Bulan Rejab : apakah fadilatnya  melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan  salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi  peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan  Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam  yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi  Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu  bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk  melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis  yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat  dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam  begitu laris dipasaran menjelang bulan  Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan  maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung  didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor  penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini  dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti  rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala ![]()
Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa  bulan Rejab sahaja yg  dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin  berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap  atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas,  zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini  kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan  kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri,  dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu  bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan  salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam  Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,  (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi,  di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama  yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan  yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir  musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah  sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di  hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini  sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam  dan Rejab. Umat Islam  adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika  mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah),  dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji  melakukan ibadat puasa.  Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura'  (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab  terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu  perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa  hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya  adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat,  tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil  yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad  saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya  antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam  risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur  Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat  Rejab, Puasa  dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada  bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara  umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah  didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada',  didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah  dan Muharram, dan yg tunggal ialah  Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! !  erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab  adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa]  hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya  hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat  putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati  hari dari bulan Rejab,  maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia  berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7  pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga  akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa  dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan  didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah.  Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti  oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan  Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah  akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan  dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab."  - Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab  tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr  mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau  menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil  tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka  menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada  asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan  bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati  kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati  Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan  Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera  Salib (Rejab 583H, 1187M).  Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita  mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana  orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha  Mengetahui."
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama  dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti  yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan  Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram,  bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram  - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab,  Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat.  Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa  Rejab khusus mengatakan  Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw  banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab  kebanyakkannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan  merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab  bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar  dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! ....  yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai  nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg  bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar  sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah  berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu  tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg  berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah  sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar.  Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk  ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg  biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa  ini merupakan Hadis yg bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui  mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan  kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis.  Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan  melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa  mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat  Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia  adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari  sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas  untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi  dsb.........."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau  bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam  fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat  Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat  hadis-hadis yg melarang berpuasa  Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah  kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa  dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai  hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka  beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik  atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan  atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna  penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat  untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat  Muslim. Jika mempercayai puasanya atau  puasa ini lebih baik dari  puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar  lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi  didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya  kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari  kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini  mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa  yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa  adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu  ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada  padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia  dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama.  Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk  berpuasa sunat adalah  makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab  yg palsu atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan  fadilat Rejab:[7]
a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia  mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad  pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10  salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini  adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan  membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu  Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia  selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia  bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan  kepadanya 1000 malaikat.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama  dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang  rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat,  bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi  ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya  ganjaran puasa satu bulan  dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan  daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada  bulan Rejab maka Allah  membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu!  ! ! asa separuh dari bulan Rejab  maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan  hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada  malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada  hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan  Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka  berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat  malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari  buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab  Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini  diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan  bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan,  beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu  perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku  berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya  didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat  didalamnya untuk satu kaum yg lain"
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga  terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya  berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga  Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya,  akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi,  maka tidaklah menjadi masalah."
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal  berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi  berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan  Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah  Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali,  Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan  haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr  Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan  Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi  keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas  Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam,  dan seafdal puasa selepas  bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah  Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam  bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis,  Jumaat dan Sabtu."
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga  memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,!  ! ! kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa  dibulan Rejab dan Sya'ban,  Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal)  adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli,  maka tidaklah Makruh."
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta  memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau  telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi  bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh,  melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi  tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan  berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga  kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan  beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa  golongan manusia berpuasa seluruh bulan  Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat  beberapa orang berpuasa bulan Rejab,  Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh",  selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari  Syawal....Hasil dari puasa  ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka  apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para  sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan  berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan  adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa  yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw  dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam  Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini  adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram,  tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab  dan Sya'ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau  sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.
Puasa-Puasa sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan  mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah  menyenaraikan 8 jenis puasa  yg beliau sifat sebagai :"Puasa  yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"
Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9  Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! !  ih mempunyai baki puasa  wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar,  maka hendaklah dia melakukannya puasa  itu dahulu.[14]
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab  kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr,  Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk  melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat  umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti  bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan  bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab  tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai  kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan  Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan  Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung  diberi keutamaan melakukan puasa  (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai  kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita  adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min  zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita  disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada  juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia  menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan  seperti fadilat Rejab atau  bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita,  iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat  21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang  baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan  baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam  masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah  diajarkan oleh Rasulullah saw.
Rujukan :
1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab,  Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL :  http://quran.al! ! ! -islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :  http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL :  http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :  http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan  khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah &  palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi,  2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms.  269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr,  1989. ! ! ! ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar  Al-Manar, 1999. ms 447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL :  http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi,  2000. ms 415
14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.  ms 595.
WALLAHU A'LAM BISSOWAB
DISUSUN SEMULA OLEH :
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD
Tuesday, July 17, 2007
Fadhilat Rejab : Mencari Kebenaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment