Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Saturday, November 01, 2008

Jadual Yusof Estess Di Malaysia


TITLE

DATE & TIME

VENUE

Challenges for Modern Muslims in Da’wah

Sunday, 23 Nov 2008 9am – 11am

MBSA Shah Alam

Reviving The Sunnah

Sunday, 8pm – 10pm

Masjid Wilayah KL
Multipurpose Hall

The Truth About Muslims: All you wanted to know but were afraid to ask

Monday, 24 Nov 2008 8pm – 10pm

MBSA Hall, Bukit Jelutong

Life: A Prison or Paradise ?

Tuesday, 25 Nov 2008 8pm – 10pm

Masjid USJ 2, Subang Jaya

Terrorism, Islam in The West

Wednesday, 26 Nov 2008 8.15pm – 10pm

Al-Nidaa’ Office, Taman Tun Dr. Ismail

Faith, Science & Common Sense

Friday, 28 Nov 2008 8pm – 10pm

Telekom Malaysia HQ, Multipurpose Hall


For more info, please email Pn. Ruhashimah (the person in-charge) at shimaderus@yahoo. co.uk

Wednesday, April 30, 2008

Coretan Peristiwa : Perasmian Institut Al-Mizan

Tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Musa Sadri dan Jamaah yang telah menubuhkan Institut al-Mizan yang sebenarnya telah bertapak lama di Kuala Pilah negeri Sembilan iaitu Markaz Ittiba' al-Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Hasyim Ghani Rahimahullahu Ta'ala yang merupakan seorang tokoh pejuang kaum muda satu masa dahulu. Kita bersyukur kepada ALLAH s.w.t. kerana tertubuhnya satu lagi NGO dakwah kepada al-Quran dan sunnah di sana.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang kebetulan memang berada di Negeri Sembilan kerana menghadiri Seminar Undang-undang JAKIM. Antara wakil-wakil yang turut hadir di majlis perasmian tersebut dari Institut Ibn Hajar Melaka yang baru ditubuhkan diwakil oleh Ustaz Minhat Mahmud, Ma'ahad Tahfiz al-Mizan Terengganu Ustaz Ghazali (Razali), Pertubuhan al-Islah Perlis Dato Abdul Rashid bersama rombongan satu bas, Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa' Ustaz Sofwan Badri, Pertubuhan Muhammadiyyah Singapura Ustaz Abdul Salam Muhammad Sultan, Institut al-Qayyim Penang En Mohd Fitri, turut kelihatan Ustaz Md Yatim, Ustaz Fadhlan Othman mewakili Yayasan kebajikkan Nusantara (YAKIN) Dan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Assoc Prof Farouk Musa dari Muslim Profesional Forum(MPF), dan tidak dilupakan Institut al-Imam al-Syafie (INTIS) En Faridz Aiman dan saudara Masri Bin Ramlee yang bersemangat memberi ucapan....Dato Seri Shahidan Kassim tidak dapat hadir di saat-saat akhir..


Semoga dengan tertubuhnya Institut al-Mizan ini akan menyemarakkan lagi dakwah al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan Manhaj Salaf-Soleh di bumi Malaysia khususnya di bumi Negeri Sembilan...



Friday, March 28, 2008

Tuan Guru Nik Aziz - Maulid Nabi Adalah Dari Kristian




Istiadat menyambut maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian

Kristian setiap 25 Disember mereka mengadakan Cristmas sambut hari lahir Nabi Isa. Betulke ? ada manfaat buat maulud, atau ada benda lain yang lebih manfaat.......

Wednesday, August 15, 2007

Produk Terhebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia !!!



Bersempena Convocation Festival International Islamic Universty of Malaysia 25-27 , pihak Library IIUM mengadakan pameran tokoh hasil keluaran IIUM . Diantaranya tokoh yang dipamerkan adalah seorang yang berjaya membentuk satu kumpulan pelajar di IIUM yang dinamik dan progresif dalam memahami Al-Quran Dan As-Sunnah berdasarkan Manhaj Salaf us Soleh . Idea beliau juga menjadi suara hikmah bagi penubuhan Institut Al-Imam As-Syafie (INTIS Consultant) . Kami mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi seorang Tokoh Kebanggaan International Islamic University of Malaysia.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATSIRA.


JOM,Rancakkan Arus Tajdid di Malaysia!!!!!