Friday, December 02, 2005

Wahhabi sesuatu yang tiada hakikat..

Wahhabi sesuatu yang tiada hakikat…

Wahhabi ialah sesuatu yang tiada hakikatnya. Isu ini telah lama didengari dan diperkatakan dari zaman ke zaman, namun ianya tetap akan berterusan selagi mana masyarakat tidak cuba memahaminya secara ilmiah. Sesungguhnya Islam dibina di atas manhaj ilmu iaitu al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Oleh kerana itu para ulama’ salaf sering menyatakan ilmu itu ialah apa yang difirmankan Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Ingin diingatkan di sini bahawa janganlah kita bercakap tentang sesuatu perkara yang kita tidak ada ilmu tentangnya.

Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 36:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”.
Sekiranya kita bercakap di atas suatu perkara yang kita tidak mengetahuinya dikhuatiri akan terjebak ke dalam kancah fitnah pula. Tetapi fenomena ini berlaku di tengah-tengah masyarakat di mana mereka melabelkan sebahagaian mereka dengan wahabi atau kaum muda. Apabila ditanya kembali apakah itu wahabi, mereka membisu. Ada yang menjawab wahabi itu tidak membaca qunut subuh, wahabi tidak membaca zikir lepas sembahyang beramai-ramai, wahabi tidak membuat kenduri arwah dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bercakap tidak atas dasar ilmu. Diulangi sekali lagi bahawa kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak atas apa yang kita perkatakan.

Secara ringkas wahhabi adalah nama yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab, beliau dilahirkan pada tahun 1115 hijrah di Najd dan meninggal pada tahun 1206 hijrah. Perjuangan beliau ialah mengembalikan kesucian tauhid jauh dari syirik, khurafat. Beliau berjuang menegakkan sunnah dan menentang bid’ah dalam agama. Pergerakan Muhammad bin Abdul Wahab bukan satu mazhab yang baru. Bahkan beliau sendiri bermazhab Hambali. Manhaj yang digunakan dalam berdakwah ialah manhaj Salafus Soleh iaitu manhaj yang dibawa oleh tiga kurun yang pertama dan terbaik sepertimana yang disabdakan nabi s.a.w. “Sebaik-baik manusia ialah kurunku (zaman nabi dan sahabat), kemudian kurun selepasnya (tabiin), kemudian selepasnya (tabi’ tabiin).

Tetapi perjuangan dakwah tidak dihamparkan dengan permaidani merah, sebaliknya perjuangan dakwah akan dirintangi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Musuh-musuh yang tidak berpuas hati dengannya lalu melabelkannya sebagai Wahhabi. Sepatutnya ianya lebih tepat dengan label Muhammadiyah kerana namanya Muhammad namun untuk mengelakkan masalah yang timbul sekiranya dilabelkan Muhammadiyah lalu dinisbahkan kepada ayahnya Abdul Wahab maka jadilah Wahhabi. Itulah hakikat sebenarnya nama Wahhabi yang tidak diketahui masyarakat kita. Penulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab hanya sekitar permasalahan Tauhid seperti yang masyhur Kitab al-Tauhid.

Di Malaysia nama Dr.Yusuf al-Qaradhawi sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Begitu juga dikalangan ustaz-ustaz yang memusuhi golongan yang dilabel sebagai wahabi ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad bin Abdul Wahab katanya: “Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menaggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263, ctk. Maktabah Wahbah Mesir).

Satu lagi nama yang tidak asing bagi masyarakat kita ialah Dr. Wahbah al-Zuhaili yang memuji Muhammad bin Abdul Wahhab dengan berkata: “Sesuatu yang tidak syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jagan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud:85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun yang ke 12 hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih.” ( Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, hlm 57-58). Adakah Dr.Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Wahbah al-Zuhaili yang menjadi rujukan oleh mereka ini dilabelkan sebagai Wahhabi?

Siapa tidak mengenali syeikh Muhammad Rashid Redha. Beliau antara orang yang mempertahankan dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnah Muhammad bin Abdul Wahab. Antaranya ialah tulisannya dalam muqaddimah kitab ‘Siyanatul Insan ‘An Waswasatil Dahlan’ sebuah kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Muhammad bin Abdul Wahab yang dinamakan ‘Duraru al-thaniyah fi raddi ‘Ala al-Wahhabiah’ yang banyak tersebar di pondok-pondok di Malaysia. Antara isinya beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan pembohongan dan fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Beliau telah mengkaji mengenai gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah, fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulamak-ulamak Najd. Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab beliau membuat kesimpulan :

1- Tidak ada satu pun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melainkan dusta dan fitnah.
2- Zaini Dahlan dan musuh-musuh Syeikh Muhammad orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah, sama ada tidak mengetahui tentang hakikat dakwah Syeikh Muhammad ataupun sebab-sebab lainnya.
(dipetik dari www.al-ahkam.net)

Begitulah seperti kata pepatah manusia akan memusuhi sesuatu perkara yang dia jahil terhadapnya. Suatu kisah yang masyhur seorang syeikh selalu berdoa keburukan dan laknat ke atas Muhammad Abdul Wahab, suatu hari anak muridnya meletakkan kitab yang ditulis oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah dikoyak kulitnya supaya syeikhnya tidak mengetahui siapakah penulisnya. Setelah membaca kitab tersebut anak muridnya tadi datang kepadanya lalu bertanya “Wahai syeikh bagaimanakan isi kandungan kitab itu” lalu syeikhnya menjawab kitab ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai rujukan dalam aqidah. Selepas itu anak muridnya mengeluarkan semula kulit buku tersebut dan menyatakan inilah kitab Muhammad bin Abdul Wahhab. Syeikh tersebut terkejut dan menangis kerana menyesal. Setelah itu setiap kali beliau berdoa beliau memohon keampunan dan berdoa kebaikan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.

Suatu perkara yang penting bahawa mereka yang dilabelkan sebagai Wahhabi ini hanya berdalilkan kepada al-Quran dan Sunnah serta membawa perkatan-perkataan para imam yang muktabar seperti para imam mazhab yang empat. Tidak sepatah pun kedengaran nama Muhammad bin Abdul Wahhab apatah lagi perkataan-perkataan beliau. Sebagai contoh masalah berzikir secara sendirian dan senyap selepas setiap kali sembahyang, mereka membawakan kitab Imam Syafie sendiri iaitu al-Umm juga perkataan Imam al-Nawawi dalam syarah Muhazzab yang menyatakan zikir hendaklah secara senyap kecuali untuk mengajar bukannya pendapat Muhammad bin Abdul Wahhab. Adakah Imam al-Syafie dan Imam al-Nawawi Wahhabi? Itulah akibatnya sekiranya jahil tentang permasalahan agama.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini penulisan-penulisan Muhammad bin Abdul Wahab hanya tertumpu kepada permasalahan aqidah. Jadi apa yang diajarkan oleh sebahagian mereka yang dilabelkan sebagai Wahhabi tiada kena mengena dengan Muhammad bin Abdul Wahab namun masyarakat terutamanya golongan agama yang tidak menitik beratkan persoalan ilmu terus melabel dan menfitnah mereka dengan Wahhabi.

Akhirnya kita mohon kepada Allah agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat serta dihapuskan kejahilan dalam diri. Permasalahan wahhabi tidak wajar ditimbulkan lagi dan seperti yang dinyatakan ianya sesuatu yang tidak pernah wujud secara hakikatnya sebaliknya ianya ajaran islam bukan Wahhabi. Wallahu a’lam.


Abu Syu'aib
mka_2705@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

Jenayah penganut ajaran sesat Wahabi 1925 terhadap khazanah dan warisan Islam
Tiada ahli sejarah mahupun ahli langit dan bumi dapat terima kenyataan ini; mengaku umat Muhammad tetapi menghancurkan khazanah dan warisan agama yang dibawa Muhammad

Permakaman Baqi sebelum dihancurkan oleh penganut ajaran sesat Wahabi


Sejarah permakaman Jannatul Al-Baqi:

Pada 8 Shawal, Rabu 1345 H (21 April, 1925), permakaman di Jannatul Baqi (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma'la di Mekah iaitu makam bunda Rasulullah, Isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.

Asal-usul Jannatul Baqi
"Al-Baqi" bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai "Jannatul Baqi'" atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para sahabatnya.
Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon ditumbangkan dan shabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut.
Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim meninggal ketika masih bayi juga dimakamkan di al-Baqi sambil baginda mencucuri sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan permakaman tersebut sebagai tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi dengan bersabda "Salam sejahtera ke atasmu wahai wahai penghuni keimanan! Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi"
Tanah permakaman Al-Baqi lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut makam daripada kalangan Ahlul Bait antaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja'far bin Muhammad telah dimakamkan di sana.
Daripada kalangan keluarga baginda pula adalah: ibu saudaranya Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bunda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ke-tiga, Usman juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi', namun pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam Al-Baqi'. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin Anas dan ramai lagi. Demikian itu Al-Baqi' menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.


Jannatul Baqi' dalam pandangan sejarawan.
Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi saat lawatan beliau ke Madinah sebagai: "Al-Baqi' terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadan dengannya pula makam Ibrahim, putera Rasulullah (s.a.w.) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pula adalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang mashur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman hinga mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib.
Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat di

atasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah puteri Rasulullah (s.a.w.) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk untuk bersedih atas kemangkatan ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya. Kemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bunda Ali bin Abi Talib
Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu Jubair. Beliau menambah "Di permakaman Al-Baqi terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali nama makam mereka."
Rumah Fatimah, Madinah

Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19. Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian dibunuh.

RUMAH FATIMAH DI MADINAH


Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi
Puak Wahabi percaya bahawa menziarahi pusara-pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan fahaman mereka akan dibunuh dan harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini Wahabi dikenali sebagai pemerintah negeri teluk telah menghasilkan bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepaskan jika tidak setuju dengan fahaman mereka.
Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mencapai banyak kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat suci dan kubah di sana termasuk tenda di atas telaga Zam Zam.
Dalam tahun 1221 Hijrah, Wahabi memasuki Madinah untuk mencemarkan Al-Baqi, begitu

Tempat kelahiran nabi Muhammad (saw)


juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu dan mereka berputus asa. Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab Saudi meletakkan syarat sesiapa pun yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak memasuki Mekah.
Al-Baqi musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Lantas Raja Al-Saud menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah rampas .
Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyeksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.

Makam Khadijah isteri Rasulullah, Mekah


Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah Al-Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan semua makam-makam suci dari kemusnahan. Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan diusir keluar. Undang-undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Kaherah kemenangan ini disambut selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara.
Pada tahun 1818 masihi, khalifah empayar Usmaniayah Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemuliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tingi belanjanya iaitu hampir tujuh ratus ribu Pounds dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi daripada

Makam Abu Talib, bapa saudara Rasulullah, Mekah
kumpulan derma di makam Rasulullah (s.a.w.).


Rompakan kedua oleh puak Wahabi.
Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau.
Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pad tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka.

Makam Bibi Halimah, Madinah

Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: "Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya."
1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.).
Ibnu Jabhan telah berkata: "Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.
Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma'la di Mekah

Makam Fatimah binti Asad, bunda Saidina Ali, Madinah

dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam.
Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan, punyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya.




1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah), jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
2. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.
3. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
4. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.
5. Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
6. Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.

Bantahan dari negara-negara lain.
Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.

Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
· Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).
· Permakaman Hawa di Jeddah.
· Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
· Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (saw).
· Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
· Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
· Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
· Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
· Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
· Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina Hasan dan Husein
· Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.

Jabalnur said...

Selepas berkajang kajang membaca komen penulis diatas, saya tercari2 cari sepotong ayat quran atau hadis yang dapat menguatkan hujah penulis al-ahkam-nyet diatas.

Ternyata, penulis hanya menulis dengan hawa nafsu beliau sahaja membuatkan komen beliau tidak ada nilai langsung, hanya seperti rentetan orang muda yang putus cinta, anak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendaki beliau.

Unknown said...

Selepas berkajang kajang membaca komen penulis diatas, saya tercari2 cari sepotong ayat quran atau hadis yang dapat menguatkan hujah penulis Abu Syu'aib diatas.

Ternyata, penulis hanya menulis dengan hawa nafsu beliau sahaja membuatkan komen beliau tidak ada nilai langsung, hanya seperti rentetan orang muda yang putus cinta, anak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendaki beliau.

Unknown said...

camnila hujjah dangkal ajaran sesat wahabi bile da terkepit..hehe..