Wednesday, October 11, 2006

LAPURAN Ringkas FORUM Gerakan Tajdid dan majlis Iftar UIAM

Bertempat di dewan utama UIAM Gombak, sambutan amat mengejutkan di mana peserta memenuhi ruang bawah dan atas auditorium. Majlis turut dihadiri oleh Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi, sebagai ahli Forum dan Pemerhati pemerintah. YBhg Dr Lo'Lo' Ghazali, Pengerusi Badan Kebajikan dan kemasyarakatan PAS, turut hadir tanda sokongan. Juga Sponsor utama, Syaikh Ahmad Yani dari Kumpulan Karangkraf yang sentiasa padu memberi sokongan pada aktiviti Tajdid dan majlis Forum dan Iftar diresmikan oleh Prof Madya Rahmatullah Khan, UIAM.

Sesi satu: 3:00 ptg - 4:30 ptg

Setiap Forumer diberi 20 minit penyampaian.

Forumer 1: Protaz Mohd Yaacob Mohd Yunus
Naib Presiden perbankan Afin

Tajuk: Manhaj tajdid salaf: Tarbiyah & Tasyfiyah. Ini gagasan tajdid dari Nejd atau semenanjung Tanah Arab yang diperkenalkan secara manhaj tajdid oleh alMuhaddith Nasiruddin al-Albani rh.
Tasyfiyah menurut al-Albani ialah pemurnian Islam dari apa jua yang asing darinya, manakala tarbiyah ialah pembinaan generasi tajdid di atas pemurnian itu. Ruang lingkup tasyfiyah ialah akidah, hukum, sunnah, fiqh, tafsir, tazkiyah, fikrah, sejarah, dakwah, bahasa arab. Oleh kerana mas yang terhad, syaikh akob almandeeli tidak dapat menghuraikan dgn smepurna. Apapun, pihak karangkraf akan menerbitkan buku sempena Forum Tajdid ini.

Forumer 2: thtl al-ahkami

Tajuk: Menyoroti semula Dokumen Tajdid pergerakan Ikhwani: Usyul Asyriin.

jika sdr mohd Yaacob menghidangkan manhaj tajdid dari Saudi, thtl pula membentangkan manhaj tajdid dari Egypt, iaitu dari gerakan Islam paling senior dan paling berpengaruh, pergerakan Ikhwan. Ini cuma suatu imbasan sejarah dan kita ingin belajar dari dua manhaj tajdid yang begitu berpengaruh dewasa ini. Walaupun dua aliran ini (Saudi dan Egypt) tidak sehaluan, tapi sebagai generasi Islam yang ingin melihat kematangan dalam kebangkitan Islam, maka Forum ini ingin mengajak ahli forum khususnya warga UIAM apa salahnya menyoroti gagasan kedua-dua aliran tsb.

usyul 20 adalah suatu seruan penyatuan dari Ustaz alBanna kepada semua pergerakan Islam di Mesir dan dunia Islam khasnya kerana kelemahan umat Islam seputar 1920'an ialah masalah akidah dan kefahaman. Untuk meletakkan landasan kebangkitan semula Islam, Ust alBanna menggariskan Usyul 20 pada tahun 1942 sebagai suatu semakan kepada semua pekerja Islam tak kira apa jua aliran dan manhajnya menyimak asas kefahaman terhadap Islam.

Usyul Asyreen adalah mengenai kefahaman dan kefahaman adalah buah dari ilmu dan dari kefahaman, maka langkah tajdid dapat diteruskan.

usyul pertama dari 20 ialah: islam adalah sistem hidup yang syumul yang merangkumi 22 perkara yang menjadikan Islam itu syumul. Perkara utama dalam pendefinasian semula Islam syumul menurut al-Banna ialah Islam adalah sistem politik (negara, wathan, dan ummat). ini kerana semasa kebangkitan Ikhwan, itu ialah era politik mula dipisahkan dari agama oleh Attaturk dan Ali Abdul Raziq.
thtl tidak sempat masuk dalam 19 lagi usyul kerana masa cuma 20 minit.

Forum # 3: Ust Maszlee Malik , tokoh pembebasan al-Quds Malaysia dan Pensyarah UIAM sendiri. Tajuk asal beliau ialah tajdid minda Melayu, tapi melihat suasana semasa beliau mengubah tajuk kepada menyorot gerakan tajdid secara umum. Oleh kerana advantage sebagai tuan rumah, Ust maszlee mengambil masa yang agak lama sehingga 4:40 ptg menyoroti sejarah Tajdid (reformis agama) dari era Muhammad Abdul Wahab, Muhammad Abduh Rashid Ridha, alBanna, bahkan lebih dulu dari itu, zaman Umar Abdul Aziz, Imam-imam madzhab, Ibn Taymiyah, alSyuyuthi. dan Syaukani. Apa yang penting tak kira samada dari aliran Saudi atau Mesir, kata ust maszlee, ambil yang terbaik dari pengalaman mereka. Kertas kerja beliau juga akan dibukukan.
Majlis bersurai utk solat Asar tanpa sesi soal-jawab.

Sessi Kedua FORUM: Barisan Elit atau heavyweight

Sesi kedua bermula 5:00 ptg dan ini adalah sesi yg dinantikan kerana barisan forumersnya yang hebat sekali.

Forumer #1: Felow ISTAC, Dr Uthman el-Muhammadi dgn tajuk Tajdid dalam Peradaban (hadhari). Beliau bermula dengan rentak perlahan sebagai seorang syaikh. Mula-mula mengulas mengenai hadith Abu Daud seputar setiap 100 tahun Allah akan bangkitkan seorang mujaddid. Oleh kerana kekangan masa 10 minit seorang, maka Dr uthman hanya menyebut beberapa point penting utk menjayakan tajdid peradaban, spt akidah, ibadah, tsaaqafah dan antara cara yang ditekankan ialah tajdid itu dalam rangka keta'atan kepada ulil amri.

Sebelum menamatkan ceramahnya, Dr Uthman mengejutkan semua yang hadir kerana ia skeptikal dengan muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyah. beliau juga menempelak tawhid yang dipecah tiga: rububiyah, uluhiyah dan asma' wassifaat yang tidak dikenali di zaman salaf assoleh.

Forumer #2: Ustzh Rosmalizawati dari UIAM. beliau merupakan panelis yang ditambah di saat akhir bertajuk: peranan Muslimat dalam Arus Tajdid. Kita pun merasa terharu, kerana sejak Forum Tajdid edisi pertama, peranan muslimat dalam arus tajdid tidak disuarakan. beliau menjelaskan peranan wanita dalam menjayakan arus kebangkitan Islam yakni menjadi penolong kepada kaum Adam dgn sebaiknya terutama dalam aspek tarbiyah.

Forumer #3 : Prof Madya Dr Farouk Musa, felow MPF (Muslim Profesional Forum) dgn tajuk dalam bahasa Inggeris: Tajdid Politik. Ini suatu tajuk yang amat menarik kerana ia mencari jalan tengah kepada dua aliran yang ekstrim: satu golongan yang menolak demokrasi Barat 100% dan mengkufurkan siapa yang berjuang atas nama demokrasi. Juga satu aliran yang mendokong demokrasi 100%. dr Farouk menyoroti tokoh2 yang menimbang demokrasi dan menerima pemakaiannya dgn bijaksana. Dua tokoh yang telah dilupakan oleh aktivis dakwah ialah tokoh Afrika Utara: Malik Ben Nabi dan Rachid Ganousi, selain dari Dr Prof Yusof alQaradhawi.

Forumer #4: YBhg, samahah syaikh Ust Dr MAZA yang membawa tajuk Gerakan Tajdid di Malaysia. Penampilan Dr MAZA merupakan kemuncak sesi Forum Tajdid II. Ia dinantikan kerana beliau berperanan menjadi anchor kepada Forum ini, merumus dan mengulas bagi kesemua isu yang dibangkitkan. namun, kenyataan dari Dr Uthman el-Muhammadi berhubung Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahab telah menjejaskan tumpuan beliau mengupas isu tajdid. beliau menjawab isu Muhammad Abdul Wahab dan siapakah Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau juga menjawab isu tawhid pecah tiga yang kononnya diperkenalkan oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau menjelaskan beliau tidak suka menjelaskan isu ini dalam majlis spt ini di bulan puasa, tapi terpaksa menjelaskan demi kebenaran dan atas nama akhlak kepada orang yang sudah mati.
Mengenai femonena gerakan tajdid di Malaysia, dr Maza mengajak peserta forum tajdid membuka sikap dan minda dgn terbuka kepada semua gerakan Islam yang bergerak dalam ruang lingkup ASWJ dan menyeru semua pendokong gerakan Islam supaya menjauhi kepongpong keakuan dan bekerja dalam SILO, yakni jama'ah akulah yang paling benar.

Majlis berakhir tepatjam 6:30 ptg, tanpa ada ruang lagi untuk soaljawab. Rata-rata peserta berpuas hati dan jelas dan merasakan tiada soalan yg perlu diajukan.

Majlis iftar dan tarawih diteruskan selepas itu.
menu: beriyani gam daging dan ayam. kaw punya.

Turut hadir ialah Syaikh Kamin dan ali tantawi al-urduni. Kapten Hafizfirdaus tidak sempat kerana baru tiba dari penerbangan jam 4:00 ptg KLIA dan tidak sempat ke UIAM.


Forum Tajdid Edisi ke III akan datang lebih panas lagi dengan ahli Forum yang lebih hebat, antaranya Dr Azwira, Hj Kamin dan Ust Ali Tantawi dari al-ahkam. Tunggu! IA


Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar

Assalamualaikum,

Terima Kasih semua peserta yang hadir Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar yang diadakan di UIAM . Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat menyediakan sebarang nota semasa program tersebut berjalan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan . Oleh itu ,kami telah menyediakan slaid-slaid yang dipaparkan semasa Forum Tajdid tersebut sedia dimuaturunkan dalam bentuk ZIP di : -

http://www.4shared.com/file/4488031/edd85959/forum_tajdid_uiam_slides.html


Jazakallah Khairan Kathira

Saturday, September 23, 2006

Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar

Tarikh

7 OKTOBER 2006(SABTU)

Tempat

AUDITORIUM UTAMA(MAIN AUDITORIUM),

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA(IIUM)

MALAYSIA, GOMBAK

Masa

3.00 PETANG HINGGA 10.00 MALAM

Tajdid Satu Gelombang...

Tajdid, satu istilah yang kini menjadi topik

Perbincangan hangat oleh masyarakat masa kini. Istilah ini kini

tidak asing lagi di kalangan pendokong Islam kerana

bukan sahaja tajdid telah menjadi satu identiti malah

satu gelombang perubahan ke arah melaksanakan

agama Islam sesuai dengan tuntutan AlQuran dan As

Sunnah.

Menyedari hakikat dan kepentingan akan kebangkitan

gelombang ini Pusat Psikologi Gunaan, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerja

sama Majalah I dan Majalah Nur mengorak langkah

menganjurkan forum berkaitan kebangkitan gelom

bang gerakan ini dengan memfokuskan perbincangan

kepada arah dan hala tuju gerakan ini. Forum ini se

cara tidak langsung merupakan lanjutan Forum

Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran

di Era Globalisasi anjuran Muslim Profesionals Forum

(MPF) beberapa ketika yang lalu.

Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk

memberikan penjelasan secara ilmiah dan universal

berkenaan cara mengubah pemikiran dan sikap yang

lebih baik dan berkesan dalam mengikuti arus tajdid.

Antara lain, program ini juga diharapkan dapat mem

buka ruang diskusi ilmiah antara ahli panel dan para

peserta. Di samping itu, pertemuan yang bakal diada

kan nanti juga dapat mengeratkan ukhuwah antara

masyarakat awam dan golongan belia, terutamanya

mahasiswa sebagai pemangkin kepada gerakan tajdid.

Aturcara Majlis

2.45 petang : Ketibaan audiens dan pendaftaran

3.05 petang : Katakata aluan pengerusi majlis

3.10 petang : Ucapan oleh Prof. Dr. Rahmattullah

Khan Abdul Wahab Khan, Pengarah

Pusat Psikologi Gunaan UIAM.

3.15 petang : Forum : GERAKAN TAJDID :GELOMBANG PERUBAHAN DI ALAF BARU( Sessi I)

Ahli Panel

1. Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus

2. Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah

3. Ustaz Maszlee Malik

Moderator : Ustaz Anzaruddin bin Ahmad

4.30 petang : Solat Asar berjemaah

5.00 petang : Forum (Sessi II)

Ahli Panel

1. Rosmalizawati Ab. Rashid

2. Prof. Madya Dr. Ahmad Farouk Musa

3. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Moderator : Ustaz Adlan bin Abd Aziz

6.15 petang : Sessi soal jawab

7.00 malam : Pembahagian kurma untuk iftar

7.10 malam : Iftar

7.25 malam : Solat Maghrib berjemaah

7.50 malam : Makan malam

8.20 malam : Solat Isya’ dan Tarawih berjemaah

10.00 malam : Bersurai

Maklumat Ahli Panel

PROFESSOR MADYA DR. AHMAD FAROUK MUSA

Ahli Pengasas MPF

Pakar Bedah Kardiotorasik merangkap Pensyarah

Fakulti Perubatan UPM

Ahli akademik dan penyelidik yang banyak

membentangkan kertas kerja di pelbagai peringkat

USTAZ MASZLEE MALIK

Pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains

Kemanusiaan UIAM

Sering terlibat dalam seminarseminar keagamaan

Banyak memberi ceramah dan menghasilkan karya

berkaitan isu PALESTIN

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Pensyarah merangkap Penyelaras Seketariat

Falsafah Sains Islam USM

Mempunyai pengkhususan dalam bidang hadith dan

sering terlibat dalam pembentangan kertas kerja dan

kuliahkuliah agama

USTAZ TUAN HASSAN TUAN LAH

Pengurus, Strategi Perniagaan TM

Salah seorang pengasas laman web alAhkam (http://

alahkam.net), sebuah laman web yang membincang

kan Islam secara konprehensif melalui internet.

USTAZ MOHD YAAKUB MOHD YUNUS

Naib Presiden, Bahagian Perbankan Perusahaan Affin

Bank Berhad

Aktif menulis bukubuku agama

Antara buku yang ditulis beliau ialah ‘Kaedah Memahami

NamaNama dan SifatSifat Allah’, ‘Sembahyang

Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah dan banyak

lagi.

Program Ini Terbuka Untuk

Semua Golongan

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10. Bayaran termasuk

kos pengurusan dan jamuan iftar. KEPADA

PARA PELAJAR IPT, hanya RM 5 sahaja dikenakan.

Ahliahli professional, para pelajar IPT, pendokong

dan penyokong gerakan tajdid, orangperseorangan

dan siapapun anda, pastikan peluang ini tidak dilepas

kan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi nama

di bawah untuk urusan pendaftaran. Kehadiran anda

amatlah dialualukan.

1. MOHD MASRI BIN RAMLI (0193269091)

muslimz87@yahoo.com

2. NAZIFAH MUSTAFFHA (0193022655)

nazifah02@gmail.com

3. ILI DALILA MOHD REDZUAN

rumaisha85@hotmail.com

‘ Dan inilah jalanKu, jalan yang lurus; maka

ikutlah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan yang

lain kerana jalan-jalan yang lain itu memecahbelahkan

kamu dari jalan-Nya. ’

(Al-An’aam:153)

Friday, September 15, 2006

MAJLIS ZIKIR

Hadith ini menyebut majlis zikir dalam bentuk yang umum. Ia membawa maksud majlis ilmu, majlis belajar fikah, al-Quran, tafsir dan seumpamanya.

Ini berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Hilyah (الحلية) oleh Abi Na'im al-Asbahani (أبي نعيم الأصبهاني) dengan sanad yang sampai kepada Abi Huzan (أبي هزان) katanya :

"Aku mendengar 'Ato bin ABi Robah (عطاء بن أبي رباح) berkata : "Siapa yang duduk di dalam Majlis Zikir, Allah akan menghapuskan baginya dengan majlis tersebut sepuluh majlis daripada majlis batil (yang dihadirinya)." Kata Abu Huzan, : "Aku bertanya kepada 'Ato : Apakah itu majlis zikir ?" Jawab 'Ato : "majlis (yang membicarakan) halal dan haram, bagaimana kamu hendak bersembahyang, puasa, berkahwin, berjual dan membeli." (al-Hilyah : 3/313)

Demikian juga hadith di atas tidak pula menyebutkan zikir secara berjemaah (الذكر الجماعي) seperti yang golongan tarekat lakukan. Hadith hanya menyebut Majlis atau majlis zikir (مجلس الذكر). Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata :

"Adalah para sahabat Nabi saw, apabila mereka berkumpul, mereka akan menyuruh salah seorang daripada mereka untuk membaca al-Quran dan orang lain mendengar bacaannya. (Sepertimana yang dilakukan oleh) Omar yang berkata kepada Abu Musa : "Ingatkan kami semua kepada tuhan kami." Lalu Abu Musa membaca al-Quran, dan semua mereka mendengar bacaan Abu Musa." (Majmu' al-Fatawa : 11/533)

Inilah bentuk majlis zikir yang dilakukan oleh sahabat Nabi saw.


wallahu a'lam. Abdul Kadir

Tuesday, September 12, 2006

AL-AQSA IN DANGER!


While the world is all agog over the Hizbullah victory in the "Israel"-Lebanon war, Zionist oppression of Al-Aqsa in the holy land of Jerusalem is going on unnoticed. While the world is fascinated by Hizbullah's triumph, and its current status as the hero of Lebanon, Al-Aqsa is disregarded. Aid is being channelled to Lebanon whilst Al-Aqsa struggles under constant Zionist aggression.

Al-Aqsa is still being violated by the Zionist regime. The situation in Jerusalem is deteriorating by the day. The humiliation and indecent treatment which the Palestinians have been experiencing in their own land is worsening. Until now, Palestinians are still being barred from performing Friday prayers in the mosque for several months running.

Our real responsibility is to defend Al-Aqsa based on its special status as the first qiblah. Our soldiers should be sent to Jerusalem to defend the holy sanctuary. The safety of the mosque should be our main concern.

As Muslims, we should familiarise ourselves with the steps the Zionists have taken to occupy Al-Aqsa and realise their ambition to build their Jewish temple, the Haykal of Solomon.
STEP 1: ANNEXING AL-BURAQ WALL

On August 20th 1929, a group of extremist Jews, with the help of the British army, broke through into the Al-Aqsa complex and took control of the western area, including Al-Buraq Wall (now referred to as the Wailing Wall by the Jews). In just 15 days, 338 Palestinians died in their effort to thwart the Zionists' plan.

STEP 2: ARSON OF THE MOSQUE

On August 21st 1969, an extremist Jew called Dr Dennis Michael Rohan (Jewish name: Mikhail Rohan) set Al-Aqsa on fire. The fire destroyed most of the mosque, including the historical minbar (pulpit), used by Salahuddin al-Ayyubi after he liberated Al-Aqsa from the Christian Crusaders. The Palestinians succeeded in extinguishing the fire, but Dr Rohan was freed from all charges on grounds of insanity.

STEP 3: LAYING THE FOUNDATION

On October 15th 1989, the "Guardians of the Temple" group laid the foundation for the Haykal. A spokesperson noted that this move constituted the beginning of Jewish renaissance.

STEP 4: JUDAISATION OF THE MOSQUE

Since 1967, various plans have been carried out by extremist Jews to replace Al-Aqsa with their Haykal. Temple guards were trained, special Kohannim robes for the rabbis were sewn, and even a model of the temple was built near Al-Aqsa. Ehud Olmert, former mayor of Jerusalem (now Prime Minister of "Israel") also officiated at the opening of the Jewish Museum, built underneath Al-Aqsa Mosque.

STEP 5: DIGGING THE TUNNEL

After laying the foundation, the Zionists started excavation works. Their tunnel underneath the mosque reached the length of 400 metres (half the length of Al-Aqsa), thus damaging the structure. Sheikh Raed Solah, the leader of the Islamic movement in Jerusalem who exposed this fact to the public was imprisoned by the Zionist regime.

STEP 6: EXPANDING THE GEOGRAPHY OF "ISRAEL"

After the declaration of "The Greater Jerusalem" in 1982 that was approved by the Knesset ("Israeli" parliament), the Zionist regime endeavoured to expand the geography of Al-Quds to 279 donums. They succeeded in doing so by including 49 Jewish towns and villages in Jerusalem and expanding the demography of Jews in Palestine. 70% of Palestinian land was confiscated and only 13% left to the original owners.
STEP 7: EVICTING THE PALESTINIANS

Since 1967, more than 435 Palestinian families have had their houses demolished and 700,000 of the people were driven out of their homes. 50,000 were exiled; they were not allowed to re-enter Palestine after they furthered their studies or sought medical attention abroad. As a result, before the construction of the segregatory West Bank Wall, there were only 70,000 Palestinians left in "Israel" while the number of Jews reached 400,000. After the wall was built, the number of Jews in "Israel" rose even more rapidly.
STEP 8: OCCUPYING THE MOSQUE

In 1967, the Zionist army under the command of General Mordechai entered Haram As-Sharif in tanks. The army seized the key of Al-Magharibah Gate and took control of the city's east side, including Al-Aqsa Mosque.

STEP 9: KILLING THE PALESTINIANS

In the Deir Yassin incident, 254 Palestinians were murdered. This number includes 145 women, 35 of which were pregnant. 150 corpses were flung into disused wells. 150 women were paraded around the city while naked, and the Jews spat on them. Jewish tyranny over Palestinians has never stopped; the brutality and injustice have been going on for decades and continues every single day.

AL-AQSA MOSQUE IN OUR HEARTS

Palestine is extremely special to Muslims because:

  • Al-Aqsa Mosque is located there. Al-Aqsa was the first qiblah, the second mosque to be built and the third holiest mosque in Islam.
  • It is the land of the prophets; Ibrahim, Daud, Musa, Zakaria and 'Isa a.s. amongst them.
  • Prophet Muhammad s.a.w. travelled to Jerusalem during the miraculous Isra' Mi'raj journey, and ascended to Heaven from Al-Aqsa.
  • Prophet 'Isa a.s. will descend there during the Day of Judgement.
  • Allah called Jerusalem and its land "the blessed surroundings".
  • 'Umar al-Khattab, the second caliph, declared the region to be part of Islamic waqf (endowment).

"Glory be to the One who took His servant on a journey by night from Al-Masjid Al-Haram in Makkah to Al-Masjid Al-Aqsa, whose precincts We have blessed..." (Al-Israa' 17: 1)

WHAT CAN WE DO?

Prophet Muhammad s.a.w. said, "Whoever dies without having striven for the cause of Allah or having had the intention of doing so, has died following one of the branches of hypocrisy." (reported by Muslim)

There are many steps we can undertake to show solidarity with our brothers and sisters and to protest the unjust occupation of their land. The main thing is for us to propagate the cause by denouncing the oppression, and to use all available resources to help the suffering Palestinians morally and financially.

  • Pray for the safety and well-being of our Palestinians brothers and sisters, and implore Allah to grant the fighters victory over their enemies.
  • Recite Qunut An-Nazilah, a kind of special prayer recommended in time of calamities and tragedies.
  • Finance the institution of Jihad and those who fight in Allah��s cause by donating to the Palestinian people and Al-Aqsa Mosque through trustworthy channels.
  • Support the weak and the oppressed in all ways, including the media as well as the Internet.
  • Get scholars, du'at, Imams as well as Muslim writers to explain the oppression that is happening to the fellow Muslims and the negligence on the part of the ummah, and to mobilise the ummah to defend the holy land.
  • Boycott the products of the "Israelis" and their proxies, as well as condemning their atrocities and barbarism.
  • Write letters of support for the Palestinian cause to our local media, members of the Parliament, the United Nations and various other national/internatio nal agencies.
  • Support the Islamic organisations all over the world which are staging peaceful demonstrations or making petitions.
  • Increase our own knowledge about the Palestinian issue.

Basically, we should spread the word through any means possible, for example by distributing pamphlets; writing articles; organising exhibitions, "Save Al-Aqsa" campaigns, talks on Palestine and fundraising concerts; composing songs and lyrics; circulating solidarity for Palestine postcards; screening documentaries; writing short stories and novels; giving talk shows on the TV and radio; writing scripts for dramas and films and a variety of other ways.

BOYCOTT!

Boycotting "Israeli" and American products is a religious obligation as well as a necessary human procedure to repel the aggressors, and it is a basic form of Jihad ( i.e. economic Jihad). Boycotting has a very negative effect on the economy of the enemy just as it will help in pushing forward the wheel of national economy in the long run.

Dr. Hussein Shihata, Professor of Islamic economy at the Faculty of Commerce, Al-Azhar University opines that the economic boycott is a religious obligation; Muslim jurists have also agreed that it is a necessity. Therefore, economic Jihad is given the same legal ruling as physical Jihad in its broadest sense.

Prophet Muhammad s.a.w. stressed the significance of economic Jihad, saying, "Whoever helps a fighter in the cause of Allah is given the same reward as the fighter, and whoever takes care of his family (the fighter) is given a similar reward." (reported by Al-Bukhari and Muslim)

In this regard Sheikh Yusuf al-Qardhawi says, "To buy ("Israeli" and American) goods is to support tyranny, oppression and aggression. Buying goods from them will strengthen them; our duty is to make them as weak as we can. Our obligation is to strengthen our resisting brothers in the Sacred Land as much as we can. If we cannot strengthen the brothers, we have a duty to make the enemy weak. If their weakness cannot be achieved except by boycott, we must boycott them."

He goes on to state, "It is a legal obligation upon all Muslims to boycott Israel and all countries that support it, especially the United States of America for each dirham or dinar that reaches them turns to a bullet used in shooting our brothers in Palestine."

As long as we go on buying their products, the Zionists will continue committing all sorts of atrocities on our brothers and sisters in Palestine. Palestine will be bombed, houses will be demolished and Palestinians killed with the bullets we have bought. Therefore, Muslims should stop buying and supporting products that are known to aid "Israel" and America. Our buying power can paralyse the "Israeli" economy and bring peace back to Palestine.

LIBERATING AL-AQSA IS A SACRED AND NOBLE DUTY

Freeing Al-Aqsa and Jerusalem is a very noble task, the striving towards and achievement of which will be handsomely rewarded by Allah s.w.t. In a hadith narrated by Abu Umamah al-Bahili, Prophet Muhammad s.a.w. said:

"There will be a group from my ummah that will be always be on the true and righteous path. They will overcome their enemies and they will not be transgressed against unless suffering befalls them, until Allah's help comes and they return to their normal state. The companions asked: Where do they live, oh Rasulullah s.a.w.? The Prophet replied: In Jerusalem and the surrounding areas." (reported by Ahmad)

Allah s.w.t. has chosen the Palestinian people to be the ones to protect Al-Aqsa. They have sacrificed everything, including their lives, wealth, family, children and their whole world in order to defend our holy land. They have given everything for their Lord and when they meet Him, their responsibility will have been fulfilled.

The question is, what have WE contributed to Al-Aqsa? Defending Al-Aqsa is an obligation, so is it enough for us to just look on while our brothers and sisters suffer? What will we answer in front of our Lord on the Day of Resurrection?

Hopefully our small but consistent contributions will save us in the Hereafter. Don't hesitate, start helping now!

Safwan and Zaid Omar
11 September 2006

Promosi Hebat Tak Ternilaikan

oleh: ibn fadhli

Subhanallah. Ramadhan al-Mubarak. Akhirnya ia datang lagi. Nikmat dan rahmat yang tak terkirakan oleh Allah buat hamba2Nya. Sangatlah bertuah bagi mereka yang dapat membuat persiapan bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Hendak dinyatakan manfaat dan kepentingannya, jawabnya, berjela-jela perlu dibaca coretan ini.

Secara ringkas, bulan Ramadhan bagaikan satu peluang keemasan bagi umat islam untuk mencapai matlamat ubudiyyah kita di dunia ini.

Bagaikan sebuah kompleks membeli belah yang sedang mengadakan jualan harga runtuh dengan pelbagai promosi yang hebat dan memukau mata. Diskaun diberikan pada kadar yang tinggi hingga membuatkan pengunjung terliur, rambang mata memilih apa yang hendak dibeli. Banyak hadiah juga diberikan kepada pengunjung-pengunju ng yang bertuah apabila membeli pada kadar tertentu. Juga untuk mereka yang menjadi ahli, akan mendapat layanan istimewa beserta diskaun pembelian dan sebagainya.

Betapa istimewa peluang yang diberikan sehingga kompleks tersebut akan dipenuhi ramai pengunjung dalam penggal promosi tersebut. Pastinya pengunjung-pengunun g tersebut tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Andai sedemikian sambutan kepada promosi jualan murah di kompleks membeli belah. Inikan lagi promosi yang Allah berikan buat umatnya. Pelbagai diskaun diberikan. Hadiah yang sangat tak ternilai. Setiap amalan yang dilakukan, digandakan pahalanya. Dosa-dosa diampunkan. Pintu syurga dibuka. Syaitan-syaitan diikat. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan pelbagai lagi hadiah dan promosi yang menarik menanti umat Islam di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Tak cukup lagikah?

Ke mana agaknya hati-hati kita sekarang terikat. Ujian-ujian mid-term, assignment2( bagi pelajar2), projek2 dan sebagainya. Tolaklah ke tepi pemikiran sebegini. Kita hidup tidak lain untuk mengharapkan redhaNya. Melaksanakan ibadah asas tuntutanNya. Semua itu keperluan dunia tidak dinafikan. Tetapi, ruang yang luas ada untuk kita tumpukan perhatian agar dapat bersedia menghadapi kedatangan Ramadhan.

Ini antara masalah yang dapat dikenal pasti. Di mana kesedaran yang kurang akan adanya promosi istimewa ini. Malah ada yang menganggapnya tak lebih dari bulan yang kita perlu berpuasa. Sifir mereka hanyalah, Ramadhan=Puasa. Sayang seribu kali sayang.

Lebih teruk dari itu, ada yang malah langsung tidak melaksanakan ibadah puasa. Dan ini benar-benar membawa kemurkaan ke atas mereka kerana meninggalkan salah satu kewajipan sebagai seorang muslim.

Masalah kedua pula, apabila dilaksanakan puasa itu tidak sesuai penetapan sunnah Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam. Apa signifikannya hal ini pula? Subhanallah, pastinya kesemua kita mengharapkan ibadah kita diterima Allah dengan sebaik-baik kualiti agar mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Dan antara syarat utama suatu ibadat itu diterima ialah apabila ia menepati dua syarat iaitu IKHLAS dan TEPAT.

IKHLAS: menumpukan seluruh perhatian atas ibadah kita hanya kerana Allah dengan ihsan

TEPAT: menepati apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah melalui hadis-hadis yg sahih

Nilaian ikhlas bukanlah sesuatu yang boleh diukur secara zahir. Namun kaedahnya mudah difahami dan insyaallah, kita doakan, martabat Ihsan itu menjadi milik kita. Namun, perkiraan akan tepatnya sesuatu ibadah diukur dengan ilmu. Tak boleh tidak, kita perlu memahami asas bukti bagi amalan-amalan kita agar ianya menepati sunnah yang diajarkan oleh rasulullah. Sedangkan kita tahu baginda yang diberikan wahyu dan diberi petunjuk sebagai contoh terbaik. Apatah lagi yang melibatkan urusan ibadah. Pastinya, cara bagindalah yang menjadi cara perlaksanaan yang Allah mahukan kita mengikutinya.

Sedar atau tidak, perkara ini juga amat dititik beratkan oleh rasulullah. Sebelah pihak yg tidak mengambil berat langsung. Dan sebelah lagi, melakukannya tidak seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah. Allahua'lam, kedua-dua pihak mungkin menghadapi beberapa kesulitan yang menyebabkan mereka sedemikian. Namun, hakikatnya, kedua-dua permasalahan ini perlu diberi perhatian.

Biar kita bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah puasa dengan ikhlas. Dalam masa yang sama, setiap ibadah kita usahakan agar mendekati sunnah nabi yang kita cintai.

Tidaklah Allah beratkan ke atas hambanya dengan sebarang amalan yang mebebankan.

Antara kekeliruan amalan di bulan puasa, sebahagiannya:

1. Betul ke tgh pose tak boleh masukkan apa dlm rongga2 badan, spt telinga dan sbgnya?
2. Betul ke makruh mandi lepas asar?
3. Kalau dah masuk imsak tak boleh makan lagi ek?
4. Nak kena lafaz niat ke?
5. Doa bukak puasa sebenarnya camne?
6. Kelebihan bagi setiap malam2 ramadhan?

Ini mungkin belum masuk persoalan ibadah qiamul-lail (solat terawih), dan sebagainya.

Subhanallah, Islam ini benar2 menuntut kita untuk memahaminya dengan ilmiah beserta sabar, ikhlas dan tawaduk. Tiada manfaatnya berselisih akan perkara2 di atas seperti yang sering berlaku kebelakangan ini. Lapangkan dada dan terima yang haq. Pastinya kita mampu menilai dengan rasional di atas hujah ilmiah dan menolak tepi unjuran emosi.

Kerana tunjang kesepakatan kita adalah tauhid kepada Allah. Dan pegangan utama kehidupan kita adalah kalam-Nya dan sunnah rasul-NYa. Dari situlah, kita bina kesatuan di atas perbezaan yang tidak dapat tidak, ianya tetap akan berlaku.

Insyaallah, kita doakan agar Allah sentiasa terus memberikan hidayah dan taufiq-Nya di atas jalanNya yang lurus ini. Dan kita dijauhkan dari maksiat kehidupan duniawi. Dan dikurniakan upaya untuk melaksanakan semaksima mungkin ibadah di bulan Ramadhan kelak.

Wallahu a'lam.

Barakallahu fikum.
p/s: ini sekadar pandangan dhaif dari saya. salah silap harap ditegur.

Tuesday, September 05, 2006

“Seminar Asya’erah” di UIA mendapat pukulan hebat!!!


Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Pemikiran Islam 2006 iaitu Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM di atas “kejayaan” yang gilang gemilang menganjurkan seminar ini. Seminar yang dijalankan selama dua hari (2 & 3 September) ini dikatakan telah menghimpunkan banyak “tokoh-tokoh” ulamak dari Arab Saudi, Mesir dan Jordan – tetapi minta maaf kerana penulis kurang mendengar kemasyhuran tokoh-tokoh ini- sehinggakan ia dapat menarik minat ramai peserta untuk menyertainya. Berdasarkan pemerhatian rambang penulis, jumlah peserta yang hadir ialah lebih kurang 500 orang lebih (termasuk urusetia dan ada pihak-pihak yang dikehendaki untuk menghantar wakil).

Melihat kepada tajuk seminar ini, membuatkan penulis berasa berminat untuk menyertainya. Rupanya persamaan ini dikongsi bersama oleh beberapa lagi rakan penulis yang sempat ditemui. Harapan kami semoga kami dapat tahu bagaimana untuk menyatupadukan kembali ummah ini dan apakah anasir-anasir kotor yang terdapat di dalam pemikiran umat Islam yang perlu dimurnikan. Rupa-rupanya penulis dan ramai lagi peserta ibarat bermimpi di siang hari dan bagaikan pungguk rindukan bulan. Ternyata seminar ini hanya indah khabar dari rupa. Manakan tidaknya, mendengar saja kertas kerja yang dibentangkan dan isi perbincangannya, tidak menggambarkan tajuk sebenar seminar ini. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah Bid’ah, Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga (Rububiyah, Uluhiyah, Asma’ wa Sifat), Hukum-hakam Kubur, Pandangan al-‘Asyaerah dan al-Maturidiah terhadap konsep al-Tafwidh dan al-Takwil, Salafi: Dulu dan Kini serta Implikasinya Terhadap Perpecahan Ummah, Kaedah Usul: Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw tidak menatijahkan suatu hukum.

Terang lagi bersuluh bak cahaya matahari di siang hari. Seminar ini bertujuan untuk “menyerang” dan menyekat aliran yang giat berkembang di kalangan generasi muda dan cerdik pandai di bumi Malaysia, iaitulah aliran tajdid yang ingin kembali kepada pemahaman dan pengamalan Islam seperti mana yang difahami oleh golongan sahabat dan para tabiien, berdasarkan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Sebelum terlupa, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan sangat kagum di atas kesungguhan pihak penganjur menjemput penceramah dari negara arab semata-mata untuk mengatakan bahawa pembahagian tauhid kepada tiga adalah batil. Untuk menjadikan usaha pihak penganjur ini tidak menjadi sia-sia dan membazir duit sahaja, penulis ingin mengemukakan satu cadangan terutamanya kepada Pengurus Masjid UIA merangkap Pengarah Seminar ini. Penulis mencadangkan dan mencabar Pengarah seminar ini –jika berani- supaya mengarahkan pihak Kuliyah Ilmu Wahyu, UIA merombak kembali silibus matapelajaran aqidah, jika benar pembahagian tauhid kepada tiga ini adalah batil. Ini kerana, perkara inilah yang diajar oleh pensyarah di Kuliyah ini. Jika ia batil, penulis amat bimbang kerana ia melibatkan masalah aqidah para pelajar. Penulis dan ramai lagi rakan-rakan setia menunggu tindakan berani daripada pihak penganjur. Lagi pun, pejabat Masjid UIA tidaklah jauh sangat dengan Kuliyah Ilmu Wahyu.

Apakah niat “murni” pihak penganjur tercapai dan terlaksana? Pada hemat penulis, mereka telah silap memilih tempat. Mereka mungkin menyangka, cuaca baik di negeri Pahang boleh dibawa terus ke negeri Perlis, tetapi rupanya ribut taufan yang telah malanda di UIA. Jika di Pahang, para pembentang boleh berceramah dengan hati yang ceria tanpa gundah gelana, bak kata P. Ramlee “bagai dunia ini ana yang punya”, para peserta pula hanya khusyu’ mendengar (sebab ada yang tidak faham bahasa Arab), tetapi lain pula suasananya di UIA. Kebanyakan pelajar UIA (kecuali segelintir geng yang mengatakan “Allah wujud tidak bertempat”) dan beberapa orang pensyarah yang hadir tidak sewenang-wenangnya memberikan laluan mudah kepada para pembentang untuk mengelirukan para peserta. Selesai sahaja pembentangan dibuat oleh setiap penceramah, lantas dengan pantas bangun beberapa orang pelajar UIA dan beberapa pensyarah beratur di mikrofon untuk bertanya soalan, dalam erti kata lain memberikan hujah balas terhadap tajuk yang dibentangkan. Malahan, ada yang belum lagi pembentangan selesai, mereka telah bangun dan lantas mempersoalkan fakta yang telah dikemukakan kerana tidak tahan dengan keganjilan fakta-fakta dan tohmahan yang dilemparkan kepada para ulamak seperti Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah. Perkara ini lebih jelas pada hari kedua apabila tajuk berkenaan pembatilan pembahagian tauhid kepada tiga dan isu takfir dibangkitkan.

Buku belum lagi bertemu dengan ruas. Namun, soalan-soalan dan hujah balas yang dikemukan oleh peserta yang rata-ratanya masih belajar di UIA ini, sudah cukup membuatkan para pembentang duduk tidak senang. Pembela-pembela sunnah ini dilihat seakan-akan tidak membiarkan para penceramah pulang begitu sahaja dengan hati yang tenang. Sekurang-kurangnya apa yang terpaksa dihadapi oleh mereka di UIA ini, akan membuatkan mereka dan pihak penganjur untuk berfikir lapan kali untuk datang lagi. Atau pun mereka mungkin terpaksa balik semula untuk menyiapkan “bom-bom nukleur” untuk menyerang kembali, bukannya sekadar membawa mercun-mercun yang hanya sesuai dibakar sewaktu Xong Ci Fa Choi.

Setiap kelemahan ada kekuatannya. Secara jujur, penulis kagum dengan beberapa orang penceramah yang begitu kuat hafalannya dan begitu petah lagi cantik susunan gaya bahasanya. Yang baik dan benar kita perlu akui, walau pun dari pihak yang menentang, yang salah tetap salah walau pun dari pihak sendiri.

Sebenarnya timbul juga rasa simpati kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang hadir dalam seminar ini, yang tidak dapat memahami bahasa Arab. Kebanyakkan mereka sanggup datang dari Negeri Sembilan (Yayasan Sofa). Ini kerana perkara yang diperdebatkan antara penceramah dan peserta adalah perkara ilmiah yang memerlukan asas-asas dalam beberapa cabang ilmu agama. Walau pun disediakan khidmat terjemahan secara langsung, tapi apa yang penulis dengar sendiri terjemahannya, ia tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya (bukan kerana kelemahan penterjemah, tapi kerana penceramah dan peserta bercakap dengan cepat). Tapi yang seronoknya, pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini sangat cekap menjalankan peranan mereka sebagai “pasukan penepuk tangan”. Entah apa yang ditepuk pun entahlah.

Di kesempatan ini juga penulis ingin berkongsi pandangan tentang aspek pengurusan seminar ini. Alhamdulillah, penulis telah berkesempatan untuk mengikuti banyak seminar sebelum ini samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Namun, dukacita, inilah seminar yang paling serabut perjalanan dan pengurusannya. Contoh yang ketara ialah tiadanya kawalan masa pada sesi pembentangan. Penceramah boleh membentangkan selama mana yang dia suka. Kesannya, jadual waktu di dalam tentatif tidak lagi dipatuhi. Pengerusi untuk sesi pembentangan pula tidak ada, sehingga salah seorang penceramah terpaksa mengambil alih menjadi pengerusi. Ada pula kertas kerja yang tidak disediakan, jadi peserta hanya seperti mendengar ceramah umum. Yang lebih penting, sesi resolusi tidak dijalankan dengan sempurna. Apa yang ada ialah salah seorang urusetia hanya membacakan sahaja secara pantas dalam keadaan para peserta telah bangun untuk bersurai. Para peserta juga tidak diberikan salinannya. Penulis percaya ramai yang tidak memberikan perhatian. Ini kerana sebelum itu berlaku perdebatan hangat di antara salah seorang penceramah dan beberapa peserta. Ramai yang bangun untuk bertanya soalan dan memberi hujah balas sehinggakan pengacara majlis terpaksa menamatkan seminar ini begitu sahaja. Jadi seminar ini diakhiri dengan suasana yang agak kelam kabut. Penulis ingin menasihatkan kepada pihak penganjur supaya belajarlah terlebih dahulu bagaimana cara untuk menguruskan perjalanan seminar yang baik. Jangan orang lain buat seminar, kita pun nak buat juga. Cubalah rajin-rajin hadirkan diri dalam seminar yang dianjurkan oleh pihak lain yang dapat dijalankan dengan baik.

Akhirnya, tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur kerana telah berjaya “menyatupadukan ummah dan memurnikan pemikiran umat Islam” khasnya di UIA dan di Malaysia amnya.

Bersama kita semarakkan perkembangan arus tajdid!!!

Abu Ubaidah

abdulhaq_alqadahi@yahoo.com

Special Report From The Battlefront

Malam countdown merdeka saya berada di KLCC dengan kawan-kawan.Melihat bunga api yang sungguh indah. Malam itu bertolak dari UIA selepas Isyak dengan LRT Putra dari Terminal ke KLCC. Itu kali pertama saya ke KLCC sejak belajar di KL. Dari UIA, kami ada dalam lima enam orang. Tiba di KLCC sudah sesak dengan kawan-kawan kita. Mudah dikenali mereka yang punk dengan rambut terpacak mereka dan seribu satu feseyen lagi. Katak bawah tempurung rupanya saya sebab banyak feseyen yang saya belum pernah lihat sebelum ini. Tujuan pertama malam itu ialah untuk tiba di Masjid asy-Syakirin KLCC. Berkumpul di sana sambil menunggu kemunculan rakan-rakan lain. Di masjid sudah ada lebih kurang 1000 orang pelajar yang dengan sukarela membantu PERKID untuk operasi malam merdeka itu. Ketika kami tiba, PERKID sedang mengadakan taklimat. Sambil di masjid ada program bersama Mufti Perak, Ustaz Akhil Hayy dan kumpulan nasyid lain.

Berjumpa dengan rakan-rakan dari matrik PJ. Mereka sudah menyiapkan
beberapa risalah yang amat menarik ada yang untuk bukan Islam, ada yang
pasal ketenangan diri, ada yang tentang dating. Kami dari UIA Gombak
pula membawa risalah tentang mati dan juga risalah untuk bukan Islam.

Makin lama makin ramai rakan-rakan yang tiba.

Dhany memberikan taklimat apa yang patut kami lakukan malam itu.
Bagaimana nak dekat dengan sahabat-sahabat kita di KLCC semua diberitahu,
apa yang boleh dibuatdan apa yang tidak boleh.

Sebelum bunga api dilancarkan, saya danbeberapa rakan saya dalam 4-5 orang bergerak ke dalam kumpulan orang ramai. Kami menunggu bunga api bersama-sama mereka. Lawa jugak bunga api, mana taknye ini kali pertama saya pergi sambutan merdeka.

Selepas pertunjukan bunga api selesai, kami bergerak perlahan-lahan
sambil mengedar risalah. Betul kata orang, kita kena selalu fikir
positif. Kita selalu fikir kawan-kawan kita di KLCC ini akan mencemuh
kita dan lain-lain pandangan yang buruk. Tapi Alhamdulillah, kami
dijumpakan dengan kawan-kawan kita yang tidak seperti itu. Mereka ada
yang memakai tudung, ada yang tidak, ada yang pakai baju ketat, ada
yang sedang memadu asmara dengan pasangan mereka di tepi tasik KLCC.
Mula-mula takut mahu dekat dengan mereka, tapi akhirnya tiada rasa
takut lagi. Sekurang-kurangnya pandangan atau sangka buruk kita pada
mereka berkurangan. Mereka tidak sejahat yang dikata. Di dalam hati
mereka masih ada rasa hormat, masih ada Iman, masih ada agama, masih
ada Tuhan, cuma mungkin mereka tersilap jalan. Sempat berbual-bual
dengan mereka sambil-sambil edar risalah.

Ada yang dengan ramah bertanya kami dari mana.

Mungkin mereka sangka kami dari kumpulan-kumpulan tertentu. Saya hanya jawab dari UIA. Ada juga yang baik-baik walau nampak ganas, siap bersalam dengan kita lagi.
Tidak ada muka kebencian.

Ada juga yang mungkin bergurau dengan kita.

Seorang sahabat perempuan kita yang tidak bertudung di sana bergurau
dengan berkata kepada saya: "Abang, bagi saya risalah tu lagi, nak buat
roket." Saya gelak je sambil hulur lagi risalah pada dia. Mungkin dia
hanya gurau sahaja, mana tahu risalah tu akan dia beri pula pada kawan
dia. Waktu dia cakap macam tu, rakan dia di sebelah yang bertudung
tetapi pakaiannya bleh tahan ketat menegurnya kerana kata-katanya
kepada saya itu. Tapi bagi saya itu kira ok sahaja. Cukup tunjuk walau
mereka tidak pakai macam kita, tidak tutup aurat, mereka masih ada
perasaan bila lihat orang buat kerja dakwah diperli (walaupun bagi saya
kawan dia yang tidak bertudung itu hanya bergurau).

Kami bergerak lagi, sedikit sahaja bukan Islam di sana.

Bertembung ramai-ramai sahabat-sahabat kita yang sedang duduk di
tempat-tempat gelap,
kami pergi pada mereka hulur pada mereka risalah sambil memberi salam.
Tidak lupa ucap terima kasih pada mereka kerana sudi terima risalah kami.

Bertembung pula kumpulan yang bercampur baur lelaki dan perempuan,
Pergi pada mereka, ini kumpulan paling ramah kami pernah jumpa.

Siap borak-borak tanya belajar kat mana, siap semua budak-budak lelaki
dalam kumpulan tu salam lagi dengan kami.
Mereka tidaklah sejahat mana.
Berjalan terus berjalan.
Risalah untuk remaja sudah habis, yang tinggal untuk bukan Islam.
Sungguh sedikit bukan Islam malam itu.

Bertembung dengan sorang amoi tengah jual belon. Fikir dua kali macam mana nak bagi risalah kat dia. Macam tak sedap pulak ganggu dia jual belon. Akhirnya seluk saku, ada duit sikit. Pergi kat dia dan beli sebiji belon, sambil bayar duit belon, hulurkan juga risalah.

Akhirnya, saya berjalan dengan belon yang terapung di udara yang terikat di beg saya.Belon tu akhirnya bagi dekat sorang budak kecik yang tolong mak dia berniaga kat tepi jalan.

Pukul 2 pagi, kembali ke Masjid asy-Syakirin dan bertolak pulang. Kenangan manis di KLCC dengan rakan-rakan baru di malam merdeka tidak boleh dilupakan.


Wslm WBT

War Torn Soldier,
Masri


Monday, August 21, 2006

Berpuasa Sempena Isra' dan Mi'raj

Soalan:
Apakah terdapat pahala khusus berpuasa pada 27 Rejab? Apakah hukum puasa pada hari tersebut? Adakah benar malam 27 Rejab adalah malam yang diisra'kan Rasul sallallahu 'alaihi wasallam?

Jawapan:
Oleh: Dr. al-Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradhawi (الدكتور الشيخ يوسف عبد الله القرضاوي)

Di antara puasa yang diharamkan: Apa yang manusia adakannya berdasarkan hawa-nafsu mereka, dan ianya tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak juga diamalkan oleh al-Rasyidun al-Mahdiyun dari khulafa' Nabi saw, dan perkara yang tidak disuruh walau oleh seorang para imam yang membawa hidayah. Termasuk dalam perkara ini ialah (mengkhususkan) puasa pada 27 Rejab, dengan beranggapan hari tersebut adalah hari Isra' dan Mi'raj (الإسراء والمعراج) Nabi salllallahu 'alaihi wasallam.

Diantara manusia ada yang berpuasa pada hari 27 Rejab kerana beranggapan hari itu adalah antara hari-hari (kebesaran) Islam, yang Allah subhanahu wa ta'ala melimpahkan nikmat-Nya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dengan nikmat yang besar, maka (mereka beranggapan) wajib bersyukur dan mengingatinya. dan nikmat Allah ke atas nabi-Nya yang mulia adalah nikmat keunggulan umatnya, maka bersyukur ke atasnya (nikmat tersebut) adalah wajib di sisi mereka. Untuk menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan berpuasa pada hari tersebut yang mengandungi peristiwa-peristiwa besar.

Semua ini tidak boleh menjadi dalil atas pensyariatan puasa (pada hari tersebut). Allah subhanahu wa ta'ala telah mengarahkan kaum muslimin mengingati nikmat-Nya yang banyak ke atas mereka. Umpamanya firman Allah subhanahu wa ta'ala kepada kaum muslimin yang memperolehi kemenangan dalam peperangan al-Ahzab :
اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحًا وجنودًا لم تروها
Maksudnya : Ingatilah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketikamana datang kepada kamu sekumpulan tentera, lalu kami (Allah) hantarkan kepada mereka angin dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya."

Para sahabat tidak mengingati nikmat ini dengan berpuasa pada hari ini. Ibn Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma'ad tentang malam al-Isra' sebagai menukilkan dari gurunya Ibn Taimiyyah : (maksudnya) "Tidak diketahui ada seorang dari kaum Muslimin (sahabat Nabi saw) yang menjadikan malam al-Isra' sebagai malam yang utama dari malam yang lainnya. Tidak ada dari kalangan sahabat ataupun tabi'ien yang mengkhususkan malam al-Isra' dengan sesuatu, dan mereka tidak memperingatinya (dengan sesuatu amalan atau upacara), kerana itu tidak diketahui (secara pasti) apakah malam (yang sebenarnya berlaku al-Isra' dan al-Mi'raj), walaupun malam al-Isra' itu adalah antara kelebihan yang besar bagi Nabi saw."
Katanya lagi : (maksudnya) :Tidak dapat ditegakkan dalil yang dimaklumi bulannya (bulan berlaku al-Isra'), tidak juga (dapat dipastikan) sepuluh hari yang mana berlakunya, tidak juga (dapat dipastikan) harinya, bahkan nukilan-nukilan tentangnya terputus-putus dan berbagai-bagai. Tidak ada yang dapat dipastikan tentang (waktunya). Maka tidak disyariatkan bagi orang muslimin mengkhususkan malam tersebut (27 Rejab) dengan melakukan sesuatu (amalan khusus) atau selainnya." Zaad al-Maad : 1,57/58)

Dalam keadaan malam 27 Rejab, walaupun telah tersebar luas di kalangan manusia kononnya ia adalah malam al-Isra' dan al-Mi'raj, (namun) tidak ada yang sahih dalilnya yang menentukan malam al-Isra' pada tarikh tersebut.

Friday, August 18, 2006

Khas buat Para Penyokong Ronaldinho...

"Ronaldinho mengharapkan kejayaan Israel menentang Lubnan"
Sila klik gambar untuk besarkan. Terima kasih.
Sila klik untuk besarkan...

Thursday, August 17, 2006

Tentera Syi'ah di Iraq Mencerca Sahabah dan Ummul Mukminin

Laman Mufakkirah al-Islam : Berpuluh-puluh kenderaan tentera ‘Iraq (Syiah) di sebuah Bandar besar mencela para sahabat Rasulullah saw dan Ummu Mukminin ‘A-isyah ra dengan memainkan lagu-lagu dan muzik-muzik ketika dilaungkan azan maghrib di masjid Sunnah di satu daerah yang terletak di barat Ibu Negara Baghdad. Wartawan ‘Mufakkirah al-Islam’ yang berada di tempat tersebut menceritakan kenderaan-kenderaan tentera Iraq menggunakan pembesar suara memainkan lagu-lagu lucah melalui masjid-masjid Sunnah di daerah tersebut.
Sumber tersebut menjelaskan tentera-tentera (Iraq yang Syiah) sentiasa mencela para sahabat Nabi saw dan Ummu al-Mukminin ‘A-isyah r.’anha dengan cara nyanyian. Kebiasaan mereka mendengarnya di jalan-jalan dan keadaan tersebut berterusan sehinggalah berita ini disebut. Wartawan ‘Mufakkirah al-Islam’ di Baghdad berkata : Kalaulah yang dicerca itu isteri atau ibu orang yang cuma mengkhanati ummah dengan pemikiran al-Taqrib (mendekatkan antara sunnah) dengan mereka ini (Syiah), terutamanya ketika sekarang ini dengan situasi di Lubnan apakah akan mengubah pendirian mereka. Atau apakah kedudukan dan kemuliaan mereka lebih suci dari kedudukan dan kemuliaan Ummu al-Mukminin wa al-Muslimin yang suci lagi disucikan ‘A-isyah r.’anha.

http://www.islammemo.cc/news/one_news.asp?IDNews=121803

Hukum Menyambut Perayaan Malam Isra' dan Mi'raj

Oleh: Sahibus Samahah al-Syeikh Abdul Aziz ibn Baz -rahimahullah-

Segala Puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, dan ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Tidak syak lagi bahawa sesungguhnya Isra' dan Mi'raj merupakan sebahagian dari tanda-tanda hebat dari Allah yang membuktikan kebenaran utusan-Nya, Muhammad s.a.w. Kejadian tersebut turut menunjukkan mulianya kedudukan baginda di sisi Allah. Ia juga merupakan sebahagian dari petanda hebatnya keupayaan Allah dan Maha Tinggi Allah mengatasi sekalian makhluk ciptaan-Nya. Firman Allah:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لِيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah al-Isra', 1].

Telah diriwayatkan secara mutawatir dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda telah naik ke langit, dan dibuka kepada baginda pintu-pintu langit sehingga ke langit yang ketujuh, dan baginda telah berbicara dengan Allah sebagaimana yang dikehendaki, dan telah difardhukan ke atas baginda solat lima waktu.

Pada mulanya Allah telah memfardhukan 50 solat, maka Nabi kita Muhammad s.a.w. berterusan merujuk kembali kepada-Nya dan memohon keringanan sehinggalah Dia menjadikan lima sahaja, maka ia menjadi lima solat fardhu dengan 50 ganjaran. Ini disebabkan satu kebaikan diberi ganjaran 10 kali ganda, maka segala pujian dan syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya.

Adapun malam yang berlakunya Isra' dan Mi'raj tidak ada hadith-hadith sahih yang menyebut penentuan tarikhnya. Oleh itu, apa-apa sahaja riwayat yang menyebut akan penentuan malam Isra' dan Mi'raj tidak dapat dibuktikan yang ia datang dari Nabi s.a.w. pada sisi 'ulama hadith. Pada Allah terdapat hikmah yang mendalam apabila Dia menyebabkan manusia lupa akan tarikh penentuan malam tersebut. Jikalau tarikh berlakunya Isra' dan Mi'raj dapat ditentukan sekalipun, umat Islam tidak boleh mengkhususkan malam tersebut dengan apa-apa bentuk ibadah dan tidak boleh merayakannya, kerana Nabi s.a.w. dan para Sahabah r.anhum tidak merayakannya dan tidak pula mengkhususkan sesuatu amalan untuk malam tersebut. Jikalau perayaan malam tersebut merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh syarak, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w. akan menerangkannya kepada umatnya, sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Jikalau terdapat apa-apa perkataan dan perbuatan baginda mengenai sambutan malam tersebut sudah tentu ia akan diketahui ramai dan tersohor, dan para Sahabah r. anhum akan meriwayatkannya kepada kita, kerana mereka telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. segala perkara yang diperlukan umat, dan mereka tidak pernah melampau dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama. Bahkan mereka mendahului kita dalam mendapatkan semua kebaikan. Jikalau perayaan malam tersebut merupakan sesuatu yang disyariatkan nescaya mereka akan menjadi manusia yang mendahului dalam menyambutnya. Nabi s.a.w. pula merupakan manusia yang paling banyak memberi nasihat kepada manusia lain, dan baginda telah menyampaikan risalah dengan bersungguh-sungguh dan telah melaksanakan amanah baginda. Sekiranya perbuatan membesarkan malam tersebut dan merayakannya sebahagian dari agama Islam sudah tentu baginda s.a.w. tidak akan lalai mengenainya atau menyembunyikannya dari pengetahuan manusia. Apabila tidak ada satu pun riwayat mengenainya maka dapatlah diketahui bahawa merayakan malam tersebut dan membesarkannya bukan sebahagian dari Islam langsung. Sesungguhnya Allah telah melengkapkan agama buat umat ini dan menyempurnakan nikmat untuk mereka, dan Dia telah mengingkari sesiapa yang mensyariatkan sesuatu yang tidak diizinkan Allah dalam agama.

Firman Allah dalam kitab-Nya yang nyata dalam Surah al-Maa'idah:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلإِسْلاَمَ دِيْناً
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu." [Surah al-Maa'idah, 3].

Firman Allah dalam Surah al-Syura:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّيْنِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللهُ وَلَوْ لاَ كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِيْنَ لَهُمْ عَذَابُ أَلِيْمٌ
"Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menetukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih." [Surah al-Syura, 21].

Terdapat hadith-hadith sahih yang boleh dibuktikan berasal dari Nabi s.a.w. yang mengandungi peringatan menjauhi perkara yang diada-adakan dalam agama dan penjelasan yang terang bahawa setiap perkara baru yang diada-adakan dalam agama adalah sesat. Hadith-hadith tersebut turut memberi peringatan buat umat betapa besarnya bahaya perkara yang diada-adakan dalam agama dan menyuruh mereka menjauhkan diri dari melakukannya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan dalam dua kitab hadith sahih, iaitu Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim, dari 'A'isyah r.anha bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini sesuatu yang bukan darinya maka ia tertolak."

Manakala dalam riwayat Muslim:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang bukan dari urusan kami maka ia tertolak."

Dalam Sahih Muslim, daripada Jabir r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. bersabda dalam khutbah baginda pada hari Jumaat:

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هديُ محمد صلى الله عليه وسلم وشرُّ الأمور محدثاتُها وكلُّ بدعة ضلالة
"Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad s.a.w., dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang diada-adakan dalam agama, dan setiap perkara baru itu sesat."

Dalam kitab-kitab Sunan pula, daripada al-'Irbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada kami dengan suatu nasihat yang sebenar-benar, ia telah menggetarkan hati dan mengalirkan air mata, kami berkata: "Wahai Rasulullah, seakan-akan nasihat ini nasihat perpisahan maka berilah pesanan kepada kami!" Baginda bersabda:

أوصيكُم بتقوى الله والسَّمع والطاعة، وإن تأمَّر عليكم عبدٌ فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً كثيراً فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسَّكوا بها وعضُّوا عليها بالنَّواجذ وإيَّاكم ومحدثات الأمور فإنَّ كلَّ محدثة بدعة وكلَّ بدعة ضلالة
"Aku berpesan kepada kamu sekalian agar bertaqwa kepada Allah, patuh dan taat sekalipun yang memerintah kamu sekalian seorang hamba abdi, kerana sesungguhnya sesiapa di kalangan kamu yang hidup selepas (kewafatan) aku maka dia akan melihat banyak perkara yang diperselisihkan, maka hendaklah kamu sekalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas aku, hendaklah kamu sekalian berpegang dengannya dan menggigitnya dengan gigi geraham (jangan sekali-kali melepaskannya), dan berwaspadalah kamu sekalian dengan perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap yang diada-adakan dalam agama adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat."

Banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang sama.

Telah terbukti daripada para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan dari generasi Salafussoleh yang datang selepas mereka peringatan menjauhi perkara yang diada-adakan dalam agama dan larangan dari melakukannya. Ini tidak lain tidak bukan kerana ia merupakan tokok tambah dalam agama dan syari'at yang tidak diizinkan Allah. Perbuatan ini menyerupai perbuatan musuh-musuh Allah dari kalangan Yahudi dan Nasrani yang menokok tambah agama mereka dan mengada-adakan sesuatu yang baru padanya tanpa keizinan dari Allah. Perbuatan ini secara langsung menunjukkan masih terdapat kekurangan dalam agama Islam dan suatu pertuduhan setelah ia sempurna. Jelas bahawa perbuatan mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama menyebabkan berlakunya kerosakan besar, keingkaran yang buruk dan berlawanan dengan firman Allah: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu…" [Surah al-Maa'idah, 3]. Perbuatan tersebut juga jelas bertentangan dengan hadith-hadith Rasulullah - selawat dan salam ke atasnya - yang memberi peringatan agar menghindari bid'ah dan menjauhinya.

Aku berharap agar apa dalil-dalil yang telah kami kemukakan cukup dan memuaskan hati semua penuntut kebenaran agar mereka mengingkari perkara ini yang diada-adakan dalam agama - iaitu bid'ah merayakan malam Isra' dan Mi'raj - dan menghindarinya dan ia bukan sebahagian dari agama Islam.

Memandangkan Allah mewajibkan memberi nasihat kepada umat Islam dan menerangkan apa yang disyari'atkan Allah dalam agama serta haramnya menyembunyikan ilmu - aku berpendapat untuk memperingatkan saudara-saudaraku umat Islam agar berwaspada dengan bid'ah ini yang tersebar di kebanyakan tempat sehinggakan sebahagian orang menyangka ia sesuatu yang dituntut dalam agama. Kepada Allah tempat memohon agar diperbaiki hal ehwal umat Islam keseluruhannya, dan mengurniakan mereka dengan kefahaman dalam agama, dan menunjukkan kepada kita dan mereka agar berpegang dengan kebenaran dan tetap di atasnya dan meninggalkan semua perkara yang bertentangan dengannya, kerana sesungguhnya Dia lah yang menguasai segalanya dan mampu melakukannya.

Semoga Allah memberi selawat dan salam dan keberkatan ke atas hamba dan utusan-Nya, Nabi kita Muhammad dan juga ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Wednesday, August 16, 2006

KITA SOKONG HIZBULLAH BUKAN SYIAH

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sebelum episod Peperangan Teluk Pertama bermula, saya berada di Jordan. Suasana ketika itu cukup panas. Saddam yang sebelum itu dikenali sebagai seorang yang teramat zalim dalam sekelip mata ditabalkan menjadi wira umat yang akan bertempur dengan syaitan besar iaitu Amerika. Apatah lagi pabila Saddam meletakkan perkataaan ‘Allahu Akhbar’ pada bendera Iraq. Khutbah-khutbah Jumaat begitu menggegarkan di seluruh Timur Tengah dan dunia Islam. Nama Saddam yang merupakan samseng semalam telah dianugerahkan ‘Salahuddin Al-Ayubi Baru’. Bahkan, dia dikatakan insan yang RasululLah s.a.w janjikan dalam hadith-hadith baginda. Sehingga ada yang cuba mengkaitkan keturunannya dengan keturunan RasululLah s.a.w.

Pemimpin-pemimpin gerakan Islam juga menuju ke Iraq. Saddam dipuji dan disanjung. Tiada siapa lagi yang mempertikaikan akidah ba’ath yang dianut oleh Saddam. Tiada siapa lagi yang mempertikaikan sosialisme Saddam. Tiada siapa lagi yang bertanya tentang darah-darah para ulama yang dibunuh zalim oleh Saddam. Bahkan semua kejahatannya dibela oleh berbagai pihak dengan berbagai ungkapan yang menghiasi kalam. Ketika itu juga sikap dan pendirian al-Ikhwan al-Muslimin berpecah di peringkat antarabangsa. Negara yang terlebih semangat seperti di Jordan, para pemimpin Ikhwan mengangkat nama Saddam. Namun pemimpin mereka di Iraq yang telah lama merasai kejahatan dan kezaliman yang tidak terperi dari Saddam enggan mempercayai penuh watak baru Saddam. Apa pun yang berlaku, pusingan Perang Teluk Pertama tamat, Saddam tidak tumbang. Saddam juga tidak banyak berubah. Tapi, Perang Teluk Kedua sekali lagi mengangkat namanya. Seperti juga cerita semalam ketika perang Teluk Pertama. Ramai ulama berfatwa. “Dosa dan akidah Saddam jangan ditanya, menentang musuh itulah yang lebih utama”. Kita semua setuju. Berkalungan doa untuk Iraq dan Saddam setiap waktu. Sehinggalah dia dijatuhkan dalam edisi perang tersebut oleh Amerika yang merupakan syaitan lagi dajjal itu.

Hari ini ramai yang sudah melupai Saddam. Namanya sudah tidak kedengaran lagi. Dia disanjung ketika bersenjata dan perwira, dan dilupai ketika dipenjara dan dihina. Begitulah kita dan pendirian kita. Namun satu hakikat yang tidak boleh siapa pun nafikan; Amerikalah yang memberikan kekuatan dan kuasa kepada Saddam dan Amerikalah juga yang menjatuhkannya.

Episod baru di Timur Tengah bermula. Dajjal Amerika mempunyai perancangannya yang sentiasa jahat. Bermula dengan pembunuhan Hariri, presiden Lebanon, dihambat keluar kuasa Syria dari Lebanon sehinggalah dicetuskan peperangan yang akan ditamatkan nanti. Isu nuklear Iran dibangkitkan sebelum itu. Isu itu juga dipadamkan dengan isu baru. Seperti mana perang Lebanon memadamkan tumpuan kepada jihad di Pelestin dan kejahatan Yahudi yang menculik dan menangkap pimpinan kerajaan Hamas. Nama pimpinan Hamas yang tulus berjuang dilupakan. Kini, Nama Hasan Nasr ALLAH pula kedengaran sebagai wira baru. Dia ditabalkan dengan lebih bersih. Nilai-nilai pengganas atau terorism kurang dilekatkan kepadanya. Tidak seperti Usamah bin Laden yang ditakuti itu, atau Mullah ‘Umar yang berperang mempertahankan Afghanistan. Kedua-duanya dianggap pengganas yang merbahaya tanpa tolok bandingnya. Watak Hasan Nasr ALLAH lebih indah dan media lebih memberikan nilai-nilai tambah untuknya. Siapa di sebalik drama baru ini kita tidak pasti. Sekalipun kita amat menyokong setiap penentangan terhadap regim zionist Israel, atas apa logo sekalipun. Zionist adalah paksi kejahatan. Sesiapa menentangnya maka layak digelar wira. Namun kita perlu berhati-hati..agar pisang tidak berbuah dua kali..

Seperti Perang Teluk, Perang Lebanon juga mencetuskan beberapa sikap dan tindak balas. Ada yang enggan menyokong sama sekali kerana Hizbullah itu syiah. Saya katakan ini sikap yang kurang wajar dalam suasana kita kekurangan wira untuk menentang zionist. Kebencian tidak boleh menyebabkan kita melakukan kezaliman. Syiah bagi kita menyeleweng, namun kita tidak kafirnya sekalipun kebanyakan fatwa mereka mengkafirkan kita. Melainkan sesiapa di kalangan mereka yang terbukti kufur disebabkan tindakan atau kepercayaan tertentu. Sama juga orang sunni jika menyeleweng dari batasan iman. Fekah Islam tidak melarang berperang di belakang pemimpin yang fasik dan zalim selagi yang diperangi itu golongan kuffar yang menentang Islam. Bahkan keadaan sekarang menuntut kesatuan suara dalam menghadapi Yahudi. Hizbullah sedangkan melakukan hal itu. Seperti Hamas yang sekian lama sudah melakukannya. Cuma mereka kurang dipuji kerana kurang senjata. Puncanya pengkhianatan pimpinan Arab yang ada. Adapun Hizbullah, senjata mereka cukup. Walaupun baru bertempur, namanya cukup-cukup disebut.

Ada pula yang terlajak sehingga menganggap segala ajaran Syiah boleh diterima pakai. Ini lebih melampau. Di Malaysia, aktivis Syiah bukan sahaja mengangkat gambar Hasan Nasr ALLAH, gambar pimpinan Syiah yang lain turut diangkat. Bukan itu sahaja, kafir mengkafir sahabat atau penghinaan termasuk terhadap Abu Bakr dan ‘Umar sudah kian berani. Email-email groups kian aktif mengedarkan fikrah ini. Jika sebahagian kepercayaan ini diterima mudah, runtuhlah bentang-bentang Islam yang telah dibina. Mereka ini memang betul-betul mengambil kesempatan. Jika benteng kota Lebanon roboh, apakah kita ingin robohkan juga kota akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang ada?!!

Saya seorang yang terbuka dengan kebebasan fikir. Namun kebebasan ini hendaklah tidak membawa kepada keruntuhan prinsip. Ada yang kata kepada saya: “Dr, kita orang sunni tidak melawan dengan Amerika dan kuffar, ahli sunnah sudah tidak relevan lagi..Syiah saje yang berani sekarang”. Saya katakan; kita sanjung penentangan mereka. Apatah lagi rekod Hizbullah juga mendorong ke arah itu. Namun kenyataan yang menyebut orang sunni tidak menentang Amerika dan kuffar sudah melampau. Siapa yang menghalau Rusia keluar dari Afghanistan? Siapa yang membantu mujahidin ketika itu? Siapa yang berperang di Kasymir? Siapa yang berperang Chechnya? Siapa yang berperang di Iraq sehingga hari ini?. lebih penting, siapa yang sedang berjihad di Palestin yang sedang lupai sekarang akibat isu Lebanon. Begitulah adanya kita, apabila dibuat serangan baru, kita lupa serangan lalu..kita lupa Afghanistan, kita lupa Iraq, kita lupa Chechnya, kita lupa Palestin..kita lupa..kita lupa..

Cumanya pusingan dalam masa sehari dua ini, nama Hizbullah diperkatakan. Walaupun ketika artikel ditulis pemimpin Hizbullah baru sahaja menyebut kesediaan untuk genjatan senjata. Kita tidak tahu apa pula episodnya selepas ini. Namun, kita melihat Hizbullah sebagai Hizbullah. Kita enggan menyalahkannya dalam perkara yang mereka tidak lakukan. Walaupun hati kita amat terluka dengan pembunuhan kaum sunni oleh Syiah Iraq yang saban waktu dan belum lagi tamat hingga hari. Sekalipun para ulama termasuk al-Qaradawi meminta agar fatwa dikeluarkan oleh ulama Syiah mengharamkan perbuatan itu, namun mereka hanya mendiamkan diri. Tetapi dosa Iraq tidak patut untuk ditanggung oleh Lebanon. Maka seruan membantu perjuangan Hizbullah kita laungkan. Namun kita selalu meminta semua pihak berhati-hati. Banyak sendiwara dunia yang kita belum cukup faham mengenainya. Dan kita pula tidak boleh menghukum apa yang kita tidak tahu.

Kita belum mendengar Hasan Nasr Allah mengutuk dan menghina sahabat seperti yang dilakukan oleh Khomeni dan tokoh-tokoh Syiah yang lain. Kita tidak boleh menuduh sehingga terbukti. Namun kita berhati-hati. Kaum sunni di Lebanon bekerjasama dengan Hizbullah. Namun mereka berhati-hati. Kita juga perlu berhati-hati di samping terus menyokong mereka..Allah mencerita pendirian orang mukminin dalam Perang Rom-Parsi dalam surah al-Rum (maksudnya):1. Alif, Laam, Miim.(2). Orang-orang Rom telah dikalahkan –(3). Di bumi yang paling rendah (permukaannya); dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya –(4). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -

Ya! Orang mukmin gembira dengan kemenangan Rom. Rom lebih dekat pegangannya dengan golongan beriman jika dibandingkan dengan Parsi. Namun orang mukmin tidak berkempen menganut agama Rom. Bahkan akhir tentera Islam menguasai Rom. Saya secara peribadi tidak pernah terikat dengan fatwa mana-mana negara atau ulama. Tidak Arab Saudi, tidak juga Iran. Entah berapa banyak pendapat ulama-ulama dari Arab Saudi yang kita bangkang. Saya baru saje turut membentangkan kertas kerja di UIA, dalam satu seminar antarabangsa yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh ulama Syiah termasuk Ayatullah Taskhiri dari Iran. Saya mendengar pendapat yang baik dan menapis apa yang menyanggahi pegangan generasi awal Islam yang terdiri dari para sahabah dan tabi’in dan atba’ al-Tabi’in. Agama bukan sekadar berpolitik di dunia, tetapi keselamatan diri di akhirat. Penilaian kita hendaklah bersifat penilaian akhirat sebelum penilian dunia.

Malangnya ada yang mengambil kesempatan menuduh al-Syeikh Ibn Jibrin membuat fatwa yang tidak sesuai dengan waktu tentang Hizbullah. Pro-tehran di Malaysia memukul gong Syiah mengambil kesempatan isu tersebut. Fatwa itu sebenarnya fatwa empat tahun lepas. Al-Syeikh Ibn Jibrin berkata : Sesungguhnya fatwa tersebut tidak berkaitan dengan Hizbullah sama sekali. Akan tetapi ia berkaitan Rafidhah yang menganggap Ahl al-Sunnah sebagai kafir. Mereka (Rafidhah) juga mengkafirkan para sahabat Nabi saw –ridwanullah 'alaihim- dan mereka mencela al-Quran dengan mendakwa bahawa al-Quran telah berlaku perubahan dan ada kekurangan. (mereka menganggap) ada yang dibuang daripada al-Quran yang bersangkutan tentang Ali Bait (ahli keluarga Nabi saw).." Jika dilihat secara keseluruhan, ulasan terbaru beliau senada dengan apa yang saya tulis untuk menyokong Hizbullah dalam peperangan tersebut. Lihat penjelasan ini dalam Islamonline. Namun benar jika ada pendapat beliau tidak serasi dengan nas dan tuntutan politik semasa, kita berhak membangkang dan tidak bersetuju dengannya.

Ahli Sunnah di Iran telah menyokong perjuangan Khomeini menegakkan revolusinya. Kerana ia penilaian wajar ketika itu. Sekalipun selepas itu mereka ditindas dan dibunuh. Namun mereka tidak meratap atas sokongan lepas. Ini kerana pendirian itu dibuat sesuai dengan suasana dan tuntutan masa. Hal yang sama berlaku kepada gerakan Islam di Mesir. Jamal ‘Abd Nasir pernah berperang menentang Israel dan menang. Dia dibantu oleh pejuang-pejuang gerakan Islam. Lebih hebat ada yang menulis sejarahnya dengan menyebut ‘he was strongest enemy to zionism’. Namun beliau jugalah yang selepas itu membunuh para pejuang gerakan Islam termasuk Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Namun sokongan yang benar tidak pernah dikesali.

Kita wajar sentiasa berhati-hati dalam sikap dan melihat masa depan. Kita doakan kemenangan Hizbullah jika mereka benar-benar berjuang menentang Yahudi. Kita sokong senjatanya. Namun kita tidak sokong akidah Syiah. Harus dibezakan dua hal tersebut. Dalam musim ramai orang dikatakan ingin murtad, adakah wajar kita juga menuduh para sahabah kesemuanya telah murtad melainkan beberapa orang sahaja?!! Katakan tidak untuk Syiah!!

Apa yang menjadi masalah ialah perang di Lebanon diambil kesempatan oleh pencerca para sahabah di Malaysia…Yang menullis email mengedarkan akidah Syiah. Demikian yang berceramah. Begitu juga seorang penulis sastera mereka. Semakin berani menonjolkan akidah syiahnya.

Beritahu mereka kita ada sempadan yang jelas..kita pernah sokong Saddam bukan ba’athnya, kita pernah sokong Jamal ‘Abd Nasir, bukan sosialisnya, kita sokong Bin Laden bukan keganasannya... Maka kita sokong Hizbullah bukan Syiahnya!!!