Wednesday, August 08, 2007

Aku Setuju kau Tak Setuju , Kau Setuju Aku Tak Setuju

BAGAIMANA UNTUK TIDAK BERSEPENDAPAT DENGAN ORANG LAIN?


Adalah menjadi satu adat bagi para pengkaji dan penulis untuk memberi kesimpulan di akhir penulisan mereka. Kami akan membuat sebaliknya. Kita akan mulakan dengan menyebut kesimpulannya yang mana ramai daripada kita semua telah merasainya setelah bertahun-tahun pengalaman pahit. Kesimpulan ini telah di simpulkan dalam beberapa rangkap seloka Arab yang berbunyi:

“Dari semua kepercayaan di Dunia ini yang aku ingin berusaha untuk mengetahui,

Menerusi semua kawasan dari timur dan barat aku menjelajah pergi dan balik ,”

“Dan aku tidak pernah lihat satu kepercayaan seperti Islam untuk Bersatu ,

Dan tidak ku pernah lihat satu manusia seperti Muslim untuk perkelahian dan permusuhan .”


Adakah terdapat satu negeri di muka bumi ini lebih kaya kebudayaanya dari kita? Kita mempunyai Al-Quran , As-Sunnah dan Sejarah yang panjang dan boleh dibanggakan , yang kesemuanya secara terang-terangan memandu kita semua kepada kepentingan kebersatuan dan keutuhan sejagat. Bersatu adalah satu prinsip dalam Agama kita . Sesungguhnya Allah S.W.T mengkehendakinya , Rasul SAW kita selalu memanggil kearahnya , para Sahabah R.A dan Khalifah memberikan bukti sejarah tentang kepentinganya dan contoh praktikal bagaimana memperolehinya.

Tetapi apabila kita lihat keadaan Umat Islam hari ini , kita lihat terlalu banyak percanggahan .Kita mendengar banyak percakaran dan pergaduhan atas setiap perkara , yang sesetengahnya langsung kita tak faham!

Walaubagaimanapun , kita semua boleh bercakap dengan nada yang sama berkenaan etika perbezaan pendapat dalam Islam. Kita boleh mempersembahkan teori yang paling cantik disalingi dengan bahasa yang paling lunak. Tetapi , hanya segelintir daaripada kita yang mampu untuk menjadikan kesemuanya itu secara praktikal . Kebanyakkan dari kita berharap orang lain untuk mempamirkan etika yang elok apabila mereka berbeza pendapat dengan kita gagal untuk mempamirkan sedemikian apabila kita berbeza pendapat dengan mereka.

Kita perlu mempelajari etika berbeza pendapat dengan bersungguh-sungguh. Ia perlu diajar di dalam sekolah-sekolah , institusi pengajian tinggi dan masjid-masjid kita. Pemuda kini, harus di beri tunjuk ajar praktikal dalam berdebat supaya beradab ketika berbeza pendapat menjadi kebiasaan dan salah satu aspek ketaqwaan.

Ya , memperlihatkan adab yang baik ketika berbeza pendapat adalah amalan ibadat, kerana dengan melakukanya kita telah menurut perintah Allah SWT dan melakukan Sunnah Rasulullah SAW secara praktikal . Dengan memahami etika ini , kita dapat menjadikan ia satu amalan harian.Apabila ia ditanam dengan baik dalam diri anak-anak kita , ia akan menjadi mudah untuk melakukannya pada setiap masa.

Pemerintah

Ini adalah satu perkara yang semua dari kita perlu lakukan . Seorang pemerintah memerlukan etika ini supaya dia dapat menegakkan hak yang diperintah , walaupun terdapat dikalangan mereka yang tidak bersetuju. Rasulullah SAW menegakkan hak semua rakyat di Madinah yang di bawah penguasaannya , walaupun Yahudi dan orang munafiq bertentangan dengan beliau. Baginda tersangatlah sabar dan berkasih saying dengan pengikutnya . Contoh yang diberikan oleh beliau di ikuti oleh para Sahabah RA , setelah beliau wafat .Salah satu contoh terbaik adalah dari `Alî b. Abî Tâlib yang apabila puak Khawarij bangkit menentang beliau membawa kemusnahan dalam Negara Muslim , beliau masih memanggil mereka sebagai “ saudara kita yang melakukan kesilapan terhadap kita” dan tidak mahu memanggil mereka sebagai sesat. Beliau juga berterusan menunaikan hak mereka selagi mana mereka tidak mengangkat senjata dan berperang dengan yang lain.


Ulama


Para Ulama’ perlu mematuhi adab dalam berbeza pendapat supaya mereka dapat menegakkan hak pelajarnya dengan memberikan keadilan kepada mereka ,dan melayan semua perkara dan soalan dengan cara yang terhormat. Dia perlu membuka hatinya dan mempersediakan mereka supaya mereka dapat membawa tanggungjawab di masa hadapan. Seorang Alim itu jangan memaksa pelajarnya untuk mengikut pendapatnya ,tetapi memastikan mereka mempunyai sikap yang kuat , berdikari dan terhormat.


Ibu Bapa


Ibu Bapa perlu memperlihatkan etika ini dalam beriteraksi dengan anak mereka .Mereka perlu memastikan ikatan kasih sayang walaupun si anak tidak bersetuju dengan mereka. Mereka perlu sedar bahawa anak kita hari ini akan menjadi dewasa dimasa hadapan. Anak tidak boleh hanya menjadi semata-mata cermin kepada ibu bapa mereka. Setiap Anak itu adalah seorang individu yang unik. Anak-anak perlu mempunyai pemikiran dan idea masing-masing.


Apabila membincangkan tentang etika berbeza pendapat , kita juga perlu berbicara akan bagaimana menguruskan perbezaan pendapat yang sudah pasti wujud dan tidak dapat dielakkan diantara kita. Kita hidup di zaman keterbukaan. Penghadang yang menghalang kita satu ketika dahulu sudah tiada. Situasi ini mengingatkan kita kembali kisah Bishr b. Marwan yang telah kehilangan helangnya di Madinah dan dia mengarahkan kesemua pintu masuk kota Madinah ditutup , akan tetapi dia lupa bahawa helang dengan mudah dapat terbang keluar tanpa terikat dengan dinding kota. Perkara yang sama juga berlaku kini, kita yang hidup di zaman informasi teknologi yang mempunyai keluasan internet dan pelbagai cara berkomunikasi dalam penguasaan kita. Pihak kerajaan perlu sedar yang mereka tidak boleh lagi berharap kepada taktik menghalang dan memaksa (mengikut perndapat mereka) , dan hanya mempunyai satu jalan sahaja iaitu turun bersama masyarakat dan menjawab segala isu dengan faktanya sekali.


Perbincangan umum pada masa kini penuh dengan percanggahan dan perbezaan pendapat . Pendapat-pendapat ini tersebar secara meluas pada tahap yang tidak diduga. Dalam keadaan itu , ia adalah tidak betul dengan hanya menolak pendapat orang lain sebagai bodoh , tidak kira rendah mana pun hujah mereka pada kita.Kita perlu meminjamkan kepada mereka telinga yang saling menghormati dan membalas idea mereka dengan pendapat kita. Kita perlu membawa ubat yang sesuai untuk mengubati penyakit yang kita hadapi jika berharap untuk membasmi penyakit yang menghantui kita semua .


Internet telah menjadi satu medan untuk dialog terbuka antara masyarakat . Dalam bahasa arab sahaja terdapat jumlah yang tak terkira banyaknya forum-forum pertukaran pendapat . Akan tetapi , Internet telah menunjukkan yang kita masih tidak bersedia berbicara antara satu sama lain. Ia telah membuatkan kita lihat luasnya pemikiran yang Islam bertoleransi berkenaan perkara agama dan perkara berkaitan masalah masyarakat. Ia juga menunjukkan kejahilan kita tentang tahap semua orang Islam menerimanya atau menolaknya . Kelemahan kita telah mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada perbincangan tentang Islam di dalam Internet, termasuk beberapa sikap-sikap di bawah:

  1. Terdapat pendapat yang jika kamu tidak bersama kami bermakna kamu menentang kami. Jika terdapat sedikit perbezaan di antara kita – di mana kamu tidak 100% mengikut kami – maka kami berlepas diri dari kamu.(kamu bukan bersama kami)
  2. Kita mempunyai masalah meletakan garisan diantara topik yang di bincangkan dan orang yang kita berbincang. Diskusi tentang satu perkara yang tidak dipersetujui selalunya mengakibatkan serangan peribadi kepada pihak yang terlibat dengan tuduhan berkenaan intergriti dan kehidupan peribadi mereka. Kebanyakkan forum di internet telah menjadi tempat untuk mengutuk, memfitnah dan memalukan orang lain.
  3. Nada kebanyakan perbincagan kita adalah salah. Pengunaan gaya bahasa yang salah terlalu banyak .Kutukan dan ketidak sopanan telah mengantikan perbincangan bertamadun dan berhemah. Kebanyakan dari Ulama’ kita seperti al-Ghazâlî, al-Shâtibî dan Ibn Taymiyah, telah menunjukkan bahawa jika perbahasan di menangi dengan suara yang paling lantang dan perkataan yang paling kasar ,maka orang bodohlah adalah pendebat yang terbaik. Perbahasan adalah sepatutnya di menangi dengan mempersembahkan bukti dengan rasa hormat dan merendah diri. Apa yang kita selalu lihat lori yang kosong selalunya lebih bising dan bergoyang – goyang di jalanan dari yang sarat dengan barang.
  4. Terlalu banyak cakap besar di dalam internet ,Dan kita amat terdedah untuk membuat kenyataan sebegitu untuk mempertahankan pandangan kita . Berapa banyak kali ketika berdebat seseorang itu mendakwa bahawa satu kenyataan atau artikel yang hebat dan tepat telah di tulis atas perkara yang di perbincangkan dengan itu telah menamatkan perbincangan terhadap permasalahan tersebut ? Apabila kita mendapat artikel berkenaan , apa kita temui yang sepatutnya kertas kerja yang mempunyai isi dan keikhlasan disokong dengan fakta ,sebaliknya adalah kertas yang mengarut penuh dengan kata-kata kesat yang ditohmah kepada mereka yang tidak bersetuju dengan penulis artikel tersebut.Adalah amat kasihan melihat ramai orang mengaggap ini tanda kekuatan kertas tersebut.
  5. Terdapat terlalu banyak perasaan ego dalam perbincangan. Kita pernah mendengar seseorang berkata “Aku tidak akan memberitahu kamu selain dari apa yang aku tahu ,dan aku hanya membimbing kamu ke jalan yang benar” . Ramai orang terlalu memikirkan pendapat mereka sahaja dan tidak boleh menerima yang lain. Ia adalah tidak penting jika apa yang mereka anggap benar itu semata pendapat dan bukan perkara yang tidak boleh dipersoalkan lagi seperti Aqidah yang jelas termaktub didalam Al-Quran dan As-Sunnah .
  6. Terlalu ramai orang percaya yang diri mereka maksum . Mereka tidak mahu melayan bahawa pandangan mereka berkemungkinan salah dan orang lain itu kemungkinan benar.
  7. Kita dihantui dengan memandang sesuatu masalah itu secara cetek dan terlalu mudah .banyak perkara yang rumit dan susah difahami tanpa berfikir panjang dan usaha uantuk memahaminya. Kebanyakan orang dengan cepat menganggap idea sebegitu mesti secara hakikatnya palsu dan bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Kita dapati pendapat yang mudah dan senang difahami oleh mereka dianggap sebagai benar. Masalah sebagini selalu kita dapati dalam media massa . Kita mendengar ,hanya cakap-cakap kosong dan permainan bahasa didalam banyak rancangan diskusi di televisyen yang melagakan antara orang yang mempunyai ideologi dan pendapat berbeza. Di sini ,beberapa contoh ayat-ayat yang telah disebutkan ketika keudara di televsyen ke atas lawan mereka:

-“Dia tidak mempunyai kehormatan dari Allah atau mana-mana tauhid didunia ini.”

-“Kau telah mati ,dan sesungguhnya dia akan tinggal di neraka ,dan sesungguhnya ia satu tempat yang menakutkan.”

-“ Kau mempunyai kepercayaan yang sesat dan berfahaman menyeleweng!.”

-“Kau adalah seorang munafiq!”

Topik perbahasan yang mengalakkan pernyataan yang berani sedemikian selalunya terlalu bersifat teori dan orang ramai tidak mungkin dapat bersetuju dengan mereka. Tetapi, dari pernyataan sebegitu , adakah kamu fikir mereka berdebat tentang prinsip asas Aqidah yang jelas dalamAl-Quran dan As-Sunnah dan tidak boleh dipersoalkan lagi.

Dalam apa-apa hal sekali pun, walaupun kita mempertahankan kebenaran yang hak dari seorang yang jelas kesalahannya , adalah bijak kita memulakan diskusi dengan perkara yang kita semua persetujui . Lihat bagaimana Allah memerintahkan kita untuk menyampaikan kepada kaum Yahudi, Nasrani dan Musyrikin:
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
[Sûrah Âl `Imrân: 64]

ِ
Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. [Sûrah Saba’: 24-25]


Apabila Allah memberitahu kita untuk bercakap kepada mereka tentang amalan kita , Dia menyuruh kita berkata "Katakanlah kamu tidak akan ditanya (bertanggung jawab) tentang dosa yang kami perbuat [Sûrah Saba’:25] Tetapi Allah menyuruh kita bercakap tentang kesucian dari perbuatan mereka , Kita perlu menggunakan nada yang lebih halus dan berkata “dan kami tidak akan ditanya (pula) tentang apa yang kamu perbuat"[Sûrah Saba’:25]. Setelah itu kita hanya berkata :


Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". “Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.” [Sûrah al-Isrâ’: 84]

Ketenangan dan kelembutan nada , apabila diikuti dengan bukti yang kukuh dan hujah yang bijak ,adalah jalan terbaik untuk membatalkan kepalsuan dan memenagi hati ke atas kebenaran.

Dalam perkampungan global yang kecil kini, kita mendapati diri kita mempunyai kelemahan yang besar dari yang lain. Kita berterusan dalam pertengkaran yang tidak berfaedah sesame kita , tidak membantu apa-apa dalam mengurangkan masalah kita . Musuh melihat kita hancur bederai antara satu sama lain.

Apa yang kita harap mereka akan fikir tentang kita? Tentu mereka akan hanya berkata: “Pertama, bawakanlah satu persetujuan dengan apa yang kamu percaya dan ingin untuk menyampaikan kepada dunia , kemudian baru datang dan bercakap kepada kami Tentangnya”

Sheikh Salman al-Oadah

Diterjemah dari Artikel: How to Disagree with One Another

Di terjemaah oleh : FAZH

2 comments:

Anonymous said...

Hidupkan tajdid segar
Hapuskan tajdid tua iaitu wahabi al ahkam

Anonymous said...

salam,akh
kalaopun kita tak bersetuju dgn seseorang, tak bermakna kita boleh hina orang tu.berilah nasihat dan kata-kata yang baik..

what do u mean by 'hapuskan tajdid tua iaitu wahabi al ahkam?'

sama-sama praktikkan akhhlak mulia rasulullah (QS 33:21)
WA