Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts

Wednesday, February 06, 2008

Perginya Seorang Ulama' yang Agung......

Umat Islam keseluruhannya berasa sedih dengan berita pemergiannya Seorang Ulamak besar dunia Islam iaitu Fadhilatu al-Syeikh al-Allamah Bakr Bin Abdillah Abu Zaid Rahimahullah Ta’ala.

Syeikh meninggal dunia pada hari selasa 28 Muharram 1429H bersamaan 5 Februari 2008 di Riyadh, Beliau merupakan Ketua Majma' Fiqh Islam, Anggota Hai’ah Kibar al-Ulamak Saudi,

Jenazah Fadhilatu al-Syeikh akan disembahyangkan di Masjidnya di Hai Hatin. Kematian Syeikh merupakan suatu kehilangan yang besar kepada Dunia Islam keseluruhannya kerana hilangnya salah seorang bintang kesarjanaan yang menyeru manusia untuk kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,

Syeikh Bakr Abu Zaid Rahimahullah ialah antara ulamak ummat yang menghabiskan tenaga dan hayatnya untuk berkhidmat kepada Agama Allah, Seorang Da’ie, Khatib, Qadhi dan seorang Ulamak yang beramal dengan ilmunya.

Kita meyeru kepada seluruh umat Islam untuk berdoa kepada Allah semoga merahmatinya, dan mengampuni segala kesalahannya dan ditempatkanya bersama orang-orang yang soleh,

Justeru itu Perlis akan mengadakan Solat Ghaib di Masjid Alwi kangar pada malam ini selepas kuliah SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin..Insya Allah


رحم الله الشيخ العلامة بكر أبو زيد، وأسكنه فسيح جناته ورزق أهله وذويه ومحبيه وطلبته ومن انتفع بعلمه الصبر والسلوان.

P/S - Maka kita sebagai umat Islam digalakkan membaca Doa dari Sunnah Rasulullah SAW apabila mendengar berita kematian Muslim yang lain (sila Klik untuk besarkan):


Tuesday, January 29, 2008

Takziah..............


Dato' Ishak Baharom meninggal dunia

Harakahdaily

Wed | Jan 30, 08 | 12:07:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)


- Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.


Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh


P/S - Maka kita sebagai umat Islam digalakkan membaca Doa dari Sunnah Rasulullah SAW apabila mendengar berita kematian Muslim yang lain (sila Klik untuk besarkan):