Friday, February 22, 2008

Menimbang Pilihan - Kemahiran yang Penting

Salah satu kemahiran kita yang penting dalam seni membuat keputusan adalah kemampuan kita untuk menimbang pilihan kita. Ini adalah penting apabila keputusan sukar dibuat; yang mana apabila kita memilih sesuatu, bermakna kita perlu mengorbankan perkara yang lain.


Terdapat 3 jenis keputusan yang mana kita perlu menimbang pilihan. Setiap darinya menuntut kepada kemahiran kita membuat keputusan. Ia adalah seperti berikut:


1) Memilih antara 2 pilihan yang diSukai

Ada ketika, seorang dalam masyarakat terpaksa berdepan dengan memilih antara 2 perkara yang dia sukai. Untuk mendapat yang satu kita terpaksa mengorbankan yang lain. Sesungguhnya, kita suka memilih sesuatu yang akan melindungi kebajikkan kita. Akan tetapi ia bukan selalunya terjadi.



Islam menyeru kita untuk memaksimakan kebajikkan/kebaikan kepada manusia dan menghalang kerosakan sebanyak yang mungkin. Ibn Taymiyah berkata bahawa ini perkara yang tidak dipersetujui antara para Ahl Ulama. Oleh itu kita perlulah memilih yang terbaik antara 2 pilihan.



Menurut `Amr b. al-`Âs seorang sahabah yang terkenal pernah berkata “Ia tidak memerlukan minda faqih untuk membezakan antara baik dari buruk, tetapi minda sedemikian diperlukan untuk memilih antara baik dan lebih baik dan sebaliknya buruk dan lebih buruk”.



Apa yang dimaksudkan adalah bagaimana mengaplikasikan tenaga secara produktif . Contohnya ,terdapat banyak isu untuk kita utarakan , kita perlulah memberi keutamaan kepada isu yang besar dimana kebajikan masyarakat bergantung kepadanya dan mengenepikan isu sampingan yang hanya membazirkan tenaga kita dan membawa kepada perdebatan atau petengkaran yang tidak munasabah dan tidak bermatlamat.



Kita mampu lihat bagaimana umat Islam mengutamakan isu undang-undang Islam. Seorang Ulama Islam mungkin tidak melihat kesalahan untuk orang yang mengfokus keinginan mereka terhadap hukum kecil dalam solat selagi mana tidak meninggalkan fokus terhadap perkara besar dalam Solat. Tetapi dia mungkin terlupa, sumber intelektual orang ramai adalah terhad dan selalunya mengunjur kearah perkara kecil dan detail hingga melupakan perkara yang penting. Contohnya, mereka mungkin sibuk antara mereka berdebat tentang bersolat dengan memakai selipar. Ini merupakan isu yang banyak boleh diperdebatkan. Ia perlu dilihat dari semua arah dan dikaji dengan sebaik mungkin, dan ia hanya membawa kearah perdebatan yang berbolak-balik . Ini membawa kepada orang ramai berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Akibatnya, semangat solat tersebut – semangat ketaqwaan kepada Allah, penghambaan diri kepada maha Pencipta - hilang, dan solat menjadi punca orang menunjukkan perbezaan pendapat dan pergaduhan sesama sendiri.



Ini adalah contoh kegagalan kita menentukan keutamaan. Keumuman dan kebaikan yang banyak yang sepatutnya kita dapati dari solat kita telah dikorbankan secara bodoh kepada kebaikan yang sedikit dalam menentukan pendapat yang paling kuat tentang perkara yang kecil dalam kesempurnaan Solat.


2) Pilihan yang paling Kurang antara 2 Keburukan

Ada ketikanya, untuk mengelakkan akibat yang lebih buruk, kita terpaksa menerima sesuatu yang buruk. Ini adalah dikenali sebagai “dilemma”. Perkara yang waras dilakukan untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk dari 2 pilihan adalah memilih perkara yang buruknya paling sedikit.


Apabila kita berdepan dengan 2 perkara buruk dalam Syara’, memilih untuk melakukan perkara yang keburukanya yang paling kurang untuk mengelakkan perkara yang lebih besar adalah tidak berdosa. Ia mungkin ketika harus dan adakalanya wajib – untuk memilih perkara yang keburukannya kurang untuk mengelak keburukan yang lebih besar.


Kita boleh melihat contoh dalam hukum mengambil wu’dhu dan solat kita. Kita berhadapan dengan keputusan ini seharian , dalam pergaulan kita antara rakan dan sahabat.

Ibn Taymiyah menulis:


“Seseorang yang tidak mampu menimbang antara apa yang dia perlu lakukan dan apa yang perlu dielakkan berkenaan Syara’ – orang tersebut bakal meninggalkan tanggungjawab agamanya dan jatuh ke lembah dosa. Lebih dari itu, dia akan mengaggap diri mereka lebih bertaqwa dalam berbuat demikian. Contohnya seseorang meninggalkan solat berjemaah dan juga Solat Jumaat kerana imamnya bersalah melakukan Bid’aah atau Maksiat. Dia melihat dengan meninggalkan Jemaah sebagai perbuatan Taqwa. Perkara sama boleh dikatakan dengan menolak pengakuan orang yang Amanah atau menolak untuk mengambil Ilmu dari orang yang berpengetahuan –atas sebab orang tersebut terlibat dalam masalah Bidaah yang kecil. Orang yang menolak untuk mendengar sesuatu yang benar dari orang tersebut menganggap penolakkan itu menunjukkan ketakwaaanya. Walaubagaimanapun adalah tanggungjawab kita untuk mendengar kebenaran.


Ini boleh dilihat apabila kedua-dua pilihan tersebut adalah praktikal, seperti pilihan untuk memakan bangkai atau khinzir berlawanan dengan pilihan mati kebuluran. Memakan daging yang haram adalah jelas lebih baik dari mati”.


Ini merupakan asbab seorang muslim tidak berdosa untuk memakan Khinzir dalam keadaan tersebut.


Terdapat perlbagai situasi yang lebih besifat abstarak tetapi kurang penting dari kehidupan yang sempurna. Ibn al-Qayyim memberikan contoh yang baik tentang perkara ini – contohnya adalah bertaqlid buta.



Dalam Syara’, bertaqlid buta adalah dibenarkan kepada orang biasa menerima hukum Islam dari seorang yang pakar tanpa mengetahui Nass dan Dalil yang digunakan untuk menginstibat hukum tersebut. Ia dibenarkan untuk orang biasa untuk bertaqlid kepada seorang Ulama’ dalam perkara Syara’ atas sebab Darurat, sepertimana memakan daging Khinzir dibenarkan jika seorang dalam keadaan kebuluran.



Dilema kini adalah perkara biasa disebabkan kadar pantas peubahan dalam kehidupan moden kita hari ini.. Pelbagai isu menjadi soal keperluan kerana perubahan dalam cara hidup kita. Adalah perlu untuk Ulama’ Islam bersikap kontemporari dan memerhatikan isu pada hari ini dengan member perhatian terhadap isu yang penting. Ini adalah benar untuk media moden, dan kemampuan baru audio,video, dan format cetakkan yang membawa kepelbagaian kemampuan baru. Kita perlu mengetahui bagaimana untuk memanfaatkannya dan juga bagaimana untuk berdepan dengan cabaran yang ia berikan. Hinggakan, ada ketikanya, kita berdepan bukan dengan soal memaksimakan manfaat , tetapi bagaimana mengurangkan kerugian!

3) Mengambil Baik bersama yang Buruk

Dalam sesetengah keadaan kita tidak mampu melakukan manfaat kecuali menerima juga kesan buruk bersama. Sepertimana, ia juga adakalanya tidak mungkin untuk mengelakkan keburukan tanpa mengorbankan sesuatu yang bermanfaat juga.

Sesetengah orang mempercayai kaedah umum (dalam Islam) adalah mengelakkan keburukan selalunya diberi keutamaan dari mendapat manfaat. Ini adalah tidak tepat. Kaedah sebenar adalah menimbang kesan buruk yang perlu dielakkan dengan manfaat yang ingin doperolehi. Jika manfaat jauh lebih besar dari keburukan yang ingin dielakkan, polisi yang waras adalah mengambil manfaat dan bersedia menghadapi kesan buruknya. Jika mengambil polisi tersebut menyebabkan keburukan lebih dari manfaat yang diperolehi, maka adalah perlu meninggalkan manfaat demi mengelakkan keburukkan.


Prinsip “Mengelak keburukan adalah lebih utama dari mendapat manfaat” boleh digunapakai apabila kesannya adalah lebih kurang sama baik dan buruknya. Dalam hal ini, mengelak keburukan diutamkan dari memperoleh manfaat yang setara. Jika tidak, kita akan tertekan (kerana kesukaran) untuk mencari perkara baik yang datang tanpa mempunyai sesuatu yang buruk bersamnya. Tetapi, ketidakselesaan dan kesusahan kecil tidak perlu diambil perhatian(mendalam) jika manfaat yang diperolehinya amat besar. Perkara perlu di timbang dengan kewarasan.


Salah satu cara berdepan dengan baik dan buruk adalah untuk merubah krisis kepada peluang. Ia memerlukan kerja keras untuk mencari kebaikan dalam sesuatu situasi dan membangunkanya, dan pada masa yang sama mengurangkan dan menghalang keburukan, tetapi ini adalah satu usaha yang amat berbaloi. Seperti isu Globalisasi, yang boleh memberi impak kepada politik, ekonomi, budaya dan masyarakat kita. Adalah masih dalam kemampuan manusia –Insyallah- menghadapi cabaran raksasa ini dan mengeluarkan manfaat darinya. Kita boleh mengenalpasti peluang, membangunkannya,melaburkan dalamnya dan menjaganya untuk manfaat manusia sejagat. Kita boleh pada masa yang sama, bekerja untuk mengurangkan kerosakan akibat perubhan yang bakal melanda masyarakat. Ini adalah perkara yang benar jika manusia yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam masyarakat sanggup mengenepikan perbezaan antara mereka dan bekerja sama untuk kebaikan sejagat.


Peperangan perlu dielakkan. Tidak ada boleh disamakan kepada selamat dari ancaman peperangan. Orang yang berfikir menghargai masa keamanan, masa bila orang boleh hidup dengan tenang, masa bila ekonomi boleh bercambah, kemudahan infrastruktur dibangunkan, masyarakat kehadapan, dan masa hadapan boleh dirancang dengan baik. Ini bermakna tugas pembuat –polisi dari pelbagai negara adalah untuk membuat perjanjian untuk mengelakkan peperangan. Mereka perlu bersuara mempengaruhi puak yang bertelagah untuk berdamai. Mereka perlu menghalang “Kaki Gaduh Atau Hulubalang Perang” dalam masyarakat dari memperoleh kuasa.


Sewaktu masa krisis dan tragedi ini, menjadi satu keperluan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat dengan mengaplikasikan prinsip memaksimakan kebajikkan orang ramai dan menghalang keburukan sebanyak yang mungkin.


Ia memerlukan mempunyai persepektif yang seimbang dan sentiasa bersikap positif. Tidak guna jika kita hanya melihat setiap perubahan dalam masyarakat dan politik secara negatif. Sesetengah orang, berasa selesa dengan perkara yang menjadi kebiasaaan kepada mereka. Mereka menerima apa yang telah ada. Mereka melihat perkara baru, perubahan yang mendadak, sebagai suatu perkara yang pastinya negatif. Apabila mereka ini membezakan antara dahulu dan sekarang, dahulu sentiasa dianggap sebagai “hari-hari indah dahulu”. Orang seperti ini takut kepada masa hadapan.


Pandagan secara optimistik penting untuk bertindak secara bijak dan waras dalam waktu krisis kini. Perkara perlu ditimbangkan, kemungkinan di nilai, dan polisi diambil untuk memaksimakan kebajikan masyarakat.


Wallahu’alam

Sheikh Salman al-Oadah

Diterjemaahkan oleh:

FAZH

No comments: