Tuesday, September 05, 2006

Special Report From The Battlefront

Malam countdown merdeka saya berada di KLCC dengan kawan-kawan.Melihat bunga api yang sungguh indah. Malam itu bertolak dari UIA selepas Isyak dengan LRT Putra dari Terminal ke KLCC. Itu kali pertama saya ke KLCC sejak belajar di KL. Dari UIA, kami ada dalam lima enam orang. Tiba di KLCC sudah sesak dengan kawan-kawan kita. Mudah dikenali mereka yang punk dengan rambut terpacak mereka dan seribu satu feseyen lagi. Katak bawah tempurung rupanya saya sebab banyak feseyen yang saya belum pernah lihat sebelum ini. Tujuan pertama malam itu ialah untuk tiba di Masjid asy-Syakirin KLCC. Berkumpul di sana sambil menunggu kemunculan rakan-rakan lain. Di masjid sudah ada lebih kurang 1000 orang pelajar yang dengan sukarela membantu PERKID untuk operasi malam merdeka itu. Ketika kami tiba, PERKID sedang mengadakan taklimat. Sambil di masjid ada program bersama Mufti Perak, Ustaz Akhil Hayy dan kumpulan nasyid lain.

Berjumpa dengan rakan-rakan dari matrik PJ. Mereka sudah menyiapkan
beberapa risalah yang amat menarik ada yang untuk bukan Islam, ada yang
pasal ketenangan diri, ada yang tentang dating. Kami dari UIA Gombak
pula membawa risalah tentang mati dan juga risalah untuk bukan Islam.

Makin lama makin ramai rakan-rakan yang tiba.

Dhany memberikan taklimat apa yang patut kami lakukan malam itu.
Bagaimana nak dekat dengan sahabat-sahabat kita di KLCC semua diberitahu,
apa yang boleh dibuatdan apa yang tidak boleh.

Sebelum bunga api dilancarkan, saya danbeberapa rakan saya dalam 4-5 orang bergerak ke dalam kumpulan orang ramai. Kami menunggu bunga api bersama-sama mereka. Lawa jugak bunga api, mana taknye ini kali pertama saya pergi sambutan merdeka.

Selepas pertunjukan bunga api selesai, kami bergerak perlahan-lahan
sambil mengedar risalah. Betul kata orang, kita kena selalu fikir
positif. Kita selalu fikir kawan-kawan kita di KLCC ini akan mencemuh
kita dan lain-lain pandangan yang buruk. Tapi Alhamdulillah, kami
dijumpakan dengan kawan-kawan kita yang tidak seperti itu. Mereka ada
yang memakai tudung, ada yang tidak, ada yang pakai baju ketat, ada
yang sedang memadu asmara dengan pasangan mereka di tepi tasik KLCC.
Mula-mula takut mahu dekat dengan mereka, tapi akhirnya tiada rasa
takut lagi. Sekurang-kurangnya pandangan atau sangka buruk kita pada
mereka berkurangan. Mereka tidak sejahat yang dikata. Di dalam hati
mereka masih ada rasa hormat, masih ada Iman, masih ada agama, masih
ada Tuhan, cuma mungkin mereka tersilap jalan. Sempat berbual-bual
dengan mereka sambil-sambil edar risalah.

Ada yang dengan ramah bertanya kami dari mana.

Mungkin mereka sangka kami dari kumpulan-kumpulan tertentu. Saya hanya jawab dari UIA. Ada juga yang baik-baik walau nampak ganas, siap bersalam dengan kita lagi.
Tidak ada muka kebencian.

Ada juga yang mungkin bergurau dengan kita.

Seorang sahabat perempuan kita yang tidak bertudung di sana bergurau
dengan berkata kepada saya: "Abang, bagi saya risalah tu lagi, nak buat
roket." Saya gelak je sambil hulur lagi risalah pada dia. Mungkin dia
hanya gurau sahaja, mana tahu risalah tu akan dia beri pula pada kawan
dia. Waktu dia cakap macam tu, rakan dia di sebelah yang bertudung
tetapi pakaiannya bleh tahan ketat menegurnya kerana kata-katanya
kepada saya itu. Tapi bagi saya itu kira ok sahaja. Cukup tunjuk walau
mereka tidak pakai macam kita, tidak tutup aurat, mereka masih ada
perasaan bila lihat orang buat kerja dakwah diperli (walaupun bagi saya
kawan dia yang tidak bertudung itu hanya bergurau).

Kami bergerak lagi, sedikit sahaja bukan Islam di sana.

Bertembung ramai-ramai sahabat-sahabat kita yang sedang duduk di
tempat-tempat gelap,
kami pergi pada mereka hulur pada mereka risalah sambil memberi salam.
Tidak lupa ucap terima kasih pada mereka kerana sudi terima risalah kami.

Bertembung pula kumpulan yang bercampur baur lelaki dan perempuan,
Pergi pada mereka, ini kumpulan paling ramah kami pernah jumpa.

Siap borak-borak tanya belajar kat mana, siap semua budak-budak lelaki
dalam kumpulan tu salam lagi dengan kami.
Mereka tidaklah sejahat mana.
Berjalan terus berjalan.
Risalah untuk remaja sudah habis, yang tinggal untuk bukan Islam.
Sungguh sedikit bukan Islam malam itu.

Bertembung dengan sorang amoi tengah jual belon. Fikir dua kali macam mana nak bagi risalah kat dia. Macam tak sedap pulak ganggu dia jual belon. Akhirnya seluk saku, ada duit sikit. Pergi kat dia dan beli sebiji belon, sambil bayar duit belon, hulurkan juga risalah.

Akhirnya, saya berjalan dengan belon yang terapung di udara yang terikat di beg saya.Belon tu akhirnya bagi dekat sorang budak kecik yang tolong mak dia berniaga kat tepi jalan.

Pukul 2 pagi, kembali ke Masjid asy-Syakirin dan bertolak pulang. Kenangan manis di KLCC dengan rakan-rakan baru di malam merdeka tidak boleh dilupakan.


Wslm WBT

War Torn Soldier,
Masri


1 comment:

pedang said...

yang ni aku sokong...