Monday, March 05, 2007

LAPORAN KHAS:Seminar Sehari Dan Forum Pembangunan Aqidah Islamiah Sebenar Adalah Satu Cabaran di Era Globalisasi.

Seminar Sehari Dan Forum Pembangunan Aqidah Islamiah Sebenar Adalah Satu Cabaran di Era Globalisasi.


Tarikh: 3 Mac 2007-03-05

Tempat: Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Masa: 9:30 pagi- 11.30 malam

Bayaran: RM 5.00 (Pelajar) Percuma

RM 7 (Bukan Pelajar) Percuma


Sesi pagi:


Pembentangan kertas kerja oleh al-Fadhil Dr Muhammad Uthman el-Muhammady yang bertajuk `Memahami Akidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah"


Selepas itu pula pembentangan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Hafiz bin Muhammad Alwi al-Bakaniyy. Beliau membentangkan tajuk " Allah Wujud Tanpa Bertempat; Penjelasan Aqidah Para Nabi Dan Ulama"


Komentar:


Sesi pagi ini, pembentangan kertas kerja, akan tetapi tiada kertas kerja diberikan kepada para peserta. Diberitahu jika mahu kertas kerja, sila dapatkan daripada pembentang sendiri. Mungkin penganjur sepatutnya mengenakan bayaran kepada peserta supaya kertas kerja dapat diberikan kepada peserta, dan peserta boleh membuat semakan dan rujukan melalui kertas kerja tersebut.


Ustaz Uthman el-Muhammady, banyak mengulas daripada Kitab Aqidah Tohawiah. Ustaz al-Bakaniyy pula banyak menghurai tentang isu mujassimah dan musyabbihah dan selepas itu menumpukan kepada perihal sama ada Allah itu di langit atau tidak.


Di dalam sesi soal jawab sesi pagi, Ustaz Uthman el-Muhammady telah mempersoalkan pengnisbahan tauhid yang tiga iaitu tauhid Uluhiyah, Rububiyyah dan al-Asma' wa as-Sifat. Ustaz Uthman mempersoalkan bahawa pembahagian sebegini rupa tidak wujud di zaman salaf. Beliau juga ditanya tentang Ibn Taimiyyah dan Muhammad ibn Abdul Wahhab. Katanya beliau tak nak bercakap tentang isu ini, tapi sebab ditanya, maka Ust Uthman pun menjawab. Antara yang disebutkan ialah Ibn Taimiah ni kita jangan ikut dalam bab aqidah akan tetapi dalam bab lain kita boleh ikut. Beliau juga menyatakan bahawa Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa Abu Hassan al-Asya'ari sesat.


Ustaz al-Bakkaniy pula telah disoal oleh seorang penyoal tentang aqidah Imam Abu Hanifah rhm. Ustaz al-Bakkaniy jawab yang beliau rasa tak perlu nak buat perbandingan antara aqidah Imam Abu Hanifah rhm dengan aqidah Abu Hassan al-Asya'ari.


Ustaz al-Bakkaniy dalam pembentangannya menyatakan antara bukti kebenaran akidah Asyairah ialah ada satu hadis di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa dari keturunan sahabat Abu Musa al-Asya'ari akan muncul orang yang membawa kebenaran. Cuma saya tak dengar pulak Ustaz al-Bakkaniy sebut takhrej hadis tersebut, kitab hadis mana. Beliau juga menyatakan bahawa bukti kebenaran Asyairah ialah kerana Sultan Salahuddin al-Ayyubi beraqidah Asyairah, bahkan dipetik kata-kata Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang menyatakan bahawa Allah Wujud Tidak Bertempat.


Persoalan? Di manakah aqidah Imam 4 mazhab? Kenapakah tidak mahu dibuat perbandingan antara aqidah Imam 4 mazhab dengan al-Imam Abu Hassan al-Asya'ari? Jika sama, kenapa tidak dinyatakan qaul-qaul dari imam 4 mazhab, atau jika tidak sama, adakah imam 4 mazhab itu seperti Ibn Taimiyyah di mana aqidahnya tak boleh diikuti tapi bab-bab yang lain boleh diikuti.


Sesi pagi ini juga mengejutkan saya, kerana inilah seminar pertama yang saya dan kawan-kawan saya hadiri di mana setiap peserta lelaki akan diperiksa beg masing-masing. Kata mereka prosedur keselamatan. Tidak tahulah mungkin ada laporang pengganas akan menyerang ketika seminar mereka. Saya dan rakan saya juga merasakan seolah-olah kami sedang diawasi oleh mata-mata polis atau SB ketika kami berada di dalam dewan seminar. Tidak tahulah jika kehadiran saya dan rakan saya menggusarkan hati pihak penganjur hingga membuatkan mereka tidak senang duduk.


Sesi soal jawab pula dijalankan secara bertulis dan bukan secara direct menggunakan mikrofon antara peserta dan ahli panel.


Peserta yang sedikit


Kehadiran pagi amat sedikit terutama di bahagian peserta lelaki. Tidak sampai separuh kerusi yang untuk perseta lelaki penuh. Manakala jumlah peserta perempuan agak ramai melebihi separuh dan sudah pasti berganda daripada umlah peserta lelaki.


Sesi tengah hari:


Ustaz Zamihan dijadualkan hadir untuk membentangkan tajuk " Senarai hujjah Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah ke atas Penyelewengan Golongan Wahhabi". Akan tetapi di saat akhir tajuk itu ditukar kepada "Mengenai Aqidah Islamiah Sebenar". Akan tetapi Ustaz Zamihan al-Ghari tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Mulanya penganjur menyatakan Ustaz Zamihan akan digantikan oleh Ustaz Mahfuz, akan tetapi Ustaz Mahfuz juga tidak dapat kerana biodatanya tidak diserahkan kepada pihak penganjur.


Sesi petang hanya seorang sahaja pembentang iaitu al-Fadhil Ustaz Muhammad Zuhdi bin Mohd Amin (USIM) yang membentangkan tajuk "Manhaj Ulama Dalam Takwil al-Quran dan as-Sunnah".


Ustaz Zuhdi banyak menghurai tentang method penafsiran al-Quran dan takwil dan menumpukan kepada penakwilan ayat-ayat berkaitan sifat Allah yang menurutnya adalah ayat-ayat mutasyabihat.


Beliau menyatakan wujud dua aliran dalam hal ini iaitu aliran tafwidh yang majority diguna pakai oleh ulama' salaf dan aliran takwil yang diguna pakai kebanyakan ulama khalaf.

Ustaz Zuhdi menyatakan bahawa tafwidh ialah menyerahkan maksud ayat tersebut kepada Allah. Contohnya jika perkataan `yadullah' maka makna perkataan tersebut diserahkan kepada Allah. Tidak boleh dertikan maksudnya dengan Tangan Allah kerana iu menyamakan Allah dengan makhluk.


Ustaz Zuhdi pula menerangkan tentang aliran takwil yang muncul untul memudahkan pemahaman masyarakat selepas Islam semakin berkembang luas di luar dunia arab. Maka untuk memudahkan pemahaman dan mengelakkan terjerumus ke lembah tasybih dan tajsim, maka perlulah ditakwil. Contohnya perkataan `Istawa ditakwil kepada `Istaula' (menguasai), dan lain-lain lagi. Ustaz Zuhdi juga menerangkan wujudnya aliran takwil yang bathil dari kalangan alirang muatthilah yang menolak kewujudan sifat-sifat Allah. Begitu juga dengan takwilan aliran-aliran yang lain seperti Mu;tazilah.


Di dalam sesi soal jawab saya telah menulis tiga soalan kepada ahli panel, malangnya pengerusi majlid itu hanya membacakan soalan kedua dan ketiga saya. Soalan saya yang dibaca ialah bunyinya lebih kurang begini:


-Bagaimana dengan sifat Mendengar dan Melihat Allah. Bukankah itu sifat makhluk.

-Adakah saya musyabbihah/ mujassimah jika saya menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai Tangan tetapi Tangan Allah tidak sama dengan tangan-tangan makhluk.


Jawapan ustaz Zuhdi untuk soalan kedua ialah boleh kerana katanya proses pendengaran Allah dan penglihatan Allah tidak sama dengan pendengaran dan penglihatan makhluk. Maka wajib beriman dengan kedua sifat ini. Akan tetapi tidak boleh menyatakan Allah mempunyai tangan kerana hakikat tangan ialah tangan makhluk, yang berbentuk seprti tangan manusia etc. Ini kerana katanya bila sebut tangan kita akan terbayang tangan makhluk.


Kontradiksi Jawapan:


Persoalan? Kenapa jawapan beliau kontradik antara satu sama lain. Sifat Mendengar dan Melihat boleh pula diimani kerana kita beri'tiqad ia tak sama dengan makhluk tapi sifat Tangan Allah tak pula boleh diimani. Bukankah sama sahaja pernyataan Penglihatan Allah tidak sama dengan penglihatan makhluk dan pernyataan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Jika hanya kerana sebahagian manusia akan membayangkan Tangan Allah sama seperti tangan makhluk, maka yang perlu diajar ialah jangan membayangkan sifat-sifat Allah, beriman sahaja dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran. Jika beriman dengannya boleh menyebabkan tasybih dan tajsim, maka begitu juga dengan sifat Melihat dan Mendengar. Bukankah mereka yang belajar sains tahu bagaimana penglihatan akan terhasil melalui cahaya dan lain-lain dan pendengaran yang terhasil dengan getaran di dalam frekuensi tertentu. Jika begitu, haramlah bagi pelajar yang mengatahui fakta sains ini untuk beriman dengan sifat Mendengar dan Melihat kerana takut-takut mereka terbayangkan Pendengaran Allah dan Penglihatan Allah sama dengan makhluk.


Soalan yang tidak dibaca

Soalan saya yang tidak dibaca berbunyi lebih kurang begini:

  • Apa pandangan ustaz tentang qaul Imam Abu Hanifah rhm di dalam kitab al-Fiqh al-Akbar dimana beliau menyatakan bahawa barangsiapa yang menyatakan Tangan Allah itu kuasa, maka itu adalah qaul Qadariah dan Mu'tazilah.


Inilah dia soalan saya yang dipotong oleh pihak penganjur. Apakah tujuan ia dipotong? Bukankah itu qaul Imam Abu Hanifah rhm.


Soalan saya tidaklah terlalu panjang dibandingkan dengan banyak lagi soalan-soalan lain yang lebih panjang tapi tetap dibaca pihak penganjur.


Kontradiksi Jawapan Pihak Penganjur


Salah seorang daripada comitte seminar tersebut yang juga rakan saya telah saya tanya berkaitan dengan pemotongan soalan saya. Jawapannya mana ada kena potong. Akan tetapi bila kami keluar dari dewan tersebut, orang yang sama juga menyatakan kepada saya untuk mengelakkan provokasi. Provokasi apa? Dan kenapa tak dijawab sahaja begitu di hadapan orang ramai?


Tindakan penganjur yang memotong soalan saya dan tidak berlaku adil telah menimbulkan kekecohan. Saya dan kawan-kawan saya telah bangun beramai-ramai untuk keluar dari dewan tersebut. Sifat penganjur yang tidak berlaku adil kepada peserta untuk bertanyakan soalan adalah amat dikesali.


Sesi Malam


Saya mendapat SMS yang Ustaz Zamihan al-Ghari akan datang untuk forum sesi malam. Akan tetapi beliau tetap tidak datang. Tidak tahulah siapa yang mereka-reka sms tentang kehadiran Ustaz Zamihan itu.


Panel forum malam itu ialah Timbalan Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman b Osman, Ustaz Uthman el-Muhammady, dan Ustaz al-Bakaniy.


Tidak banyak isu baru yang disebut malam ini, Cuma timbalan mufti Pahang banyak menyentuh tentang sifat malas golongan muda menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi aqidah. Beliau juga menyebutkan isu-isu perpecahan yang ditimbulkan oleh hal-hal yang baginya ialah hal-hal kecil dan khilafiyyah. Beliau juga menarik perhatian pendengar dengan gayanya penyampaiannya yang menarik dan pantun-pantun yang sedap didengar. Beliau juga memberikan nasihat tentang adab-adab dalam menuntut ilmu, adab guru dengan murid dan adab murid dengan guru.


Satu pernyataan yang mengejutkan saya ialah apabila beliau memberikan satu ulasan kepada hadis yang menyebutkan bahawa umat Islam akan terpecah kepada 73 umat, dan 1 sahaja masuk syurga. Beliau telah menerangkan 72 golongan yang tak masuk syurga itu iaitu;


-22 syiah

-20 Khawarij

-20 Mu'tazilah

-5 Murjiah

-3 Najariah

-1 Jabariah

-1 Musyabihah.


Malangnya beliau tidak menyebut sumber rujukan pembahagian kumpulan-kumpulan sesat ini. Mungkin saya yang tak dengar atau beliau yang lupa.


Malam ini sedikit kekalutan dapat dilihat di riak wajah comitte-comitte program. Mereka ke hulu-hilir seolah-olah mencari-cari sesuatu.


Ketika saya ingin keluar ke tandas, saya telah bertanyakan seorang comitte lelaki di mana tandas lelaki, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanyakan saya mahu pergi mana. Saya pelik! Bukankah saya sudah kata mahu ke tandas, dan jika saya tak cakap mahu ke tandas pun, apa hak mereka untuk bertanya ke mana mahu saya pergi.


Ketika di dalam dewan, saya mendapat SMS daripada rakan saya. Dia memaklumkan kepada saya bahawa dia telah ditahan oleh pihak penganjur kerana disyaki menyebarkan risalah. Setelah menerangkan hal sebenar, maka penganjur melepaskannya. Baru saya faham kenapa penganjur kelihatan kelam-kabut, rupa-rupanya mereka sedang mencari risalah-risalah yang disebarkan dan siapakah penyebarnya. Patutlah kelibat saya dan rakan-rakan amat diperhatikan malam itu bahan seolah-olah dikawal ketat. Nasib baik tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada rakan saya itu.


Penganjur Mungkir Janji


Penganjur menyatakan bahawa sesi forum malam itu hanya 3 pusingan sahaja, dan selepas tamat 3 pusingan, maka akan diadakan sesi soal jawab antara peserta seminar dan ahli panel forum.


Akan tetapi malam itu tiba-tiba forum menjadi 4 pusingan, dan kerana 4 pusingan, ia tamat lewat, maka tiada sesi soal jawab untuk peserta.


Jawapan yang tidak munasabah


Saya bertanya kepada salah seorang comitte kenapa dijadikan 4 pusingan forum, sehingga tiada soal jawab. Comitte tersebut tidak menjawab soalan saya sebaliknya bertanya balik "Forum tajdid haru tu tiada sesi soal jawabkan?". Lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Bahkan jauh panggang dari api, forum tajdid tu sesi soalan secara terus menggunakan mikrofon dibuka akan tetapi tiada siapa tampil ke hadapan untuk bertanya soalan sedangkan untuk forum malam itu, tiada langsung sesi soal jawab kerana forum dipanjangkan.

Di laporkan oleh : muslimz87@yahoo.com

10 comments:

Anonymous said...

links farvy

[url=http://elvproducpol.blogspot.com]elvis product polk[/url]
[url=http://arma-fo-advanc.blogspot.com]armani for advanced[/url]
[url=http://nort-ca-oliv.blogspot.com]norton case olive[/url]
[url=http://shosocharcoa.blogspot.com]short sofa charcoal[/url]

recent sbbaj

Anonymous said...

future chekn

[url=http://boscreu.blogspot.com]body screen usb[/url]
[url=http://throwbaccartridinkje.blogspot.com]throwback cartridge inkjet[/url]
[url=http://apscameras.blogspot.com/2009/10/fujifilm-aps-camera-great-camera-for.html]advantix aps camera[/url]
[url=http://cordles-hom-op.blogspot.com]cordless home opal[/url]
[url=http://manol-spinne-po.blogspot.com]manolo spinner pool[/url]

sites am mj

Anonymous said...

free sites for dating sex http://loveepicentre.com how is time dating done

Anonymous said...

venusian arts revelation ebook http://audiobookscollection.co.uk/Etiquette/c1177/ ebook torrent downloads [url=http://audiobookscollection.co.uk/de/The-Navy-SEAL-Physical-Fitness-Guide/p172395/]gratis ebook romantisch[/url] download sidney sheldon ebook in pgf

Anonymous said...

shutter island ebook http://audiobooksworld.co.uk/es/Acci-n-Aventura/c101/?page=32 palm treo 800w ebook [url=http://audiobooksworld.co.uk/de/B-P-Und-I-A-Maron-Demidovich/m10821/]self help ebook[/url] essbase administrator ebook download
[url=http://audiobooksworld.co.uk/Ruan-Y/m111997/][img]http://audiobooksworld.co.uk/image/3.gif[/img][/url]

Anonymous said...

boat design cad software http://buyoem.co.uk/es/product-35544/Fetch-5-6-MacOSX activities to do software the best [url=http://buyoem.co.uk/product-37084/Ashampoo-Snap-5-5-0]bluetooth chat software[/url] bookkeeping software service industry
[url=http://buyoem.co.uk/fr/category-11/Outils-de-syst-me]Outils de systeme - Software Store[/url] dvd audio authoring software
[url=http://buyoem.co.uk/category-5/PC-Diagnostics?page=2][img]http://buyoem.co.uk/image/8.gif[/img][/url]

Anonymous said...

dvd cd write software http://buyoemsoftware.co.uk/it/category-14/Altri sip software coder [url=http://buyoemsoftware.co.uk/fr/product-36587/Microsoft-Windows-7-Ultimate-x32-Swedish]blackberry device software[/url] yaesu ft-857d software
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/category-3/Graphics-and-Publishing?page=2]Graphics & Publishing - Download OEM, Software Sale, OEM Software[/url] parcs software
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/category-100-108/Office-Tools?page=38][img]http://buyoem.co.uk/image/5.gif[/img][/url]

Anonymous said...

mckesson software vs sage integrity http://buyoemsoftware.co.uk/it/category-13/Software-di-Musica?page=3 wrestling video editing software [url=http://buyoemsoftware.co.uk/product-35235/Joboshare-PSP-Video-Converter-2-5-MacOSX]goldmine software torrent[/url] open wireless router software
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/de/category-200-211/System-Tools]System Tools - Download OEM, Software Sale, OEM Software[/url] shopping cart script and software
[url=http://buyoemsoftware.co.uk/es/category-11/Herramientas-de-sistema?page=3][img]http://buyoem.co.uk/image/4.gif[/img][/url]

Anonymous said...

medical billing software and catalog http://buysoftwareonline.co.uk/es/product-37359/uViewIt-1-9 panasonic hcm camera software [url=http://buysoftwareonline.co.uk/es/product-36585/Microsoft-Windows-7-Ultimate-x64-Norwegian]best software stock finders[/url] tabs health software
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/product-31591/Audiofile-Engineering-Spectre-1-5-MAC]Audiofile Engineering Spectre 1.5 MAC - Cheap Legal OEM Software, Software Sale, Download OEM[/url] dvd authoring software pc
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/fr/category-10/Internet?page=4][img]http://buyoem.co.uk/image/2.gif[/img][/url]

Anonymous said...

[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/medrol.htm][img]http://onlinemedistore.com/9.jpg[/img][/url]
best online pharmacy to buy nasonex http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lozol.htm thriftway pharmacy in lethbridge [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/zetia.htm]pharmacy schools southeast us[/url]
new york pharmacy directory http://certifiedpharmacy.co.uk/products/roxithromycin.htm pharmacy technician salerys [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/bystolic.htm]bystolic[/url]
tijuana pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/vitamin-c.htm universal arts pharmacy miami fl [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/arimidex.htm]riteaid pharmacy burlington veront[/url]
pharmacy buy thyroxine uk http://certifiedpharmacy.co.uk/products/ranitidine.htm mikee pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/estrace.htm]estrace[/url]