Tuesday, March 25, 2008

Laporan Majlis Pelancaran Institut Ibn Hajar & Majlis Taaruf Penyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah

Allahuakhbar !!, pada 20hb Mac 2008 baru-baru ini telah dilangsungkan majlis perasmian Institut Ibn Hajar yang bertempat di Pusat CNI Batu Berendam, Melaka. Penulis bersama 2 rakan lain turut dijemput mewakili Institut Imam Syafie (INTIS). Penulis tiba di kota Melaka tepat pada jam 8.50 pg, dan melihat telah ramai para jemputan telah pun memenuhi ruang duduk tempat tersebut, di kala menunggu para jemputan hadir pihak penganjur menyajikan santapan ilmiah dengan tayangan video Sifat Solat Nabi bagi mengisi kekosongan waktu. Majlis bermula tepat pada jam 9.30 pg, dan pada masa itu ruang duduk Pusat CNI tersebut telah mencapai kapasiti maksima dan pihak pengajur terpaksa mengarahkan para hadirin untuk menarik kerusi mereka kehadapan bagi membolehkan lebih ramai hadirin masuk ke dalam Pusat tersebut. Penulis menanggarkan hadirin yang hadir mencecah lebih dari 500 dan antara pewakilan yang turut hadir adalah dari An-Nidaa’ , Institut Al-Qayyim , Muhamadiyyah Singapura , Yayasan Al-Tibyan,Institut Tahfiz Al-Mizan dan pewakilan dari Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan Pengerusi majlis menjemput Pengerusi Institut Ibn Hajar(IBH) En Asuan Kailani Bin Burok untuk memberikan kata-kata aluan , dalam ucapannya beliau menceritakan sejarah perjuangan Sunnah di Melaka jatuh bangkitnya pejuang-pejuang tersebut bagi memahamkan Sunnah kepada masyarakat Melaka yang menghadapi tamparan yang hebat dari golongan tradisionalis yang member jolokan kepada mereka sebagai kaum muda . Pada kegemilangan kefahaman Sunnah di Melaka , 2 buah Masjid sangat aktif dan menjadi pusat penyebaran kefahaman Islam yang tulen . Akan tetapi disebabkan tentangan yang kuat dari gologan tradisionalis dengan mengunakan kuasa politik telah merubah AJK masjid-masjid kepada golongan tradisonalis kembali.Beliau juga menyatakan kesediahan pihak IBH kerana Institut hanya di barisi oleh golongan veteran dan bukan dari aliran formal agama. Oleh demikian, Sunnah di Melaka menjadi ‘dorman’ sekian lama sehingga ada kesedaran dari para pengikut Sunnah di Melaka untuk menghidupkan kembali penyebaran Sunnah secara tersusun dan teratur.

Majlis kemudian diteruskan dengan kehadiran dan ucapan secara mengejut oleh Dr Abdullah Yasin selaku Tokoh Sunnah 2006, beliau menceritakan tentang kepentingan mencari Al-Hikmah dalam diri manusia untuk mencapai kebaikan di Dunia dan di Akhirat. Hikmah mempunyai 2 bahagian iaitu Hikmah Ilmiah dan Hikmah Amaliah dan tidak boleh dipisahkan dalam diri manusia.




Majlis mencapai kemuncaknya dengan ucapan perasmian oleh Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis, beliau membuka ucapan tentang kepada perlunya pihak di Jabatan Agama untuk berubah dan lebih terbuka kepada masyarakat jika mereka gagal maka mereka perlu berubah atau diubah. Beliau kemudian mengingatkan kembali kepentingan untuk berpegang dengan Nass sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah dan usaha Tajdid perlu untuk mengembalikan semula kefahaman Islam seperti apa yang
difahami oleh para Salafus Soleh. Beliau menasihati para pejuang perlu menyedari hakikat akan menghadapi cabaran dan ujian yang getir dan menyakitkan dari segi zahir dan mental sepertimana Rasulullah SAW menyampaikan Wahyu kepada Masyarakat Arab. Kefahaman Al-Quran dan Sunnah menurut kefahaman Salaf merentasi Jamaah tidak mengambil kira latar belakang kumpulan , bangsa , politik dan negara. Sahibul Samahah juga menekankan supaya memudahkan dalam menyampaikan dan mengamalkan agama Islam, jika kita menyusahkan akan menyebabkan orang lari dari agama. Pada akhir ucapan, beliau memberi harapan bahawa masa hadapan Sunnah di Malaysia akan menjadi lebih mantap dan besar, dan tidak perlu gusar dengan politik di Perlis kerana ia tidak berdiri dengan kuasa Politik dan Sunnah berada dalam diri nurani setiap oleh umat Islam yang mendapat Hikmah, maka tugas NGO-NGO Sunnah adalah untuk menyebarkan kefahaman kepada masyarkat umum.

Majlis kemudian di teruskan dengan Ucapan para pewakilan Ngo Sunnah yang hadir dimulakan oleh perwakilan dari Muhammadiyah Singapura, Ust Hj Abdul Salam Ahmad Sultan ucapan beliau mengimbau kembali sejarah berjuang Sunnah di Melaka pada tahun 1973 iaitu waktu kegemilangan gerakkan Tajdid dan kronologi sehingga kini secara ringkas. Beliau juga menceritakan gerakkan Tajdid kini telah mula mempunyai momentum di Singapura dengan berjayanya mengubah pemikiran tradisionalis imam-imam dan mudir-mudir kepada lebih terbuka dan menerima kefahaman Sunnah ini.

Seterusnya Ucapan dipanjangkan kepada Ust Razali dari Yayasan At-Tibyan dan Institut Tahfiz al-Mizan yang penuh keceriaan, celotehnya membuat para hadirin tidak kering gusi mendengarnya. Beliau menceritakan tentang sejarah pejuangan Sunnah di Pahang yang penuh cabaran sehingga di ancam oleh pihak Polis dan cawangan khas yang berpunca dari laporan oleh pihak tradisionalis menguasai jabatan kerajaan yang mempunyai hasad dengki kepada penyebaran ajaran As-Sunnah di Pahang, mereka bersikap pengecut dengan tidak mahu berjumpa untuk berbincang. Beliau berjanji untuk membantu IBH melalui kemampuan Yayasan memberi pelepasan cukai bagi penderma yang ingin disampaikan kepada IBH.

Pengerusi kemudiannya menjemput perwakilan dari Institut Al-Qayyim, ucapan disampaikan oleh ust Kadir bin Sahak. Beliau mengucapkan tahniah terhadap penubuhan IBH, dan beliau mengingatkan Dakwah tajdid ini sudah menjadi dakwah aliran perdana melalui usaha oleh Mufti Perlis menyampaikan suara Tajdid melalui media massa aliran perdana, maka para pendakawah tidak perlu takut lagi untuk menyebarkan Dakwah Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman Salaf di Malaysia kini.


Majlis diteruskan lagi oleh perwakilan dari An-Nidaa’ oleh En Zainuddin Alang Mamat yang menerangkan kepentingan perhubungan dan penyebaran antara
ngo-ngo Sunnah bagi memastikan setiap program dan acara yang dianjurkan mendapat sambutan dan diketahui oleh semua pihak.

Seterusnya ucapan oleh perwakilan dari Institut Al-Mizan , Negeri Sembilan yang diwakili oleh Dr Nordin Rasyid yang memberi pujian kepada penubuhan IBH. Beliau juga menceritakan kejayaan yang dicapai di Negeri Sembilan melalui Madrasah Ittiba’ As-Sunnah, akan tetapi kebanyakkan dihadiri oleh kaum wanita. Beliau juga memendam rasa kecewa kerana tidak terdapat kaum muda yang ingin menerajui gerakkan As-Sunnah Negeri Sembilan.

Setelah itu Pengerusi majlis membuka peluang kepada pihak wanita untuk memberi sedikit kata-kata aluan dan kata –kata semangat dalam perjuangan Sunnah. Perwakilan wanita tersebut menyatakan kesetiaan tidak berbelah bagi untuk menegakkan Al-Quran dan As- Sunnah.


Pengerusi mengakhiri Majlis dengan ucapan oleh Penasihat Institut Ibn Hajar ,Ust Minhat bin Mamut. Beliau menyatakan kejutan beliau dengan jumlah para

hadirin yang hadir dan amat bersyukur dan bergembira dengan keadaan tersebut. Beliau merasakan ini satu petunjuk bahawa Sunnah makin diterima oleh masyarakat di Malaysia ini. Beliau menyatakan kepentigan kita berjamaah untuk mengatur dan memperkasakan gerakkan Tajdid di Melaka ini , maka dengan tertubuhnya IBH dapat menyebarkan kefahaman Al-Quran As-Sunnah kepada masyarakat awam. Beliau mengenangkan pejuang Kaum Muda terdahulu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh al-Hadi dan lain-lain lagi dalam mengerakkan Tajdid pada satu masa dahulu dan tiba masanya kini kita menyambung perjuangan tersebut secara teratur dan berkesan. Beliau menyatakan walaupun beliau amat aktif dalam PAS tetapi Institut ibn Hajar bukan parti politik atau ada agenda politik dan ia terbuka tak kira PAS atau UMNO kerana fikrah Tajdid merentasi Jamaah baik politik mahupun kumpulan. Beliau juga meningatkan perbezaaan kefahaman Ahl Sunnah Wal Jamaah berdasarkan As-Salafus Soleh dengan kumpulan yang lain dengan kita adalah perbezaan Manhaj dan Manhaj yang kita pegang adalah yang paling selamat di sisi Al-Quran dan As- Sunnah, kita perlu mengambil air dari hulunya bukan dari muara dimana ia telah tercemar maka Islam perlu diambil dari sumber asalnya dan bukan dari kata-kata orang yang tidak diketahui. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan amat berharap kepada dokongan dan sokongan dari NGO Sunnah yang lain.

Tepat pada jam 1 petang Pengerusi Majlis kemudiannya menjemput Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menerima cenderahati dari Pengerusi Institut Ibn Hajar menandakan tamatnya Majlis Perasmian Institut Ibn Hajar dan kemudiannya mengarahkan semua para hadirin untuk menikmati jamuan lazat yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Sekadar nota, Penulis serta pewakilan dari Institut Imam As-Syafie (INTIS) amat bergembira dan berbangga dengan tertubuhnya Institut Ibn Hajar yang akan menjadi satu lagi wadah perjuagan Sunnah di Malaysia ini, tetapi kami sedikit kecewa kerana Institut Imam As-Syafie (INTIS) tidak dijemput dan tidak diberi peluang untuk memberi ucapan sewaktu sesi ucapan kerana pihak kami berhasrat untuk mengketengahkan suara pemuda dalam kedalam gerakkan Tajdid dan kemampuan pihak INTIS menjadi entreport bagi menyalurkan tenaga pemuda kepada NGO-NGO Sunnah di Malaysia melihat kepada keadaan getir NGO Sunnah negeri yang hanya dibarisi oleh golongan veteran dan kaum ibu sahaja. Walaubagaimanapun pihak INTIS berdoa dan berharap moga-moga Institut Ibn Hajar berjaya dan dipermudahkan kerjanya dalam menyebarkan Sunnah di Melaka. Insyallah”

Allahua’lam.

Wassalam ‘Alaikum WBT.

Disediakan Oleh,

FAZH

Biro Public Relation

INTIS Consultant and Training

No comments: