Kahwin Guna Internet
Jawapan oleh  Sheikh Nâyif al-Hamad hakim yang bersidang di Mahkamah mukim Rimâh:
Jawapan bergantung kepada cara akad itu di buat ketika online. Terdapat 3 kemungkinan:
- Perkahwinan      berlangsung mengunakan program seperti Messenger, yang mempunyai suara dan      gambar video.
 
- Perkahwinan mengambil tempat dengan program yang mengunakan komunikasi Audio sahaja.
 
Hukumnya adalah sama seperti berkahwin mengunakan telefon. Kedua –dua saksi dalam akad dengan jelas dapat mengenal pasti suara antara suara wali dan suami , jika saksi tersebut tidak hadir secara zahir bersama pihak berkenaan . Akad tersebut Sah
 
- Perkahwinan      di langsungkan melalui Email atau program yang hanya membolehkan      komunikasi bertulis e.g SMS.
 
A) Ia mudah bagi penggodam komputer memasuki akaun e-mail tersebut dan memalsukan mel tersebut.
B) Adalah tidak mungkin untuk memastikan identiti sebenar orang yang menghantar e-mail atau SMS berkenaan.
C)   Cara perkahwinan tersebut dengan cara yang terlalu berahsia . Tiada elemen yang menunjukan ia boleh di ambil kira sebagai pengumuman .
D)    PENTING : apabila mengunakan E-mail ,  ijab dan kabul diantara si suami dan wali wanita,  tidak berlangsung dalam satu majlis. 
Oleh sebab itu , jelas bahawa akad nikah melalui e-mail atau seumpamanya adalah tidak sah.
Wallahu’alam (Allah Maha Mengetahui) 
 
Terjemaahan oleh : FAZH
http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=1196&main_cat_id=17
 




No comments:
Post a Comment