Wednesday, June 13, 2007

Fotografi Vs Lukisan Tangan


Soalan : Kenapa ada sesetengah Ulama mengatakan gambar foto itu Haram dan ada yang mengatakannya ia tidak Haram?

Jawapan : Jawatankuasa Kajian Bahagian Fatwa dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî:


Al-Salâm `Alaykum wa Rahmah Allah wa Barakâtuh.

Diharap kita semua memahami bahawa fotografi tidak wujud ketika zaman Rasulullah SAW . Oleh itu , para Ulama perlu membandingkan Fotografi dengan perkara yang islam telah tetapkan berkenaannya . Maka, hukumnya tidaklah berdasarkan Nas yang jelas tetapi Ijtihad.

Sesetengah para Ulama telah membandingkan fotografi dengan lukisan tangan . Lukisan tangan berkenaan manusia dan haiwan adalah Haram dengan Nass yang jelas dan tersirat. Ibn `Abbâs meriwayatkan dari Rasulullah SAW : “Sesiapa yang membuat gambar di dalam dunia ini ,dia akan suruh meniup nyawa kedalamnya pada Hari Kebangktian, tetapi dia tidak akan berjaya melakukannya.” [Sahîh al-Bukhârî and Sahih Muslim] .

Ibn Mas`ûd juga meriwayatkan bahawa di mendengar Rasulullah SAW berkata : “ Hukuman yang paling teruk pada Hari Kebangkitan ialah kepada pencipta lukisan .” [Sahîh al-Bukhârî and Sahih Muslim]. Fotografi menyerupai lukisan di mana usaha manusia yang mengakibatkan gambar manusia atau haiwan pada permukaan yang rata . Maka dengan itu , sesetengah Ulama menghukum memfotograf manusia dan Haiwan adalah Haram , kerana ia jatuh dalam perkara terlarang iaitu membuat gambar.

Akan tetapi, perbezaan yang amat ketara di antara melukis gambar dan menangkap fotograf. Melukis adalah sepenuhnya bergantung kepada kreativiti artis tersebut . Fotografi adalah merakam imej yang terpantul/reflected pada filem atau memori digital . Sumbangan kreativiti oleh perakam foto adalah amat berbeza dengan kreativiti oleh seorang pelukis potret. Atas sebab itu ramai Ulama , termasuk Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, berpendapat fotografi itu dibenarkan .

Wallahua’lam

http://www.islamtoday.com/

No comments: