Friday, April 21, 2006

Isu Berjabat Tangan Dengan Al-Banjari Masuk Syurga

Soalan ini telah ditanya secara bertulis kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin oleh seorang tokoh yang enggan namanya dinyatakan berkaitan ajaran al-Banjari. Al-Banjari adalah seorang warga indonesia yang cuba menyebarkan ajarannya di negara ini dan aktif berceramah. Berikut adalah soalan yang dikemukakan beserta jawapan bertulis.

Soalan:
Dr., seorang warga indonesia yang menggelar dirinya al-Banjari cuba berdakwah dalam negara ini. Beliau kononnya diberikan berbagai gelaran dan kelebihan. Antara yang pelik beliau mendakwa sesiapa yang bersalaman dengannya masuk syurga. Ini beralasan hadith ‘musalsal’ yang diriwayatkannya. Sesiapa yang bersalam atau berjabat tangan dengannya macam bersalaman dengan Rasulullah dan masuk syurga. Sebagai orang yang banyak membincangkan soal hadith, apakah pandangan Dr.?

Jawapan Dr. Mohd Asri:
Saya dukacita mendengar cerita ini. Ajaran ini sebenarnya telah saya dengar beberapa tahun yang lalu. Dikaitkan dengan individu yang sama. Saya telah tulis tajuk ini dalam akhbar dan majalah beberapa tahun lepas. Hal ini tidak pelik jika ia ‘diimport’ dari seberang. Di sana macam-macam boleh terjadi. Cumanya, ramai yang datang ke Malaysia. Barangkali jika berjaya ditipu orang ramai di sini tentu ‘ongkosnya’ lebih.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, seperti yang selalu saya nyatakan; berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Pembohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang mana baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang mana baginda tidak pernah melakukannya. Perbuatan ini adalah jenayah mewujudkan agama secara palsu, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Sebab itulah Nabi s.a.w bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir
(lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s.98). Adapun bagi mereka yang tidak tahu, hendaklah mereka merujuk kepada ahli dalam bidang hadith. Masyarakat pula hendak faham, bukan semestinya yang memakai nama ustaz, atau imam mengetahui ilmu hadith.
Sangat bahaya apabila ada di kalangan sesetengah kelompok yang sanggup menggunakan hadith palsu untuk menaikkan kedudukan mereka dan untuk menjadikannya sebagai alat agar mereka diagungkan atau dianggap hebat. Seperti kes warga indonesia yang disebutkan. Beliau mengangkat diri dengan menggunakan hadith palsu yang dipanggil al-Musalsal bi al-Musafahah iaitu hadith musalsal berjabat tangan. Secara umumnya musalsal bermaksud setiap periwayat sesuatu hadith meniru perbuatan seperti mana yang diriwayatkan kepadanya oleh rawi sebelumnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.. Kebanyakan hadith musalsal adalah tidak sahih bahkan palsu. Kata al-Imam al-Zahabi (wafat 848H): “Secara umumnya hadith-hadith musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan perawinya. (al-Imam al-Zahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44 ,cetakan al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Dalam musalsal berjabat tangan pendusta hadith ini mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengan para periwayat hadith tersebut atau guru yang meriwayatkan hadith tersebut akan masuk syurga, dengan membuat dakwaan palsu bahawa Nabi s.a.w.bersabda:

من صافحني أوصافح من صافحني إلى يوم القيامة دخل الجنة
“Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga”.
Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w.
Para ulama telah mengingatkan tentang pembohongan hadith ini di dalam kitab-kitab hadith. Kata al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam tahqiqnya bagi kitab Zafar al-Amani: “Hadith musalsal berjabat tangan tersebut adalah batil dan dusta. Tiada asal dan tidak pernah wujud” (m.s. 272) katanya juga: “Tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan (hadith ini) ke atas Nabi s.a.w. tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya”. (m.s. 273, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Damsyik).
Hadith ini datang melalui jalan al-Mu`ammar atau dibaca juga dengan al-Ma’mar yang didakwa sebagai seorang sahabah yang mengambil hadith ini daripada Nabi s.a.w. Kata al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (wafat 852H) dalam al-Isabah: “Al-Mu`ammar adalah peribadi yang direka oleh para pendusta”. (jilid 6, m.s. 368, cetakan: Dar al-Jail, Beirut).
Dalam Lisan al-Mizan al-Imam Ibn Hajar al-Aasqalani menyebut:” Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (jilid 6, m.s. 68, cetakan:Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at, Beirut).
Al-Imam al-Sayuti (wafat 911H) di dalam fatwanya bila ditanya mengenai hadith Mu`ammar, beliau berkata: “Mu`ammar adalah pendusta lagi dajjal, hadithnya adalah batil, tidak halal meriwayatkannya. Sesiapa yang melakukan demikian (meriwayat hadith palsu tersebut) termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: “sesiapa berdusta ke atasku maka siap tempat duduknya dalam neraka”. (lihat: Tahqiq Zafar al-Amani, m.s.275).
Maka dinasihati orang ramai jangan terpengaruh dengan percubaan ajaran yang sedang muncul ini dan cuba mengambil kesempatan dari ketidaktahuan masyarakat. Ajaran seperti ini hanya untuk menaikkan seseorang supaya orang menganggap ianya hebat, berjabat tangan dengannya seperti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w. dan akan masuk syurga. Kegiatan ini hendaklah bendung. Ia sama bahaya dengan anti-hadith. Bahkan kadang-kala ianya lebih bahaya. Golongan anti-hadith menolak hadith sementar golongan ini pula memalsukan hadith atau mempergunakan hadith palsu untuk kepentingan diri.
Ini adalah satu perkara yang bahaya. Apakah mungkin hanya berjabat dengan sesorang guru sama dengan berjabat tangan dengan Nabi s.a.w. dan masuk syurga? Para sahabah tidak pernah mendakwa berjabat tangan dengan mereka menyebabkan seseorang masuk syurga. Apatah lagi mereka tidak pernah mengadakan majlis mengambil ijazah berjabat tangan dengan mereka.
Individu yang mempopularkan hadith palsu ini semata untuk mengaut untung daripada masyarakat agar orang ramai mengagungnya. Seakan-akan dia adalah pintu bagi syurga. Perkara sepertilah yang menjadi permulaan kepada sikap al-ghulu iaitu berlebih-lebih dalam menghormati guru, atau syeikh. Akhirnya akan menjadikan para pengikut mengikut semua yang diperintah dan disuruh secara membabi buta atas nama agama. Inilah yang telah berlaku kepada golongan kebatinan yang menyeleweng sehingga menyatakan: “Jadikanlah dirimu di hadapan gurumu seperti mayat di hadapan orang yang memandikannya”. Dalam erti kata lain buatlah apa yang guru kehendaki tanpa sebarang penilaian dan bantahan. Agama tidak mengajar taklid yang sebuta ini. Bahkan agama meminta agar semua perkara ditegakkan di atas hujah dan dalil.
Adalah malangnya bagi umat Islam di negara ini jika agama Islam yang datang untuk membangunkan ruh, pemikiran dan ketamadunan manusia dijadikan bahan oleh setengah pihak yang memperbodohkan umat. Sebab itulah teras Islam ini ialah mengikuti dengan faham dan menilai dengan betul, bukan semangat dan kemelampauan yang membuang dalil dan nas serta mencampakkan akal.
Saya difahamkan individu berkenaan juga mula menyerang aliran yang membela sunnah kerana bimbang ajarannya akan dipertikaikan. Saya katakan, jika bersalam dengannya masuk syurga, beruntung rakyat negaranya yang besar itu. Tidak perlulah mereka sibuk beramal, cukuplah dengan bersalaman dengannya. Kehebatan seperti ini tidak pernah didakwa sekalipun oleh para sahabat yang besar. Beliau mesti hentikan ajaran ini, sekalipun majlis itu dibuat secara khusus atau senyap-senyap. Ini adalah punca ke arah penyelewengan Semoga ALLAH selamatkan kita semua.

10 comments:

Anonymous said...

wahai saudara yang saya amat
saya hormati dan segani, berhati-hatilah membuat "paste". Benarkah Tuan Syeikh itu ada mengatakan begitu..Astaghfirullah. Tidak berani saya mengatakan apa-apa walau pada sesiapa yang saya kenalai (samada saya suka atau tidak positif atau negatif/ tanpa taasub)andai tak dengar benar-benar dari telinga saya sendiri. Bukankah bukan begitu ajaran Sunnah Baginda s.a.w.

Ibn Hussin said...

Cerita berjabat tangan dengan Tuan Syeikh ini saya dengari daripada beberapa sahabat saya yg datang ke kuliah beliau sendiri.

Seri Negara said...

harap saudara yg belum mendengar kisah ini, jgnlah mudah melatah kerana tidak semestinya jika kita tida ktahu sesuatu maka ia tidak berlaku. kisah ini benar-benar berlaku sewaktu SNAB datang ke kedah dan mengajar di sana, poster2 diedarkan... sila baca komen mereka yg dengar kuliah SNAB di http://al-ahkam.net/home/ sekian.

Anonymous said...

maaf saudara,
saya tidak melatah kerana saya juga belajar dengan beliau; lama.Tetapi tak silap saya, tidak pernah dengar pula. Namun bagi yang pernah dengar perbahsan tentang hadith musthalsal musofahah


-hadis musalsal bukannya hanya dhoif shj ttp ada yg sahih dan hasan.Ibn Solah r.a mengatakan yg paling sahih hadis musalsal yg diriwayatkan ialah hadis m'baca surah as-sof

[

-syeikh meriwayatkan hadis dr syeikh muhammad yasin al-fadani al-makki as-syafie(syeikhul hadis)di madrasah darul ulum,Makkah

ingatlah ulama adalah warisan para anbiyak,barangsiapa memusuhi ulama b'erti dia memusuhi para nabi.


1)Adakah pergi mendengar kepada Tuan syeikh dengan proses yang panjang dengan niat yg betul?
2)Adakah telah kita lumati tentang masalah khilaf madzmum dan mamduh?
3)Adakah kita mengetahui taraf hadith dhoif yg boleh terangkat menjadi hassan lighorih?
4)Adakah kita menjaga adab-adab khilaf dan adab-adab belajar juga mebuang karat-karat madzmumah dan sfiat riya' dan ujub ketika mendengar daripada sesiapa yang mempunyai cara yg berbeza?

Saya katakan, saya jg tak mahu menjd taasub dan taqlid membabi buta namun kita sendiri mengatakan proses pembelajaran ilmu memerlukan niat yang ikhlas dan itbaun Nabi saw seperti yg Imam ad-dzhahabi katakan. Namun, berapa ramai dr kita yg menjaga akhlak dan adabnya ketika berhdapan dengan masalah khilaf. Ibn solah di dalam muqaddimahnya ada menyatakan setiap ilmu itu ijtihad. Bermakna, ilmu mustolaha hadith juga adalah ijtihad. Kita juga tahu saudara juga tahu apa itu masalah pd ijtihad musib dab mukhti'. Pada bahagian mana, pd masalah mana. Seandainya salah satu pahala seandainya benar dua pahala. Perbezaan penerimaan ulama' pd haidth musafahah berbeza. Pada yang mahu terima atau tolak terpulang. Namun hanya mendengar di kuliah sekali kemudian tidak bertanya lanjut pd syikeh juga berpegang pd poster amatlah berat dan tidak wajar sekali

Anonymous said...

Saya sudah pergi ke ahkam.net sebelum saya komen di sini.
Sebenarnya bukan niat saya memanjangkan isu ini. Namun ianya melibatkan isu yg berkaitan:-

1)"Cumanya, ramai yang datang ke Malaysia. Barangkali jika berjaya ditipu orang ramai di sini tentu ‘ongkosnya’ lebih." antara petikan jwapan. Allahukabar, adakah begini jwpnnya. Andai benar juga hujah kita, benarkah wajapan sebegini. Amat berat saudara.

2) "Ia sama bahaya dengan anti-hadith."= Amat berani.

Sesiapa pun yg mengaku beriman tambahan belajar pula, pastikan bersaksikan keimanan ingin mengikuti yang soheh dan yg benar-benar belaka. Tidak mahu berdusta di atas nama Rasulullah s.a.w. Namun sejauh manakah keyakinan kita tentang benarkah mereka berduata atas nama Rasullah saw.

Saya juga akan menentang seandainya dtg hadith yg palsu. Namun kita tahu beza hadith dhoif dan paslu.

Waalhua'lam

Anonymous said...

http://www.tranungkite.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4405&postdays=0&postorder=asc&start=30&sid=82467b4123c8d269ae064f9ae34021bc.

Matan periwayatan itu..


Andai kita suci bersihkan hati kita, andai benar kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w dan ingin pertahakankan pusaka Baginda s.a.w juga ingin mengikuti jalan salaf-soleh maka bersihakan lah hati mu dan peliharakah akhlak juga adab mu terhadap ulama' dan insan lain...

Allahua'lam

Seri Negara said...

Pertama, saudara tidak mendengar jadi janganlah menganggap tuduhan tersebut tidak benar, kerana ada di antara rakan2 saya sendiri yg mendengar SNAB menyampaikan hadith musalsal bil musofahah dalam kuliah beliau. Satu, nampak kejahilan saudara kerana yg saya pertikaikan ialah hadith musalsal bil musofahah, bukan hadith musalsal secara keseluruhan. Hadith musalsal bil musofahah yg diriwayatkan oleh SNAB tersebut telah dihukum palsu, tidak ada asal oleh 'ulama dahulu dan sekarang - Ibn Hajar al-Asqalani dan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah antaranya. Takkanlah SNAB masih meriwayatkan hadith tersebut bila tokoh2 besar hadith telah menghukumkan hadith tersebut palsu. Ibn Hajar sendiri sebut orang yg berakal tidak akan percaya hadith tersebut, maknanya SNAB adalah orang yg tidak berakal (bukan saya yg kata, Ibn Hajar yg kata!!!). Hadith palsu ini tidak boleh naik ke taraf hasan lighairih... takkan SNAB sendiri x tahu. Benda ni orang belajar dalam subjek 'Ulum Hadith basic lagi...

Seri Negara said...

Sudah terbukti memang SNAB meriwayatkan hadith tersebut, lihat anak2 murid beliau sendiri mendatangkan sanad SNAB (lihat al-ahkam, saudara gujiks sendiri mencatat sanad tersebut). Kalau beliau x riwayat camana pulak anak murid SNAB sendiri datangkan sanad yg ada nama SNAB?? Fikirkanlah...

Saudara ingat kata2 ongkos lebih satu tuduhan berat, apakah saudara tidak berfikir akan berat lagi jenayah SNAB yg memasyhurkan hadith palsu atas nama Nabi s.a.w. di Malaysia? Siapa yg taksub? Jenayah memasyhurkan hadith palsu lebih berat... ingat, para 'ulama spt al-Zahabi menuduh al-Mu'ammar (perawi paling atas hadith musalsal bilmusofahah) sebagai syeikh dajjal. Maka SNAB murid kpd Syeikh Dajjal (lagi sekali, bukan saya yg kata, al-Zahabi yg kata)...

Lihat, majoriti 'ulama berada di pihak yg menentang habis-habisan hadith ni, saudara masih berpihak dgn SNAB.

Anonymous said...

tp .. .kenapa permintaan gujiks dlm forum itu tidak diendahkan oleh panel alahkam utk terjemahkan hadis tersebut kepada umum ... smlm nmpaknya gujuks sudah mula mendtgkan hujah2nya ...tp kena lock semua forum ... ada yg tak kena ke ... ? atau ada yg hendak diselindungkan oleh org2 al ahkam ..?

YAPIS_ADMIN said...

Maaf, perkara itu jgn tanya kami .... itu perkara luar kuasa kami di YAPIS ni?