Tuesday, December 04, 2007

Laporan: Daurah Musim Cuti 4 (DMC 4) 20-22 November 2007

PULAU PINANG 30 Nov. - Daurah Musim Cuti 4 telahpun melabuhkan tirainya. Program 3 hari yang bermula dari 20 November hingga 22 November 2007 di Insitut Al-Qayyim,Bukit Mertajam,Penang ini padat dengan kuliah-kuliah agama dan aktiviti da’wah. Para pelajar yang turut serta menyertai daurah ini adalah para pelajar dari pelbagai universiti antaranya UM, UM Nilam Puri, UKM, UITM , UIAG, USM Kubang Kerian, UPSI, UIAM Kuantan serta UIAM Gombak.Peserta dari pelbagai universiti menyertai daurah ini dengan tujuan menimba ilmu sempena musim cuti semester ini.Ibarat kain putih yang bersedia dicorakkan secantik mungkin.


Penulis yakin bahawa setiap para peserta tidak pulang dengan tangan kosong.Jika ada para peserta yang menulis tentang suka duka mereka atau mengomel tentang masalah yang dihadapi sepanjang daurah, baik disebabkan ketidak selesaan penginapan mahupun akibat pengurusan masa dan sebagainya. Maka suka sekiranya penulis berkongsi tentang ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh penulis dan para peserta sepanjang berada di Institut Al-Qayyim tersebut supaya para pembaca yang tidak berkesemapatan untuk turut serta sekurang-kurangnya dapat merasai kemanisan ilmu dan pengajaran yang dapat penulis coretkan sepanjang sesi daurah ini. Penulis hanya dapat meluangkan masa untuk mencoretkan ilmu dan pengalaman di sana setelah selamat pulang dari Institut al-Qayyim pada 29 November, itupun setelah terlibat dalam Konvensyen Sunnah ke-3 pada 24 dan 25 November 2007 dan Kem Sifat Solat Nabi pada 26 November hingga 28 November.Sememangnya ia satu tempoh yang meletihkan tetapi keletihan itu tidak dapat dinilai dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program-program ini.

Penulis tiba di Pulau Penang pada malam 19 November, pada ketika itu sahabat-sahabat dari universiti lain yang turut serta telahpun berada di Institut Al-Qayyim. Bagi peserta muslimah pula ada antara mereka telah lebih awal berada di situ kerana turut serta dalam Kem Sifat Solat Nabi untuk muslimah. Peserta lelaki kebanyakannya adalah bekas peserta Daurah Manhaj yang pernah diadakan di Kajang.


20 November 2007

Pagi kami dimulakan dengan solat subuh berjamaah, kemudian sesi HARIS (Halaqah Riyadus Solihin) dimulakan dengan menghuraikan hadith pilihan peserta dan HARIS menjadi aktiviti pengisian masa lapang di sana. Melihat nama penulis turut terpilih dalam sesi HARIS pada sebelah malam keesokan harinya. Penulis telah terlebih dahulu bersiap sedia dengan hadith pilihan penulis dengan mengambil jalan mudah dengan mensyarahkan artikel terbaru penulis sebelum ini yang bertajuk “Jom Jidal”. Ianya tidak lebih sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan terhadap kajian dalam artikel tersebut.

Selepas sarapan peserta disajikan dengan Kuliah Dasar-1 yang bertajuk “Kenapa Saya Memilih Manhaj Salaf Al-Soleh?”. Ustaz Kadir Sahak menyampaikan tajuk ini dengan ringkas dan santai memandangkan kebanyakan peserta daurah telahpun memahami kepentingan berpegang teguh pada manhaj para salaf. Isi yang Ustaz Kadir sampaikan lebih menfokus berkenaan kenapa perlunya kita berpegang pada Quran dan As-sunnah berdasarkan pemahaman para Salaf Al-Soleh seperti mana berdasarkan hadith baginda.


تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku” [1]

Ianya begitu penting bagi membezakan kita yakni Ahlu Sunnah Wal Jamaah dengan golongan-golongan lain yang juga mengaku berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah sedangkan hakikatnya mereka menjadikan aqal dan hawa nafsu sebagai petunjuk kehidupan. Jika ada yang mendakwa istilah salaf itu adalah istilah baru maka ianya adalah tidak tepat kerana perkataan ‘salaf’ atau dengan maksud rujukan kepada jalan pemikiran, pegangan, fahaman, pendapat dan pembawaan generasi salaf telah dimuatkan dalam kitab-kitab muktabar oleh para ulama’. Antaranya ialah seperti pengulangan penggunaan istilah ‘salaf’ dalam kitab tafsir At-Tabari sebanyak 27 kali, Tafsir Al-Qurtubi sebanyak 102 kali, Tafsir Ibn Katsir sebanyak 274 kali, Sharh Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi sebanyak 225 kali, Fathul Bari Sharh Sahih Al-Bukhari oleh Ibn Hajr Al-Asqalani sebnyak 328 kali dan dalam Encyclopedia of Islamic Jurisprudence yang menghimpunkan 100 judul kitab fiqh pelbagai mazhab berulang sebanyak 7309 kali.[2]


Jika para pembaca merasakan pengulangan istilah tidak membuktikan kepentingan maka antara dalil-dalil yang menunujukkan kewajiban mengikut pegangan salaf ialah seperti mana amaran dariapda sabda baginda Rasulullah s.a.w:-


فمن رغب عن سنتي فليس مني…


“…Maka, sesiapa yang tidak ikut Sunnahku, dia bukan dari (kalangan umat) ku” [3]

Kuliah Dasar ke-2 oleh Ustaz Abu Syu'aib menyentuh tentang tajuk “Tauhid Asma’ Wa Sifat”. Penulis pada mulanya merasakan tajuk ini adalah ringan dan bersahaja sehinggalah ada dari sahabat yang hadir menyatakan apa yang disampaikan adalah sesuatu perkara baru dan ianya dikupas dengan lebih mendalam apabila mebincangkan perbahasan-perbahasan berkenaan sifat-sifat Allah s.w.t.Penulis teringat antara artikel awal penulis di dalam blog ini adalah berkaitan dengan Aqidah Imam 4 mazhab berkaitan dengan Asma’ Wa Sifat[4] dan ia sememangnya satu tajuk yang penuh dengan kontroversi dan akibat perbezaan pendapat mengenai tajuk inilah munculnya golongan-golongan seperti:-

1. Musyabbihah (kumpulan yang menyamakan Allah dengan makhluk),
2. Jahmiyyah (kumpulan yang menafikan nama dan sifat Allah)
3. Muktazillah (kumpulan yang menafikan sifat mani’ bagi Allah iaitu ilmu , kuasa,
berkehendak, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata)
4. Asy’ariyyah dan Maturidiyyah (kumpulan yang menta’wil ayat-ayat sifat dan sebagainya)


Dan Ahlu sunnah Wal Jamaah dalam hal ini seperti yang diketahui umum bersifat wasatiah yakni berada pada pertengahan antara Mu’atillah (bersifat ghulu'w dalam memahami Asma’ Wa Sifat Allah) dan Musyabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk).Kupasan dalam kuliah dasar ke-2 ini dikatakan agak laju dan peserta daurah yang baru berjinak-jinak dengan tajuk ini memang agak sukar untuk menggapai isi kuliah secara keseluruhan terutamanya apabila membahaskan tentang aqidah sebenar Ali bin Ismail bin Abi Basyar bin Ishak, Abu al-Hassan dari keturunan sahabat nabi Abu Musa al-Asy’ari r.a atau lebih dikenali sebagai Imam Abul Hassan al-Asy’ari. Perbincangan dalam kuliah dasar ke-2 ini bertumpu kepada hal ini disebabkan ramai orang yang menggunakan nama Imam Abul Hassan al-Asy’ari yang akhirnya dinisbatkan kepada golongan Asy’ariyyah. Hal ini berlaku kerana kejahilan golongan Asy’ariyyah yang tidak mengetahui fasa aqidah yang dilalui oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari dari aqidah muktazilah pada awalnya kemudian beralih kepada fasa aqidah yang kedua yang mengikut metod Ibnu Kullab (240 H) sehingglah di akhir hayatnya berpegang kepada aqidah sebenar yakni aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah iaitu mengisbatkan semua sifat dengan tidak menentukan kaifiyat dan tidak mentasbihkan (menyamakan) sifat-sifat Allah dengan makhluk, iaitu mengikut jalan Salafus Soleh.[5] Perkara ini boleh dibuktikan bukan sahaja melalui kitab Imam Abu Hassan al-Asy’ari yang terkenal Al-Ibanah An Usuli Al-Diyanah tetapi juga kitab lain seperti di dalam kitab Risalatun Ila Ahli al-Thaghar dan Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin. Hal ini penting kerana mereka (golongan Asy’ariyyah ) suka memberi alasan bahawa terdapat penyelewengan dalam kitab Al-Ibanah An Usuli Al-Diyanah tanpa menyedari terdapat kitab lain yang boleh membuktikan hal tersebut.

Antara kesimpulan yang dapat dibuat daripada kuliah dasar ke-2 yang ditekankan oleh ustaz Abu Syuaib ialah bahawasanya Ahlu Sunnah Wal Jamaah menetapkan sifat-sifat bagi Allah tanpa melakukan empat perkara iaitu:-

1. Tahrif -(memesongkan atau mengubah sesuatu dari wajahnya yang asal seperti mengubah lafaz

dan makna)
2. Ta’thil -(membatalkan atau menafikan sifat bagi Allah s.w.t)
3. Takyif - (menentukan kaifiat atau cara bagi sifat-sifat Allah s.w.t)
4. Tamsil - (menyamakan sifat Allah s.w.t dengan makhluk.Juga digelar Tasybih)
5. Tafwidh - (meyerahkan segala makna dan kaifiat bulat-bulat)


Pada sebelah malamnya peserta daurah disajikan dengan Kuliah Dasar ke-3 oleh Ustaz Rasyid Idris berkenaan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Terhadap Dunia Islam”. Tajuk ini mengikut sesetengah orang mungkin tidak patut disertakan di dalam daurah tetapi pada pandangan penulis ianya adalah satu tajuk yang releven pada masanya terutama bagi mengenali tokoh tersebut dengan lebih dekat. Ini kerana sejak dari dahulu hingga kini kitab-kitab yang dikarang oleh Ibn Taimiyyah menjadi rujukan ulama’-ulama’ Mutaakhirin dalam membincangkan segala aspek.


Abu Al-Abbas Taqiy Al-Din Ahmad Bin ‘Abd Al-Halim Bin ‘Abd Al-Salam Bin ‘Abd Allah Bin Al-Khadir Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali atau nama yang masyur di persada keilmuan Islam yakni Ibn Taimiyyah mengarang kitab-kitab dari pelbagai aspek,yakni berkaitan ‘Ulum Al-Quran dan Tafsir, Al-Hadith, Usul Al-Din, Perbandingan Agama, Fiqh dan Usul Fiqh, Tasawwuf dan sebagainya. Tetapi tidak kurang juga mereka yang menghentamnya dengan fitnah dan tomahan yang pelbagai. Ada antaranya yang mentohmah IbnTaimiyyah beraqidah Tajsim dan Tasybih.[6] Pada pandangan penulis, mereka ini tidak ubah seperti anjing yang menyalak di pinggir gunung dengan tujuan untuk menghancurkannya. Mengapa penulis berkata sedemikian ini adalah kerana Ibn Taimiyyah meninggalkan khazanah ilmu yang sugguh banyak melalui kitab-kitab dan risalah-risalah.


Tidaklah menjadi satu perkara yang digusarkan jika ada pihak yang cuba memburukkan nama Ibn Taimiyyah sedangkan ulama’-ulama’ muktabar kini menggunakan kitab-kitabnya sebagai rujukan, hanya sebilangan kecil sahaja yang berusaha menyesat dan mengkafirkan beliau. Antara faktor utamanya pada pandangan penulis ialah kerana banyak kitab-kitab yang dikarang beliau menceritakan kesalahan firqoh-firqoh yang wujud pada zaman awal sehingga zaman beliau. Barangkali fatwa-fatwa beliau yang tidak memihak kepada mereka (yang berpegang pada firqoh-firqoh yang menyeleweng) menyebabkan wujudnya kitab-kitab yang menyesatkan dan mengkafirkan beliau. Tidak kira apapun yang berlaku, khazanah ilmu Ibn Taimiyyah menjadi kajian di peringkat sarjana mengenai Ibn Taimiyyah dalam berbagai bahasa, dari pelbagai aspek, di puluhan universiti di serata dunia. Antara nasihat beliau terhadap pejuang sunnah yang dapat kita ambil iktibar daripadanya ialah:-

“Maka wajib ke atas setiap individu mencurahkan segala usaha dan tenaga untuk mengetahui apa yang dibawa olehnya (Rasulullah) serta mematuhinya, kerana inilah saja jalan pelepasan daripada azab yang pedih dan juga jalan kejayaan bagi mendapat nikmat syurga” [7]


21 November 2007


Tanggal 21 November,seperti tahun lepas, penulis menyambut hari lahir penulis di Institut Al-Qayyim. Jika tahun lepas penulis terlibat dalam Kem Sifat Solat Nabi, tahun ini penulis menghabiskan masa dengan menimba ilmu. Ianya dirasakan lebih bermakna daripada sambutan meniup lilin dan memotong kek. Apatah lagi hari ini tajuk-tajuk kuliah amat menarik perhatian penulis apabila ia lebih menjurus kepada pengajian hadith.

Kuliah Dasar ke-4 oleh Ustaz Hisyam Radhi semangnya dinanti-nantikan walupun tajuk “Hadith Dhoif dan Hukum Berhujah Dengannya” adalah satu tajuk asas yang telah lama diketahui penulis. Tetapi bagi peserta daurah yang lain ianya adalah amat penting bagi membentuk manhaj Salafus Soleh yang tepat dan berada di landasan yang betul. Ustaz Hisyam terlebih dahulu menerangkan pembahagian hadith-hadith dhoif dengan terperinci bagi memudahkan peserta mengklasifikasi hadith-hadith dhoif yang ada seperti Suqut Zahir dan Suqut Khafi dan daripada kategori hadith-hadith dhoif seperti Al- Muallaq, Al-Mursal, Al-Mu’dhal, Al-Munqati’, serta Al-Mudallas, dan Al- Mursal.[8] Selepas itu barulah Ustaz Hisyam menerangkan tentang hukum beramal dengannya. Keterbatasan masa menyebabkan Ustaz Hisyam banyak mengfokus kepada pembahagian hadith dhoif dan menggunakan masa berbaki kepada penerangan hukum beramal dengannya.


Apa yang penulis dapat simpulkan berkenaan tajuk tersebut ialah Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengiktiraf wujudnya perbezaan pendapat dalam menerima hadith yang lemah (Dhoif) dalam persoalan yang menerangkan keutamaan sesuatu amal (Fadhail ‘Amal), anjuran dan ancaman (Al-Targhib Wa Al-Tarhib) serta dalam persoalan yang didiamkan oleh Al-Quran dan AS-Sunnah.Persoalan ini berdasarkan sesetengah tokoh Ahlu sunnah Wal Jamaah hanya mencukupkan diri dengan hadith sahih dan hasan sahaja menakal sebahagian yang lain menerima hadith Dhoif. Walaubagaimanpun, ianya tidak terlepas daripada beberapa syarat yakni:-


1. Hadith tersebut memiliki kelemahan yang ringan.Bukannya hadith yang berta kelemahannya (Dhoif Jiddan) mahupun hadith yang palsu (Maudhu’).
2. Hadith tersebut masuk dalam asas-asas agama.

3. Hadith tersebut disampaikan dengan menerangkan kelemahannya. Tidak boleh menyampaikannya dalam bentuk yang apsti kerana ia akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa ianya sahih.
4. Tidak boleh menggunkannya secara meluas atau dengan kekerapan yang tinggi kerana ia boleh memberi sangkaan pada masyarakat bahawa ianya sahih.[9]

Tiga syarat di atas terdapat dalam semua kitab hadith
[10] manakala yang keempat merupakan tambahan yang dikemukan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani (852 H).[11] Pada pandangan penulis, daripada syarat-syarat di atas dapat kita fikir secara logiknya betapa ketat syarat yang dikenakan oleh para muhaddith dalam mengamalkan hadith dhoif ini. Tetapi berapa ramai yang jahil dengan bangganya melaungkan bolehnya beramal dengan hadith dhoif tanpa mengambil berat tentang syarat-syarat yang para muhaddith tetapkan. Lihat sahaja syarat pertama yang dikenakan, untuk memastikan ianya bukan hadith yang bertaraf dhoif Jiddan maka ianya memerlukan kepakaran dengan ilmu hadith terutamanya kategori-kategori hadith dhoif. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh para muhaddith ini sebenarnya adalah terlalu ketat dan secara tidak lansung memustahilkan untuk seseorang itu mengamalkannya.

Kuliah Dasar ke-5 yang bertajuk “Pengenalan kepada Kuttubus Sittah” sememangnya satu tajuk yang luas. Seperti mana kat Ustaz Roesfan, ada yang belajar bertahun-tahun untuk mengenali manhaj dan metod pengumpulan kitab Kutubus Sittah. Dan daurah kali ini ingin ianya disimpulkan dalam masa 2 jam adalah sesuatu yang agak mustahil. Maka itu adalah punca utama peserta daurah hanya sempat mempelajari perbezaan pendapat berkenaan ‘ranking’ di antara Kutubus Sittah serta manhaj dan metodologi penyusunan dalam Sahih Bukhari dan sedikit perbezaannya dengan Sahih Muslim.Antara metodologi yang dapat disimpulkan ialah:-


1. Sahih Bukhari mengikut susunan Kitab Fiqh.

2. Ta’ti’ Al-Hadith (Memotong-motong hadith adalah dibenarkan)
3. Cara meletakkan bab dapat dibahagikan kepada 2 kategori yakni berdasarkan matan
isi dan ada juga bab yang tak berkaitan dengan isi.
4. Tidak mengulang hadith yang sama dengan sanad yang sama.

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani (852 H) yang terkenal dengan Fathul Bari Sharh Sahih Al-Bukhari, metodologi dan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh Imam Bukhari dalam mengambil hadith daripada para perawi menyebabkan Sahih Bukhari layak diletakkan dalam ‘ranking’ yang pertama mengatasi Sahih Muslim. Dan anatara perkara yang menakjubkan ialah Imam Bukhari dapat menghabiskan pengumpulan hadith-hadith ini untuk dimuatkan di dalam Sahih Bukhari selama lebih kurang 16 tahun atau lebih. Antara perbezaan utama antara Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ialah kitab-kitab Sunan yang lain ialah ianya tidak menyertakan hadith-hadith berkaitan dengan aqidah, kitab-kitab Sunan yang lain lebih mengfokus kepada hadith-hadith berkenaan Fiqh bukanya Aqidah.

Pada sebelah malam pula Kuliah Dasar ke-6 oleh Ustaz Ahmad Jailani amat ‘menyegarkan’. Suara lantang Ustaz dalam mempersembahkan tajuk “Isu-Isu Fiqh Terkini” yang menyentuh bab Fiqh Munakahat, Fiqh Taharah, Fiqh Perbankan dan Kewangan dan Fiqh Perubatan.Tetapi selaku peguam syar’ie yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang munakahat beliau berhujah hampir 1 jam bertumpu pada tajuk Fiqh Munakahat. Penulis masih ingat bagaimana beliau mengkritik kejumudan pemikiran Hakim Tertinggi Syariah di sebuah negeri yang tidak mahu mengambil kira hujah beliau dalam bab lafaz talak 3 sekaligus dikira jatuh talak 1. Menggunakan alasan “Di Malaysia kita mengamalkan mazhab Syafie” adalah satu contoh kejumudan pemikiran terhadap keluasan syara’. Hujah yang Ustaz Jailani bawakan tidak diambil kira barangkali beliau (hakim tertinggi makhamah syariah) tidak pernah mendengar pandangan Dr. Wahbah Mustafa Az-Zuhaili, seorang ulama’ besar mazhab Syafie zaman moden ini yang berasal dari Syriria di dalam kitabnya yang masyur berkata:-


“Jika hakim memilih pendapat yang lemah sekalipun, jadilah pendapat itu lemah itu sebagai hukum yang lebih kuat.Apatah lagi jika ia dijadikan undang-undang sebagaimana yang berlaku di sesetengah negara Arab yang menjadikan lafaz talaq tiga sekaligus sebagai jatuh satu talak sahaja.maka tiada tegahan untuk berpegang apdanya (satu talak sahaja) dan dengan berfatwa dengannya untuk memberi anak-anak, khususnya, kita sekrang berada pada zaman sedikitnya sifat warak dan berhati-hati, menyebabkan merekamudah melafazkan talak seperti ini, sedangkan mekrea sebenarnya hanya bertujuan hanya mengugut sahaja.”
[12]

Pandangan yang sama diberikan oleh Syeikh Atiyyah Saqar tentang bagaimana beliau mengulas undang-undang Mesir yang menggunakan lafaz talak 3 sekaligus dikira jatuh talak 1 adalah bertujuan menjaga kemaslahatan umumagar tidak terjebak ke dalam masalah “cina buta” atau lebih tepat sebagai al-Muhallil dan Al-Muhallalahu.[13]

Dan perbincangan tentang Fiqh Taharah, Fiqh Perbankan dan Kewangan dan Fiqh Perubatan oleh Ustaz Jailani tidak begitu ‘menyengat’ seperti mana beliau membicarakan Fiqh Munakahat, penulis kasihan melihat ada para peserta yang ‘blur-blur’ apabila istilah-istilah dalam Fiqh Muamalat seperti Bay’ Bithalmanil Ajil (BBA), Mudharabah, Musyarakah dan sebagainya digunakan tanpa penjelasan yang jelas, tetapi sebagai penuntut ekonomi tajuk yang dibincangkan masih dalam ruang lingkup yang dapat difahami dengan jelas. Cuma sahaja ingin rasanya penulis berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin atau mana-mana pensyarah di kuliyyah kelak untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan Ijtihad Jawatankuasa Syariah BNM yang menetapkan peratusan untuk menentukan tahap keharaman yang bercampur baur dengan keuntungan syarikat yang melibatkan diri dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan. Perkara ini menyebabkan 80 peratus syarikat yang di senaraikan di dalam Bursa Saham adalah di sahkan Syariah. Penulis merasakan ianya wujud pro dan kontra dalam perkara yang dibahaskan.

Selepas Kuliah Dasar ke-6 peserta daurah disajikan lagi dengan Kuliah Khas oleh Sahibul Samahah Dr Asri Zainul Abidin merangkap Mufti Perlis, ada antara peserta yang keletihan dan mengantuk sepanjang kuliah tetapi penulis masih mampu bertahan segar mendengar kuliah tersebut dari awal hingga akhir. Ustaz Asri menceritakan tentang kisah Umar r.a dan kisah Fairuz Ad-Dailami yang berketurunan raja dikenakan hukuman qisas walaupun dijemput oleh Umar untuk berjumpa dengannya. Tetapi pemuda yang ingin melaksakan hukuman tersebut melupakan hukuman tersebut sebaik mendengar sabda nabi s.a.w yang ada menyebut nama Fairuz sebagai seorang pejuang. Ustaz Asri menggunakan pemuda tersebut sebagai contoh bahawa betapa taat dan patuhnya pemuda tersebut terhadap kalam Nabi s.a.w. Begitulah yang dapat penulis simpulkan daripada kuliah tersebut.


22 November 2007


Pagi keesokkannya yakni hari terakhir daurah para peserta disajikan lagi dengan Kuliah Dasar ke-7 yang menyentuh berkenaan tajuk “Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah dalam Da’wah dan Tarbiyyah” oleh Ustaz Rasyid Idris. Tajuk ini pernah dipelajari penulis semasa mengambil mata pelajaran Usul Fiqh tetapi perbezaannya ialah kuliah ini lebih menfokuskan Qawaid Fiqhiyyah di dalam aspek Tarbiyyah dan Da’wah. Nota ringkas yang diberikan oleh Ustaz Rasyid merupakan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al-Jur’ie, seorang pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universitti Al-Malik Khalid di Arab Saudi.

Antara Qawaid Fiqhiyyah yang diberikan sebagai contoh yang boleh diaplikasi ialah Al-Umuri Bimaqasidiha (Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya). Bab ini membahaskan berkenaan niyyah atau tujuan kerana semua sedia mkalum bahawa tidak sah sesuatu amalan tanpa niyyah. Dan seperti mana berdasarkan Imam Al-Subki daripada niyyahlah kita dapat membezakan antara adat dan ibadat. Oleh itu, nilai aktiviti tarbiyyah dan da’wah bergantung kepada niyyah yang dipasang. Jika ia bertujuan kerana ingin mengisi masa lapang, kepentingan duniawi atau kemasyuran semata maka itulah yang akan para da’i itu perolehi. Juga dalam menegakkan kebenaran dengan hujah-hujah yang mapan adalah sebahagian daripada aktiviti tarbiyyah dan da’wah, tetapi ianya tidak dapat lari daripada kemungkinan dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur, dan merendahkan orang lain. Maka para da’i seharusnya memurnikan niatnya terlebih dahulu dalam menelusuri aktiviti tarbiyyah dan da’wah.


Dalam Kuliah Dasar ke-8, para peserta disajikan dengan Forum daripada Ustaz Zain Y.S dan Dr. Imran ,penulis pertama kali mendengar kedua-dua tokoh ini memberi pandangan mereka dalam tajuk “Di Mana Kita Dengan Akhlak Para Salaf Al-Soleh?”. Forum ini sememangnya agaka santai tetapi ianya begitu berisi kerana Ustaz Zain Y.S yang telah hampir 10 tahun mengendalikan al-ahkam.net berhadapan dengan pelbagai masalah akhlaq para da’i dan sesungguhnya ianya tidak berlaku jika mereka mempunyai manhaj yang jelas, manhaj seperti mana para salaf menjaga akhlaq mereka dalam semua hal baik berhadapan dengan rakan seperjuangan sehinggalah berhadapan dengan ahlu bid’ah atau orang kafir, semuanya perlu memikirkan kesan jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Jika sesama rakan seperjuangan yang ingin menegakkan sunnah kita berkelahi maka perjuangan sunnah ini semestinya tidak akan sampai ke mana. Ilmu yang benar jika disampaikan dengan ahklaq yang salah akan menyebabkan para mad’u itu berat hati untuk menerima kebenaran walaupun ianya jelas, indah lagi benar.Penulis hanya mampu tersenyum mendengar contoh-contoh yang diberikan. Atas sebab akhlaqlah mesej sunnah yang ingin disampaikan selalunya terbantut di pertengahan jalan. Lihat sahaja baik di forum-forum mahupun realiti mereka yang dikatakan pejuang sunnah masih bertikam lidah sesama sendiri apatah lagi dengan orang yang tidak sefahaman dengan mereka. Maka atas dasar ini lah seseorang yang mempunyai manhaj Salaf Al-Soleh yang jelas seharusnya berkerjasama dalam perjuangan ini bagi memartabatkan sunnah, lebih-lebih lagi apabila pengetahuan tentang sunnah amatlah sedikit di Malaysia ini. Pemerhatian penulis sepanjang menjadi pembaca setia di al-ahkam.net selama beberapa tahun amat mengecewakan apabila ramai yang lebih suka berjidal dalam menegakkan pendapat masing-masing sehingga perbincangan itu tidak kelihatan ilmiah. Maka sudah semestinya moderator seperti Ustaz Zain Y.S memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan sunnah ini. Ini kerana dikhuatiri mereka yang lagak berjiwa besar dalam dunia virtual ini terbawa-bawa akhlaq yang kurang elok itu dalam dunia realiti yang mana dunia ini sekarang memerlukan pendakwah yang bijak dan berhikmah. Berkata Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah :-


"Wajib atas kita untuk berlemah lembut di dalam dakwah kita terhadap orang-orang yang menyelisihi kita, dan jadikan selalu firman Alloh Ta'ala berikut (sebagai pegangan) dan untuk selamanya.Serulah mereka ke jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasehat yang baik, serta berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik."Dan mereka yang pertama lebih berhak untuk kita terapkan hikmah ini adalah mereka yang paling memusuhi kita di dalam dasar (mabda') dan aqidah kita, hingga kita tidak menggabungkan antara beratnya dakwah yang haq yang Allah memperteguh kita dengannya dengan beratnya cara (ushlub) kita berdakwah kepada Allah Azza wa Jalla”



Petang 22 November pula setiap peserta dikehendaki mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing. Hasil yang dimaksudkan di sini ialah risalah atau phamplet yang akan digunakan untuk menyebarkan da’wah baik pada Muslim dan Non-Muslim. Alhamdulillah timbul kesedaran dari para peserta untuk mengfokus sama terhadap Non-Muslim selain mesej umum kepada Muslim sahaja. Sasaran yang lebih luas dan umum semestinya dapat menarik perhatian orang awam dan itulah strategi yang terbaik untuk menaraik perhatian orang awam tidak kira Muslim atau Non-Muslim terhadap keindahan Islam. Setiap kumpulan dilihat cuba mempertahankan risalah masing-masing sebagai risalah terbaik dan ternyata dalam masa yang singkat para peserta daurah mampu menghasilkan risalah yang cantik dan menarik. Cuma ada beberapa sub-tajuk yang dirasakan kurang releven apabila cara penyampaian di dalam risalah yang ingin diberikan kepada orang awam dirasakan kurang berkesan.

Penulis juga sempat juga memberi beberapa tips untuk para peserta dalam melakukan da’wah baik dari segi penampilan mahupun persediaan mental dan fizikal. Mengenali manhaj berda’wah sepanjang bersama Bro. Shah Kirit, Bro. Lim Jui Soon, dan Bro. Ungku Fauzi dalam subjek Perbandingan Agama di Islamic Information Service sedikit sebanyak membantu penulis memahami cara berda’wah kepada Non-Muslim dengan lebih berkesan. Hujah atau fakta merupakan perkara kedua yang perlu diambil kira kerana cara atau metod penyampaian meruapakn tunjang dalam mempersembahkan kebenaran. Inilah kelemahan utama yang dialami kebanyakan para dai’ kini. Islam yang indah dan benar itu jika disampaikan dengan cara atau metod yang salah maka tidak mustahil ianya dilihat buruk dan salah.


Pengalaman turut serta dalam program ‘Gegaq Da’wah’ merupakan idea yang sungguh bernas. Ia dapat mewujudkan kesedaran terhadap kewajiban berda’wah di kalangan para peserta. Cuma apa yang dikesalkan penulis ialah apabila ada peserta yang ‘kurang’ kreatif dalam berda’wah. Hanya disebabkan pengedaran risalah di dalam Queensbay Mall tersebut disedari dan ‘dihalau’ pegawai keselamatan serta pihak pengurusan di situ, para peserta seperti lemah semangat dan berputus asa.

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” [Ali Imran 3:139]


Banyak komen dari para peserta yang tidak berpuas hati dengan pihak penganjur daurah. Penulis kurang pasti apa yang bermain dalam minda para peserta.Apakah mereka yang lemah semangat dan berputus asa merasakan berda’wah ini mudah?

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُو
نَوَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Tuhan mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"[ Al-Ankabut 29:2-3]


Selepas diberi amaran oleh pihak pengurusan untuk memanggil polis menahan kami penulis berulang kali mengingatkan sahabat-sahabat penulis di luar Queensbay Mall tersebut bahawa da’wah Rasulullah di Thoif dahulu lebih teruk dari ini, para salaf dibaling batu,tahi dan sebagainya tetapi para dai’ kini amat mudah berputus asa dengan ngomelan bahawa kita salah memilih kawasan da’wah. Ini sepatutnya tidak berlaku bagi mereka yang mempunyai manhaj, penulis sedikit terkilan apabila ada yang balik dengan tangan memegang lebihan risalah yang sepatutnya diedarkan. Kreatif dan kritis dalam berda’wah adalah sangat penting. Penulis yang ‘dihalau’ menukar strategi bersama teman-teman lain ke kawasan berhampiran Queensbay Mall dan pengedaran risalah di sekitar kawasan itu lebih bermakna kerana sasaran kumpulan utama penulis yakni Non-Muslim banyak di sekitar itu memandangkan kedai mereka dibuka berhampiran Queensbay Mall. Ternyata pengalaman dalam berda’wah itu penting dan penulis bersyukur apabila pernah terlibat dalam beberapa program da’wah dan semestinya lebih banyak program da’wah yang kita ikuti maka lebih banyak pengalaman yang dapat kita bina dalam menghadapai situasi-situasi tertentu. A’la kulli hal, penulis pasti bahawa setiap ilmu dan pengalaman yang ditimba para peserta daurah mencorak hidup mereka dalam melalui liku-liku kehidupan perjuangan sunnah yang semakin mencabar dari sehari ke sehari. Penulis merasakan hendaklah para peserta tetap teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan manhaj para Salaf Al-Soleh dan saling bantu membantu dan bergembleng tenaga bagi memastikan sunnah Rasulullah s.a.w dijunjung tinggi.


فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة


“Maka, sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham, dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat” [14]


Wallahua'lam.


___________________________________________________

[1] Malik Ibn Anas, Al-Muwatta’ (bersama Syarh Az-Zarqani), Dar Al-Fikr, Beirut, t.th, No: 1727. Hadith dinilai sebagai masyhur oleh Ibn ‘Abd Al-Barr Al-Qurtubi dalam At-Tamhid dan dinilai sebagai hasan oleh Al-Albani dalam Misykat Al-Masabih, At-Tawassul dan Manzilah As-Sunnah. Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah atas talian: http://www.dorar.net./mhadith.asp

[2] Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyyah Wahabiyyah, Johor Bharu, Johor,Perniagaan Jahabersa, 2003, hal. 74-75.

[3] Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, No:4776, dan Muslim Ibn al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar al-Ihya’ at-Turath al-‘Arabi, 1991, No: 1401.

[5] Artikel Ustaz Abu Syuaib bertajuk Allah wujud tanpa bertempat Aqidah Muktazilah & Jahmiyyah di http://yapis.blogspot.com/2007/03/allah-wujud-tanpa-bertempat-aqidah.html


[6] Sila rujuk jawapan kepapda tohmahan ini di dalam buku Dr. Azwira, Siapakah Ahlu Sunnah Sebenar?, dan Hafiz Firadas Abdullah, Pembongkaran Ilmiah Salafiyyah Wahabiyyah. Penjelasan terhadap tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari ke atas tokoh Ahlu Sunnah dan para tokohnya dengan membawa fakta-fakta yang menyeleweng dijawab dengan besertakan bukti yang membuatkan Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak dapat menjawab kembali pembuktian yang diberikan.



[7] Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd Al-Halim Al- Harrani, Majmu al-Fatawa, Terbitan Waqaf, Arab
Saudi,1398H, 1:5-6.

[8] Manna’ Khalil Al-Qathan, Mabhats fi ‘Ulum Al-Hadiths terjemahan oleh Abu Ezzat Al-Mubarak dan

Azhariah Muhammad atas judul Cara Mudah Memahami Ilmu-ilmu Hadith, (Pustaka Jiwa, Kuala Lumpur),

hal. 154.

[9] Hafiz Firdaus Abdullah, Mari Mengenal Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah, hal. 31.[10] Imam Al-Syahkawi
(906H), Al-Qaul Al-Badi’ Fi Fadhli Shalat ‘Ala Al-Habib Al-Syafi’ (tahqiq: Muhammad ‘Awwamah
Muassasah Al-Rayan, Beirut, 2002), hal. 472-473.

[11] Al-Albani, Tamam Al-Minnah Fi Al-Ta’liq ‘Ala Fiqh Sunnah, jilid 1, hal. 36.

[12] Dr. Wahbah Mustafa Az-Zuhaili, Al-Fiqhul Islami Wa Adilatuh, hal 413.

[13] Syeikh Atiyyah Saqar, Ma’usuatul Usrah Al-Muslimah.

[14] Silsilah As-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1996, 6: 526, No: 2735.


Dilaporkan oleh,

Ibn Yusof
Setiausaha,
INTIS Consultant and Training


30 November 2007 / 21 Zulkaedah 1428

8 comments:

CresceNet said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
maternity clothes,
wedding dresses,
jewelry store,
wow gold,
world of warcraft power leveling
World Of Warcraft gold,
ffxi gil,
wow account,
world of warcraft power leveling,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow power leveling
world of warcraft gold,
wow gold,
evening gowns,
wedding gowns,
prom gowns,
bridal gowns,
oil purifier,
wedding dresses,
World Of Warcraft gold
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow po,
wow or,
wow po,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,buy cheap World Of Warcraft gold
Maple Story mesos,
MapleStory mesos,
ms mesos,
mesos,
SilkRoad Gold,
SRO Gold,
SilkRoad Online Gold,
eq2 plat,
eq2 gold,
eq2 Platinum,
EverQuest 2 Platinum,
EverQuest 2 gold,
EverQuest 2 plat,
lotro gold,
lotr gold,
Lord of the Rings online Gold,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,world of warcraft power leveling
ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,guildwars gold,guildwars gold,guild wars gold,guild wars gold,lotro gold,lotro gold,lotr gold,lotr gold,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos, maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,
w3z6k7kq

誉网天下 said...

国际机票国内机票国际机票留学生机票搬家搬家公司北京搬家北京搬家公司搬家搬家公司北京搬家北京搬家公司月嫂月嫂月嫂育儿嫂育儿嫂育儿嫂探究实验室探究实验小学科学探究实验室数字化实验室数字探究实验室月嫂育婴师育儿嫂婚纱礼服婚纱摄影儿童摄影圣诞树胶带牛皮纸胶带封箱胶带高温胶带铝箔胶带泡棉胶带警示胶带耐高温胶带

誉网天下 said...

国际机票国内机票国际机票留学生机票搬家搬家公司北京搬家北京搬家公司搬家搬家公司北京搬家北京搬家公司月嫂月嫂月嫂育儿嫂育儿嫂育儿嫂探究实验室探究实验小学科学探究实验室数字化实验室数字探究实验室月嫂育婴师育儿嫂婚纱礼服婚纱摄影儿童摄影圣诞树胶带牛皮纸胶带封箱胶带高温胶带铝箔胶带泡棉胶带警示胶带耐高温胶带

air drying dessicants said...

black mold exposureblack mold symptoms of exposurewrought iron garden gatesiron garden gates find them herefine thin hair hairstylessearch hair styles for fine thin hairnight vision binocularsbuy night vision binocularslipitor reactionslipitor allergic reactionsluxury beach resort in the philippines

afordable beach resorts in the philippineshomeopathy for eczema.baby eczema.save big with great mineral makeup bargainsmineral makeup wholesalersprodam iphone Apple prodam iphone prahacect iphone manualmanual for P 168 iphonefero 52 binocularsnight vision Fero 52 binocularsThe best night vision binoculars here

night vision binoculars bargainsfree photo albums computer programsfree software to make photo albumsfree tax formsprintable tax forms for free craftmatic air bedcraftmatic air bed adjustable info hereboyd air bedboyd night air bed lowest pricefind air beds in wisconsinbest air beds in wisconsincloud air beds

best cloud inflatable air bedssealy air beds portableportables air bedsrv luggage racksaluminum made rv luggage racksair bed raisedbest form raised air bedsaircraft support equipmentsbest support equipments for aircraftsbed air informercialsbest informercials bed airmattress sized air beds

bestair bed mattress antique doorknobsantique doorknob identification tipsdvd player troubleshootingtroubleshooting with the dvd playerflat panel television lcd vs plasmaflat panel lcd television versus plasma pic the bestThe causes of economic recessionwhat are the causes of economic recessionadjustable bed air foam The best bed air foam

hoof prints antique equestrian printsantique hoof prints equestrian printsBuy air bedadjustablebuy the best adjustable air bedsair beds canadian storesCanadian stores for air beds

migraine causemigraine treatments floridaflorida headache clinicdrying dessicantair drying dessicantdessicant air dryerpediatric asthmaasthma specialistasthma children specialistcarpet cleaning dallas txcarpet cleaners dallascarpet cleaning dallas

vero beach vacationvero beach vacationsbeach vacation homes veroms beach vacationsms beach vacationms beach condosmaui beach vacationmaui beach vacationsmaui beach clubbeach vacationsyour beach vacationscheap beach vacations

版主支持你 said...

圣诞树 小本创业
小投资
条码打印机 证卡打印机
证卡打印机 证卡机
标签打印机 吊牌打印机
探究实验室 小学科学探究实验室
探究实验 数字探究实验室
数字化实验室 投影仪
投影机 北京搬家
北京搬家公司 搬家
搬家公司 北京搬家
北京搬家公司 月嫂
育儿嫂 月嫂
育婴师 育儿嫂
婚纱 礼服

婚纱摄影 儿童摄影
圣诞树 胶带
牛皮纸胶带 封箱胶带
高温胶带 铝箔胶带
泡棉胶带 警示胶带
耐高温胶带 特价机票查询
机票 订机票
国内机票 国际机票
电子机票 折扣机票
打折机票 电子机票
特价机票 特价国际机票
留学生机票 机票预订
机票预定 国际机票预订
国际机票预定 国内机票预定
国内机票预订 北京特价机票
北京机票 机票查询
北京打折机票 国际机票查询
机票价格查询 国内机票查询
留学生机票查询 国际机票查询

yasir said...

salam. betul ke ASWJ tidak tafwidh?

yasir said...

ASWJ tafwidh "kaif" (bagaimana) dlm sifat2 Allah kn?