengan terang-terang, konsepnya tentang taklid dan bid’ah, sikapnya yang negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jeas berhuibungan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan sama sekali daripadaAhlissunnah.Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan di negeri ini.


46 Wahhabiyyah berbahaya

46.1 Sayangnya golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah adalah yang Ahlissunnah sebenarnya dan golongan lain tidak Ahlissunnah.Mereka adalah saudara-saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin Malaysia.Sebagaimana yang dinyhatakan oleh al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ uliamri negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan Ahlissunnah waljamaah tidak terganggu.Wallahu a’lam


[1] Untuk pembentangan dalam seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor , di Kg Kuantan,Kelang, Selangor DE, pada 2 Julai 2006 jam 9.00 hingga 11.00 pagi.


1]Penulis adalah Fellow Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, Ahli Jemaah Pengarah IIM, Fellow Kehormat IKIM. Ahli SUHAKAM