Friday, March 30, 2007

Birthday Rasulullah SAW!

Ada apa dengan Birthday Nabi…............?


Oleh: Abu-Syu’aib

Birthday Nabi? Kamu ni giler ke? Itulah agaknya kalau sekiranya kita menggantikan istilah Maulid Nabi kepada birthday Nabi. Memang pelik dan kadang-kadang melucukan. Itulah hakikatnya menyambut Maulid Nabi.

Sekali lagi tanggal 12 Rabi’ul Awwal menjelma kembali, tarikh yang ditunggu-tunggu untuk menyambut ulang tahun birthday Nabi s.a.w. Pelbagai acara dirancang oleh masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah, kerajaan negeri sehinggalah kepada kerajaan Malaysia. Walaupun telah dikatakan kepada mereka bahawa penetapan tarikh 12 Rabi’ul Awwal itu bukanlah tarikh yang muktamad bahkan ianya tidak tepat. Tetapi apakan daya kerana itulah tarikh turun temurun yang tak boleh ditukar.

Acara dan program yang diadakan pula semuanya sudah diketahui, bermula dengan berarak ke sana ke mari keliling kota sambil memegang sepanduk yang beranika ragam dan warna. Tak lupa sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian selepas itu diisi dengan nyanyian nasyid, bacaan sajak, puisi dan lakonan pentomin. Kemungkinan nanti ada pula diwujudkan Tokoh Birthday Nabi

Itulah pengisian hari sambutan birthday Nabi yang diadakan saban tahun di Negara kita. Tahun demi tahun ianya disambut dengan alasan untuk mewujudkan rasa kecintaan kepada Nabi s.a.w. Tetapi hakikatnya adakah perasaan cinta itu dapat ditanam dengan cara sedemikian rupa berarak keliling kota, bernasyid, berpentomin, yang kadang-kadangnya dinyanyikan dan dilakonkan oleh artis-artis tempatan.

Janganlah sampai pula sambutan birthday Nabi ini saling tak tumpah seperti menyambut birthday kebanyakan masyarakat kita, mengadakan parti jamuan makan-makan, dinyanyikan Nasyid “Happy birthday to you..Happy birthday to you..happy birthday to ….Happy birthday to you..” kemudian meniup lilin sambil berhamburan air liur ke sana ke mari. Nasib baiklah setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang menyediakan kek untuk Nabi s.a.w. Tapi kalau diadakan pun apa salahnya? Ianya sesuatu benda yang baik, kalau tak menjadi masalah kita labelkan dia sebagai bid’ah hasanah kan ok je….atau nanti ada yang kata nanti kita belikan hadiah untuk Nabi, boleh tak…

Kesemua di atas pasti akal kita tidak dapat menerimanya. Sekiranya direnung kembali apa bezanya sambutan birthday Nabi dengan birthday yang lainnya? Bezaannya sambutan birthday Nabi diserikan dengan selawat-selawat yang sebahagiannya juga selawat yang direka. Juga diserikan dengan bacaan berzanji. Puak-puak sufi dan tare-qat pun menyambut ulangtahun birthday tok syeikh-tok syeikh mereka, dengan diadakan jamuan makan, serta menyanyi konon-kononnya nasyid islami, tambah lagi majlis zikirnya disertai dengan acara tari-tarian dengan percampuran laki-laki dan wanita.

Itulah hakikat yang perlu diterima, maka tidak hairanlah kita rasa kecintaan yang diharapkan untuk disemai ke dalam sanubari masyarakat kita hanyalah impian tinggal impian. Nabi s.a.w. diutuskan oleh Allah bukanlah untuk diadakan majlis menyambut birthdaynya, tetapi untuk diikuti petunjuknya. Itulah yang terkandung di dalam ucapan 2 kalimah Syahadah yang diucapkan oleh setiap muslim.

لا إله إلا الله، محمد رسول الله

Tiada Ilah yang layak disembah dengan haq kecuali Allah, dan Muhammad Rasulullah bermaksud tidak ada ikutan yang berhak diikut kecuali Rasulullah s.a.w.

Itulah tuntutan Tauhid yang perlu ditanam dan diajar serta difahamkan kepada masyarakat kita terutamanya generasi muda yang bakal memimpin masa depan. Ketidak fahaman kepada tuntutan Tauhid ini akan menyebabkan kecelaruan di dalam agamanya. Fikirkanlah adakah dengan berarak membawa sepandok ke sana dan ke mari, bernasyid dan sebagainya pada hari birthday Nabi dapat memahamkan generasi kita kepada Tauhid dan seterusnya kepada perasaan cinta kepada Nabi s.a.w.

Seterusnya setakat perasaan cinta tanpa diikuti dengan Ittiba’ iaitu mengikut petunjuk Nabi dalam segenap segi tidak membawa ke mana. Kerana al-Hub dan al-Ittiba’ rasa cinta dan ikut Nabi s.a.w. 2 elemen yang tidak boleh dipisahkan.

Beberapa persoalan yang perlu difikirkan kepada mereka yang menyibukkan diri untuk menyambut birthday Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah yang cuba sedaya upayanya mempelajari serta beramal dengan sunnah Nabi s.a.w. dan menghidupkannya

ü Berapa ramaikah yang memikirkan serta bertanya adakah amalan yang dilakukan bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah pula yang menentang mereka yang mengajak supaya mendaulatkan sunnah Nabi s.a.w.

ü Berapa ramaikah yang mendakwa mereka mengikut sunnah tetapi bercanggah pengamalannya dengan sunnah.

Dikala kita memikirkan persoalan-persoalan ini kita merasakan bahawasanya benarlah Sabda junjungan besar kita ini Rasulullah s.a.w.

جاء الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فتوبى للغرباء

Islam dating dalam keadaan asing dan pelik dan akan kembali asing dan pelik sepertimana mulanya, Tuba (sejenis pohon di syurga) (beruntunglah) bagi mereka yang dalam keadaan asing.

Berpeganglah dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita:

وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كَثِيراً، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham (dengan sungguh-sungguh). Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”

Dr. Abdul Karim Zaidan berkata:

“Amalan yang soleh ialah selagi mana ia sahih (betul) dan ikhlas kepada Allah. Pengertian sahih (betul) ialah apa yang selari dengan tuntutan syarak. Oleh itu, tidak boleh sama sekali mengada-adakan bid’ah dalam agama serta menokok tambah atau menguranginya. Ini kerana, tidak ada pahala bagi pembuatnya walaupun dengan niat beribadah kepada Allah. Wallahu a’lam

-Sebagai renung-renungan-

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku. Tidaklah aku beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah jualah aku berserah diri dan Kepada-Nya lah aku kembali.”– Surah Hud: 88

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...anta tidak boleh memadai2 menulis atau mengada2kan istilah Birthday Nabi bagi mengantikan Maulid Nabi...walaupun itu hanya sekadar bagi berkongsi2 pendapat berkenaan hari kelahiran nabi,tapi anta sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk anta mengarangkan sedikit cebisan seperti ini berkenaan dengan hakikatnya kelahiran nabi saw...anta tidak mengetahui hakikat sebenarnya apakah itu akidah ahlus sunnah wal jammah...sebab itu anta berani sanggup mengutarakan istilah birthday nabi...jikalau anta tidak menyukai amalan maulid nabi,usah anta menukarkan maulid nabi itu kepada birthday nabi...jikalau anta sendiri berasa kelakar atau ketawa jikalau terdapatnya istilah birthday nabi,nescaya tanpa disedari anta juga telah memperkecil2kan kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad saw...ana faham apa yang anta nukilkan di atas ini,tapi anta sebenarnya perlu memperlajari lagi dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan anta....dan satu perkara yang anta perlu ingat bahawa tidak semua yang kita dapat atau pelajari itu adalah dipanggil ilmu...satu lagi saranan ana kepada anta,jikalau anta berazam bagi menulis di ruangan ini,perlulah anta bergaul dengan guru2 pondok...dan jiga pelajarilah kitab2 yang dipakai di dalam sistem pengajian pondok...wassalam...mudah2 ALLAH memberikan hidayah kepada hambaNya yang hina lagi daif ini dengan limpah rahmat dan kasih sayang Nya.. amin.

Anonymous said...

assalamualaikum...anta tidak boleh memadai2 menulis atau mengada2kan istilah Birthday Nabi bagi mengantikan Maulid Nabi...walaupun itu hanya sekadar bagi berkongsi2 pendapat berkenaan hari kelahiran nabi,tapi anta sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk anta mengarangkan sedikit cebisan seperti ini berkenaan dengan hakikatnya kelahiran nabi saw...anta tidak mengetahui hakikat sebenarnya apakah itu akidah ahlus sunnah wal jammah...sebab itu anta berani sanggup mengutarakan istilah birthday nabi...jikalau anta tidak menyukai amalan maulid nabi,usah anta menukarkan maulid nabi itu kepada birthday nabi...jikalau anta sendiri berasa kelakar atau ketawa jikalau terdapatnya istilah birthday nabi,nescaya tanpa disedari anta juga telah memperkecil2kan kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad saw...ana faham apa yang anta nukilkan di atas ini,tapi anta sebenarnya perlu memperlajari lagi dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan anta....dan satu perkara yang anta perlu ingat bahawa tidak semua yang kita dapat atau pelajari itu adalah dipanggil ilmu...satu lagi saranan ana kepada anta,jikalau anta berazam bagi menulis di ruangan ini,perlulah anta bergaul dengan guru2 pondok...dan jiga pelajarilah kitab2 yang dipakai di dalam sistem pengajian pondok...wassalam...mudah2 ALLAH memberikan hidayah kepada hambaNya yang hina lagi daif ini dengan limpah rahmat dan kasih sayang Nya.. amin.

Anonymous said...

betul2, maulid nabi ni jangan kita buat sambutan, tp kalau sekadar memperingati tak jadi masalah. lagipun 12 rabiulawal tu kan tarikh ntah mana2, yg sahih 9 rabiul awal kalau tak silap. jadi kita ni memandai2 sebenarnya. jadi mengaku je la yg kita ni semamngnya "MEMANDAI2"...

sambuta "birthday nabi" cara yg betul ialah mentaati perintah allah dan nabi, puasa hari isnin khamis pun dikira memperingati hari lahir dia gak.

yg kita pegi memandai buat "sambutan" tu pehal? org kita bila sebut "sambutan" ni mesti nak meriah, happy2, majlis itu ini, selawat (nak zouq je, bukan ingat nabi pun),, percampuran laki pempuan.. macam2 lah...

baik buat ape yg nabi suruh n tinggal apa yg dia larang.

(penulis orang sarawak : orang2 sarawak ni puluh tahun lagi baru betul2 islam.. sedih)